"Seperti isteri memasak tomyam semangkuk. Dia tidak menciptakan tomato, dia tidak ciptakan garam, lobak, daging ayam, air, pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun, memproses, mengatur barang yang sudah ada; masukkan ke dalam periuk. Apabila masak jadilah tomyam. Jadi, kuih yang Timah buat, rumah yang Salleh bina, kereta yang Jepun cipta, itu adalah sebutan kita sehari-sehari tetapi hakikatnya tidak. Manusia sebut benda seperti itu, tetapi adakah begitu sungguh? Tidak! Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham. Hakikatnya, apabila kamu 'detail' sedikit kamu akan nampak bahawa aku yang buat semua."Kewajaran
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.(QS. 7:54)
Dalam ayat ini ALLAH SWT menjelaskan kepada kita bahawa Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi dan Dialah yang petut kita sembah dan segala pencipta serta pemerintahan adalah hak milik-Nya. Dalam segala apa yang dimilik, manusia hanya diberi pinjam oleh ALLAH untuk sementara.
Oleh itu, kita sebagai hamba yang hanya diciptakan untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada-Nya perlu sedar bahawa segala apa yang kita miliki sekarang adalah pinjaman untuk seketika. Ia hanya sebagai perhiasan dunia semata-mata. Pemilik yang hakiki adalah ALLAH SWT yang mencitpa segalanya untuk kemudahan dan keselesaan hamba-Nya bagi menjalani kehidupan harian yakni untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Walau setinggi manapun kita belajar necara kita tidak akan dapat mencipta sesuatu dengan sempurna sepertimana yang ALLAH cipta. Sifat kesempurnaan hanya dimiliki oleh ALLAH manakala manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kekurangan.
Pada hakikatnya manusia hanyalah pengguna, bukan pencipta. Sifat ALLAH 'al-khaliq' tidak mampu ditandini oleh sesiapapun. ALLAH yang menciptakan sesuatu daripada tiada kepada ada manakala manusia hanya pereka yang menggunakan segala hasil ciptaan ALLAH SWT dalam mencipta sesuatu untuk kelihatan lebih baik walhal segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT jua. Hakikat ini mampu disedari oleh manusia yang hanya benar-benar percaya bahawa adanya sesuatu itu adalah disebabkan adanya Pencipta iaitu ALLAH SWT. Sebaliknya, apabila seseorang itu tidak percaya kepada hakikat pencipta yang sebenar bahawa segala sesuatu itu datang daripada ALLAH SWT bermuka daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, maka mereka akan hidup dalam 'keakuan', iaitu sifat bangga diri dengan apa yang dimiliki.
Keyakinan dan kepercayaan bahawa ALLAH yang mencipta semuanya ini, perlu ditanam dalam diri setiap manusia. Ini supaya mereka tidak lalai dengan apa yang mereka ada dan tidak takbur dan sombong dengan kebolehan yang dimiliki kerana apa jua hasil yang diciptakan asalnya daripada cipta ALLAH SWT. Manusia hanya 'penemu'. Manusia cumalah penyelidik yang membuat penemuan.
Benda atau 'matter' masih belum ditemui baik di kerak bumi, di permukaan bumi ataupun terapung-apung di antara langit dan bumi. Ia mugkin juga sedang disembunyikan di permukaan planet yang mengelilingi planet bumi. Tugas manusia hanyalah mencari dan mencipta daripada apa yang ditemui dan menjenamakannya dengan pelbagai jenama. Pada hakikatnya pelbagai semuanya itu datang daripada ALLAH. Manusia tidak mempunyai apa-apa kekuasaan melainkan kekuasa yang dinisbahkan daripada ALLAH SWT.
Dengan ledakan teknologi yang semakin hari semakin canggih, terlalu pantas berlaku penemuan-penemuan yang baru. Ia memukau pandangan manusia. Walau bagaimanapun kita perlu ingat, bahawa semua penemuan ini adalah hak milik ALLAH yang mutlak pada hakikatnya. Pada dasar ia dilihat seolah datangnya daripada manusia sedangkan pada hakikatnya, ia berasal dari ALLAH.
Berhubung dengan apa yang telah dibincangkan mari sama-sama kita mengingati dan menghayati kembali Sifat 20 iaitu sifat-sifat ALLAH SWT yang telah kita hafal sejak di bangku sekolah. Semoga dengan ini, kita akan mendapat manfaat daripada apa yang kita hafalkan. Sifat ALLAH SWT yang mengembalikan kita kepada al-khaliq seperti al-Qudrat, al-Ilmu dan al-Basar. Ia dapat dijadikan landasan peringatan kepada kita bahawa hanya ALLAH SWT yang mempuyai sifat kesempurnaan. 'Al-Qudrat' bermaksud Maha Berkuasa. Kekuasaan ALLAH adalah kekuasaan yang sempurna, kerana kekuasaan ALLAH tidak terbatas. Hal ini tentu berbeza dengan manusia yang mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Kekuasaan yang ada pada manusia adalah nusbah daripada kekuasaan yang takluknya pada ALLAH SWT. Segala kehendak dan ketentuan daripada ALLAH tidak ada yang dapat menghalangi-Nya sebagaimana yang berfirmankan oleh ALLAH SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH berkuasa ke atas segala sesuatu."
Sesungguhnya kita tidak patut bersifat sombong dengan kekuasaan yang kita miliki kerana sebesar mana pun kuasa kita, kuasa ALLAH pasti lebih besar dan yang terbesar. kekuasaan kita akan hilang dengan sekelip mata sahaja jika ALLAH berkehendaki. Tidak ada sesiapapun yang boleh menahannya.
Sifat yang kedua kita hayati ialah 'al-Ilmu' yang bermaksud Maha Mengetahui. Segala yang ada di alam semesta ini, baik yang besar mahupun yang kecil, yang ada terlihat mahupun yang tersembunyi, sebenarnya tidak luput daripada pengetahuan ALLAH. ALLAH Maha Luas ilmunya. Begitu luasnya ilmu ALLAH sehingga jika air di lautan ini dijadikan tinta dan seluruh pohon dijadikan alat tulisnya, tidak akan mampu menuliskan ilmu ALLAH.
Firman ALLAH SWT:
Katakanlah: `Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)`.(QS. 18:109)
Kita sering kagum atas kecerdasan dan ilmu yang dimiliki orang-orang pintar di dunia ini. Kita takjub akan indahnya karya dan canggihnya teknologi yang diciptakan manusia. Di sini, kita perlu sedar bahawa ilmu yang kita saksi itu hanyalah sebahagian kecil sahaja yang diberikan ALLAH pada kita. Sesungguhnya ilmu ALLAH lebih jauh melampaui semua itu. Begitu tinggi ilmu ALLAH sehingga kadang-kadang kita tidak mampu mengikuti dan memahaminya. Seperti soal roh, kiamat dan sebagainya.
ALLAH SWT berfirman:
Katakanlah (kepada mereka): `Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), padahal Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui seagala sesuatu`.(QS. 49:16)Semoga dengan memahami sifat ilmu ini, kita sebagai hamba akan terdorong untuk terus menimba ilmu selagi kita hidup, kerana kita sedar bahawa sebanyak mana ilmu yang kita miliki, masih lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak ketahui disebabkan kelemahan kita. Semakin banyak ilmu kita, mudah-mudahan bertambah jugalah rasa kagum dan syukur kita kepada ALLAH SWT.
Sifat ALLAH yang ketiga yang dapat kita hayati ialah 'al-Basar' yang bermaksud Maha Melihat. Penglihatan ALLAH mutlak, tidak terhalang oleh apapun. ALLAH melihat segala sesuatu yang baik dan buruk, yang besar mahupun yang kecil, yang nampak dan tersembunyi. Penglihatan ALLAH bersifat terus-menerus, ALLAH tidak pernah lalai walau sedetik pun daripada melihat segala perbuatan kita.
ALLAH SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.(QS. 49:18)
Dengan memahami sifat besar ini, manusia perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu kerana setiap tindak-tanduk perbuatan kita tidak terlepas daripada penglihatan ALLAH dan tidak mampu untuk menyembunyikannya daripada ALLAH. Segala amal baik dan buruk akan dibentangkan oleh ALLAH di akhirat kelak. Oleh itu, sama-samalah kita perlengkapkan diri dengan perbuatan yang baik supaya kita tidak perlu rasa takut dan cemas diminta pertanggungjawabnya.
Penegasannya ialah segala kemampuan dan kebolehan yang kita miliki datangnya daripada ALLAH SWT. Kita hanya pihak yang memanipulasi dan memanfaatkan apa yang dikurnakan untuk kepenting manusia sahaja. Tidak lebih daripada itu.