Kewajaran
Melayu sekadar suatu bekas pengenalan daripada pelbagai jenama 'bangsa' yang sengaja dicipta oleh ALLAH SWT. Bangsa-bangsa itu pula dicipta untuk saling kenal-mengenal. Hina mulia Melayu sangat tertakluk kepada pegangan dan pelaksanaan Islam yang menjadi agamanya. Semua nilai mulia yang diambil daripada Islam membawa kemuliaan kepada bangsa Melayu akan membawa kemunduran dan kecelakaan kepada orang Melayu itu sendiri.
Untuk menjawab 'what is Melayu?' tidak terjawab jika kita dengan sengaja meninggalkan elemen Islam yang menjadi 'pemberat' dan penentu kualiti Melayu itu. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Melayu menemui wajah dan makna dirinya setelah menemui Islamnya. Memang boleh kita berikan definisi dan takrifan Melayu dalam konteks definisinya yang menyangkut soal maruah. Soal quwwab dan 'izzah yang ada signifikan sehingga ke Padang Mahsyar.
Untuk itu, nilai dan jati diri Melayu harus bertunjangkan Islam kerana Islamlah satu-satunya nilai atau angkubah yang akan menentukan 'makhluk atau haiwan'nya si Melayu itu. Dengan Islam, dia harus hidup kerana islam juga dia berhajat untuk dikafankan ke dalam bumi dan dihidup semula di bumi yang baru. Persoalan ini amat penting untuk diteliti kerana dalam permainan emosi oleh orang yang pandai bermain sentimen dan kata-kata, kita boleh dengan terjerat dengan mudah.
Dilemanya mudah yakni sama ada memilih Islam atau Melayu sedangkan kita adalah kedua-duanya sekali. Dilema seterusnya ialah apabila kita kebetulan bertembung dengan kedua-dua serentak dalam satu masa. Disinilah perlunya ilmu pengetahuan dan sifat-sifat 'arif billah. Ini melihatkan ilmu makrifat. Jangan bertukar antara Hang Tuah dengan Nabi Muhammad SAW. Wallahua'lam.