Salafy Modern : Ini bid’ah...sesat, Itu bid’ah… sesat.
ASWJ: Benda ini harus, dan bukan semuanya sesat. Kerana para Ulama' sudah menerangkannya dengan panjang lebar.
Salafy Modern : Para Ulama' tidak maksum, dan jangan taksub.
ASWJ: Ya betul, para Ulama' tidak maksum. Para Ulama' rujukan kamu juga tidak maksum.
Salafy Modern : Tapi Ulama' kami merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah.
ASWJ: Kalau gitu kamu ingat Ulama' kami merujuk pada kitab bible, zabur atau taurat ke..??? Ulama’ kami juga rujuk pada Al-Qur’an dan Sunnah.
Salafy Modern : Hmmm… Susah kalau dah taksub..taqlid membuta tuli.
ASWJ: Kamu pun taksub dan taqlid membuta tuli juga.
Salafy Modern : Ma’af, saya tak jumpa dalil amalan kamu.
ASWJ: Ada, cubalah cari dalam kitab-kitab yang muktabar.
Salafy Modern : Kitab apa..??? Muka surat berapa..??? Cetakan yang mana..???
ASWJ: Kamu mengatakan hal itu bid’ah, bagi juga keterangan dari kitab mana, muka surat berapa, cetakan yang mana..???
Salafy Modern : Hadith Nabi SAW tentang perkara baru dalam agama adalah bid’ah
ASWJ: Ok, bid’ah itu apa..???
Salafy Modern : Bid’ah adalah perkara baru yang tiada dizaman Rasulullah saw. Siapa yang membuatnya, maka tertolak dan dianggap sesat serta balasannya api neraka.
ASWJ: Siapa yang beri takrif tentang bid’ah sebegitu..???
Salafy Modern : Syaikh bla.... bla.... bla....
ASWJ: Oh gitu, tapi tadi kata para Ulama' tidak maksum. Kenapa ikut takrif yang ditentukan oleh Ulama' dari Syaikh tersebut..??? Hmmm... Kami belajar bid’ah ada dua, bid’ah hasanah dan dholalah
Salafy Modern : Bid'ah hanya satu, dan semuanya sesat. Tiada bid'ah yang baik atau hasanah
ASWJ: Hmmm… Main FaceBook pun bid’ah lah kalau gitu, sebab dizaman Rasulullah SAW tiada FaceBook.
Salafy Modern : Inilah salah faham terbesar, FaceBook bukan ibadah. FaceBook perkara dunia, bidaah dunia tak mengapa. Bid’ah dalam ibadah yang tak boleh dan apa jua tambahan dalam ibadah adalah sesat.
ASWJ: Tadi kamu kata bid’ah hanya satu, dan tiada hadith tentang pembahagian bid’ah. Lepas itu kamu membahagikan bid’ah kepada dua pula, bid’ah dunia dan bid’ah ibadah. Hmmm… Apa kah ada hadith Nabi SAW yang katakan begitu..???
Salafy Modern : Nabi SAW sebut, urusan agama dikembalikan kepadaku. Adapun hal dunia kamu, kamu lebih tahu.
ASWJ: Dalam hadith itu Nabi SAW tak sebut pun tentang pembahagian bid’ah kepada dunia dan agama/ibadah
Salafy Modern : Berdasarkan faham
ASWJ: Nak tanya, wakaf itu juga satu ibadah kan..???
Salafy Modern : Ya, ibadah
ASWJ: Wakaf Al-Qur’an tak ada pada zaman Nabi SAW, jadi ia bid’ah yang sesat atau yang baik..??? Adakah kamu nak katakan ia sesat. Kalau kamu kata ibadah tidak ada tambahan, maka sesat la wakaf Al-Qur’an yang dilakukan oleh pemerintah Arab Saudi selama ini, dan semalam saya tengok kamu juga telah mewakafkan Al-Qur’an. Macam mana tu..??? atau kamu mahu kata, wakaf bukan ibadah, wakaf adalah perkara dunia agar ia boleh dilakukannya..???
Salafy Modern : Baik, apa pendapat kamu asal sesatu perkara adalah harus selagi tiada dalil mengharamkan. Kalau begtu, boleh la tambah rakaat subuh jadi 3 rakaat. Sebab tiada dalil yang mgharamkannya.
ASWJ: Kamu pernah pernah tengok orang solat subuh 3 rakaat..???
Salafy Modern : Tak pernah lagi setakat ini.
ASWJ: Ia sememangnya satu kaedah yang tiada dalam Islam, kerana ia adalah satu hukum yang Qat’i. Sebab itu memang tiada orang yang solat subuh 3 rakaat, semua orang faham dengan hukum tersebut. Orang yang kamu tuduh sebagai ahlul bid’ah juga tidak pernah melaksanakan solat subuh 3 rakaat. Kamu tahu tak kenapa..???
Salafy Modern : Kenapa..???
ASWJ: Sebab kami faham, ibadah itu ada dua. Satu yang khusus, satu lagi ibadah umum. Ibadah khusus seperti solat yang mempunyai hukum yang Qat’i, dan Nabi SAW juga telah menjelaskan tentang berapa rakaat, waktu dan kaifiatnya. Memang tak boleh untuk ditokok tambah. Adapun ibadah umum, seperti zikir, selawat, tasbih, terserah nak buat berapa banyak dan pada bila-bila waktu. Kerana tiada dihadkan dan tiada tegahan. Contohnya lagi, seperti berjabat tangan tidak ditentukan masa, maka bila-bilapun boleh dilakukannya. Jadi kita orang Melayu yang sudah biasa bejabat tangan atau bersalaman sesama jema’ah ketika berjumpa di Masjid, atau seperti lepas solat kita bersalaman. Ini harus, kerana tiada tegahan selagi tiada mengatakan bersalaman selepas solat adalah sebahagian daripada ibadah solat. Sepatutnya hal ini sebegini tidak perlu menjadi satu isu, kerana takkan kita jumpa orang selepas solat Cuma hendak senyum-senyum ajer, atau jelling-jeling ajer..??? Bersalam lah.
Salafy Modern : Ia haram kerana mengkhususkan selepas solat
ASWJ: Nak tanya, bersalam selepas solat tu adat ke ibadat?
Salafy Modern : Orang menganggapnya ibadat
ASWJ: Mana kami ada menganggapnya ibadah. Ia hanya adat sahaja, sama seperti adat orang-orang Arab yang berpeluk kekiri dan berpeluk kekanan sebagai cara mereka bersalaman. Jadi bila ada adat yang tidak bercanggah dengan ibadat yang telah sedia ada didalam syariat Islam, maka ia harus. Nabi SAW pun tak kata, adat yang tidak bercanggah akan memberikan hukum sebagai bid'ah dholalah.
Salafy Modern : Saya tetap berpegang, bahawa apa yang Nabi SAW tidak buat maka ia haram. Kan senang, buat apa yang Nabi SAW buat dan tinggalkan apa yang Nabi SAW tak buat. Habis cerita dan bukankah ia lebih senang kalau macam gitu.
ASWJ: Mana kamu rujuk ni, sedangkan Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul (Muhammad) maka ambillah ia dan apa sahaja yang dia larang maka hindarilah ia”. (Surah Al-Hasyr: 7). Allah SWT lebih tahu apa yang Nabi SAW buat, maka ambilah, dan apa sahaja yang tidak dibuat oleh Rasul, maka hindarilah....
Salafy Modern : Ahhh… Sama ajer tu
ASWJ: Tak sama, kerana lafaz Arabnya pun sudah berbeza. Faham disitu, apa yang Nabi SAW bawa, kita ikut, dan apa yang Nabi SAW larang, maka jagan buat. Maka disana para Ulama' membahaskan disana ada perkara yang Nabi SAW tak suruh, dan Nabi SAW juga tidak melarangnya. Perkara ditengah-tengah itu adalah harus selagi tidak bercanggah degan dalil umum. Mengadakan majlis selawat beramai-ramai, tidak haram kerana tidak bercanggah degan dalil umum, iaitu suruhan supaya banyak selawat kepada Nabi SAW, dan tiada dalil jelas yang mengharamkannya. Sama seperti tahlil, talkin, doa qunut, menyambut maulid, melafazkan niat sebelum solat seperti “Usholli…” dan lain-lain lagi yang dianggap Wahabi sebagai “Kullu Bid’ah Dholalah” keatas ASWJ. Sebab itu bukan semua perkara bid’ah itu dibolehkan dengan sewenangnya, ia harus dikaji dalam dalam ilmu fekah dan Usul dari para Ulama’ yang muktabar dan ariff mengenainya.
Sesuai dengan firman Allah SWT yang jelas terakam didalam Al-Qur’an yang bermaksud:
“Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya”. (Surah An-Nahl: 43)
Salafy Modern : ..............................
ASWJ: Sudahlah saudara, jangan asyik nak sibuk sesatkan orang lain. Tanda orang berilmu, kurang celaannya pada orang lain, dah jom solat maghrib berjemaah. Kerana Nabi SAW pun tak pernah tinggal solat jemaah. Hmmm… Kamu pula asyik solat sorang ajer, itu tak bid’ah ke..??? Hehehe…
Salafy Modern : ..............................
KESIMPULANNYA: Rupa-rupanya Wahabi tak pernah belajar ilmu Usul Fiqh, sebab itu dia orang tak faham MAQASID SYARI’A serta KEMASALAHATAN UMMAH.