Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Sunday, March 1, 2015

Salah faham dengan pemikiran Sayyid Quthub



Perbahasan akan menarik kita sudah menelaah kitab-kitab Sayyid Quthub terutama tiga kitab beliau yang sering dikritik, iaitu Fii Zhilaal Al-Qur`aan, Ma'aalim Fii At-Tariq, dan Al-'Adaalah Al-Ijtimaa'iyyah Fii Al-Islaam .

Adapun membincangkan apalagi melakukan kritikan kepada ahlul bayaan pada zamannya serta pemilik madrasah tafsir tanpa menelaah kitab-kitabnya secara terperinci maka potensi kekeliruan dan kesalahan sangat besar. Apalagi sekadar bergantung nukilan orang tanpa merujuk kepada kitab asalnya.

Dalam manhaj ilmiyah hal yang seperti itu dipandang cacat. Bagaimana melakukan kritikan kalau tak tahu pemikiran yang dikritiknya?

Saya ambil contoh. Dalam status seorang Ustadz ucapan Syaikh Muhtar Muhsin bahawa dalam setiap paragrap dari Fii Zhilaal Al-Qur`aan terdapat pembahasan Al-Haakimiyyah. Kemudian diaminkan. Tanpa ada ta'qiib. Tentu saja kenyataan beliau adalah penyataan yang ghuluw. Kerana itu, alangkah baiknya Ustaz itu membeli kitab Fii Zhilaal Al-Qur`aan. Dan tidak meremehkannya sebagai kitab yang tak penting [boleh jadi saya keliru menyimpulkan]. Kalau mencari hal-hal yang musykil silakan ditanyakan kepada para ulama yang ahli dalam tafsir Fii Zhilaal Al-Quran, diantaranya Syaikh Dr. Abdul Fattah Al-Khalidi. Beliau adalah orang yang muktabar dalam bicara tafsir Sayyid Quthub tersebut.

Kemudian Ustaz itu memberikan komen sambungan diantara dua kurung sbb: [Yang selanjutnya akan bersambung kepada konsep takfir masyarakat muslim].

Wallaahi, kenyataan tersebut sama sekali tidak membuktikan seorang Azhari yang inshaf, mu'tadil, objektif, dan komitmen kepada manhaj ilmiyah yang digemborkan.

Saya membaca buku-buku Sayyid Quthub. Alhamdulillah saya tidak pernah mengkafirkan masyarakat muslim. Kerana itu, sebaiknya Ustaz itu membeli bukunya Sayyid Quthub rahimahullah. Kemudian membacanya dengan teliti. Selanjutnya memberikan kritikan ilmiyah. Dunia Ilmiyah insya Allah akan menyambutnya dengan senang hati dan lapang dada. Tetapi kalau sekadar tasywiiys maka jarh akan kembali kepada diri sendiri.

Sudah banyak sekali orang mengkritik kitab-kitab Sayyid Quthub rahimahullah terutama kitabnya Ma'aalim Fii At-Tariq. Mereka berbeza-beza. Diantara mereka adalah kaum sekular dan kaum Marxsis. Ada juga diantaranya kaum Islamiyyuun seperti Syaikh Al-Qardhawi hafizhahullah. Juga ada yang berasal dari salafiyyun. Dan diantaranya juga berasal dari kaum madaakhilah seperti Syaikh Rabi Al-Madkhali.

Kritikan kaum sekular dan Marxis tak perlu dibincangkan di sini. Mungkin - bila punya masa - perlu dibincangkan kritikan yang berasal dari Islamiyyun sendiri mahupun kaum madaakhilah bahkan kaum Salafiyyuun.

Sila Ustadz itu kemukakan satu persatu kritikan yang ditujukan kepada kitab Fii Zhilaal Al-Qur`aan. Boleh juga kitab-kitab Sayyid Quthub rahimahullah yang lain. Nanti akan diketahui bab dari kritikan. Fal yatafadh-dhal masykuuran.

Dalam manhaj ilmiyah dikatakan bahawa pemilik kalam lebih tahu dengan maksud kalamnya.

Sayyid Quthub tentu punya kekurangan. Kitab-kitabnya sudah tentu mengandung kesalahan dan kekeliruan. Lumrah. Hanya Al-Quran sahaja yang dijamin tidak mengandungi kebathilan dan mendapatkan jaminan penjagaan dari Allah Ta'ala.

Hanya saja manhaj dalam memperlakukan kesalahan yang sering menyebabkan kesalahan lebih besar.

Berkaitan dengan masalah takfiirul mujtama 'sudah lama dikeluhkan kepada Sayyid Quthub semasa hidupnya. Tetapi jawapan Sayyid Quthub harusnya menjadi fashlul kalaam. Dengan tegas dikatakannya: "innahum fahimuunii khata`an" [sesungguhnya mereka telah memahami ucapan dan tulisan saya secara keliru].

Kerana itu, takfiirul mujtama 'tak boleh disandarkan kepada Sayyid Quthub. Kesesatan Jamaa'ah At-Takfiir Wa Al-Hijrah tak ada hubungannya dengan fikiran dan sikap beliau.

Oleh kerana itu, setelah ada penegasan dari Sayyid Quthub sendiri maka sudah selayaknya masalah takfiirul mujtama 'tidak disandarkan lagi kepada beliau. Orang atau kumpulan yang salah faham sudah tentu tanggungjawab mereka sendiri. Kerana ketika menjumpai ungkapan-ungkapan dalam Ma'aalim Fii At-Tariq yang boleh buat wahm mereka tidak bertanya kepada para ulama yang faham maksudnya.

Kitab Adhwaa` 'Alaa Ma'aalim Fii At-Tariq karya Ustaz Salim Al-Bahansawi adalah sebuah syarah yang objektif dalam menjelaskan' ibaarah muuhimah tersebut.

Boleh dibaca dalam Limaadzaa A'damuunii. Boleh juga dibaca dalam Sayyid Quthub Min Al-Miilaad Ilaa Al-Istisyhaad karya Syaikh Dr. Abdul Fattah Al-Khalidi.

Kerana itu, saya dalam masalah takfiirul mujtama 'yang disandarkan oleh Syaikh Al-Qardhawi kepada Sayyid Quthub rahimahullah tidak menyepakatinya. Sebagaimana sebelumnya Ustadz Salim Al-Bahansawi dan Syaikh Dr. Abdul Fattah Al-Khalidi juga tidak menyepakatinya. Mereka berdua juga orang dalam Al-Ikhwaan Al-Muslimiin. Dan kajian mereka lebih shawaab insya Allah kerana disokong nash kalam Sayyid Quthub sendiri dan juga adiknya Ustadz Muhammad Quthub. Wallaahu A'lam Wa Ahkam.

Hukum berhimpun di sisi keluarga si mati utk berzikir, berdoa dan jamuan

Fatwa Dar al-Ifta', Mesir 

 Hukum berhimpun di sisi keluarga si mati utk berzikir, berdoa dan jamuan.

  Soalan: Apabila seorang manusia mati, keluarga si mati menjemput para  ulama & org awam ke rumah selepas bbrpa hari kematiannya. Mereka  berkumpul, berselawat dan berdoa utk si mati dan juga utk seluruh  muslimin yg masih hidup @ telah mati. Dlm majlis tersebut, keluarga si  mati menyediakan jamuan utk para hadirin yg telah menerima jemputan dan  mengembirakan keluarga si mati. 

 Adakah terdapat apa2 larangan syara' terhadap majlis spt ini? Adakah harus memakan jamuan tersebut?  
 Jawapan (oleh YgMulia Prof Dr. Aliy Jum'ah Muhammad): 
  TIADA tegahan syara' pada yg sedemikian; dgn syarat tidak memperbaharui  kesedihan dan perbelanjaan bukan dr harta al-qussar (ie anak yatim). 

 Jika majlis tersebut menyusahkan keluarga si mati @ memperbaharui kesedihan maka hukumnya MAKRUH. 

  Jika perbelanjaannya diambil drpd harta al-qussar (ie anak yatim) maka  hukumnya haram. Walaupun sbhgn dr klngn ulama muta'akhkhirin Hanafiyyah  berpendapat bahawa majlis spt itu MAKRUH

 Tetapi al-'Allamah al-Tahawiy al-Hanafiy telah mentahqiq bahawa majlis tersebut adalah HARUS dan tiada apa2 padanya. 

  Telah dinaqalkan drpd para pentahqiq Mazhab Hanafi, maka berkata  pengarang dlm kitab "Hashiyah 'ala Maraqiy al-Falah sharh al-Idah" (ms  339-340): 
 Katanya: "Dimakruhkan mengadakan majlis jamuan oleh  keluarga si mati.....", berkatalah pengarang al-Bazzaziyyah:  "Dimakruhkan menyediakan jamuan pd hari pertama, ke-2 dan slps seminggu,  dimakruhkan juga memindahkan jamuan ke kubur secara bermusim, jemputan  bacaan Al-Quran, menghimpunkan org salih dan para qari utk khatam  al-Quran @ membaca surah al-An'am dan surah al-Ikhlas". 

  Berkatalah Burhan al-Halabiy: "Tidak sunyilah pandangan tersebut drpd  kritikan, kerana tiadalah dalil yg menunjukkan hukum MAKRUH itu  melainkan Hadis Jarir (RA) yg (telah dinyatakan) sebelum ini iaitu hadis  yg telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Ibn Majah dgn sanad yg  sahih drpd Jarir bin Abdullah: "Kami menganggap berkumpul kpd keluarga  si mati dan penyediaan jamuan oleh mereka sbhgn drpd ratapan" iaitu  perbuatan jahiliyyah. 

 Sesungguhnya hadis ini hanya menunjukkan  makruhnya (perhimpunan & penyediaan jamuan) ketika matinya sahaja  (jenazah masih ada). 

 Dalam masa yg sama hadis tersebut adalah  bertentangan dgn hadis lain yg diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad dan Abu  Daud dgn sanad yg sahih drpd 'Asim bin Kulayb drpd bapanya drpd seorang  lelaki kaum Ansar (sahabat) katanya: "Kami telah keluar bersama  Rasulullah SAW menghadiri (pengkebumian) jenazah. Ketika (dlm  perjalanan) balik, Baginda SAW telah dijemput oleh wakil isteri si mati  dan Baginda menerima jemputan lalu dihidangkan jamuan, lalu Baginda SAW  menjamah jamuan tersebut dan kamipun sama2 menjamah dan memakan jamuan  tersebut sedangkan Baginda SAW memasukkan makanan ke dalam mulut  Baginda..... (hingga akhir hadis). 
 Hadis ini telah menunjukkan  KEHARUSAN menyediakan jamuan oleh keluarga si mati dan menjemput org utk  memakannya. Bahkan pengarang al-Bazzaziyyah menyatakan di bwh tajuk  al-Istihsan: "Jika disediakan jamuan utk org miskin maka ia adalah  amalan baik". Dan dlm Istihsan al-Khaniyah: "Jika wali si mati  menyediakan jamuan utk org miskin, ia adalah amalan baik, melainkan jika  terdapat ahli waris yg masih kecil, maka jgnlah diambil  (perbelanjaannya) dr harta peninggalan si mati". Dan kamu telah  mengetahui pendapat yg telah dinyatakan oleh pengarang kitab  'al-Shir'ah' yg telah mengisyaratkan kpd pendapat yg dinukilkan  sebelumnya (ms 339) dr pengarang kitab Shir'at al-Islam wa al-Sunnah dr  katanya: 
 "Dan yg SUNNAH nya ialah wali si mati bersedeqah dgn  sesuatu atas kemampuan  sebelum berlalunya mlm yg pertama, jika dia  tidak mampu, maka dia boleh mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat, kemudian  mensedeqahkan pahalanya kpd si mati" sehingga katanya: "Disunatkan wali  si mati bersedeqah selepas jenazah dikuburkan sehingga 7 hari atas  kemampuan".

  (Sambungan kata Prof Dr. Ali Jum'ah) Oleh yg demikian  maka TIADA lah tegahan utk mengadakan majlis spt itu dan tiada dosa utk  memakan jamuan yg disediakan. Dan Allah SWT terlebih mengetahui.

  (Fatwa ini telah dikeluarkan pd 10 April 2008)

Sunday, February 22, 2015

Kata-kata Al-Halaj : Akulah Allah

Di kalangan orang sufi, terdapat orang yang tinggi perbahasannya mengenai ketuhanan. Hingga payah dijangkau akal dan sukar difahami oleh masyarakat awam. Sebagaimana yang berlaku kepada Al-Halaj, seorang tokoh sufi yang kontroversi. 

Dalam penganjian tasaufnya, beliau menghuraikan masalah ketuhanan dengan kupasan yang rumit, hingga sukar diukur hakikat keilmuannya. 

Antara kata-kata Al-Halaj yang mengelirukan ialah : Tiada dalam jubahku kecuali Allah. Tiada dalam kocekku kecuali Allah. Akhirnya seperti yang diriwayatkan beliau berkata : Akulah Allah. 

Lantaran kata-kata yang mencetus kekeliruan di kalangan masyarakat Islam, akhirnya Al-Halaj dihukum bunuh dengan alasan untuk menyelamatkan aqidah ummah. 

Mengikut kajian ilmu tasauf, pendapat seperti itu digolongkan sebagai "Wahdatul wujud" . Apa yang dikata oleh Al-Halaj tidak mudah untuk dipersalahkan kerana pada pendapatnya bahawa semua makhluk dan alam ini adalah "mazhar" iaitu tempat untuk mengenal Tuhan. 

Bagi Al-Halaj, sekalian alam ini sekadar fenomenanya yang pada hakikatnya tiada. Yang wujud hanya Allah SWT. Justeru itu Al-Halaj mengeluarkan kenyataan kepada umum seperti yang dinyatakan, untuk menegaskan pada hakikatnya yang wujud hanya Allah SWT. 

Bagaimanapun kenyataan itu dianggap kurang cermat, hingga menimbulkan kegelisahan dan keraguan di kalangan umat Islam. Pada pandagan zahir perkataan dan ungkapan yang keluar dari mulut Al-Halaj itu dihukum sebagai syirik. 

Bagaimana kajian yang dibuat terhadap amalan hariannya sebelum Al-Halaj mengeluarkan kata-kata seperti diatas? 

Maha Tinggi Allah SWT tiada dilingkungi oleh tempat dan ditentu oleh masa. Allah SWT wujud tanpa bertempat dan tanpa masa, seperti waktu pagi, petang, malam dan sebagainya. 

Masa atau waktu 24 jam, wujud hasil dari edaran matahari dan putaran bumi. Apabila cahaya matahari terbit akibat dari putaran bumi, ia disebut waktu fajar pagi. Matahari condong ke barat, disebut waktu petang. Apabila matahari terbenam, dipanggil waktu senja. Setelah hilang cahaya merah di kaki langit, disebut waktu malam. 

Dengan kemajuan sains dan teknologi, manusia boleh mencipta kapal angkasa yang canggih, mereka mungkin boleh menerobosi angkasa lepas, keluar dari lingkaran bumi dan juga bayangan sinaran matahari. Ketika itu manusia akan bebas dari lingkungan masa yang dihasilkan oleh putaran dan edaran cakrawala. 

Jika dalam kitab-kitab agama menyatakan bahawa Tuhan tidak dilingkungi masa dan tiada dilingkungi tempat, sedangkan jika manusia mampu pergi ke satu tempat di luar dari lingkungan bumi dan bayangan matahari, mereka juga tidak terikat dengan masa yang terhasil oleh edaran matahari dan edaran bumi. 

Oleh kerana masa dan tempat diciptakan oleh Allah SWT, maka tuhan sebagai Penciptanya (Khalid), tentulah wujud lebih dahulu masa ciptaanNYA itu. 

Alam semesta matahari dan bumi mempunyai tarikh permulaan kejadiannya, ahli kaji angkasa dan geographi berupaya membongkar segala rahsia planet termasuk usia sesuatu planet seperti bumi dan matahari. 

Bererti sebelum dari tarikh tersebut alam ini tidak wujud. Semesta alam yang wujud sekarang adalah alam yang sudah menempuh masa dan usia. 

Sedangkan Allah SWT yang wujud itu adalah tuhan yang wujud sejak dengan tiada tarikh mulanya. Dalam erti kata tidak dilingkungi usia dan masa. 

Dapat diketahui wujud Allah SWT dan Dzat-Nya, menggunakan akal dan penjelasan para rasul, tetapi tidak dapat dilihat Dzat-Nya dengan pandangan mata kasar. 

Allah SWT memperlihatkan Dzat-Nya di akhirat, kerana hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada orang yang salihin di kalangan orang-orang yang beriman. Kerana menatap Allah SWT adalah kemuncak nikmat-Nya  dijanjikan kepada orang beriman, yang ditangguhkan oleh Allah SWT.

Pelbagai nikmat telah dikurniakan kepada hamba-Nya di dunia ini. Namun bagi orang yang beriman belum cukup sempurna nikmat itu, selagi mereka belum menatap wajah Allah SWT yang mengurniakan nikmat itu setelah orang mukmin sempurna memasuki syurga Allah SWT kelak. 

Orang mukmin mampu melepaskan kerinduannya terhadap Allah SWT hanya melalui ibadat dan zikir. Dengan rindu itu membolehkan mereka bertemu Tuhan, setelah berjaya melalui segala rintangan Mahsyar dan titian Mustaqim.

Saturday, February 21, 2015

Kata Imam Syafie : Maka hendaklah hadith itu diikuti dan ditinggalkan perkataan aku

Pernah lihat orang awam mengguna perkataan Imam Syafie yang ni?

Imam as-Syafi'e : Apabila sahih sesuatu hadith itu dan ianya menyalahi perkataan ku - maka hendaklah hadith itu diikuti dan ditinggalkan perkataan ku.

komentar :

Ini adalah kata-kata tawadduk Imam Syafie, Imam Syafie berijtihad pun guna Al-Quran dan Hadith sahih berhukum. Bukan guna kitab Bible sebagai landasan hukum.

Untuk mengikuti ajaran al-Quran dan sunnah yang Nabi s.a.w bawa hendaklah mengikut kepada ijtihadnya para imam mujtahid yng muhadissin, yang mempunyai keupayaan dalam mengistinbath hukum menerusi kedalaman ilmu yang mereka ada. 

Mereka bukan sekadar mempunyai maklumat semata-mata, bahkan mereka mempunyai ilmu yg menuntun mereka melakukan apa yang perlu untuk menjaga keharmonian masyarakat umat Islam.

So, kalau nak kata mereka ada benar dan ada salah, ya, mereka tetap akan melakukan kesalahan.

Contonya seperti imam Syafie yang ada qaul qadim(pendapat lama) dan qaul jadid(pendapat baru) yang membuktikan bahawa beliau tetap mempunyai kesilapan. 

Namun ada juga qaul qadimnya yang dipakai oleh ulama mujtahid sesudahnya. 

Maka dalam petikan kenyataan imam syafie yang nukilkan diatas ini adalah kenyataan beliau untuk para ulama, bukannya kepada kita yang tidak cukup ilmu. 

Aliran mazhab syafie daripada dulu sampai sekarang dicantikkan oleh ulama sealiran mazhab Syafie, begitu juga dengan mazhab yang lain. 

Meskipun ada kita dapati mereka tetap mempunyai perbezaan pendapat, namun ia bukan kepada perkara rukun, sebaliknya kepada bab cabang.

So, kesilapan yang mereka lihat itu janganlah disamakan dengan kita yang tidak cukup ilmu ini melakukan kesilapan. 

Ya, mereka tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan, tetapi mereka tetap ada dalil untuk keputusan itu, bahkan kerana mereka mujtahid, mereka tidak berdosa. 

Tapi hendaklah kita mengikut ijtihad ramai ulama yang bila diijmakkan, ia menjadi salah satu pegangan yang tidak boleh lagi ditolak kerana ia merupakan sebahagian daripada dalil-dalil daripada ajaran Islam.

Zaman kini, begitu ramai org yang rancak membuka aib ulama yang kononnya buat kesilapan, padahal kesilapan itu bukanlah patut diwar-warkan, sebaliknya hendaklah dibawakan pegangan yang paling kuat dalam mazhab ke hadapan, bukannya membuka aib mereka.

Tidak semua orang mampu menyelidik, memerhati, mengkaji dan sebagainya.

Kewujudan mazhab, malah kitab matan, syarah dll itu membuktikan bahawa dalam agama ni perlu disampaikn kepada umat islam secara bertahap-tahap atau berperingkat-berperingkat, bukan ikut shortcut (kita sendiri tahu apa akibatnya kalau ikut shortcut). Ibarat budak umur 7 tahun belajar peringkat Universiti.

 Malah mereka yang sudah mempelajari agama bertahun-tahun sejak daripada kitab matan, syarah, hasyiah dan seterusnya.

Apabila telah menjadi alim, tidak pula mereka berniat nk buat mazhab baru, menyanggah pendapat para ulama mereka (maksudnya tidak semestinya seseorang itu terima setiap pendapat ulama yang bukan pokok, tapi hormat pandangan ulama), bahkan tetap duduk dan memelihara mazhabnya.

Boleh dibezakan mana pelajar yang ikhlas dan mana pelajar yg tidak ikhlas berdasarkan apa yg mereka bawa selepas menjadi alim. 

Bahkan mereka yang tidak ikhlas ini ramai yg tersasar daripada pengajaran yang sebenar. 

Enggan menjadi agen penyatu umat, tapi sentiasa membuka aib ulama bahawa ulama tidak maksum macam Nabi, canangkn bahawa ikut satu mazhab tidak wajib tapi hendaklah memilih mana yang paling kuat, contohnya... sebab itu kita lihat banyak perpecahan berlaku.

Sekarang ni lagi ramai yang seleweng ucapan-ucapan ulama. Maaf, kami lebih pentingkan adab dengan ulama. Bukannya kerana kami taksub, tapi kalau nakkan ilmu, jangan jatuhkan mereka dengan apa cara sekalipun. 

Kalau nk maklumat, ambillah. Tapi apa beza kita dgn org kafir yg mampu menghafaz al-quran, hadis, dan khatam kitab2 para ulama sehingga kalau diikut phd mereka, mereka mampu menjadi mufti. Tapi bezanya mereka dengan kita yg sepatutnya ialah ilmu...

Ya, mereka sendiri yang menyusun kaedah2 utk istinbath dll, cthnya spt dalam kitab al-Risalah dll. Namun adakah dgn kitab itu membolehkan kita rasa kita mampu buat mazhab baru selepas mazhab yg 4? Tidak. Mereka yg ikhlas akan merasa semakin tawaduk,kagum, malah berasa seperti tidak berilmu langsung apabila melihat cara ulama mujtahid yg muhadissin istinbath al-Quran dan hadith. 

Mazhab syafie sendiri mempunyai ulama yang sudah mencapai tahap mujtahid yg paling ramai, tapi semuanya memilih utk memelihara mazhab syafie, mencantikkannya, kalau nak kritik pun mereka akan kritik secara peribadi, bukannya kritik untuk menjadikan kritikan itu untuk dijadikn sebagai pegangan umat Islam. Apakah mereka taksub? Tidak. Ini kerana adab. Adab penting dlm agama.

Bila brtaqlid buta, ya memang ramai orang awam kita taqlid buta kepada mazhab Syafie, tapi kalau mereka brtaqlid buta kepada mazhab Syafie kerana mereka idak mampu nak mengkaji, menyelidiki, dan sebagainya, itu lebih selamat daripada bertaqlid buta kpd ajaran salafi modern, syiah dan sebagainya. 

Mungkin org awam tidak tahu dalil2 solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya tapi mereka ikut ajaran yang betul, bukannya ajaran yg buta. 

Namun mereka tetap dituntut utk menuntut ilmu dan memperbaiki ibadah mereka dari semasa ke semasa. 

So, sebelum mereka bersedia utk berhadapan dengan ajaran ilmu yang tinggi, pastikan mereka bersedia dlm banyak perkara, pastikan akidah dan fiqh mereka mantap dlm ibadah2 asas, barulah nk bahas bab2 yg lebih tinggi. 

Ini supaya mereka tidak bosan atau takut untuk mendalami agama sehingga menjadikan satu persepsi negatif trhadap agama..

Walhau'lam....

Friday, February 20, 2015

Dalil Ulama tolak Tahlil adalah Khususiyat Nabi

Dalil Ulama tolak Tahlil

Tahlil dibuat berdasarkan hadis pacak pelepah tamar atas kubur riwayat Imam Bukhari. 

Berdasarkan hadis ini Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muhazzab menyatakan bahawa Imam Syafie dan anak-anak murid kanannya berpendapat sunat selepas dikebumikan mayat dibacakan al-Quran di Kubur. Kalau dikhatamkan 30 juzu al-Quran lagi afdhal. 

Berdasarkan hadis ini juga Majoriti ulama Hadis, di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalaani di dalam kitabnya Fathu al-Bari, Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim, Imam al-'Aini di dalam kitabnya Syarah Abi Daud dan al-Syeikh al-Mulla Ali al-Qari di dalam kitabnya Mirqatu al-Mafaateh Syarah Misykatu menyatakan : 

Sunat baca al-Quran di Kubur selepas dikebumikan mayat. Selain baca al-Quran semua bentuk zikir. Kalau baca al-Quran di Kubur tak payah niat sampai direct pahala dan manfaat kpd kubur tempat dibaca al-Quran dan zikir-zikir lain dan kpd semua penghuni kubur. 

Al-Syeikh al-Mulla Ali al-Qari dalam kitabnya Syarah Fiqhu al-Akbar menyatakan:

"Majoriti Ulama Salaf, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan sampai pahala bacaan al-Quran yg diniatkan kpd si mati."

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyebutkan dlm Fathu al-Bari bahawa Imam al-Thurtuusi, Qadhi Iyadh dan Imam al-Khatthobi menyatakan pacak pelepah tamar atas kubur riwayat Imam Muslim merupakan khususiyyat Rasulullah SAW. 

Bila ditafsirkan khususiyyat Rasulullah SAW akan membawa maksud Rasulullah SAW saja pacak benda atas kubur dapat mengurangkan azab orang dalam kubur. 
Sesiapa selain daripada Baginda kalau pacak tidak dapat mengurangkan azab org dalam kubur. 

Daripada sini juga hanya Rasulullah SAW saja yg baca al-Quran dan berzikir atas kubur dapat mengurangkan azab orang dalam kubur. Sesiapa saja yg baca al-Quran dan berzikir atas kubur tidak dapat membantu mengurangkan azab org dalam kubur. 

Daripada pentafsiran khususiyyat inilah lahirnya fatwa tidak sunat buat tahlil arwah, baca Yasin mlm Jumaat, Tunggu kubur dgn bacaan al-Quran dan berzikir dan yg sepertinya. 

Ini kerana tidak dapat membantu mengurangkan azab org dalam kubur kerana tidak sampai pahala. 

Inilah hujah yg digunapakai oleh ulama yg menolak bacaan Tahlil, bacaan Yasin mlm Jumaat dan tunggu kubur dgn membaca al-Quran, berzikir dan yg sepertinya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan bahawa pandangan Khususiyyat oleh ketiga-tiga ulama di atas adalah lemah. Sebabnya:

1. Hadis riwayat Imam Muslim menyatakan bahawa suatu ketika semasa Baginda SAW dan Jabir bin Abdillah berjalan di suatu kawasan padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar 2 orang sedang diazab dalam kubur. Lantas Baginda menyuruh pergi potong dua dahan kayu. Bila selesai dipotong oleh Jabir dan dibawa datang kpd Baginda SAW tiba-tiba Rasulullah SAW menyuruh Jabir yg pacak bukan Baginda sendiri yg pacak. 

Ini menjadi dalil pacak pelepah tamar oleh Baginda SAW dlm hadis Bukhari bukan merupakan khususiyyat Baginda. Buktinya dalam hadis Muslim Baginda suruh Jabir yg pacak

2. Disebut dalam hadis Bukhari, Ada seorang sahabat bernama Buraidah al-Aslami telah berwasiat kpd keluarganya supaya dipacak benda atas kuburnya.

Kalau pacak pelapah tamar dlm hadis Bukhari merupakan khususiyyat Baginda nescaya Buraidah tidak akan berwasiat. Berwasiat utk apa kalau tidak berfaedah. 
Justeru, pandangan Buraidah sahabat Rasulullah SAW, yg berpendapat bukan khususiyyat Baginda SAW mesti diutamakan berbanding dgn padangan Imam al-Turtusi, Qadhi Iyadh dan Imam al-Khatthobi yg berpendapat pacak pelapaj tamar dlm hadis Bukhari merupakan khususiyyat Baginda.

Kesimpulan hujah-hujah buat tahlil lebih kuat berbanding dgn hujah-hujah yg menolak tahlil.

Isu semasa :

TGNA mempunyai akhlak yg amat terpuji,tutur kata yg lemah lembut,zuhud,tegas dlm menegakkan yg haq,istiqamah dlm perjuangan,sungguh! sifat2 rasullulah  dicontohi nya.

sebab tu org bukan islam pun hormat dan syg pd beliau.itu lah islam yg sebenar,sampai ada kalangan kwn kita yg bukan islam pun sedih diatas pemergian nya,hanya org2 yg telah mati hati nya sja berckp  merapu

Tnga walaupun tidak membenarkan tahlil untuk dirinya tapi beliau meraikan perbezaan pendapat yang wujud. 

Beliau hadir dalam majlis tahlil di kampung apabila dijemput dan bertahlil bersama2. Cuma tidak untuk dirinya.

 Itulah yang membezakannya dengan salafi modern yang mengatakannya bid'ah sesat. Tidak Meraikan khilaf. 

Jika khilaf tersebut bukan muktabar haram menyertainya. Itu perbezaan antara salafi modern dan non-salafi modern. 

Bukan buat atau tidak. Itu belum dikira zikir lepas solat dan berdoa ramai2, takwil ayat sifat dll yang diamalkan oleh beliau. Orang yang mengaitkan masalah tahlil dengan beliau samada tak kenal beliau atau cuba mengambil kesempatan mempromosikan alirannya agar diterima ramai. Wallahualam

Monday, February 16, 2015

Harapan Pada Raja Salman, Terpadam



Sebelum ini kita berharap ada perubahan arah politik LN Saudi Arabia, sepeninggal Raja Abdullah. Namun nampaknya, suasana geopolitik di Timur Tengah tidak membenarkan Raja Salman untuk berbuat banyak.

1. Konsistensi EU dan AS sebagai bidan dan otak rampasan kuasa di Mesir, yang terus tutup mata pada kebiadaban Jeneral As-Sisi. 

Sebagai konpensasi, EU menjadikan Mesir perah susu kambing. Salah satunya Perancis mengaut 25 milion Dollar dari jualan 26 pesawat pejuang yang sudah tua. 

Kesatuan Eropah nampak tidak mahu rugi, kemiskinan yang melanda Eropah menjadikannya sangat bergantung dengan "kemurahan hati" Israel yang mempunyai banyak projek termasuk dari Iran, negera yang di media nampak bermusuhan.

2. Kemunculan ISIS di Iraq-Syria, kemudian pemberontak Syiah Hautsi di Yaman, serta tanzhim Al-Qaeda dengan baju ISIS di Libya, menjadikan As-Sisi memegang kad AS. 

Raja Salman dihadapkan pada fakta, tidak ada lagi negara Arab yang mempunyai askar dengan jumlah besar selain Mesir. 

Maka sokongan terhadap As-Sisi menjadi sebuah tawar menawar politik, demi meredam laju Syiah Hautsi di Yaman dan ISIS di Iraq-Syria yang tiada lain menjadi ancaman terdekat bagi Saudi Arabia.

Mesir di era As-Sisi benar-benar berubah 180 darjah. Dari pengimbang konflik Palestin-Israel, menjadi penyokong kuat Yahudi. 

Dari negera yang menjadi ibu bagi semua negara Arab. Kini malah menjadi ibu tiri kejam yang siap menyerang negara Arab manapun yang tidak sokong dengan tentera rampasan kuasa. 

Terbukti Mesir sejak era Sisi berani menyerang Libya, dengan pesawat-pesawat pejuang, melakukan pengeboman, hal yang tidak pernah dilakukan terhadap Israel pasca 1973.

3. Kestabilan di dalam negera Saudi Arabia sendiri, seiring dengan pemecatan para pegawai yang dipilih mendiang Raja Abdullah. 

Raja Salman nampak masih belum yakin, anasir-anasir pro-kudeta di Mesir benar-benar bersih. 

Terlebih tekanan AS-Inggeris yang diketahui bersama, bersama Iran-Israel berada di sebalik semua kehancuran negara Sunni di Timur Tengah.

Saat harapan itu pudar. Maka tidak ada pilihan selain menadah tangan memohon kepada Allah yang Maha Ghaffar. 

Semoga para penyokong rampasan kuasa di Mesir terutama dari kalangan yang mengaku paling Syariah dan paling berakidah lurus, benar-benar sedar. 

Sebagaimana sedarnya hati orang-orang yang sangat anti-demokrasi, atau lebih memilih peranan penafian aktif untuk segera bergerak, menjadi penguasa negera-negera Muslim.

Pandangan Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah

Soalan : Apakah pandangan Syaikh al-Islam, Sulthon al-Ulama, Imam al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah?

Jawapan : Beliau mengatakan :

 البدعة فعل ما لم يعهد في عصر رسول الله وهي منقسمة الى بدعة واجبة وبدعة محرمة وبدعة مندوبة وبدعة مكروهة وبدعة مباحة

Bid'ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w., dan ia terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah mandub(sunat), bid'ah makruh dan bid'ah harus.

(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashahih al-Anam, ibn Abd as-Salam, Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyyah, cetakan pertama, 1420H/1999M, 2/133-134.)
(Lihat juga Al-Fatawa al-Maushiliyyah, Ibn Abd as-Salam, ms.129.)

Kemudian beliau menyambung :

فان دخلت في قواعد الايجاب فهي واجبة، وان دخلت في قواعد التحريم فهي محرمة، وان دخلت في قواعد المندوب فهي مندوبة، وان دخلت في قواعد المكروه فهي مكروهة، وان دخلت في قواعد المباح فهي مباحة

Dan jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus.

(Lihat Al-Qawa'id al-Kubra, Ibn Abd as-Salam, 2/337-339, Al-Azkar, An-Nawawi,ms.237, Al-I'tisham, Asy-Syatibi, 1/188).(Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani, 13/253-254, mukaddimah As-Sayuthi dalam Husn al-al-Maqsid dalam Al-Hawi li al-Fatawa, Fatawa Hadithiyyah, Al-Haitami, ms.150, Radd al-Mukhtar, Ibn Abidin, 1/376 dan lain-lain)

Pembahagian ini merujuk kepada bid'ah itu sendiri sebagai perkara baru, bukanlah sebagai hukum. Dalam erti kata lain, bid'ah bukanlah hukum. Ini adalah kerana hukum Taklifi itu cuma ada 5 sahaja (iaitu Wajib, Haram, Sunat, Makruh, dan Harus). Sebab itulah setiap perkara baru, hendaklah ditimbang di atas neraca hukum yang 5 ini.

Imam Izz ad-Din Abd as-Salam seterusnya memberikan contoh bid'ah itu mengikut bahagiannya iaitu :

1- Wajib : Mengkaji Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami Al-Quran dan Hadith.
2-Haram : Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
3-Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
4-Makruh : Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
5-Harus : Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/134)

Ulama menyokong pembahagian Imam Al-Izz Ibn Adb As-Salam

Soalan : Siapakah di kalangan para Ulama yang bersetuju dengan pembahagian Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap Bid'ah ini?

Jawapan :
 1- Ulama mazhab Hanafi : Al-Kirmani , Ibn Abidin, At-Turkimani, Al-Aini dan At-Tahanawi.

2- Ulama mazhab Maliki : At-Turtusyi, Ibn Al-Hajj, Al-Qarafi dan Az-Zurqani.

3- Sepakat(ijma') di kalangan semua ulama mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata :

و قسم بعض العلماء البدعة إلى الأحكام الخمسة وهو واضح

Dan sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada hukum yang lima(wajib, sunat, haram, makruh dan harus) dan ia adalah jelas(begitu).

Imam Sayuti berkata :

أصل البدعة ما أحدث على غير مثال سابق وتطلق في الشرع على ما يقابل السنة أى ما لم يكن في عهد صلى الله عليه وسلم, ثم تنقسم إلى الأحكام الخمسة

Asal bid'ah itu ialah apa yang diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya. Dan diitlaqkan dalam Syara' iaitu apa-apa yang berlawanan dengan sunnah iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi. Kemudian ia(Bid'ah itu) terbahagi kepada hukum yang lima. 

Akan bersambung episode seterusnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini