Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Tuesday, January 7, 2014

Bagaimana MANHAJ SALAFY MODERN Mahu Menghadapi Manusia Seperti Ini?



Setelah saya menonton video ini, Saya teringat segolongan yang mengelar golongan mereka "MANHAJ SALAFY".

Golongan ini selalu menyesatkan golongan ASYAIRAH kerana selalu berhujjah ketuhanan dengan Method akal merujuk ilmu Falsafah.

Setelah terbitnya pemuda dalam video ini menyoal ketuhan ikut logik akal, saya terfikir bagaimana golongan MANHAJ SALAFY MODERN hendak mengatasi masalah ini? sedangkan mereka menyesat golongan ASYAIRAH yang berhujjah ketuhanan dengan mengguna senjata FALSAFAH.

Adakah dengan menerangkan dengan Al-Quran sunnah pemuda ini dapat terima hujjah MANHAJ SALAFY MODERN ini?

Mustahil beliau terima jika tidak guna method akal..

Penjelasan saya : menyatakan bahawa ilmu kalam yang dibawa oleh golongan ASYAIRAH adalah medan tempur yang di panggil jihad juga, ini kerana jihad bermakna menghabiskan segala usaha dan tenaga untuk meletakkan atau mempertahankan kalimah Allah yang paling tinggi.

Justeru itu, zaman Rasulullah s.a.w mengistiharkan jihad perang kerana pada zaman tersebut pihak musuh menyerang Islam dengan peperangan. Kalaulah pihak musuh tidak melawan dengan senjata, seperti berhujjah, logik atau sebagainya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak akan menyuruh umat Islam pada zaman tersebut mengangkat senjata.

Rasulullah s.a.w berperang angkat senjata pada zaman itu kerana pada zaman itu perang angkat senjata adalah satu-satunya cara yang paling relevan untuk melawan musuh.

Begitu juga zaman Nabi Musa as. musuh mengguna senjata ahli sihir Firaun, maka ALLAH menurunkan mukjizat kepada Nabi Musa as. sentaja menyerupai sihir.

Dan begitu juga zaman Abu Asyairah musuh mengguna senjata method logik akal memahami konsep Tuhan dengan menyalahi Al-Quran sunnah, kerana itulah Abu Asyairah mengguna senjata method logik akal yang sama untuk menetapi Al-Quran sunnah.

Melihat kepada keadaan dalam video ini, jihad perang seperti Nabi Muhammad s.a.w tidak relevan tetapi jihad guna senjata ilmu kalam yang relevan, maka hendaklah kita berjihad mematikan hujjah budak dalam video ini menggunakan jihad ILMU KALAM YANG DIASASKAN OLEH GOLONGAN ASYAIRAH.

Ini bersesuaian dengan firman Allah;

فمن اعتدى عليكم فاعتدوا عليه بمثله ما اعتدى عليكم

Maksudnya;
"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-Baqarah : 194)

Dari ayat ini, musuh ideologi Libralisme(neo-Muktazlah) dalam video ini menggunakan method akal logik, maka begitu halnya kita melawan mereka menggunakan sistem ini juga.

Justeru itu, Pengajian sifat 20 dalam ilmu kalam adalah sistem pemilihan Umat islam yang relevan di seluruh dunia. Ianya juga merupakan jihad mengikut kesesuaian tempat dan masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini