Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Thursday, March 31, 2011

Hamba atau kuli


Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)

melalui Surah Al-Furqaan ayat satu itu, dapat kita lihat perkataan 'hamba' telah digunakan. Siapakah yang dimaksudkan sebagai hamba oleh ayat tersebut? Tidak lain tidak bukan, Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Dalam ayat itu menggunakan perkataan hamba dari segi pengertiannya ialah manusia yang tidak memiliki kemerdekaan, hamba itu lebih rendah tarafnya jika dibandingkan dengan kuli. Seseorang kuli itu masih mempunyai kebebasan kecuali beberapa syarat yang dikenakan oleh majikan yang mesti dipatuhi.

            Sesetengah orang bertanya ; wajarkah Nabi SAW itu dikatakan hamba atau kuli? mengikuti pemikiran orang Melayu, sangatlah tidak manis bagi Nabi Muhammad SAW untuk dikatakan kuli.

            ALLAH SWT yang Maha Bijaksana itu menghendaki setiap makhluk patuh kepada segala arahan-Nya. Orang yang patuh adalah hamba atau kuli kepada tuannya. Lantaran kepatuhannya itulah yang menyebabkan majikan sayang kepadanya. Jika seorang hamba atau kuli tidak patuh, bertangguh-tangguh, atau mempersoalkan arahan itu dinamakan 'kuli melawan tauke'.

           Antara begitu ramai kuli atau hamba ALLAH SWT, hanya Nabi Muhammad SAWlah yang sangat patuh atas apa jua arahan-Nya. Maka ALLAH SWT amat menyayangi hamba-Nya insan yang lemah, namun ALLAH SWT memberikan keutamaan kepadanya. Sehingga dijemput dan diperjalankannya menghadap ke singgahsana ALLAH SWT dalam peristiwa Israk Mikraj.
Firman ALLAH SWT:
 Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(QS. 17:1)

Nabi Muhammad SWT merupakan manusia pertama yang diperjalankan oleh ALLAH SWT ke langit dalam suatu peristiwa yang dinamakan Israk Mikraj. Baginda telah selamat kembali semula ke bumi ada lagi manusia dibawa hingga ke Sidratul Muntaha dalam satu malam, kecuali Nabi Muhammad SAW yang dimuliakan-Nya.

Sedang dia berada di ufuk yang tinggi.(QS. 53:7)
 Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi,(QS. 53:8)
 Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).(QS. 53:9)
 Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.(QS. 53:10)
Demikian penghargaan ALLAH SWT kepada seorang manusia bertaraf hamba yang bernama Muhammad SAW. Baginda dibawa ke ufuk yang tinggi untuk menghadiri satu majlis pertemuan yang sungguh akrab. Jaraknya amat dekat iaitu kira-kira dua hujung anak panah. Jika itulah kedudukan seorang hamba yang taat di sisi ALLAH SWT, maka apakah hina sebenarnya gelaran hamba bagi nabi akhir zaman itu? sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bukanlah sekali-kali kuli kepada manusia, tetapi hanya menjadi hamba khas kepada ALLAH SWT, sama sperti kita.

Sunday, March 27, 2011

Kejahilan Membawa Padah


"Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada ALLAH.
Sepertimana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah"

Kewajaran

ALLAH amat tidak redha manusia hidup dalam keadaan syirik kepada-Nya. Ekoran itulah, ALLAH tidak memberi kemaafan kepada mereka yang melakukan syirik kepada ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.(QS. 4:116)
          Dalam bahasa Arab, syirik diterjemah sebagai 'menyekutukan'. Maksud menyekutukan adalah, mendakwa atau meletekkan keyakinan bahawa ALLAH SWT ini tidak Esa.

         Menjadi syirik ini, tidak sekadar mendakwa bahawa ALLAH itu berbilang-bilang dengan tuhan yang lain, bahkn sudah dikira sebagai syirik juga, jika mendakwa hukum ALLAH mempunyai taraf yang sama dengan hukum makhluk.


  Firman ALLAH SWT:
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.(QS. 9:31)
            Ketika seorang Nasrani bernama 'Adi bin Hatim berjumapa dengan Nabi Nuhammad S.W.A, yang ketika itu ditengkuknya tergantung kayu salib. Melihat kehadiran 'Adi bin Hatim' dalam keadaan sedemikian, Baginda SWA pun membaca ayat ini.

            Mendengar bacaan Nabi Muhammad SWA itu, menyebabkan 'Adi berkata bahawa mereka tidak pernah menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Mendengar itu, menyebabkan baginda SWA pun bersabda:

"Sememangnya. Tetapi, mereka mengharamkan kepada mereka perkara yang halal. Menghalalkan untuk mereka perkara yang haram. Lalu mereka mengikutinya, maka itulah penyembahan mereka terhadap rahib-rahib dan orang-orang alim mereka"
                                                                                                               (Susunan at-tarmizi: 3095)

          Daripada huraian ini, jelas kepada kita, syirik itu tidak sekadar kita mendakwa bahawa ALLAH itu bersekutu dengan yang lain, bahkan dikira juga sebagai syirk, bagi mereka yang telah menyekutukan hukum ALLAH SWT.


Apa Punca Sebenarnya Manusia Jadi Syirik?

Jika dihayati secara mendalam, kita akan dapati bahawa antara punca manusia menjadi syirik adlah, apabila mereka tidak mengetahui atau tidak memahami hakikat ALLAH yang sebenar. Mereka jahil tentang kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

           Ekoran itulah, tidak hairan kita akan dapati apabila seseorang yang jahil tentang agama amat mudah bagi mereka ditimpa penyakit syirik kepada ALLAH, juga syirik terhadap hukum ALLAH SWT.

           Justeru itu, bahayanya penyakit jahil ini, samalah bahayanya dengan penyakit kanser yang mudah merebak keseluruh tubuh manusia yang akhirat membawa kepada kematian.

           Begitu juga kejahilan tentang ALLAH, walaupun ianya bermula daripada kejahilan terhadap al-Quran dan as-Sunnah yang dianggap sesuatu yang kecil, tetapi ianya amat bahaya, kerana penyudah kematiannya adalah dengan syirik terhadap ALLAH SWT.

Islam untuk semua

          

           Furqaan (batu tanda) yang ketiga setelah turunnya Al-Quran iaitu berakhirnya zaman para nabi yang diutus hanya untuk kaum dan bangsa tertentu. Sebaliknya Nabi Muhammad SAW menjadi pesuruh ALLAH SWT yang diutus untuk seluruh penghuni alam.

          Apabila Nabi Muhammad SAW dilantik oleh ALLAH SWT sebagai nabi dan rasul yang terakhir. Maka fungsi nabi yang terakhir ini bukan untuk orang arab sahaja meskipun baginda lahir di bumi Arab. Sebaliknya merangkumi untuk semua bangsa di semua negara yang ada di muka bumi ini. Kerasulannya bersifat universal. Sesuai untuk semua manusia, zaman dan tempat.

         Ajaran Nabi Muhammad SAW yang terkandungan di dalam Al-Quran sesuai untuk semua penduduk alam timur, barat, utara, atau selatan. Bangsa yang berkulit hitam, berkulit sawo matang, berkulit putih atau kemerahan. Islam sesuai untuk umat dan budaya yang mempunyai perawakan dan perwatakan yang lembut atau keras.

        Pernah timbul pendapat di kalangan sesetengah ahli politik bahawa hukum kanun Islam tidak sesuai dilaksanakan di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya. Maka sudah dengan terang-teranganlah pandangan itu bercanggah dengan firman ALLAH SWT. Melalui surah Al-Furqaan ayat satu, telah jelas menyatakannya:

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)

kedatangan sina Islam bersekali dengan limpahan rahmat. Tidak ada bangsa yang akan binasa dengan kehadiran Islam dan tidak ada satu pun negara yang pernah musnah di bawah pentadbiran Islam.
Firman ALLAH SWT:
Yang anehnya, golongan yang berfikiran kolot ini terdiri dari golongan yang mendirikan solat. Lidahnya basah dengan ucapan "Alhamdulillaahi rabb al-'alamin" yang bermaksud: "Segala puji bagi ALLAH SWT yang mentarbiyah sekalian alam". Jika lidah mereka mampu menuturkan pujian kepada ALLAH SWT yang mengatur alam, mengapa pula muncul persoalan demi persoalan yang meragui hukum dan peraturan ALLAH SWT dalam mentadbir alam ini?

        Demikiamlah percikan kejahilan mereka yang dapat kita baca. Jika yang berpendapat demikian itu para pemimpin sesebuah negara yang mengaku diri beragama Islam, maka sangatlah kita kesali. Inilah yang dikatakan sebagai golongan jahil murakkab.

        Jika dibaca dan difahami keseluruhan isi kandungan Al-Quran, maka kita akan bertemu dengan pelbagai pengalaman pahit yang pernah dilalui oleh Rasulullah SAW. Sehingga akhir hayatnya pun, tetap muncul pelbagai halangandan tentangan daripada pihak musuh. Namun tiada satu puak pun pada zaman baginda yang menyanggah dengan mengatakan bahawa Islam tidak sesuai untuk negara yang berbilang bangsa. Tentangan jenis ini hanya muncul setelah 1400 tahun Rasulullah SAW wafat.

        Melalui pembacaan, dapatlah kita temui pelbagai bangsa dan kaum yang menjadi sahabat rapat Nabi Muhammad SAW. Misalnya Bilal bin Rabah, seorang berkulit hitam berbangsa afrika. Suhib Al-Rumi yang berbangsa Itali. Saman Al-Farisi yang berbangsa Parsi (Iran). Itulah Salman Al-Farsi yang menunjukkan betapa Islam selayaknya menjadi anutan setiap bangsa dan ras keturunan di dunia ini. Betapa jumud dan ketinggalannya pendapat yang mengatakan bahawa Islam tidak sesuai untuk sesebuah negara yang berbilang kaum dan budaya.

Wednesday, March 23, 2011

Ingatlah, Mati Itu Pasti



"Nyawa kita diumpamakan api pelita yang bila-bila nasa sahaja boleh terpadam"

Kewajaran

Kematian adalah lumrah bagi makhluk yang hidup. Tidak ada kehidupan melainkan semuanya berakhir dengan kematian, dan tidak ada kematian melainkan ianya bermula dengan kehidupan.
Firman ALLAH SWT:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati"(Ali Imran: 185)

Pun begitu, hakikat kematian yang difahami manusia adalah 'meninggalkan dunia' yang serba fana. Menunjukkan, selepas kematian yang dimaksudkan dengan meninggalkan dunia, pasti manusia akan dihidupkan balik menyelesaikan segala pembalasan baik atau buruk yang telah dilakukan oleh manusia.

           Dengan sebab itu, kematian bukan patut dijadikan sebagai asas ketakutan, tetapi ketakutan itu adalah kehidupan selepas mati.

Firman ALLAH SWT:
Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan akan ditolong.(QS. 2:48)
          Sesungguhnya seseorang manusia itu tidak dibiarkan hidup sepanjang masa, bahkan akan sampai suatu ketika bahawa ALLAH akan mencabut nyawa. Apabila sampai ajal dan ketikanya, ALLAH pasti akan menghantar malaikat maut untuk mencabut nyawa manusia tersebut.

Firman ALLAH SWT:
Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya).(QS. 15:5)
          Manusia yang telah ditetapkan satu masa sebagai waktu ajalnya, ianya tidak dapat melewatkan ajalnya itu, walaupun satu saat sekalipun.

Firman ALLAH SWT:
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.(QS. 63:11)
          Sesungguhnya mati adalah antara perkara ghaib yang sengaja ALLAH tidak maklumkan kepada manusia. Tindakan ALLAH sedemikian adalah mahu mengajar manusia agar hidup sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.

          Jika manusia itu sudah mengetahui waktu hayatnya, pasti manusia akan menjadikan kehidupan awalnya dengan kerosokan degan melakukan berbagai-bagai kefasadan di atas muka bumi ALLAH, sedangkan perkara ini adalah dilarang sama sekali oleh ALLAH SWT.

         Memandangkan keadaan inilah, manusia perlu sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan mereka, kerana tarikh kematian mereka itu tidak diketahui melainkan di bawah pengetahuan ALLAH. Dan ianya boleh terluput pada bila-bila masa sahaja sepertimana boleh terpadamnya api pelita.

        Oleh itu berhati-hatilah wahai manusia!!!

Wednesday, March 16, 2011

Mengambil Pengajaran Dari Umat Terdahulu


Firman ALLAH SWT dalam Surah Hud, ayat 3:
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.(QS. 11:3)

Firman ALLAH SWT kagi menerusi Surah Nuh, ayat 10-12:


Maka aku katakan kepada mereka:` Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,(QS. 71:10) 
(sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,(QS. 71:11)
 Dan ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.(QS. 71:12)

Dua ayat di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Nabi Hud AS dam Nabi Nuh AS telah menyeru kaumnya berbagai-bagai janji yang benar. Sekiranya mereka mohon keampunan daripada doa yang dilakukan nescara ALLAH SWT akan mengirimkan hujan yang lebat. Janji tersebut sememangnya cukup menarik bagi penduduk yang tinggal di kawasan gunun yang gersang. Hujan merupakan impian setiap penduduk kerana air merupakan keperluan utama bagi kehidupan mereka. Mereka sering berperang antara puak semata-mata untuk menguasai sumber air. Justeru itu hujan yang dijanjikan itu adalah suatu tawaran yang istimewa yang akan menyuburkan tanah-tanah, menumbuhkan tanaman dan tumbuhan serta membiakkan ternakan sebagai punca rezeki.

          Nabi Nuh AS juga memberitahu kaumnya jika mereka beriman kepada ALLAH SWT akan menjadikan sungai-sungai mengalir di dalam perkaumpungan mereka. Dengan demikan, ladang-ladang mereka akan mudah dialir air sungai. Lalu mereka tidak akan bimbang lagi dengan datangnya musim kemarau kerana air sungai sentiasa mengalir.

          Demikian janji para rasul itu terhadap umatnya yang begitu sukar untuk menyabut seruan agama, mereka hanya tertarik dengan janji yang menarik dari para rasul yang diutus. Demikian pula tentang kejahatan yang dilakukan oleh umat terdahulu, ALLAH SWT segera menurunkan balasan-Nya dengan pelbagai cara. Ada antaranya diturunkan para malaikat pada waktu malam, akan menulis segala kejahatan itu di atas pintu-pintu rumah mereka, supaya esok pagi semua orang yang lalu pasti melihatnya. Dengan demikian mereka akan merasa malu untuk mengulangi kejahatan kerana telah diketahui oleh orang ramai.

         Selain itu, ALLAH SWT menurunkan juga pelbagai bala dari langit untuk membalas kejahatan mereka. Ada yang diturunkan api dari langit, hujan batu, angin taufan dan juga gempa bumi yang memusnahkan segala-galanya. Itulah balasan segera ALLAH SWT terhadap kejahatan umat yang terdahulu.

        Lihatlah apa yang berlaku kepada Firaun dan bala tenteranya, ketika mereka menghambat Nabi Musa AS dan para pengikutnya. Dengan kuasa ALLAH SWT, Laut Merah terbelah dua dengan pukulan tongkat Nabi Musa AS. Alhamdulillah, Nabi Musa AS dan kaumnya dapat menyeberangi Laut Merah dengan selamat. Tetapi laut yang terbelah itulah menjadi kuburan kepada Firaun dan bala tenteranya yang angkuh sebaik sahaja mereka berada di lorong maut itu. ALLAH SWT lakukan demikian kepada Firaun secara spontan untuk menghukum kaum yang zalim itu.

       Kesemua ini menggambarkan seolah-olah ALLAH SWT melayan umat terdahulu sepertimana seorang ayah mendidik anak-anaknya masih kecil. Meminta dilakukan sesuatu pekerjaan dengan berbagai janji indah, namun kebanyakan mereka tidak menghiraukan janji-janji itu. Apabila mereka melakukan kesalahan, maka ALLAH SWT segera menghukum mereka seperti kanak-kanak kecil dirotan untuk diberikan pengajaran.

       Manusia dewasa mestilah didahului dengan zaman kanak-kanak, kemudian menjadi remaja, dewasa dan seterusnya tua. Tabiat orang-orang dewasa semestinya berbeza dengan tabiat kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak atau golongan remaja tidak mudah untuk menerima nasihat. Maka jika mereka melakukan kesalahan, wajarlah mereka dinasihat atau dirotan.

       Contohnya, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya memerintahkan anak-anak mendirikan solat ketika berumur tujuh tahun. Apabila sudah cukup umur sepuluh tahun jika masih enggan mendirikan solat maka bolehlah dipukul dengan pukulan yang boleh memberikan pengajaran.

       Bagi orang dewasa jika mereka melanggar perintah ALLAH SWT adakah wajar mereka dipukul seperti kanak-kanak? Sudah tentu tidak. Contohnya apabila seorang isteri nusyuz (meninggalkan kewajipan bersuami isteri, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suami), cara terbaik mengatasi nusyuz (derhaka) pihak isteri itu ialah dengan mendidiknya secara berperingkat-peringkat.

Firman ALLAH SWT dalam Surah An-Nisa' ayat ke 34:

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di balik pembelakangan suaminya oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatiri nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah diri dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.(QS. 4:34)

Mula-mula hendaklah diberi nasihat,sekiranya segala nasihat tidak meninggalkan kesan seperti yang diharapkan, kemudian ambillah tindakan yang lebih tegas. Dipulaukan tempat tidurnya iaitu mengasingkan diri dari tempat tidur mereka. Dengan tujuan untuk menyedarkan mereka. Isteri yang berfikiran jauh dan mempuyai perasaan akan tertanya-tanya di dalam hatinya; mengapa suami memulaukan dirinya? Andainya tindakan itu tidak berkesan dan masih berdegil dengan keingkarannya, suami boleh mangambil langkah meminta bantuan orang tengah yang bijaksana dan dihormati dalam menasihati isterinya. Jika masih gagal, barulah muncul jalan terakhir iaitu memukulnya denga pukulan ringan bertujuan memberi pengajaran.

          Sesungguhnya dalam kehidupan rumah tangga, nasihat-menasihati sewajibnya menjadi milik bersama antara suami isteri kerana agama itu adalah sendiri mengandungi nasihat. Maksudnya umat Islam sama ada lelaki atau perempuan berhak memberi dan juga menerima nasihat. Tetapi ALLAH SWT telah memberikan sesuatu kelebihan kepada lelaki di mana mereka menjadi pemimpin dalam sesebuah rumah tangga. Justeru itu dalam perkara nusyuz, pada suatu peringkat suami mempunyai hak mengambil langkah tegas dan keras terhadap isteri iaitu memukulnya sebagai pengajaran. Maka isteri hanya memberikan kuasa memimpin rumah tangga kepada suami sebagai memimpin dalam rumah tangga.


Firman ALLAH SWT menerusi Surah An-Nisa' (sebahagian ayat ke-34):

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,

Walau bagaimanapun, memukul isteri yang nusyuz itu harus dilakukan hanya pada tempat tertentu dengan pukulan yang tidak mendatangkan mudarat. Bukan dipukul anggota badan yang sensitif seperti wajah atau kepala dan seumpamanya.

          Pukulan itu pula wajiblah sekadar untuk menimbulkan rasa insaf dan malu. Maka dengan sebab itu tidak harus melakukannya sehingga meninggalkan kesan kecederaan kerena mereka manusia dewasa yang mempunyai maruah. Sewajarnya si isteri pula segera insaf dengan pukulan itu dan merasa malu apabila orang lain tahu bahawa dia dipukul oleh suaminya kerana keingkaran dan kederhakaannya.

         Sesungguhnya bagi orang dewasa ada kalanya mereka akan lebih malu kalau dijentik mukanya berbanding ditampar pipirnya. Dijentik muka itu bererti maruahnya sudah tercalar. Orang dewasa tidak layak bergaduh atau bertumbuk seperti kanak-kanak. Tentulah  amat memalukan jika mereka dikataksn orang dewasa berperangai seperti budak-budak.

         Furqaan (batu sempadan) yang kedua ialah zaman yang memisahkan antara umat yang melihat mukjizat para rasul dengan bukti benda yang dapat dilihat. Mukjizat dapat dibuktikan kebenarannya dengan berfikir.

         Tidak mudah umat terdahulu untuk beriman dengan kenabian atau kerasulan seseorang utusan ALLAH SWT. Lihatlah bagaimana Nabi Saleh AS menghadapi kerenah umatnya yang keras hati.

Firman ALLAH SWT menerusi Surah Asy-Syu'aara : 153-156:
Mereka berkata:` Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir;(QS. 26:153)
kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar `.(QS. 26:154)
 Shaleh menjawab:` Ini seekor unta betina, dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air, dan kamu mempunyai giliran pula untuk mendapatkan air di hari yang tertentu.(QS. 26:155)
 Dan janganlah kamu sentuh unta betina itu dengan sesuatu kejahatan, yang menyebabkan kamu akan ditimpa oleh azab hari yang besar `.(QS. 26:156)
Kisah kedegilan umat Nabi saleh AS telah digambarkan dengan jelas di dalam ayat tersebut. Adalah lazim bagi umat yang terdahulu menuduh nabi mereka sebagai orang yang terkena sihir atau ahli sihir malah lebih dahsyat, lagi telah gila. Demikian jugalah dengan umat Nabi Saleh AS yang mereka menganggap baginda itu adalah manusia biasa yang tidak ada sebarang kelebihannya.

          Dengan sebab itu jika Nabi Saleh AS ingin membuktikan kenabiannya, kaumnya telah mencabarnya supaya mengeluarkan seekor unta dari seketul batu yang terbelah secara tiba-tiba di hadapan mereka. Nabi Saleh AS memberi amaran keras kepada kaumnya sekiranya apa yang dikehendakinya diperkenankan oleh ALLAH SWT, maka janganlah mereka mengingkarinya dengan kejahatan. Sesungguhnya perbuatan itu akan membolehkan mereka ditimpa azab dahsyat.

         ALLAH SWT telah mempertahankan para nabi-Nya dengan mendatangkan mukjizat yang membolehkan kaum Nabi Saleh AS dapat melihat kemunculan unta betina dari batu pejal yang terbelah. Tetapi kaum Nabi Saleh AS telah mengingkari janji, sebagaimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut:

Kemudian mereka membunuhnya, lalu mereka menjadi menyesal,(QS. 26:157)
 maka mereka ditimpa azab. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman.(QS. 26:158)

           Demikianlah kisah kaum Nabi saleh AS yang merupakan sebahagian daripada episod perbandingan jelas antara warak kaku dan keras hati sesebuah umat sebelum kedatangan Al-Quran. Meskipun munculnya perkara luar biasa apabila unta tersebut keluar melalui batu, itulah mukjizat Nabi Saleh AS (dengan izin ALLAH SWT). Namun mereka lebih bersedia ditimpa azab dan tetap mengingkari janji lantas memilih untuk terus tidak beriman kepada ALLAH SWT dan Rasulnya.

Firman ALLAh SWT:

 Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Allah menyama-ratakan mereka (dengan tanah),(QS. 91:14)

Ada pun generasi selepas turunnya Al-Quran, umatnya disifatkan sebagai satu golongan umat yang dewasa dan matang. Memadailah mereka dipandu langkah hidupnya dengan Al-Quran yang juga dikenali sebagai Al-Furqaan itu. Mereka boleh mengambil perbandingan daripada kisah-kisah kaum yang terdahulu untuk menjadi tazkirah, nasihat-nasihat berharga yang memberi manfaat, serta hukum-hukum yang sempurna. Juga mengambilnya sebagai batu tanda (Furqaan) yang memisahkan antara hak dan batil dan antara perkara halal dan haram.

          Malah sekeras-keras hati Umar Al-Khattab sebelum berimannya beliau, telah sanggup membunuh anak perempuannya sendiri sambil ketawa riang. Tetapi hatinya terus menjadi lembut dan mengalir deras air matanya tatkala timbulnya keinsafan setelah mendengar lantaran ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh saudara perempuannya.

         Langsung beliau tidak meminta supaya batu menjadi unta ataupun apa-apa seterafnya bagi membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya memadai hanya dengan sebuah naskah Al-Quran yang menjadi penawar hati, panduan hidup dan ikutan hidup.

Tuesday, March 8, 2011

Pencipta Langit Dan Bumi, Bukti Hebatnya Allah



"Seperti isteri memasak tomyam semangkuk. Dia tidak menciptakan tomato, dia tidak ciptakan garam, lobak, daging ayam, air, pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun, memproses, mengatur barang yang sudah ada; masukkan ke dalam periuk. Apabila masak jadilah tomyam. Jadi, kuih yang Timah buat, rumah yang Salleh bina, kereta yang Jepun cipta, itu adalah sebutan kita sehari-sehari tetapi hakikatnya tidak. Manusia sebut benda seperti itu, tetapi adakah begitu sungguh? Tidak! Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham. Hakikatnya, apabila kamu 'detail' sedikit kamu akan nampak bahawa aku yang buat semua."
Kewajaran

         Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

 Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.(QS. 7:54)

            Dalam ayat ini ALLAH SWT menjelaskan kepada kita bahawa Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi dan Dialah yang petut kita sembah dan segala pencipta serta pemerintahan adalah hak milik-Nya. Dalam segala apa yang dimilik, manusia hanya diberi pinjam oleh ALLAH untuk sementara.


            Oleh itu, kita sebagai hamba yang hanya diciptakan untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada-Nya perlu sedar bahawa segala apa yang kita miliki sekarang adalah pinjaman untuk seketika. Ia hanya sebagai perhiasan dunia semata-mata. Pemilik yang hakiki adalah ALLAH SWT yang mencitpa segalanya untuk kemudahan dan keselesaan hamba-Nya bagi menjalani kehidupan harian yakni untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Walau setinggi manapun kita belajar necara kita tidak akan dapat mencipta sesuatu dengan sempurna sepertimana yang ALLAH cipta. Sifat kesempurnaan hanya dimiliki oleh ALLAH manakala manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kekurangan.


           Pada hakikatnya manusia hanyalah pengguna, bukan pencipta. Sifat ALLAH 'al-khaliq' tidak mampu ditandini oleh sesiapapun. ALLAH yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada manakala manusia hanya pereka yang menggunakan segala hasil ciptaan ALLAH SWT dalam mencipta sesuatu untuk kelihatan lebih baik walhal segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT jua. Hakikat ini mampu disedari oleh manusia yang hanya benar-benar percaya bahawa adanya sesuatu itu adalah disebabkan adanya Pencipta iaitu ALLAH SWT. Sebaliknya, apabila seseorang itu tidak percaya kepada hakikat pencipta yang sebenar bahawa segala sesuatu itu datang daripada ALLAH SWT bermuka daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, maka mereka akan hidup dalam 'keakuan', iaitu sifat bangga diri dengan apa yang dimiliki.


           Keyakinan dan kepercayaan bahawa ALLAH yang mencipta semuanya ini, perlu ditanam dalam diri setiap manusia. Ini supaya mereka tidak lalai dengan apa yang mereka ada dan tidak takbur dan sombong dengan kebolehan yang dimiliki kerana apa jua hasil yang diciptakan asalnya daripada cipta ALLAH SWT. Manusia hanya 'penemu'. Manusia cumalah penyelidik yang membuat penemuan.


           Benda atau 'matter' masih belum ditemui baik di kerak bumi, di permukaan bumi ataupun terapung-apung di antara langit dan bumi. Ia mugkin juga sedang disembunyikan di permukaan planet yang mengelilingi planet bumi. Tugas  manusia hanyalah mencari dan mencipta daripada apa yang ditemui dan menjenamakannya dengan pelbagai jenama. Pada hakikatnya pelbagai semuanya itu datang daripada ALLAH. Manusia tidak mempunyai apa-apa kekuasaan melainkan kekuasa yang dinisbahkan daripada ALLAH SWT.



           Dengan ledakan teknologi yang semakin hari semakin canggih, terlalu pantas berlaku penemuan-penemuan yang baru. Ia memukau pandangan manusia. Walau bagaimanapun kita perlu ingat, bahawa semua penemuan ini adalah hak milik ALLAH yang mutlak pada hakikatnya. Pada dasar ia dilihat seolah datangnya daripada manusia sedangkan pada hakikatnya, ia berasal dari ALLAH.

            Berhubung dengan apa yang telah dibincangkan mari sama-sama kita mengingati dan menghayati kembali Sifat 20 iaitu sifat-sifat ALLAH SWT yang telah kita hafal sejak di bangku sekolah. Semoga dengan ini, kita akan mendapat manfaat daripada apa yang kita hafalkan. Sifat ALLAH SWT yang mengembalikan kita kepada al-khaliq seperti al-Qudrat, al-Ilmu dan al-Basar. Ia dapat dijadikan landasan peringatan kepada kita bahawa hanya ALLAH SWT yang mempuyai sifat kesempurnaan. 'Al-Qudrat' bermaksud Maha Berkuasa. Kekuasaan ALLAH adalah kekuasaan yang sempurna, kerana kekuasaan ALLAH tidak terbatas. Hal ini tentu berbeza dengan manusia yang mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Kekuasaan yang ada pada manusia adalah nusbah daripada kekuasaan yang takluknya pada ALLAH SWT. Segala kehendak dan ketentuan daripada ALLAH tidak ada yang dapat menghalangi-Nya sebagaimana yang berfirmankan oleh ALLAH SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu."


           Sesungguhnya kita tidak patut bersifat sombong dengan kekuasaan yang kita miliki kerana sebesar mana pun kuasa kita, kuasa ALLAH pasti lebih besar dan yang terbesar. kekuasaan kita akan hilang dengan sekelip mata sahaja jika ALLAH berkehendaki. Tidak ada sesiapapun yang boleh menahannya.


           Sifat yang kedua kita hayati ialah 'al-Ilmu' yang bermaksud Maha Mengetahui. Segala yang ada di alam semesta ini, baik yang besar mahupun yang kecil, yang ada terlihat mahupun yang tersembunyi, sebenarnya tidak luput daripada pengetahuan ALLAH. ALLAH Maha Luas ilmunya. Begitu luasnya ilmu ALLAH sehingga jika air di lautan ini dijadikan tinta dan seluruh pohon dijadikan alat tulisnya, tidak akan mampu menuliskan ilmu ALLAH.
Firman ALLAH SWT:


Katakanlah: `Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)`.(QS. 18:109)

          Kita sering kagum atas kecerdasan dan ilmu yang dimiliki orang-orang pintar di dunia ini. Kita takjub akan indahnya karya dan canggihnya teknologi yang diciptakan manusia. Di sini, kita perlu sedar bahawa ilmu yang kita saksi itu hanyalah sebahagian kecil sahaja yang diberikan ALLAH pada kita. Sesungguhnya ilmu ALLAH lebih jauh melampaui semua itu. Begitu tinggi ilmu ALLAH sehingga kadang-kadang kita tidak mampu mengikuti dan memahaminya. Seperti soal roh, kiamat dan sebagainya.
ALLAH SWT berfirman:

 Katakanlah (kepada mereka): `Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), padahal Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui seagala sesuatu`.(QS. 49:16)
          Semoga dengan memahami sifat ilmu ini, kita sebagai hamba akan terdorong untuk terus menimba ilmu selagi kita hidup, kerana kita sedar bahawa sebanyak mana ilmu yang kita miliki, masih lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak ketahui disebabkan kelemahan kita. Semakin banyak ilmu kita, mudah-mudahan bertambah jugalah rasa kagum dan syukur kita kepada ALLAH SWT.

          Sifat ALLAH yang ketiga yang dapat kita hayati ialah 'al-Basar' yang  bermaksud Maha Melihat. Penglihatan ALLAH mutlak, tidak terhalang oleh apapun. ALLAH melihat segala sesuatu yang baik dan buruk, yang besar mahupun yang kecil, yang nampak dan tersembunyi. Penglihatan ALLAH bersifat terus-menerus, ALLAH tidak pernah lalai walau sedetik pun daripada melihat segala perbuatan kita.
ALLAH SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(QS. 49:18)

          Dengan memahami sifat besar ini, manusia perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana setiap tindak-tanduk perbuatan kita tidak terlepas daripada penglihatan ALLAH dan tidak mampu untuk menyembunyikannya daripada ALLAH. Segala amal baik dan buruk akan dibentangkan oleh ALLAH di akhirat kelak. Oleh itu, sama-samalah kita perlengkapkan diri dengan perbuatan yang baik supaya kita tidak perlu rasa takut dan cemas diminta pertanggungjawabnya.

           Penegasannya ialah segala kemampuan dan kebolehan yang kita miliki datangnya daripada ALLAH SWT. Kita hanya pihak yang memanipulasi dan memanfaatkan apa yang dikurnakan untuk kepenting manusia sahaja. Tidak lebih daripada itu.
      

Saturday, March 5, 2011

What is MELAYU??



"Saya nak kata apa tentang Parti Melayu? Walhal, Parti Melayu itu orang islam. Kamu orang Melayu, jadi islam. Tetapi mengapa kamu tidak amalkan Islam? Nabi Muhammad sendiri pun guna Islam. Nabi Muhammad pun orang Arab tetapi baginda bertengkar dengan saudaranya kerana baginda tidak membela orang Arab. Baginda membela kebenaran. Ertinya, Nabi Muhammad tidak kira pada Arab. Baginda kira pada kebenaran sahaja. Kebenarannya ialah bumi ini ciptaan ALLAH. Orang Parti Melayu tolak budi ALLAH. Walhal,ALLAH yang cipta udara yang kita bernafas ini, air yang kita minum, buah terung, buah durian, Ini semua ALLAH yang buat untuk kita. Tetapi, kamu tolak budi ALLAH, tolak ALLAH yanh maha Bijaksana. Lalu ganti dengan orang Melayu (dan perjuang Melayu)

Kewajaran

Melayu sekadar suatu bekas pengenalan daripada pelbagai jenama 'bangsa' yang sengaja dicipta oleh ALLAH SWT. Bangsa-bangsa itu pula dicipta untuk saling kenal-mengenal. Hina mulia Melayu sangat tertakluk kepada pegangan dan pelaksanaan Islam yang menjadi agamanya. Semua nilai mulia yang diambil daripada Islam membawa kemuliaan kepada bangsa Melayu akan membawa kemunduran dan kecelakaan kepada orang Melayu itu sendiri.

    Untuk menjawab 'what is Melayu?' tidak terjawab jika kita dengan sengaja meninggalkan elemen Islam yang menjadi 'pemberat' dan penentu kualiti Melayu itu. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Melayu menemui wajah dan makna dirinya setelah menemui Islamnya. Memang boleh kita berikan definisi dan takrifan Melayu dalam konteks definisinya yang menyangkut soal maruah. Soal quwwab dan 'izzah yang ada signifikan sehingga ke Padang Mahsyar.

   Untuk itu, nilai dan jati diri Melayu harus bertunjangkan Islam kerana Islamlah satu-satunya nilai atau angkubah yang akan menentukan 'makhluk atau haiwan'nya si Melayu itu. Dengan Islam, dia harus hidup kerana islam juga dia berhajat untuk dikafankan ke dalam bumi dan dihidup semula di bumi yang baru. Persoalan ini amat penting untuk diteliti kerana dalam permainan emosi oleh orang yang pandai bermain sentimen dan kata-kata, kita boleh dengan terjerat dengan mudah.

   Dilemanya mudah yakni sama ada memilih Islam atau Melayu sedangkan kita adalah kedua-duanya sekali. Dilema seterusnya ialah apabila kita kebetulan bertembung dengan kedua-dua serentak dalam satu masa. Disinilah perlunya ilmu pengetahuan dan sifat-sifat 'arif billah. Ini melihatkan ilmu makrifat. Jangan bertukar antara Hang Tuah dengan Nabi Muhammad SAW. Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini