Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Sunday, March 27, 2011

Islam untuk semua

          

           Furqaan (batu tanda) yang ketiga setelah turunnya Al-Quran iaitu berakhirnya zaman para nabi yang diutus hanya untuk kaum dan bangsa tertentu. Sebaliknya Nabi Muhammad SAW menjadi pesuruh ALLAH SWT yang diutus untuk seluruh penghuni alam.

          Apabila Nabi Muhammad SAW dilantik oleh ALLAH SWT sebagai nabi dan rasul yang terakhir. Maka fungsi nabi yang terakhir ini bukan untuk orang arab sahaja meskipun baginda lahir di bumi Arab. Sebaliknya merangkumi untuk semua bangsa di semua negara yang ada di muka bumi ini. Kerasulannya bersifat universal. Sesuai untuk semua manusia, zaman dan tempat.

         Ajaran Nabi Muhammad SAW yang terkandungan di dalam Al-Quran sesuai untuk semua penduduk alam timur, barat, utara, atau selatan. Bangsa yang berkulit hitam, berkulit sawo matang, berkulit putih atau kemerahan. Islam sesuai untuk umat dan budaya yang mempunyai perawakan dan perwatakan yang lembut atau keras.

        Pernah timbul pendapat di kalangan sesetengah ahli politik bahawa hukum kanun Islam tidak sesuai dilaksanakan di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya. Maka sudah dengan terang-teranganlah pandangan itu bercanggah dengan firman ALLAH SWT. Melalui surah Al-Furqaan ayat satu, telah jelas menyatakannya:

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)

kedatangan sina Islam bersekali dengan limpahan rahmat. Tidak ada bangsa yang akan binasa dengan kehadiran Islam dan tidak ada satu pun negara yang pernah musnah di bawah pentadbiran Islam.
Firman ALLAH SWT:
Yang anehnya, golongan yang berfikiran kolot ini terdiri dari golongan yang mendirikan solat. Lidahnya basah dengan ucapan "Alhamdulillaahi rabb al-'alamin" yang bermaksud: "Segala puji bagi ALLAH SWT yang mentarbiyah sekalian alam". Jika lidah mereka mampu menuturkan pujian kepada ALLAH SWT yang mengatur alam, mengapa pula muncul persoalan demi persoalan yang meragui hukum dan peraturan ALLAH SWT dalam mentadbir alam ini?

        Demikiamlah percikan kejahilan mereka yang dapat kita baca. Jika yang berpendapat demikian itu para pemimpin sesebuah negara yang mengaku diri beragama Islam, maka sangatlah kita kesali. Inilah yang dikatakan sebagai golongan jahil murakkab.

        Jika dibaca dan difahami keseluruhan isi kandungan Al-Quran, maka kita akan bertemu dengan pelbagai pengalaman pahit yang pernah dilalui oleh Rasulullah SAW. Sehingga akhir hayatnya pun, tetap muncul pelbagai halangandan tentangan daripada pihak musuh. Namun tiada satu puak pun pada zaman baginda yang menyanggah dengan mengatakan bahawa Islam tidak sesuai untuk negara yang berbilang bangsa. Tentangan jenis ini hanya muncul setelah 1400 tahun Rasulullah SAW wafat.

        Melalui pembacaan, dapatlah kita temui pelbagai bangsa dan kaum yang menjadi sahabat rapat Nabi Muhammad SAW. Misalnya Bilal bin Rabah, seorang berkulit hitam berbangsa afrika. Suhib Al-Rumi yang berbangsa Itali. Saman Al-Farisi yang berbangsa Parsi (Iran). Itulah Salman Al-Farsi yang menunjukkan betapa Islam selayaknya menjadi anutan setiap bangsa dan ras keturunan di dunia ini. Betapa jumud dan ketinggalannya pendapat yang mengatakan bahawa Islam tidak sesuai untuk sesebuah negara yang berbilang kaum dan budaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini