Kejadian penembakan di pejabat Charlie Hebdo, umat Islam Perancis dan beberapa negara Eropah seperti Jerman, Inggeris, Greek mengalami masa kritikal.
DR. Abdul Karim Bakkar, dalam wawancara Aljazeera Arab menegaskan, "Pembela kejahatan adalah orang jahat. Pembela kedunguan adalah orang dungu. Membunuh 12 orang editor majalah yang menulis atau membuat karikatur dungu, namun kesannya dahsyat: mengencam umat Islam di Eropah. Setiap hari umat Islam semakin sukar di Eropah.
Para pelaku keganasan telah membuka peluang seluas-luasnya untuk Yahudi dan seluruh kaum konservatif Eropah. Mereka menanti-nanti kesempatan, bagaimana boleh meyakinkan bangsa Eropah bahawa setiap Muslim tak lebih dari bom waktu.
Ketahuilah. Sejak lama Eropah membuka pintu rumahnya, sekolahnya, dan lingkup sosialnya kepada umat Islam yang lari menyelamatkan diri dari kebengisan rejim penguasa -konon katanya- negeri Islam. Susah payah diterima dan membayar cukai standard Eropah.
Namun sekumpulan manusia esktrimis, radikalis, dan bodoh, malangnya telah menutup celah. Mereka tidak mewakili Islam. Mereka tak lebih dari wabak yang mematikan Islam dan penganutnya.
Jika kita benar-benar mencintai Rasul. Apakah kartun atau filem yang terindikasi menghina Rasul, mengurangkan kemuliaan baginda? Sama sekali tidak.
Selain itu dibuat oleh manusia-manusia hina, namun masih menerima dakwah tersebut dengan bilhikmah walmauizhah alhasanah.
Sedarkah kita, penghina Rasul sebenarnya ada di jazirah Arabia, di negeri-negeri Muslim yang membantai ribuan umat Islam di Rab'ah Al-Adawiyah, Ittihadiyah Mesir, dan yang memenjarakan ulama-ulama yang mengkritik kuasa mutlak melebihi kuasa Allah Taala.
Walaupun sedikit jujur, kita akan faham, bahawa penghina Rasul hakiki adalah kita sendiri. Lebih cinta maksiat daripada taat. Lebih asyik menjadi durjana, daripada menjadi Muslim berakhlak mulia.
So saudaraku, apa yang berlaku di Perancis, sasarannya sudah tercapai. Yang bertepuk tangan adalah Yahudi Israel. Kes Perancis membuat donatur Palestin di wilayah Eropah, dibekukan.
Tempat yang menjadi tujuan kaum Muslimin Sunni yang lari dari kekejaman Syiah di Iran, Iraq, Syria, Lubnan. Juga dari kebengisan penguasa di Mesir, Saudi Arabia, Teluk, Maghribi, Algeria, kembali tertutup.
Lengkap sudah. Di negera minoriti Muslim, dibunuh. Di negera Muslim sendiri dibantai dan dibunuh di penjara.
Di negera demokrasi, penguasanya dikuasai manusia tak berhati nurani. Hijrah ke Eropah dituduh biang pengganas.
Tentu sebagai umat Islam kita tidak harus meminta maaf kepada Perancis. Kerana pada dasarnya, Perancis, Inggeris, Amerika Syarikat, Russia, Itali, Sepanyol, adalah mereka yang "memelihara" kaum radikalis.