Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Sunday, February 22, 2015

Kata-kata Al-Halaj : Akulah Allah

Di kalangan orang sufi, terdapat orang yang tinggi perbahasannya mengenai ketuhanan. Hingga payah dijangkau akal dan sukar difahami oleh masyarakat awam. Sebagaimana yang berlaku kepada Al-Halaj, seorang tokoh sufi yang kontroversi. 

Dalam penganjian tasaufnya, beliau menghuraikan masalah ketuhanan dengan kupasan yang rumit, hingga sukar diukur hakikat keilmuannya. 

Antara kata-kata Al-Halaj yang mengelirukan ialah : Tiada dalam jubahku kecuali Allah. Tiada dalam kocekku kecuali Allah. Akhirnya seperti yang diriwayatkan beliau berkata : Akulah Allah. 

Lantaran kata-kata yang mencetus kekeliruan di kalangan masyarakat Islam, akhirnya Al-Halaj dihukum bunuh dengan alasan untuk menyelamatkan aqidah ummah. 

Mengikut kajian ilmu tasauf, pendapat seperti itu digolongkan sebagai "Wahdatul wujud" . Apa yang dikata oleh Al-Halaj tidak mudah untuk dipersalahkan kerana pada pendapatnya bahawa semua makhluk dan alam ini adalah "mazhar" iaitu tempat untuk mengenal Tuhan. 

Bagi Al-Halaj, sekalian alam ini sekadar fenomenanya yang pada hakikatnya tiada. Yang wujud hanya Allah SWT. Justeru itu Al-Halaj mengeluarkan kenyataan kepada umum seperti yang dinyatakan, untuk menegaskan pada hakikatnya yang wujud hanya Allah SWT. 

Bagaimanapun kenyataan itu dianggap kurang cermat, hingga menimbulkan kegelisahan dan keraguan di kalangan umat Islam. Pada pandagan zahir perkataan dan ungkapan yang keluar dari mulut Al-Halaj itu dihukum sebagai syirik. 

Bagaimana kajian yang dibuat terhadap amalan hariannya sebelum Al-Halaj mengeluarkan kata-kata seperti diatas? 

Maha Tinggi Allah SWT tiada dilingkungi oleh tempat dan ditentu oleh masa. Allah SWT wujud tanpa bertempat dan tanpa masa, seperti waktu pagi, petang, malam dan sebagainya. 

Masa atau waktu 24 jam, wujud hasil dari edaran matahari dan putaran bumi. Apabila cahaya matahari terbit akibat dari putaran bumi, ia disebut waktu fajar pagi. Matahari condong ke barat, disebut waktu petang. Apabila matahari terbenam, dipanggil waktu senja. Setelah hilang cahaya merah di kaki langit, disebut waktu malam. 

Dengan kemajuan sains dan teknologi, manusia boleh mencipta kapal angkasa yang canggih, mereka mungkin boleh menerobosi angkasa lepas, keluar dari lingkaran bumi dan juga bayangan sinaran matahari. Ketika itu manusia akan bebas dari lingkungan masa yang dihasilkan oleh putaran dan edaran cakrawala. 

Jika dalam kitab-kitab agama menyatakan bahawa Tuhan tidak dilingkungi masa dan tiada dilingkungi tempat, sedangkan jika manusia mampu pergi ke satu tempat di luar dari lingkungan bumi dan bayangan matahari, mereka juga tidak terikat dengan masa yang terhasil oleh edaran matahari dan edaran bumi. 

Oleh kerana masa dan tempat diciptakan oleh Allah SWT, maka tuhan sebagai Penciptanya (Khalid), tentulah wujud lebih dahulu masa ciptaanNYA itu. 

Alam semesta matahari dan bumi mempunyai tarikh permulaan kejadiannya, ahli kaji angkasa dan geographi berupaya membongkar segala rahsia planet termasuk usia sesuatu planet seperti bumi dan matahari. 

Bererti sebelum dari tarikh tersebut alam ini tidak wujud. Semesta alam yang wujud sekarang adalah alam yang sudah menempuh masa dan usia. 

Sedangkan Allah SWT yang wujud itu adalah tuhan yang wujud sejak dengan tiada tarikh mulanya. Dalam erti kata tidak dilingkungi usia dan masa. 

Dapat diketahui wujud Allah SWT dan Dzat-Nya, menggunakan akal dan penjelasan para rasul, tetapi tidak dapat dilihat Dzat-Nya dengan pandangan mata kasar. 

Allah SWT memperlihatkan Dzat-Nya di akhirat, kerana hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada orang yang salihin di kalangan orang-orang yang beriman. Kerana menatap Allah SWT adalah kemuncak nikmat-Nya  dijanjikan kepada orang beriman, yang ditangguhkan oleh Allah SWT.

Pelbagai nikmat telah dikurniakan kepada hamba-Nya di dunia ini. Namun bagi orang yang beriman belum cukup sempurna nikmat itu, selagi mereka belum menatap wajah Allah SWT yang mengurniakan nikmat itu setelah orang mukmin sempurna memasuki syurga Allah SWT kelak. 

Orang mukmin mampu melepaskan kerinduannya terhadap Allah SWT hanya melalui ibadat dan zikir. Dengan rindu itu membolehkan mereka bertemu Tuhan, setelah berjaya melalui segala rintangan Mahsyar dan titian Mustaqim.

Saturday, February 21, 2015

Kata Imam Syafie : Maka hendaklah hadith itu diikuti dan ditinggalkan perkataan aku

Pernah lihat orang awam mengguna perkataan Imam Syafie yang ni?

Imam as-Syafi'e : Apabila sahih sesuatu hadith itu dan ianya menyalahi perkataan ku - maka hendaklah hadith itu diikuti dan ditinggalkan perkataan ku.

komentar :

Ini adalah kata-kata tawadduk Imam Syafie, Imam Syafie berijtihad pun guna Al-Quran dan Hadith sahih berhukum. Bukan guna kitab Bible sebagai landasan hukum.

Untuk mengikuti ajaran al-Quran dan sunnah yang Nabi s.a.w bawa hendaklah mengikut kepada ijtihadnya para imam mujtahid yng muhadissin, yang mempunyai keupayaan dalam mengistinbath hukum menerusi kedalaman ilmu yang mereka ada. 

Mereka bukan sekadar mempunyai maklumat semata-mata, bahkan mereka mempunyai ilmu yg menuntun mereka melakukan apa yang perlu untuk menjaga keharmonian masyarakat umat Islam.

So, kalau nak kata mereka ada benar dan ada salah, ya, mereka tetap akan melakukan kesalahan.

Contonya seperti imam Syafie yang ada qaul qadim(pendapat lama) dan qaul jadid(pendapat baru) yang membuktikan bahawa beliau tetap mempunyai kesilapan. 

Namun ada juga qaul qadimnya yang dipakai oleh ulama mujtahid sesudahnya. 

Maka dalam petikan kenyataan imam syafie yang nukilkan diatas ini adalah kenyataan beliau untuk para ulama, bukannya kepada kita yang tidak cukup ilmu. 

Aliran mazhab syafie daripada dulu sampai sekarang dicantikkan oleh ulama sealiran mazhab Syafie, begitu juga dengan mazhab yang lain. 

Meskipun ada kita dapati mereka tetap mempunyai perbezaan pendapat, namun ia bukan kepada perkara rukun, sebaliknya kepada bab cabang.

So, kesilapan yang mereka lihat itu janganlah disamakan dengan kita yang tidak cukup ilmu ini melakukan kesilapan. 

Ya, mereka tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, tetapi mereka tetap ada dalil untuk keputusan itu, bahkan kerana mereka mujtahid, mereka tidak berdosa. 

Tapi hendaklah kita mengikut ijtihad ramai ulama yang bila diijmakkan, ia menjadi salah satu pegangan yang tidak boleh lagi ditolak kerana ia merupakan sebahagian daripada dalil-dalil daripada ajaran Islam.

Zaman kini, begitu ramai org yang rancak membuka aib ulama yang kononnya buat kesilapan, padahal kesilapan itu bukanlah patut diwar-warkan, sebaliknya hendaklah dibawakan pegangan yang paling kuat dalam mazhab ke hadapan, bukannya membuka aib mereka.

Tidak semua orang mampu menyelidik, memerhati, mengkaji dan sebagainya.

Kewujudan mazhab, malah kitab matan, syarah dll itu membuktikan bahawa dalam agama ni perlu disampaikn kepada umat islam secara bertahap-tahap atau berperingkat-berperingkat, bukan ikut shortcut (kita sendiri tahu apa akibatnya kalau ikut shortcut). Ibarat budak umur 7 tahun belajar peringkat Universiti.

 Malah mereka yang sudah mempelajari agama bertahun-tahun sejak daripada kitab matan, syarah, hasyiah dan seterusnya.

Apabila telah menjadi alim, tidak pula mereka berniat nk buat mazhab baru, menyanggah pendapat para ulama mereka (maksudnya tidak semestinya seseorang itu terima setiap pendapat ulama yang bukan pokok, tapi hormat pandangan ulama), bahkan tetap duduk dan memelihara mazhabnya.

Boleh dibezakan mana pelajar yang ikhlas dan mana pelajar yg tidak ikhlas berdasarkan apa yg mereka bawa selepas menjadi alim. 

Bahkan mereka yang tidak ikhlas ini ramai yg tersasar daripada pengajaran yang sebenar. 

Enggan menjadi agen penyatu umat, tapi sentiasa membuka aib ulama bahawa ulama tidak maksum macam Nabi, canangkn bahawa ikut satu mazhab tidak wajib tapi hendaklah memilih mana yang paling kuat, contohnya... sebab itu kita lihat banyak perpecahan berlaku.

Sekarang ni lagi ramai yang seleweng ucapan-ucapan ulama. Maaf, kami lebih pentingkan adab dengan ulama. Bukannya kerana kami taksub, tapi kalau nakkan ilmu, jangan jatuhkan mereka dengan apa cara sekalipun. 

Kalau nk maklumat, ambillah. Tapi apa beza kita dgn org kafir yg mampu menghafaz al-quran, hadis, dan khatam kitab2 para ulama sehingga kalau diikut phd mereka, mereka mampu menjadi mufti. Tapi bezanya mereka dengan kita yg sepatutnya ialah ilmu...

Ya, mereka sendiri yang menyusun kaedah2 utk istinbath dll, cthnya spt dalam kitab al-Risalah dll. Namun adakah dgn kitab itu membolehkan kita rasa kita mampu buat mazhab baru selepas mazhab yg 4? Tidak. Mereka yg ikhlas akan merasa semakin tawaduk,kagum, malah berasa seperti tidak berilmu langsung apabila melihat cara ulama mujtahid yg muhadissin istinbath al-Quran dan hadith. 

Mazhab syafie sendiri mempunyai ulama yang sudah mencapai tahap mujtahid yg paling ramai, tapi semuanya memilih utk memelihara mazhab syafie, mencantikkannya, kalau nak kritik pun mereka akan kritik secara peribadi, bukannya kritik untuk menjadikan kritikan itu untuk dijadikn sebagai pegangan umat Islam. Apakah mereka taksub? Tidak. Ini kerana adab. Adab penting dlm agama.

Bila brtaqlid buta, ya memang ramai orang awam kita taqlid buta kepada mazhab Syafie, tapi kalau mereka brtaqlid buta kepada mazhab Syafie kerana mereka idak mampu nak mengkaji, menyelidiki, dan sebagainya, itu lebih selamat daripada bertaqlid buta kpd ajaran salafi modern, syiah dan sebagainya. 

Mungkin org awam tidak tahu dalil2 solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tapi mereka ikut ajaran yang betul, bukannya ajaran yg buta. 

Namun mereka tetap dituntut utk menuntut ilmu dan memperbaiki ibadah mereka dari semasa ke semasa. 

So, sebelum mereka bersedia utk berhadapan dengan ajaran ilmu yang tinggi, pastikan mereka bersedia dlm banyak perkara, pastikan akidah dan fiqh mereka mantap dlm ibadah2 asas, barulah nk bahas bab2 yg lebih tinggi. 

Ini supaya mereka tidak bosan atau takut untuk mendalami agama sehingga menjadikan satu persepsi negatif trhadap agama..

Walhau'lam....

Friday, February 20, 2015

Dalil Ulama tolak Tahlil adalah Khususiyat Nabi

Dalil Ulama tolak Tahlil

Tahlil dibuat berdasarkan hadis pacak pelepah tamar atas kubur riwayat Imam Bukhari. 

Berdasarkan hadis ini Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muhazzab menyatakan bahawa Imam Syafie dan anak-anak murid kanannya berpendapat sunat selepas dikebumikan mayat dibacakan al-Quran di Kubur. Kalau dikhatamkan 30 juzu al-Quran lagi afdhal. 

Berdasarkan hadis ini juga Majoriti ulama Hadis, di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalaani di dalam kitabnya Fathu al-Bari, Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim, Imam al-'Aini di dalam kitabnya Syarah Abi Daud dan al-Syeikh al-Mulla Ali al-Qari di dalam kitabnya Mirqatu al-Mafaateh Syarah Misykatu menyatakan : 

Sunat baca al-Quran di Kubur selepas dikebumikan mayat. Selain baca al-Quran semua bentuk zikir. Kalau baca al-Quran di Kubur tak payah niat sampai direct pahala dan manfaat kpd kubur tempat dibaca al-Quran dan zikir-zikir lain dan kpd semua penghuni kubur. 

Al-Syeikh al-Mulla Ali al-Qari dalam kitabnya Syarah Fiqhu al-Akbar menyatakan:

"Majoriti Ulama Salaf, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan sampai pahala bacaan al-Quran yg diniatkan kpd si mati."

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyebutkan dlm Fathu al-Bari bahawa Imam al-Thurtuusi, Qadhi Iyadh dan Imam al-Khatthobi menyatakan pacak pelepah tamar atas kubur riwayat Imam Muslim merupakan khususiyyat Rasulullah SAW. 

Bila ditafsirkan khususiyyat Rasulullah SAW akan membawa maksud Rasulullah SAW saja pacak benda atas kubur dapat mengurangkan azab orang dalam kubur. 
Sesiapa selain daripada Baginda kalau pacak tidak dapat mengurangkan azab org dalam kubur. 

Daripada sini juga hanya Rasulullah SAW saja yg baca al-Quran dan berzikir atas kubur dapat mengurangkan azab orang dalam kubur. Sesiapa saja yg baca al-Quran dan berzikir atas kubur tidak dapat membantu mengurangkan azab org dalam kubur. 

Daripada pentafsiran khususiyyat inilah lahirnya fatwa tidak sunat buat tahlil arwah, baca Yasin mlm Jumaat, Tunggu kubur dgn bacaan al-Quran dan berzikir dan yg sepertinya. 

Ini kerana tidak dapat membantu mengurangkan azab org dalam kubur kerana tidak sampai pahala. 

Inilah hujah yg digunapakai oleh ulama yg menolak bacaan Tahlil, bacaan Yasin mlm Jumaat dan tunggu kubur dgn membaca al-Quran, berzikir dan yg sepertinya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan bahawa pandangan Khususiyyat oleh ketiga-tiga ulama di atas adalah lemah. Sebabnya:

1. Hadis riwayat Imam Muslim menyatakan bahawa suatu ketika semasa Baginda SAW dan Jabir bin Abdillah berjalan di suatu kawasan padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar 2 orang sedang diazab dalam kubur. Lantas Baginda menyuruh pergi potong dua dahan kayu. Bila selesai dipotong oleh Jabir dan dibawa datang kpd Baginda SAW tiba-tiba Rasulullah SAW menyuruh Jabir yg pacak bukan Baginda sendiri yg pacak. 

Ini menjadi dalil pacak pelepah tamar oleh Baginda SAW dlm hadis Bukhari bukan merupakan khususiyyat Baginda. Buktinya dalam hadis Muslim Baginda suruh Jabir yg pacak

2. Disebut dalam hadis Bukhari, Ada seorang sahabat bernama Buraidah al-Aslami telah berwasiat kpd keluarganya supaya dipacak benda atas kuburnya.

Kalau pacak pelapah tamar dlm hadis Bukhari merupakan khususiyyat Baginda nescaya Buraidah tidak akan berwasiat. Berwasiat utk apa kalau tidak berfaedah. 
Justeru, pandangan Buraidah sahabat Rasulullah SAW, yg berpendapat bukan khususiyyat Baginda SAW mesti diutamakan berbanding dgn padangan Imam al-Turtusi, Qadhi Iyadh dan Imam al-Khatthobi yg berpendapat pacak pelapaj tamar dlm hadis Bukhari merupakan khususiyyat Baginda.

Kesimpulan hujah-hujah buat tahlil lebih kuat berbanding dgn hujah-hujah yg menolak tahlil.

Isu semasa :

TGNA mempunyai akhlak yg amat terpuji,tutur kata yg lemah lembut,zuhud,tegas dlm menegakkan yg haq,istiqamah dlm perjuangan,sungguh! sifat2 rasullulah  dicontohi nya.

sebab tu org bukan islam pun hormat dan syg pd beliau.itu lah islam yg sebenar,sampai ada kalangan kwn kita yg bukan islam pun sedih diatas pemergian nya,hanya org2 yg telah mati hati nya sja berckp  merapu

Tnga walaupun tidak membenarkan tahlil untuk dirinya tapi beliau meraikan perbezaan pendapat yang wujud. 

Beliau hadir dalam majlis tahlil di kampung apabila dijemput dan bertahlil bersama2. Cuma tidak untuk dirinya.

 Itulah yang membezakannya dengan salafi modern yang mengatakannya bid'ah sesat. Tidak Meraikan khilaf. 

Jika khilaf tersebut bukan muktabar haram menyertainya. Itu perbezaan antara salafi modern dan non-salafi modern. 

Bukan buat atau tidak. Itu belum dikira zikir lepas solat dan berdoa ramai2, takwil ayat sifat dll yang diamalkan oleh beliau. Orang yang mengaitkan masalah tahlil dengan beliau samada tak kenal beliau atau cuba mengambil kesempatan mempromosikan alirannya agar diterima ramai. Wallahualam

Monday, February 16, 2015

Harapan Pada Raja Salman, Terpadam



Sebelum ini kita berharap ada perubahan arah politik LN Saudi Arabia, sepeninggal Raja Abdullah. Namun nampaknya, suasana geopolitik di Timur Tengah tidak membenarkan Raja Salman untuk berbuat banyak.

1. Konsistensi EU dan AS sebagai bidan dan otak rampasan kuasa di Mesir, yang terus tutup mata pada kebiadaban Jeneral As-Sisi. 

Sebagai konpensasi, EU menjadikan Mesir perah susu kambing. Salah satunya Perancis mengaut 25 milion Dollar dari jualan 26 pesawat pejuang yang sudah tua. 

Kesatuan Eropah nampak tidak mahu rugi, kemiskinan yang melanda Eropah menjadikannya sangat bergantung dengan "kemurahan hati" Israel yang mempunyai banyak projek termasuk dari Iran, negera yang di media nampak bermusuhan.

2. Kemunculan ISIS di Iraq-Syria, kemudian pemberontak Syiah Hautsi di Yaman, serta tanzhim Al-Qaeda dengan baju ISIS di Libya, menjadikan As-Sisi memegang kad AS. 

Raja Salman dihadapkan pada fakta, tidak ada lagi negara Arab yang mempunyai askar dengan jumlah besar selain Mesir. 

Maka sokongan terhadap As-Sisi menjadi sebuah tawar menawar politik, demi meredam laju Syiah Hautsi di Yaman dan ISIS di Iraq-Syria yang tiada lain menjadi ancaman terdekat bagi Saudi Arabia.

Mesir di era As-Sisi benar-benar berubah 180 darjah. Dari pengimbang konflik Palestin-Israel, menjadi penyokong kuat Yahudi. 

Dari negera yang menjadi ibu bagi semua negara Arab. Kini malah menjadi ibu tiri kejam yang siap menyerang negara Arab manapun yang tidak sokong dengan tentera rampasan kuasa. 

Terbukti Mesir sejak era Sisi berani menyerang Libya, dengan pesawat-pesawat pejuang, melakukan pengeboman, hal yang tidak pernah dilakukan terhadap Israel pasca 1973.

3. Kestabilan di dalam negera Saudi Arabia sendiri, seiring dengan pemecatan para pegawai yang dipilih mendiang Raja Abdullah. 

Raja Salman nampak masih belum yakin, anasir-anasir pro-kudeta di Mesir benar-benar bersih. 

Terlebih tekanan AS-Inggeris yang diketahui bersama, bersama Iran-Israel berada di sebalik semua kehancuran negara Sunni di Timur Tengah.

Saat harapan itu pudar. Maka tidak ada pilihan selain menadah tangan memohon kepada Allah yang Maha Ghaffar. 

Semoga para penyokong rampasan kuasa di Mesir terutama dari kalangan yang mengaku paling Syariah dan paling berakidah lurus, benar-benar sedar. 

Sebagaimana sedarnya hati orang-orang yang sangat anti-demokrasi, atau lebih memilih peranan penafian aktif untuk segera bergerak, menjadi penguasa negera-negera Muslim.

Pandangan Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah

Soalan : Apakah pandangan Syaikh al-Islam, Sulthon al-Ulama, Imam al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah?

Jawapan : Beliau mengatakan :

 البدعة فعل ما لم يعهد في عصر رسول الله وهي منقسمة الى بدعة واجبة وبدعة محرمة وبدعة مندوبة وبدعة مكروهة وبدعة مباحة

Bid'ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w., dan ia terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah mandub(sunat), bid'ah makruh dan bid'ah harus.

(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashahih al-Anam, ibn Abd as-Salam, Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyyah, cetakan pertama, 1420H/1999M, 2/133-134.)
(Lihat juga Al-Fatawa al-Maushiliyyah, Ibn Abd as-Salam, ms.129.)

Kemudian beliau menyambung :

فان دخلت في قواعد الايجاب فهي واجبة، وان دخلت في قواعد التحريم فهي محرمة، وان دخلت في قواعد المندوب فهي مندوبة، وان دخلت في قواعد المكروه فهي مكروهة، وان دخلت في قواعد المباح فهي مباحة

Dan jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus.

(Lihat Al-Qawa'id al-Kubra, Ibn Abd as-Salam, 2/337-339, Al-Azkar, An-Nawawi,ms.237, Al-I'tisham, Asy-Syatibi, 1/188).(Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani, 13/253-254, mukaddimah As-Sayuthi dalam Husn al-al-Maqsid dalam Al-Hawi li al-Fatawa, Fatawa Hadithiyyah, Al-Haitami, ms.150, Radd al-Mukhtar, Ibn Abidin, 1/376 dan lain-lain)

Pembahagian ini merujuk kepada bid'ah itu sendiri sebagai perkara baru, bukanlah sebagai hukum. Dalam erti kata lain, bid'ah bukanlah hukum. Ini adalah kerana hukum Taklifi itu cuma ada 5 sahaja (iaitu Wajib, Haram, Sunat, Makruh, dan Harus). Sebab itulah setiap perkara baru, hendaklah ditimbang di atas neraca hukum yang 5 ini.

Imam Izz ad-Din Abd as-Salam seterusnya memberikan contoh bid'ah itu mengikut bahagiannya iaitu :

1- Wajib : Mengkaji Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami Al-Quran dan Hadith.
2-Haram : Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
3-Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
4-Makruh : Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
5-Harus : Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/134)

Ulama menyokong pembahagian Imam Al-Izz Ibn Adb As-Salam

Soalan : Siapakah di kalangan para Ulama yang bersetuju dengan pembahagian Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap Bid'ah ini?

Jawapan :
 1- Ulama mazhab Hanafi : Al-Kirmani , Ibn Abidin, At-Turkimani, Al-Aini dan At-Tahanawi.

2- Ulama mazhab Maliki : At-Turtusyi, Ibn Al-Hajj, Al-Qarafi dan Az-Zurqani.

3- Sepakat(ijma') di kalangan semua ulama mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata :

و قسم بعض العلماء البدعة إلى الأحكام الخمسة وهو واضح

Dan sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada hukum yang lima(wajib, sunat, haram, makruh dan harus) dan ia adalah jelas(begitu).

Imam Sayuti berkata :

أصل البدعة ما أحدث على غير مثال سابق وتطلق في الشرع على ما يقابل السنة أى ما لم يكن في عهد صلى الله عليه وسلم, ثم تنقسم إلى الأحكام الخمسة

Asal bid'ah itu ialah apa yang diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya. Dan diitlaqkan dalam Syara' iaitu apa-apa yang berlawanan dengan sunnah iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi. Kemudian ia(Bid'ah itu) terbahagi kepada hukum yang lima. 

Akan bersambung episode seterusnya

Ulama yang membahagikan bid'ah kepada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie

Soalan : Siapakah ulama lain yang membahagikan bid'ah kepada bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie?

Jawapan : Mereka adalah ramai di antaranya :

1-Imam Ibn Hajar al-Haitami.(At-Tabyin fi syarh al-Arba'in,ms.32)
2-Qadhi Abu Bakar Ibn Al-Arabi.(Aridah al-Ahwazi,10/147)
3-Imam Al-Baihaqi.(Manaqib asy-Syafie.1/469)
4-Imam Al-Ghazzali.(Ihya Ulum Ad-Din,1/276)
5-Ibn Hazm Azh-Zhahiri[456H].(Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam,1/47)
6-Ibn Al-Athir al-Jazari.(An-Nihayah,1/79)
7-Imam Abu Nu'aim.
8-Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam.(Lihat Thobaqat asy-Syafi'iyyah,5/80-107 dan Syazarat az-Zahab,5/330)
9-Imam Nawawi
10-Ibn Al-Amir ash-Shan'ani(Lihat Thathir al-I'tiqad an Adran asy-Syirk wa al-Ilhad)
11-Ibn Hajar al-asqalani.(pensyarah kitab Shahih Bukhari)
12-Al-Ubbi.(Pensyarah kitab Shahih Muslim)
13-Imam Sayuti.
14-Ibn Rajab Al-Hanbali.
15-Ibn Taimiyyah.
16-Ibn Al-Jauzi.
17-Asy-Syaukani.

Dan ulama lain yang ramai lagi termasuk : Syaikh Ali al-Qari dalam Syarh al-Misykat, Ibn al-Muluk dalam Mabariq al-Azhar Syarh Masyariq al-Anwar, Imam Al-Qasthillani dalam Irsyad as-Sari Syarh Shahih al-Bukhari, Az-Zarqani dalam Syarh al-Muwaththo', Al-Hafiz Abu Syamah dalam Al-Baith ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadith, Al-Halabi dalam Insan Al-Uyun fi Sirah an-Nabiy al-Makmun dan Al-Baji dalam Al-Muntaqa Syarh al-Muwaththo'.

Kesepakatan Ulama

Para ulama telah bersepakat tentang pembahagian bid'ah kepada yang terpuji dan tercela. Sayyiduna Umar adalah orang pertama yang mengatakan demikian.

Para ulama juga sepakat mengatakan Hadith :

كل بدعة ضلالة

Setiap bid'ah itu sesat.

Perlu dikhususkan.

Hanya Imam Asy-Syatibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid'ah seperti ini dan mendakwa bid'ah semuanya cela.

Walau bagaimanapun, Imam Asy-Syathibi mengakui ada di antara bid'ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya bid'ah tetapi memasukkannya dalam kategori 'Maslahah al-Mursalah' (Kepentingan Umum).

Justeru, perbezaan pendapat beliau hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau, bid'ah yang dituntut tidak boleh dinamakan bid'ah, tetapi dinamakan 'Maslahah').

(Lihat Al-I'tisham, Imam Asy-Syathibi, 1/35-40, 2/311-320)

Akan bersambung episode seterusnya.

Saturday, February 14, 2015

Perakuan Al-Quran tentang Bid'ah Hasanah

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?

Jawapan : Ya. Imam Ath-Thobrani meriwayatkan di dalam kitab Al-Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al-Bahili katanya :

Sesungguhnya Allah swt memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfardhukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawih berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan. Oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakan. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu bid'ah. Lantaran itu Allah swt mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah swt :

Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya. Kami tidak mewajibkan atas mereka. (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah swt dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya
(Surah Al-Hadid: 27)
(Dalam sanad athar ini terdapat Zakaria bin Abu Maryam. Ibn Hibban menyenaraikan termasuk dalam perawi yang thiqah)

Imam Ad-Darquthni mengatakan :

Periwayatannya boleh diambil kira. Kefahaman yang dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat Al-Quran terbabit shahih. Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (dari Bani Israel) kerana mereka mengadakan-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Tetapi Al-Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnya cara kependetaan yang mereka ada-adakan. Ini menunjukan bid'ah yang baik disyariatkan (diperakui oleh syara').

Hujah Pembahagian bid'ah kepada dua bahagian

Soalan : Apakah hujah Imam Syafie dalam pembahagian bid'ah tersebut?

Jawapan : ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap hadith yang berkaitan, antaranya :

١. من احدث في امرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

٢. من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء،، ومن سن في الاسلام سنة سيىءة فعمل بها بعده كتب عليه مثل وزر من عمل بها ولا ينقص من اوزارهم شيء.

Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu.
(Riwayat Muslim)

3. Hadith dari Abd ar-Rahman bin Abd Al-Qari tentang solat Tarawih di mana beliau (Abd ar-Rahman) keluar bersama Umar bin Al-Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjemaah. Umar mengatakan jika dia mengumpul mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka'ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam, Umar berkata :

نعمت البدعة هذه

 Ini adalah bid'ah yang baik.
(Riwayat Al-Bukhari)

Akan bersambung episode seterusnya

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?


Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah

Soalan : adakah ada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah?

Jawapan : Ada, berdasarkan pembahagian oleh Imam Syafie di atas dan disokong oleh para A'immah yang lain.

Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam At-Tirmizi dan ibn Majah.

من حديث كثير بن عبد الله المزني-وفيه ضعف-عن ابيه عن جده عن النبي (ص) قال : من ابتدع ضلال لا يرضاها الله ولا رسوله كان عليه مثل اثام من عمل بها لا ينقص ذلك من اوزارهم شيءا.

Daripada hadith Kathir bin Abdullah al-Muzani- di dalamnya ada dha'if-dari ayahnya dari datuknya dari Nabi bersabda  Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid'ah Dhalalah (sesat) yang tidak redhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi 
sedikitpun daripada dosa mereka itu.

Imam Nawawi berkata :

البدعة في الشرع هي احداث ما لم يكن في عهد رسول الله وهي منقسة الى حسنة وقبيحة.

Bid'ah dari segi Syara' ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah saw. Dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah 
(buruk).


(Tahzib al-Asma' wa al-Lughat, Abu Zakariya Yahya bin Syarf an-Nawawi, Taheran: Manthurat Maktabah al-Islami, t.t, 1/23.)

Imam Abd al-Dahlawi berkata :

اعلم ان كل ما ظهر بعد رسول الله بدعة، وكل ما وافق اصول السنة وقواعدها او قيس عليها، فهو بدعة حسنة، وكل ما خالفها فهو بدعة وضلالة.

Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah s.a.w. adalah bid'ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan ushul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitulah Bid'ah Hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan ushlul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid'ah Sayyi'ah (keji) dan Dhalalah (sesat).


(Al-Asas fi as-Sunnah wa Fiqhuha, Sa'id Hawa, Arab Saudi: Dar Al-Islam, Cetakan kedua, 1412H/1992M, ms. 360.


Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq,  Zain al-Abidin bin Sumaith berkata di dalam kitabnya Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi Aqidah al-Firqah an-Najiah :

فكل احسان لم يعهد في العهد النبوي فهو بدعة حسنة، يثاب عليها، بدليل قوله (ص) : (من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء)

Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi S.a.w.. maka ia adalah Bid'ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukannya, dengan dalil perkataan Nabi s.a.w : Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikit dari pahala orang 
yang mengerjakan itu.

Makna Bid'ah

Soalan : Apakah makna bid'ah dari segi bahasa?


Jawapan : Di dalam Munjid :
ما احدث على غير مثال سابق
Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.
(Munjid, ms. 27.)

Di dalam Mukhtar ash-Shihhah :

اختراعه لا على مثال
Mengadakan sesuatu tidak menurut contoh.
(Mukhtar ash-Shihah, Ar-Razi, ms.379.)

Di dalam Al-Mu'tamad :

اختراعه وانشاءه لا على مثال.
Mengadakan dan menciptakan sesuatu tidak menurut contoh.
(Al-Mu'tamad, ms. 28.)


Di dalam kamus Al-Muhith dinyatakan :


الامر الذي يكون اولا
Sesuatu perkara yang menjadi pertama.
(Al-Muhith, Asy-Syairazi, 3/3)

Semua takrif ini membawa kepada makna bid'ah dari segi bahasa iaitu :

Sesuatu perkara baru yang diciptakan/diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya.
(Lihat juga takrif bid'ah dari segi bahasa di dalam Mu'jam al-Maqayis fi al-Lughah, Abu Al-Hussain Ahmad bin Faris, Beirut: Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 1415H/1994M, ms. 119 dan Al-'Ain, Abu Abd ar-Rahman al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, Iran: Mu'assasah Dar Al-Hijrah, Cetakan Kedua, 1409H, 2/54)

Soalan : Apakah makna bid'ah dari segi Syara'?

Jawapan : Perkara ini perlu dirujuk kepada pendapat para ulama Alim Quraisy, Al-Imam al-Jalil, Imam Syafie mengatakan :

 البدعة بدعتان : محمودة ومذمومة، فما وافق السنة فهو محمود، وما خالفها فهو مذموم

Bid'ah itu dua jenis : Bid'ah yang dipuji dan bid'ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.
(Diriwaratkan juga oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al-Bari,17/10).

Dalam riwayat lain, Imam Syafie mengatakan :

 المحدثات (من الامور) ضربان، ما احدث يخالف كتابا او سنة او اثر او اجماعا، فهذه بدعة الضلال، وما احدث من الخير لا يخالف شيءا من ذلك، فهي محدثة غير مذمومة

Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (Pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan Al-Quran atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijma', maka itulah Bid'ah Dhalalah (Sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan keji.
(Riwayat Al-Baihaqi dengan sanad yang Shahih di dalam kitabnya Manaqib Syafie, Lihat Fath al-bari,17/10)

Melalui riwayat-riwayat ini, Imam Syafie membahagikan bid'ah kepada :

1. Bid'ah Mahmudah (dipuji)/ Ghair Mazmumah (tidak dikeji)/ Hasanah (baik).
2. Bid'ah Mazmumah (dikeji)/ Dhalalah (Sesat).

Akan bersambung episode seterusnya....

Wednesday, February 11, 2015

Belajar Tolong Menolong dari Ikhwan Muslimin di Mesir



Di sebalik tragedi memilukan yang menimpa jemaah Ikhwanul Muslimin, tersirat jutaan hikmah yang boleh kita petik. Salah satunya spirit ta'awun (tolong menolong) antara ahli jemaah dan korban rampasan kuasa.

Boleh dibayangkan. Hitungan kasar menyebutkan, lebih daripada 40,000 anggota Ikhwan Muslimin dari level pusat hingga desa mengisi ruang-ruang seram penjara. Persoalannya, siapa yang menyara ahli keluarga dari jumlah sedemikian banyak itu?

Padahal seluruh asset Ikhwan disita. Tempat usaha orang yang terindikasi Ikhwan ditutup. Dana di akaun dibekukan. Bahkan kerajaan kudeta membuat dasar baru, sesiapa yang aktif menolak rampasan kuasa, maka akan dihapuskan hak perubatan dan hak mendapatkan jaminan sosial.

Siasat punya siasat, Hal yang membuat rakyat aksi anti rampasan kuasa adalah, jiwa tolong menolong yang kini tidak hanya dilakukan oleh organisasi inti Ikhwan Muslimin, tapi juga oleh simpati yang dahulu merasakan kebajikan dan ketulusan bakti anggota Ikhwan.

Seorang kaya Mesir misalnya, mengatur strategi untuk memberi sumbangan 1000 LE kepada mangsa-mangsa yang ditangkap tentera rampasan kuasa setiap bulan. Namun keluarga mangsa tidak menghabiskan wang sejumlah itu untuk keperluan sendiri. Ia menyumbangkan setengah dari wang sumbangan tersebut kepada keluarga korban syahid di bandar yang sama. Kisah-kisah lain teramat banyak, tidak cukup dikisahkan dalam blog ini.

'Alaa kulli haal. Kita akan selalu bertanya-tanya, apa yang menyebabkan demonstrasi antikudeta tidak pernah habis. 

Jelas jawapannya, di medan jihad seluruh anggota Ikhwanul Muslimin berperanan. Sesuai janji yang telah diteguhkan, berjuang menegakkan Kalimatullah dalam keadaan apapun: senang susah, suka duka, sedih gembira.

Republik Keldai



Dalam setiap kesempatan, negara-negara penjajah selalu mempersiapkan strategi perang jangka panjang dengan pengembangan ekonomi dan ketenteraan. 

Di antara strategi paling tepat adalah membentuk republik-republik Keldai atau menyiapkan pemimpin-pemimpin berjiwa keldai. 

Sasarannya jelas: menjadikan negara-negara keldai yang diserahkan secara percuma. Tanpa perlu serangan tentera yang menghabiskan bajet dan jiwa raga.

Ironinya, republik-republik keldai saat ini terjadi di dunia dengan penduduk majoriti muslim. Saat republik dipimpin keldai, maka gaya memimpin pun tidak jauh beza dengan keldai:

1. Memilih kumpulan dungu sebagai partner kerja, lalu menyingkirkan kumpulan terpelajar. Di salah satu negara Timur Tengah, malah orang-orang terhormat dipenjarakan. Lalu orang-orang berjiwa keldai dimuliakan.

2. Mengutamakan standard kotor dan busuk sebagai pilihan. Bayangkan kualiti para menteri yang nilainya D, bahkan ada beberapa yang DO dari kuliahnya. Atau menteri Lesbian, homo, plus tak peduli dengan agama boleh menjadi menteri. Di republik keldai, bos-bos judi diangkat menjadi penasihat.

3. Menjalankan dasar "Ikut suka hati aku lah". Dengar suara teriakan keldai. Suara syaitan pun kalah. Jangan harap suara rakyat diperhatikan. Pemimpin keldai hanya mendengar dirinya. Bagi keldai, suara burung adalah hinaan.

4. Keldai selalu mendengar suara pujian dan hobi pengimejan. Lihatlah media yang hobi menebar puja-puji. Ternyata pemilik media sama-sama berkualiti keldai. Demikian dengan para pemerhati yang mendadak buta mata buta hati.

Lebih parah lagi dari semua itu adalah, apabila penyokong keldai hanya diberi "kotoran", penyokongnya menganggap najis sebagai intan berlian. Semoga kita terhindar menjadi keldai-keldai tak berperikemanusiaan.

Tuesday, February 10, 2015

AS: ISIS Episode Menghancurkan Kekuatan Tentera Arab


Menyongsong pengisytiharan Israel, Yahudi (AS-Inggeris-Israel-Perancis-Russia-Iran) merealisasikan apa yang menjadi sasaran kemusnahan seluruh kekuatan tentera dunia Arab. 

Setelah berjaya melumat pasukan Iraq, yang dahulu menduduki rangking ke-4 sebagai kekuatan tentera terkuat di Timur Tengah. Maka kemusnahan tentera Syria, Mesir, Algeria, Libya, Sudan, Yaman, benar-benar dapat direalisasikan dengan matang dan tanpa halangan.

Hampir yang tersisa adalah tentera Jordan, Emirates, Saudi Arabia, Bahrain, Oman, Kuwait, Maghribi, dan negeri kecil tak berdaya Mauritania. 

Strategi pun disusun, Maka kemunculan ISIS tidak lepas dari rancangan besar menghancurkan kekuatan tentera di negara-negara Arab tersisa. 

ISIS menjadi penahan bergabungnya negera-negera Arab dalam pakatan antarabangsa anti-ISIS yang diketuai AS.

Hal ini diakui Alan Gullen, penyelaras Perikatan Antarabangsa anti-ISIS. Terutama setalah serangan melalui udara sama sekali tidak mematikan ISIS. 

Justru Turki merasakan hairan, saat senjata yang dimiliki ISIS makin canggih. Termasuk salah satunya mampu melumpuhkan pesawat pejuang Jordan, yang juruterbangnya ditangkap dan kemudian dibakar. 

Siasat punya siasat, rupa-rupanya Emirates Arab berada di sebalik kejatuhan pesawat pejuang Jordan, dengan melakukan pengacauan isyarat radar milik AU Jordan. Sasarannya, menggiring Jordan dalam pakatan antarabangsa.

Dengan gagalnya serangan udara, sekutu anti ISIS meminta negara-negara Arab untuk melakukan serangan darat terhadap ISIS. 

Diakui Jhon Allen, jeneral AS, menegaskan peranan AS-Bersekutu hanya melindungi tentera-tentera Arab dari udara dan tidak akan menghantar pasukan melalui darat. 

Tentera Eropah seperti dari AS, Australia, Denmark, Brazil, Portugal, New Zealand, Sepanyol, Itali, Jerman, Belgium, Belanda, hanya menjadi mentor alias pelatih semata.

Pendek cerita, kehancuran tentera Arab tinggal menunggu masa. Israel mengerahkan seluruh sumber daya untuk menghancurkan benih-benih kebangkitan Islam:

1. Menyerbu negara Islam yang kuat secara militer.
2. Menumbangkan rejim penguasa yang menolak menjadi boneka.
3. Memandu umat Islam agar anti terhadap demokrasi, jika yang menjadi pemenang adalah dari unsur gerakan Islam.
4. Menyuburkan pemikiran Islam Liberal di satu sisi, dan pemikiran Islam yang menunggu Imam Mahdi atau Khalifah untuk melakukan penentangan.
5. Mewujudkan boneka-boneka berbaju Islam, sesuai dengan doktrin New America di negara-negara Muslim.

Israel, tinggal menunggu masa!

Mengapa Model As-Sisi Dibiarkan Berkuasa?



Sekali lagi, umat Islam dunia ditawarkan serpihan persembahan dengan kemegahan pengarah AS-Inggeris-Russia-China Perancis. 

Tema besar digantikan: Clash of Civilization. Namun pelakon lakonannya berubah-ubah, bergantung sasaran yang menjadi sasaran.

Melihat kembali kepada sejarah. Blok Timur vs Blok Barat. Tapi yang menjadi korban, pembahagian negera-negara Islam. Perang, AS-Israel-Inggeris merajai dunia. 

Umat ​​Islam yang sejak runtuh Khilafah Uthmaniyah, berusaha menyusun kekuatan. 

Untuk mematikan asas kebangkitan Islam, Barat mewujudkan tokoh-tokoh boneka penuh dengan mainan persenjataannya. Ada Gaddafi di Libya, Saddam Hussein di Iraq, Khumaeni di Iran, Assad di Syria, Nasser di Mesir. 

Namun sasarannya jelas: berdiri tegak negara Israel, negara di tanah suci umat Islam Palestin.

Tidak lama kemudian. Tokoh-tokoh di atas dihancurkan. Siapa yang menjadi penentang, siap-siap dihancurkan. Raja-raja yang melawan, maka dihancurkan dengan sistem demokrasi. 

Lalu apabila sistem demokrasi menghasilkan pemimpin yang menentang mereka, maka dihancurkan dengan rampasan kuasa berdarah. 

Hal terpenting bagi Barat adalah ketundukan dunia Islam terhadap kapitalisme, liberalisme, dan kolonialisme. 

Hal ini yang terjadi saat As-Sisi mengkudeta Mursi di Mesir, atau diyakini semua kalangan penuh kecurangan.

Barat sebenarnya tahu, As-Sisi tidak mempunyai kapasiti leadership mencukupi. Tidak jelas asal-usulnya. Tidak mempunyai prestasi selain kesetiaan penuh kepada koloniasme. Cenderung mempunyai kecerdasan di bawah rata-rata. 

Jika bicara tidak mengikut standard baku bahasa Malaysia atau Arab untuk As-Sisi. As-Sisi ibarat pelakon tambahan. Hadir hanya sekadar kebodohan. Ada tiadanya tidak mengurangkan atau melengkapi. Namun sekadar memanjangkan episod tontonan drama bersiri.

Maka boleh ditebak. As-Sisi banyak melanggar hak asasi manusia dan membantai ribuan orang. 

Barat sangat tahu dan faham. Namun mereka diam seribu bahasa, lalu memunculkan pelakon baru yang disebut ISIS untuk memalingkan dunia atas kekejaman As-Sisi dan Israel terhadap Muslim Arab. 

Istilah kata, ketika pembakaran ISIS terhadap pilot Jordan yang ditawan, boleh dirakam dari satelit. 

Namun mengapa pembunuhan di Rab'ah, atau di depan Istana Pengawal Republik, hingga pembunuhan di stadium Tentera Udara tidak dirakamkan satelit. Mustahil bukan?

Hal yang sama yang terjadi dengan As-Sisi. Negara-negara Teluk penyokong rampasan kuasa, dan Barat tetap setia menyokong As-Sisi. 

Sebabnya sama: As-Sisi telah berjaya menutup mulut gerakan Islam terbesar dunia, Ikhwanul Muslimin dan memberikan keizinan luas bagi penerokaan kekayaan alam Mesir. 

Contohnya: Perancis dan Russia menyokong rampasan kuasa, tapi tidak gratisan. Sebab As-Sisi belanja besar pesawat pejuang yang tidak laku dijual di pasaran global. 

Sedangkan AS-Inggeris menyokong rampasan kuasa, kerana As-Sisi menjadi Pelindung Israel. 

Sedangkan China menyokong rampasan kuasa, kerana menggarap projek darat dan penerokaan gas besar-besaran.

Malangnya, As-Sisi disokong organisasi-organisasi masyarakat berbau Islam yang awalnya menyokong Golput atau mengharamkan demokrasi. Jika demokrasi itu dimenangi oleh Ikhwan Muslimin. Wallahu A'lam.

Mesir di Puncak Kekacauan



As-sisi dipukul hebat oleh Raja Salman, Emir Qatar, dan penolakan bantuan dari Kuwait plus kemarahan negara-negara Teluk atas bocoran rakaman Pengarah Pejabat As-Sisi sebelum rampasan kuasa berlaku. As-Sisi terang-terangan mengemis Saudi, Emirates, Kuwait untuk membackup rampasan kuasa di Mesir dengan 30 bilion dollar. Ironisnya dalam rakaman yang boleh jadi bertentangan perikan dari perisikan anti As-Sisi, dilaporkan muncul kata-kata penghinaan terhadap raja dan emir Teluk.

Kalut dalam keadaan tertekan, terutama selepas kematian Raja Abdullah dan Raja Salman naik takhta, As-Sisi dan jeneral-jeneral kotor berusaha membunyikan imejnya dengan kelakuan berkawan dengan Israel. Namun semua tidak meredakan langkah penentangan anti-kudeta yang semakin hari makin bergemuruh.

Kemuncaknya, Sabtu 7 Februari terjadi pembunuhan yang dilakukan tentera / polis terhadap penyokong kelab bola sepak Zamalik yang bertanding melawan Kelab Empi (Gas). Saksi mata mengatakan, pertandingan yang dilakukan di stadium milik Divisyen Pertahanan Terbang AU Mesir dijaga sangat ketat. Namun saat penyokong berseorak anti-militer merebak, pihak keselamatan menutup pintu keluar. Melepaskan gas pemedih mata dan senjata khortush (made in Israel, sebesar bola pimpong, lalu pecah menjadi butiran pasir yang mematikan). Akibatnya, 28 orang menemui ajal sia-sia.

Nampaknya, kekacauan demi kekacauan bakal terus dicipta. Namun tukang-tukang sihir Firaun selalu menuding pelakunya adalah Ikhwanul Muslimin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini