Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Friday, April 8, 2011

Dia Sahajalah Mengetahui Sistem Alam Ini

Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.(QS. 25:2)
Ayat tersebut merupakan lanjutan daripada ayat pertama yang menjelaskan bahawa Maha Suci ALLAH yang menurukan Al-Furqaan (al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad). Maka Dialah juga Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Segala pengurusan dan pengedalian cakerawala yang di dalamnya terdapat berbilion bintang dan planet yang tetap beredar dalam ketetapannya. Demikian jugalah planet bumi yang terdapat di dalamnya pelbagai unsur. Semuanya berjalan gengan selaras tanpa sebarang percanggahan. Jelas nyata di bawah kendalian kuasa ALLAH SWT.

          Ayat tersebut memberi penekanan tentang tauhid iaitu mengesakan ALLAH SWT. Dialah Tuhan yang menurunkan Al-Quran dan Dialah juga yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Bila disebut tauhid bukan semata-mata hendak mengatakan bahawa Tuhan Esa, Tetapi hendak memberikan kefahaman dan keyakinan bahawa begitu banyak kejadian alam ini semata-mata hendak menunjukkan ketuhanan ALLAH SWT.
  

         Ibarat tubuh manusia sejak dari hujung rambut sampai hujung kaki terdiri dari anggota lahiriah, pancaindera, otak yang terhimpun segala urat saraf, hormon, darah, daging, tulang dan seterusnya. Kesemuanya itu menjelaskan bahawa kesatuan dari semua jenis dan unsur dalam tubuh itu hakikatnya menjadi satu iaitu seorang insan.

         Apabila ALLAH SWT menyatakan bahawa Dialah yang menurunkan Al-Furqaan (Al-Quran) sebagai kemuncak rahmat ALLAH SWT terhadap hamba-Nya. Sedangkan umat terdahulu tidak pernah menerima kitab dari langit selengkap Al-Quran. Segala hukum dan peraturan yang terkandung di dalam Al-Quran bersesuaian dengan naluri dan tabiat manusia. Oleh itu, bagi yang membaca dan memahami Al-Quran pasti mereka tidak mampu menolak ketauhidan ALLAH SWT.

        Walau bagaimana pun apabila ALLAH SWT menyatakan bahawa Dialah juga yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Maka jika manusia tidak berkesempatan membaca Al-Quran, mereka tetap dapat mengandaikan bukti ketuhanan ALLAH SWT terhadap alam ini. Ke mana saja manusia melemparkan pandangannya sama ada ke langit atau ke bumi, pasti mereka akan terpandang keagungan kerejaan-Nya. Lapisan demi lapisan langit dan bumi serta apa-apa yang terdapat di dalamnya adalah lukisan indah daripada ayat-ayat ALLAH SWT yang 'manzurah' (tanda-tanda ALLAH SWT yang dapat dilihat).

        Manusia di muka bumi berada di bawah kerajaan ALLAH SWT, mempunyai peranan untuk mentadbir, keluarga, masyarakat, lebih-lebih lagi negara dan tanah air tempat bermastautin. Manusia mesti sedar bahawa kita sekarang sedang hidup di bawah ihsan kerajaan ALLAH SWT. Segala bentuk pentadbiran atau kerajaan yang mereka dirikan di dunia ini wajiblah selaras dengan hukum peraturan ALLAH SWT. Landasan perjalanannya terus terarah menuju Al-Quran dan Hadis.

        ALLAH SWT memiliki kerajaan langit lengkap dengan sistem dan peraturannya. Sebab itulah, walaupun di langit terdapat berbilion bintang dan planet yang saling bergerak dan beredar pada orbitnya. Namun tidak pernah ada pertembungan antara satu planet dengan planet yang lain, lantaran sistem kerajaan ALLAH SWT yang sangat sempurna dan saling melengkapi.

        Manusia hanyalah makhluk yang menghuni bumi dan menjadi sebahagian daripada rantaian ekologi makhluk ciptaan ALLAH SWT. Mereka tidak berhak untuk mencipta sistem dan peraturan sendiri di sini atau di mana jua pun! ALLAH SWT telah menutunkan Al-Furqaan (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad). Di dalamnya mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap. Justeru itu manusia wajib mengikuti dan mematuhi apa sahaja yang terkandung di dalam Al-Furqaan supaya tidak berlaku percanggahan dengan sistem ALLAH SWT. Apa-apa percanggahan bakal mengundang bala bencana kepada manusia itu sendiri.

         Antara ayat yang menggambarkan keesaan-Nya ialah melalui Surah Al-Ikhlas, ayat 3-4:

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.(QS. 112:2)
 Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,(QS. 112:3)

Inilah tauhid yang ditekankan oleh Al-Furqaan bahawa ALLAH SWT sekali-kali tidak mempunyai anak seperti yang didakwa oleh orang Nasrani. Malah Dia juga tidak mempunyai sekutu dalam tampuk kekuasaan-Nya sama ada di langit atau bumi. Manusia ditegah mengadakan apa-apa sekutu sama ada terhadap hukum-hakam atau peraturan-Nya ketika manusia mentadbir diri, keluraga, masyarakat dan lebih-lebih lagi negaranya.
         Ini disebabkan ALLAH SWT sendiri telah menetapkan ukuran-ukuran yang serapi-rapinya dalam setiap pencipta-Nya.

          Firman ALLAH SWT:

Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.(QS. 25:2)

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia tidak boleh meragui ciptaan ALLAH SWT. Memandangkan segala telah ditetapkan dalam sistem yang lengkap sempurna. Mampu memenuhi segenap keperluan hidup manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, mikroorganisma, planet-planet dan seluruh alam semesta. Adalah tidak munasabah apabila manusia cuba mendatangkan sebuah peraturan lain yang dianggap lengkap. Sedangkan hanya ALLAH SWT mampu melengkapkan sistem dan peraturan dalam setiap ciptaan-nya menurut kadar ukuran yang lengkap.

          Seorang penulis bukan Islam manyatakan dalam bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab tajuk Al-Insan Yaqumu Wahdah, bahawa manusia tidak boleh berdiri sendiri. Penulisnya telah menerangkan tentang keajaiban alam yang mengandungi banyak rahsia di sebaliknya. Menurutnya, lapisan permukaan bumi terdapat unsur oksigen. Sekiranya keadaannya lebih tebal daripada biasa, nescaya karbon akan habis ditelan oleh oksigen. Apabila salah satu dari unsur itu hapus, maka tumbuhan-tumbuhan tidak akan hidup. Akibatnya sudah pasti ia akan memberi kesan kepada manusia jika tumbuhan-tumbuhan tidak lagi wujud di dunia. Ini kerana sebahagian besar daripada keperluan makanan dan pernafasan manusia bergantung kepeda tumbuhan-tumbuhan.


         Yang keduanya; penulis tersebut juga menerangkan kejadian planet bumi yang sangat mengkagumkan ini. Keadaan muka bumi yang mempunyai ukurannya yang tersendiri telah serba cukup rapi dan sempurna. Menurutnya, jika lapisan udara di permukaan bumi ini nipis sedikit daripada yang sedia ada, nescaya permukaan bumi akan dihujani jutaan tahi-tahi bintang dari angkasa lepas. Secara automatik bumi akan menjadi tempat yang paling tidak selamat untuk kediaman manusia. Dengan bantuan oksigen di lapis luar bumilah telah menyebabkan tahi-tahi bintang akan terbakar dan menjadi debu sebaik sahaja sampai ke ruang angkasa bumi yang beroksigen.

          Perhatikanlah sejenak bagaimana keadaannya permukaan bulan yang tiada oksigen. Rontok dipenuhi kawah dan tasik-tasik akibat tahi bintang yang pernah gugur di permukaan tanpa halangan. Tahi bintang yang berbekalkan impaknya yang kuat, mampu menghancurkan apa sahaja. Subhanallah, Maha Suci ALLAH SWT.

          Penulis itu juga menjelaskan tentang serangan yang bernama Nyamuk. Pembawa penyakit malaria dan demam denggi. Menurutnya, unggas yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Ia bernafas hanya melalui rongga seni yang terdapat pada pipinya. Lantaran itu, nyamuk memiliki jangka hayat yang terlalu singkat iaitu kira-kira satu minggu.

          Apa akan jadi jika nyamuk malaria dan aedes mempunyai paru-paru dan hidup lebih lama? jika dilihat, dalam keadaan jangka hayatnya yang pendek itu pun, statistik tetap menujukkan bahawa bahaya demam malaria dan denggi masih membimbangkan.

          Ahli sains sentiasa membuat penyelidikan tentang rahsia alam ini, sewajarnya telah menemui bukti ayat-ayat ALLAH SWT yang manzurah. Segala contoh hasil penelitian penulis yang bukan Islam itu apabila ditelitii, ia sangat selaras dengan firman ALLAH SWT yang menjelaskan bahawa segala ciptaan-Nya telah diperlengkap dengan ukuran yang sangat tepat dan rapi.

          Akhirnya manusia tidak mempunyai ruang untuk tidak beriman dengan ALLAH SWT sekalipun mereka tidak membaca ayat-Nya yang maqru-ah (Al-Quran). Apatah lagi pada zaman ilmu yang begitu meluas dengan infrasruktur dan alat komunikasi canggih seperti hari ini.Manusia bukan sahaja telah menyelongkar rahsia di perut bumi dan dasar laut, malah telah meneroka angkasa lepas dan telah menemui sebahagian kecil daripada rahsia-Nya.

          Meskipun ALLAH SWT telah menyatakan dan membuktikan bahawa Dialah yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dialah juga yang menciptakan segala sesuatu dengan menetapkan ukuran yang serapi-rapinya. Dari abad ke abad, manusia telah semakin bijak namun semakin ramai pula yang berani mencabar keesaan ALLAH SWT sebagaiamana firman-Nya:

Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apapun, bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) sesuatu kemanfaatanpun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak (pula) membangkitkan.(QS. 25:3)

sungguh menghairankan bagaimana manusia yang mempuyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi, masih lagi mengiktiraf tuhan-tuhan lain. Tuhan pada mereka terbentuk dalam rupa berhala, matahati, bulan, kuburan lama, pokok, malah sesama manusia. Padahal semua itu tidak langsung terdaya mencipta sesuatu apa pun. Bahkan segala elemen tersebut itu pun ada yang membuatnya.

          Tuhan-tuhan palsu yang terdiri daripada benda-benda beku itu sudah tentu tidak dapat menolak sebarang kemudaratan yang bakal menimpa sesiapa. Jika burung-burung hinggap dan melepaskan najisnya di atas batang hiding sekalipun, ia tidak mampu menghalangnya. Jauh sekali daripada memberikan sebarang kemanfaatan. Lebih-lebih lagi dirinya sendiri yang merupakan benda yang bakal rosak binasa. Apatah lagi untuk menghidupkan dan membangkitkan manusia di Padang Mahsyar kelak.

          Mengapa masih ada manusia yang sanggup bersusah payah memerah tenaga, fikiran dan mengorbankan harta benda untuk mencipta patung-patung berhala dan sesuatu benda sebagai tuhan-tuhan mereka? sedangkan mereka tahu bahawa ia tidak layak sama sekali untuk disembah. Sebab itulah ALLAH SWT mendedahkan kelemahan tuhan-tuhan palsu itu untuk memberi pelang kepada para penyembahnya agar berfikir semula terhadap tindakannya yang dangkal dan bodoh itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini