Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Saturday, February 26, 2011

Apa Itu BARAKAH?


Firman ALLAH SWT:

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)
yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.(QS. 25:2)
 Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apapun, bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) sesuatu kemanfaatanpun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak (pula) membangkitkan.(QS. 25:3)

Surah yang akan di bincangkan ini ialah Surah Al-Furqaan yang bererti (batu) sempadan yang memisahkan. Al-Furqaan itu melambangkan Al-Quran yang memisah atau membezakan antara yang hak dan batil. Yang benar dengan yang salah.

        Ayat yang pertama Surah Al-Furqaan ini dimulai ayat tabaraka yang bererti Maha Berkat. Apakah yang dimaksudkan dengan Maha Berkat? Sesungguhnya kalimah Berkat tidak ditemui dalam bahasa Melayu malah di dalam semua bahasa di dunia pun. Sesungguhnya tidak siapa pun yang mengerti tentang maksud Berkat itu kerana kalimah tersebut bukanlah rekaan pakar bahasa kecuali setelah manusia mengnali agama  dari langit iaitu Islam.

        Oleh kerana insan sifatnya serba kekurangan dalam bahasa dan miskin dalam pemikiran, maka sukarlah untuk mencari perkataan lain yang dapat memberi erti tepat makna 'barakah' itu. Kalau sembahyang menurut kalimah agama disebutkan sebagai as-sholat dalam maknanya iaitu menyembah, memuja atau mengabdikan diri.

        Secara nalurinya manusia mempunyai keinginan untuk memuja sesuatu. Jika keinginan itu tumbuh di dalam hati orang yang tidak beragama dan tidak berilmu, maka mereka akan menyembah benda-benda yang dianggap mempuyai kuasa, seperti batu-batan, pohon rimbun, jin, berhala, matahari, kubur lama dan seumpamanya.

        Demekianlah juga keinginan semula jadi untuk memuja dan membesarkan ALLAH SWT yang tumbuh dari hati orang yang berilmu. Oleh itu, keperluan memuja dapat di penuhi dengan jalan yang di berkati iaitu solat.



        Kalimah 'barakah' adalah satu kalimah tulen dari ALLAH SWT yang tidak dapat di cari suatu perkataan lain bagi menyalin pengertian sebenarnya. Melainkan terpaksa diambil dan disebut dalam bahasanya yang asal iaitu barakah atau Bahasa Melayu disebut sebagai berkat.

        Walau bagaimanapun kalimah barakah itu boleh di fahami dengan memberikan contoh-contoh tertentu. Umpamanya jika seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan sedangkan pekerjaan itu tidak dapat memberikan ketenangan atau kebahagiaan, hinggakan kehidupan mereka sentiasa dalam kesulitan dan tidak mengembangkan bakat dan kegembiraan, maka yang demikian itu di katakan sebagai tiada keberkatan.

        Keberkatan itu sesuatu yang dikaitkan dengan akhirat, seperti mencari rezeki yang halal, bersedekah, berkeluarga dan juga melakukan ibadah. Islam mengajarkannya agar semua perkara akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebagaimana doa yang di baca ketika doa Qunut iaitu " Ya ALLAH, berilah keberkatan keatas apa-apa yang telah engkau kurniakan."

       Ertinya sebanyak mana kurniaan ALLAH SWT, seperti di berinya jodoh, zuriat, pekerjaan, kekeyaan, ilmu pengetahuan, umur, kesihatan atau apa sahaja. maka yang lebih utama daripada itu ialah keberkatan.

       Jika diberikan jodoh, biarlah jodoh dapat memikul tanggungjawab secara Islam. Jika dikurnakan anak, biarlah anak dia menjadi soleh yang berguna di dunia dan di akhirat. jika mendapat pekerjaan, biarlah pekerjaan tersebut mendatangkan hasil yang halal. Andainya dikurniakan ilmu, biarlah ilmu makrifah kepada ALLAH SWT. sekiranya dikurniakan umur, biarlah umur yang penuh tepu dengan ketaatan. Agar kesemua ini mendatangkan kebajikan dan menfaat di akhirat. Maka yang demikian itulah disebut sebagai barakah atau berkat.

       Jika sesuatu itu hanya mengikut ukuran dunia sahaja, maka yang di peroleh oleh orang Islam akan sama sahaja dengan apa yang di peroleh oleh golonagn kafir. Perbazaan antara orang mukmin dan orang kafir dari segi keberkataan yang di peroleh oleh kita. ALLAH SWT mengurniakan kepada orang kafir kadangkala lebeih banyak daripada yang dimiliki oleh orang-orang mukmin. Tetapi bezanya, apa sahaja yang kepunyaan orang kafir itu tiada keberkatan di dalamnya kerana kesemuanya langsung tidak akan mendatangkan faedah buat dirinya di akhitar kelak.

        Sebab itu seluruh umat mestilah menuruti jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kerana hanya jalan itu sahajalah yang mempunyai berkat dan keselamatan. keenganan menurut jalan Rasulullah SAW adalah suatu kerugian yang sangat besar kerana tiada keberkatan selain dari jalan Islam.

        Menerusi ayat pertama Surah Al-Furqaan, ALLAH SWT telah berfirman:

Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)

Al-Furqaan bermaksud Al-Quran. Walau bagaimanapun dalam ayat ini tidak disebut kalimah al-Quran sebaliknya disebut sebagai Al-Furqaan. Kata dasar kalimah tersebut diambil daripada kalimah 'Faraq' yang bererti pisah atau pemisah, sebagaimananya jelasnya batu sempadan yang memisahkan.

          Apabila disebut batu sempadan, adalah mudah bagi kita memahami perananynya iaitu sebagai tanda pemisah. Antara tanah seseorang dengan tanah orang yang lain, antara satu daerah dengan daerah yang lain atau satu negara dengan negara jirannya.

         Pada hakikatnya Al-Furqaan atau Al-Quran itu adalah batu tanda. Ayat-ayat yang mengandungi cerita, hukum atau nasihat. Kesempurnaan menjadi batu sempadan stau pemisah yang membolehkan manusia memilih yang hak daripada kebatilan. Mengambil teladan yang baik daripada kisah-kisah keingkaran kaum terdahulu supaya manusia mendapat pengajarannya. Memahami hukum-hakam yang membezakan antara yang dibenarkan dan yan terlarang, isu halal dan haram, juga apa yang disenangi ALLAH SWT dan yang di benci-Nya.
      
         Sekurang-kurangnya di dalam Al-Quran mengandungi tiga batu tanda (Furqaan). Furqaan yang pertamanya ialah; apabila Al-Quran selesai diturunkan, maka umat manusia (umat Muhammad) sudah dianggap dewasa dan matang. Sementara umat yang sebelumnya itu disifatkan sebagai umat yang masih kebudak-budakan. Justeru itu apabila membaca kisah-kisah umat terdahulu menerusi Al-Quran, kita dapati ALLAH SWT segera menurunkan bala bencana terhadap keingkaran mereka. Seolah-olahnya Dia melayani umat terdahulu seperti seorang bapa melayan anaknya yang masih kecil. Apa sahaja kesalahan, segera dirotan jika nasihat dan larangan tidak diendahkan.
      
         Sejak munculnya Nabi Muhammad SAW, seluruh manusia berubah manjadi dewasa pemikirannya disebabkan kandungan Al-Quran yang telah membentuk peribadi manusia menjadi rasional dan matang. Terbina keintelektualan dan kewarasan saat bertindak apabila Al-Quran mengasuh manusia dengan sempurna, dengan aqidah yang jelasa dan syariat yang mencakupi seluruh bidang kehidupan.

         Umat sebelum turunnya Al-Quran iaitu umat para rasul yang terdahulu dianggap masih keanak-anak. Sebab itu para rasul sebelum Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada kaumnya seperti mengajak golongan kanak-kanak. Lazimnya kanak-kanak upah yang menarik. Justeru itu apabila rasul-rasul terdahulu meminta umatnya melakukan sesuatu, lalu dinyatakan terus kepada mereka janji-janji yang menarik yang bakal diterima oleh mereka sekiranya mereka melaksanankan apa yang diseluruh oleh ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT dalam Surah Hud, ayat 3:

 Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat.(QS. 11:3)

WaaLLAHU'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini