Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Wednesday, December 31, 2014

Pesan saya kèpada kaum Hawa diluar sana



Apabila anda hendak beranak nanti, minta dengan doktor beranak cara normal, jangan beranak cara caesarian(xnormal).

Ketika doktor mahu suntik sesuatu pd kandungan anda. jangan bagi dia suntik kerana suntikan itu untuk bagi bayi dalam kandungan anda stress.

Bayi stress untuk dia tendang dirinya keluar dari kandungan anda beranak cara normal tetapi malang hanya bertahan 2 jam sahaja.

Setelah 2 jam bayi belum keluar doktor akan tukar plan beranak cara caesarian.

Pesan saya jgn bagi doktor suntikan dari awal lagi. Biar bayi anda aktif keluar cara normal. Tak perlu bagi bayi stress.

Dan kesan beranak caesarian sakit lebih lama daripada beranak normal.

Bila doktor lihat anda telah beranak cara caesarian kali pertama, kali kedua dia tidak cakap banyak. Terus toreh perut anda.

Dan beranak cara caesarian hanya 4 kali je seumur hidup.. jika xnk anak byk boleh lah..

 Lebih baik anda bertahan beranak cara normal dahulu sblum cara caesarian. Beranak cara caesarian jalan terakhir..

P/s : Dicerita oleh kawan saya, setelah pengalaman isterinya beranak cara normal di Alexsandaria Mesir.

Tuesday, December 30, 2014

Hikmah Allah Swt Disebalik Banjir Kelantan

Sebelum ini, saya terbaca akhbar mengatakan DAP membantah sidang khas Dun Kelantan 29 Disember ini untuk pindaan draf khas Enakmen Jenayah Syariah ll 1993 mengenai hudud. 


Mungkin sangkaan baik saya terhadap DAP belum faham 100% lagi tentang hal ini, sedangkan orang islam sendiri pun masih ramai lagi menolak apatah lagi Parti DAP dipimpin oleh non-muslim.

Secara pribadi, Saya melihat isu banjir di kelantan dari segi kacamata HIKMAH disebalik ujian Allah adalah sebagai jalan atau tunjukan secara LIVE praktikal hukum hudud tidak akan dilaksanakan ketika keadaan dharurat.


Kemungkinan DAP fobia dengan keadaan ekonomi semasa negara kita merosot menyebabkan kos hidup tinggi dan rakyat marhae mereka senang mencuri(dengan keadaan dharurat) terus potong tangan.


Selalunya ahli Pas memberi pencerahan hukum Allah melalui teori penceramahan, tulisan, wacana dialog dan sebagainya.


Dalam teori itu, ahli Pas selalu menyatakan apabila keadaan dharurat dengan secara automatik hukum hudud gugur pelaksanaannya(bukan gugur dari Perlembagaan).


Kemungkinan golongan menolak hukum Allah ini tidak faham dengan penjelasan ahli Pas menyebabkan Allah swt menunjuk secara LIVE kepada mereka.


Bahawa mangsa banjir yang mencerobohi pasaraya atau kedai2 runcit dengan keadaan dharurat(lapar) tidak akan jatuh hukuman hudud, kerana tidak cukup syarat dijatuhkan hukuman hudud terhadap mangsa banjir itu.


Perjuangan Parti Pas hanya mahu memasukan bertulis hitam putih sahaja rang undang-undang hudud ke dalam Perlembagaan. Cara atau syarat pelaksaannya hanya hakim dimahkamah sahaja boleh menjatuhkan hukuman tersebut.


Semoga ujian hikmah dari Allah swt membuka mata hati untuk menerima hukumNYA sama ada Muslim atau Non-Muslim..


Dan ucapan takziyah saya kepada mangsa banjir, semoga Allah memberi pahala ganjaran yang lebih besar kepada anda semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini