Sebelum ini, saya terbaca akhbar mengatakan DAP membantah sidang khas Dun Kelantan 29 Disember ini untuk pindaan draf khas Enakmen Jenayah Syariah ll 1993 mengenai hudud.
Mungkin sangkaan baik saya terhadap DAP belum faham 100% lagi tentang hal ini, sedangkan orang islam sendiri pun masih ramai lagi menolak apatah lagi Parti DAP dipimpin oleh non-muslim.
Secara pribadi, Saya melihat isu banjir di kelantan dari segi kacamata HIKMAH disebalik ujian Allah adalah sebagai jalan atau tunjukan secara LIVE praktikal hukum hudud tidak akan dilaksanakan ketika keadaan dharurat.
Kemungkinan DAP fobia dengan keadaan ekonomi semasa negara kita merosot menyebabkan kos hidup tinggi dan rakyat marhae mereka senang mencuri(dengan keadaan dharurat) terus potong tangan.
Selalunya ahli Pas memberi pencerahan hukum Allah melalui teori penceramahan, tulisan, wacana dialog dan sebagainya.
Dalam teori itu, ahli Pas selalu menyatakan apabila keadaan dharurat dengan secara automatik hukum hudud gugur pelaksanaannya(bukan gugur dari Perlembagaan).
Kemungkinan golongan menolak hukum Allah ini tidak faham dengan penjelasan ahli Pas menyebabkan Allah swt menunjuk secara LIVE kepada mereka.
Bahawa mangsa banjir yang mencerobohi pasaraya atau kedai2 runcit dengan keadaan dharurat(lapar) tidak akan jatuh hukuman hudud, kerana tidak cukup syarat dijatuhkan hukuman hudud terhadap mangsa banjir itu.
Perjuangan Parti Pas hanya mahu memasukan bertulis hitam putih sahaja rang undang-undang hudud ke dalam Perlembagaan. Cara atau syarat pelaksaannya hanya hakim dimahkamah sahaja boleh menjatuhkan hukuman tersebut.
Semoga ujian hikmah dari Allah swt membuka mata hati untuk menerima hukumNYA sama ada Muslim atau Non-Muslim..
Dan ucapan takziyah saya kepada mangsa banjir, semoga Allah memberi pahala ganjaran yang lebih besar kepada anda semua.