"Kita tidak jadikan diri kita dan tentukan untung nasib kita sendiri.
Kita mahukan anak lelaki, tiba-tiba dikurniakan anak perempuan.
kita mahukan yang cerdik, tahu-tahu, dapat yang bebal.
Kita mahukan yang baik, sedar-sedar anak kita dikurung di balai polis.
Kita kira-kiranya mahu kaya, tapi sampai ke hari ini, masih miskin.
Ini menunjukkan, kita ada Tuhan dan kita perlu Tuhan 24 jam. 24 jam kita diuji Tuhan."

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu); dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.(QS. 64:15)
Kewajaran
Daripada maksud ayat ini, kita diperingatkan dengan dua bentuk cubaan iaitu harta dan anak.
Jika diikutkan kamus dunia, kedua-dua unsur ini tidak pernah dikategorikan dalam fitrah dan ujian.
Soalnya, mengapa ALLAH menggolongkan kedua-dua elemen ini dalam katageri ini?
Secara logik akal, ia akan membahagiankan sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, ALLAH tetap ALLAH. Dengan segala sifat Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, Dia dengan terbuka mengingatkan kita supaya mengangap kedua-dua anugerah ini sebagai ujian.
Jika kita pandai mengendalikannya, kita tidak akan disia-siakan.
Di sana, ada menunggu jaminan pahala yang besar.
Beriman dengan ayat ini bermakna kita sedang bersedia untuk diuji 24 jam.
Di hadapan kita ada menunggu 1001 macam cubaan yang akan didatangkan kepada kita.
Mungkin akan dimunculkan di sekitar harta kita itu suatu berbentuk kurniaan berupa bakat, untung dan rezeki yang melimpah ruah.
Mungkin juga kita diuji dengan kerugian, kemusnahan, keuzuran dan musibah.
Atau mungkin di sekitar kehidupan anak-anak kita pula, sengaja dilahirkan suasana kecerdikan, kecantikan, kejayaan akademik, kecemerlangan kerjaya.
Atau mungkin pula di sengajakan denga musibah penyakit, kebodohan, kecacatan, kemiskinan atau perkahwinan sebentar yang akhir dengan perceraian.

Manusia beriman yang arif billah dan yang memahami bahasa isyarat Tuhan tentang falsafah hidup berteraskan maksud ayat di atas tidak akan mudah lupa.
Baik dalam nikmat atau melarat, dia akan tetap terasa kehadiran dan kehampirannya dengan ALLAH SWT.
Dia sentiasa akur akan hakikat adanya campuran tangan ALLAH dalam setiap sesuatu. Tidak luruh sehelai daun kering melainkan dengan seizin-Nya.
Hatinya penuh tepu dengan kesedaran bahawa dia tidak boleh lalai daripada memahami bahawa setiap sesuatu itu adalah semata-mata anugerah yang terselit ujian daripada-Nya.
Ia adalah makjun hidup bersalut kertas gula-gula yang tipis.

Setiap kali muncul kelekaan, dia akan cepat-cepat mengingati pesanan ayat lain senafas bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."(QS. 63:9)
Ya, kita boleh berkeras bahawa 'itu' adalah daripada kita dan 'ini' adalah hasil usaha kita. Nafsu kita sememangnya gemarkan itu. Enak dan leka membanggakan diri.
Bagaimanapun, percaya bahawa ego kita akan runtuh seluruhnya jika kita ubatinya dengan maksud ayat ALLAH yang satu lagi iaitu:

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup.(QS. 96:6-7)
Apa itu 'merasa dirinya serba cukup' kalau tidak takbur? Kita perlu sedar bahawa hidup ini berbatas.
Kalau tidak, memang akan asyiklah kita membesarkan kita lalu lupa akan Dia lalu mulai bangga dan hairankan kita lalu melihat orang lain semuanya tidak sepadan, bahkan tidak sampai sehujung kuku pun berbanding dengan kita.
Orang begini lazim-nya tidak akan ke mana-mana. Dia akan sesat dalam kebanggaan diri. Dia tidak tahu, sesudah ini, perlu ke mana lagikah dia.
Bahkan, dia terasa dia besar secara tiba-tiba dan boleh berada di mana-mana.
Wah! Dalam gah itulah biasanya dia tidak akan dapat menerima apabila ditakdirkan sesuatu yang di luar daripada hajatnya.
Fenomena terburuk ialah apabila dia akan binasa sepenuhnya.
Sakitnya tidak membawa faedah.
Dia 'lagha' selama-lamanya.

Jauhkan aku dan rakan-rakanku daripada penyakit 'lagha' Ya ALLAH!.