Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)
melalui Surah Al-Furqaan ayat satu itu, dapat kita lihat perkataan 'hamba' telah digunakan. Siapakah yang dimaksudkan sebagai hamba oleh ayat tersebut? Tidak lain tidak bukan, Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Dalam ayat itu menggunakan perkataan hamba dari segi pengertiannya ialah manusia yang tidak memiliki kemerdekaan, hamba itu lebih rendah tarafnya jika dibandingkan dengan kuli. Seseorang kuli itu masih mempunyai kebebasan kecuali beberapa syarat yang dikenakan oleh majikan yang mesti dipatuhi.
Sesetengah orang bertanya ; wajarkah Nabi SAW itu dikatakan hamba atau kuli? mengikuti pemikiran orang Melayu, sangatlah tidak manis bagi Nabi Muhammad SAW untuk dikatakan kuli.
ALLAH SWT yang Maha Bijaksana itu menghendaki setiap makhluk patuh kepada segala arahan-Nya. Orang yang patuh adalah hamba atau kuli kepada tuannya. Lantaran kepatuhannya itulah yang menyebabkan majikan sayang kepadanya. Jika seorang hamba atau kuli tidak patuh, bertangguh-tangguh, atau mempersoalkan arahan itu dinamakan 'kuli melawan tauke'.
Antara begitu ramai kuli atau hamba ALLAH SWT, hanya Nabi Muhammad SAWlah yang sangat patuh atas apa jua arahan-Nya. Maka ALLAH SWT amat menyayangi hamba-Nya insan yang lemah, namun ALLAH SWT memberikan keutamaan kepadanya. Sehingga dijemput dan diperjalankannya menghadap ke singgahsana ALLAH SWT dalam peristiwa Israk Mikraj.
Firman ALLAH SWT:
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(QS. 17:1)
Nabi Muhammad SWT merupakan manusia pertama yang diperjalankan oleh ALLAH SWT ke langit dalam suatu peristiwa yang dinamakan Israk Mikraj. Baginda telah selamat kembali semula ke bumi ada lagi manusia dibawa hingga ke Sidratul Muntaha dalam satu malam, kecuali Nabi Muhammad SAW yang dimuliakan-Nya.
Sedang dia berada di ufuk yang tinggi.(QS. 53:7)
Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi,(QS. 53:8)
Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).(QS. 53:9)
Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.(QS. 53:10)Demikian penghargaan ALLAH SWT kepada seorang manusia bertaraf hamba yang bernama Muhammad SAW. Baginda dibawa ke ufuk yang tinggi untuk menghadiri satu majlis pertemuan yang sungguh akrab. Jaraknya amat dekat iaitu kira-kira dua hujung anak panah. Jika itulah kedudukan seorang hamba yang taat di sisi ALLAH SWT, maka apakah hina sebenarnya gelaran hamba bagi nabi akhir zaman itu? sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bukanlah sekali-kali kuli kepada manusia, tetapi hanya menjadi hamba khas kepada ALLAH SWT, sama sperti kita.