
sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat..
Kunjungan Tetamu
OK TAK BLOG NI?
Pilih Tajuk Melarik
Followers
Saturday, February 7, 2015
Jeneral As-Sisi Segera Gigit Jari
Subhanallah. Walhamdulillah. Walaa Ilaaha Illallah. Wallaahu Akbar. Saya tak henti-henti bertasbih, meyakini bahawa Allah tidak akan pernah menyusahkan keluarganya hamba-hamba-Nya yang berjuang membela agama Allah. Terutama pejuang-pejuang di Palestin (Gaza) yang diwakili HAMAS-Jihad Islam, di Mesir yang diarah Ikhwan Muslimin, di Saudi Arabia dengan Raja Salman, juga AKP di Turki yang dipimpin Erdogan serta Emir Qatar.
Selepas revolusi di lingkungan istana Saudi, Raja Salman kembali melakukan perubahan baru. Di antaranya:
1. Menunjuk kembali Dr. Syaikh Syuraim, sebagai imam dan khatib tetap Masjidil Haram.
2. Membebaskan ratusan tawanan politik dari penjara-penjara Saudi Arabia.
3. Fokus pembaharuan ekonomi dengan memperhatikan faedah sosial, pemberian rumah percuma untuk warga Saudi, dan tentunya menutup bantuan untuk rejim-rejim diktator.
4. Membatalkan ancaman terhadap Qatar, yang di era Raja Abdullah Saudi mengencam akan mengasingkan Qatar dan mengeluarkan dari keanggotaan Majlis Kerjasama Teluk.
5. Meletakkan pangeran-pangeran Saudi yang mempunyai kedekatan dengan Turki. Di antaranya menunjuk Pangeran Muhammad bin Naif, sebagai penanggungjawab kerjasama dengan Turki untuk membendung arus Syiah yang membentang dari Iraq, Yaman, Lubnan, dan Syria.
Pangeran Sa'ud Saifun Nashr Al-Saud, cucu dari Raja Suud bin Abdul Aziz walaupun terang-terangan menyeru untuk segera mengadili para penyokong rampasan kuasa. Di antaranya Ketua Pejabat Kerajaan Saudi, Khalid At-Tuwajiri serta melakukan penyelidikan atas penggunaan wang 20 bilion dollar AS yang dihantar kepada tentera rampasan kuasa di Mesir.
Pangeran Su'ud menegaskan, "20 bilion dollar benar-benar telah dicuri dan sama sekali tidak menyentuh rakyat Mesir kebanyakan. Buktinya, tidak ada satupun perubahan positif yang dialami rakyat Mesir, bahkan semakin hari makin menderita."
"Kita perlu menyiasat pembaziran wang rakyat Saudi yang dibahagikan-bahagikan kepada jeneral-jeneral rampasan kuasa di Mesir. Tanyalah, 20 bilion dollar itu statusnya sebagai apa: pinjaman hutang, geran, menderma, atau memang rompakan? Bayangkan, mengapa 20 bilion dollar tidak mengubah apa-apa kehidupan rakyat Mesir. Krisis elektrik, gas, bahan makanan pokok terus berlanjut. Sangat jelas, siapa yang menjadi para pecinta utama bilion dollar wang rakyat Saudi. Siapa lagi kalau bukan mafia rampasan kuasa di Saudi dan para jeneral di Mesir. "
Demikian. Allah swt. membiarkan rampasan kuasa berlaku di Mesir dan Ikhwan Muslimin menolak mengangkat senjata. Ternyata Allah bukakan hikmah-hikmah mendalam. Membuka tabir juru-juru dakwah yang mengajak pada neraka Jahannam, dengan menghalalkan pembunuhan dan memutarbelitkan dalil demi kepentingan rampasan kuasa.