Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Sunday, March 27, 2011

Kejahilan Membawa Padah


"Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada ALLAH.
Sepertimana penyakit kanser ada pencegahnya, begitu juga jahil ada pengubatnya. pengubat bagi penyakit jahil adalah al-Quran dan as-Sunnah"

Kewajaran

ALLAH amat tidak redha manusia hidup dalam keadaan syirik kepada-Nya. Ekoran itulah, ALLAH tidak memberi kemaafan kepada mereka yang melakukan syirik kepada ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.(QS. 4:116)
          Dalam bahasa Arab, syirik diterjemah sebagai 'menyekutukan'. Maksud menyekutukan adalah, mendakwa atau meletekkan keyakinan bahawa ALLAH SWT ini tidak Esa.

         Menjadi syirik ini, tidak sekadar mendakwa bahawa ALLAH itu berbilang-bilang dengan tuhan yang lain, bahkn sudah dikira sebagai syirik juga, jika mendakwa hukum ALLAH mempunyai taraf yang sama dengan hukum makhluk.


  Firman ALLAH SWT:
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.(QS. 9:31)
            Ketika seorang Nasrani bernama 'Adi bin Hatim berjumapa dengan Nabi Nuhammad S.W.A, yang ketika itu ditengkuknya tergantung kayu salib. Melihat kehadiran 'Adi bin Hatim' dalam keadaan sedemikian, Baginda SWA pun membaca ayat ini.

            Mendengar bacaan Nabi Muhammad SWA itu, menyebabkan 'Adi berkata bahawa mereka tidak pernah menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Mendengar itu, menyebabkan baginda SWA pun bersabda:

"Sememangnya. Tetapi, mereka mengharamkan kepada mereka perkara yang halal. Menghalalkan untuk mereka perkara yang haram. Lalu mereka mengikutinya, maka itulah penyembahan mereka terhadap rahib-rahib dan orang-orang alim mereka"
                                                                                                               (Susunan at-tarmizi: 3095)

          Daripada huraian ini, jelas kepada kita, syirik itu tidak sekadar kita mendakwa bahawa ALLAH itu bersekutu dengan yang lain, bahkan dikira juga sebagai syirk, bagi mereka yang telah menyekutukan hukum ALLAH SWT.


Apa Punca Sebenarnya Manusia Jadi Syirik?

Jika dihayati secara mendalam, kita akan dapati bahawa antara punca manusia menjadi syirik adlah, apabila mereka tidak mengetahui atau tidak memahami hakikat ALLAH yang sebenar. Mereka jahil tentang kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

           Ekoran itulah, tidak hairan kita akan dapati apabila seseorang yang jahil tentang agama amat mudah bagi mereka ditimpa penyakit syirik kepada ALLAH, juga syirik terhadap hukum ALLAH SWT.

           Justeru itu, bahayanya penyakit jahil ini, samalah bahayanya dengan penyakit kanser yang mudah merebak keseluruh tubuh manusia yang akhirat membawa kepada kematian.

           Begitu juga kejahilan tentang ALLAH, walaupun ianya bermula daripada kejahilan terhadap al-Quran dan as-Sunnah yang dianggap sesuatu yang kecil, tetapi ianya amat bahaya, kerana penyudah kematiannya adalah dengan syirik terhadap ALLAH SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini