Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Tuesday, February 22, 2011

Bala Dan Sikap Orang Mukmin

  • "ALLAH ini suka menguji. orang miskin pun Dia datangkan bala. Orang kaya pun Dia datangkan bala. Negeri dan negara pun sama. Orang baik pun kena. Orang jahat pun kena."

Kewajaran

Sebelum kita membincangkan persoalan bala dan ujian dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama teliti terlebih dahulu pengertian ayat ALLAH SWT seperti di bawah:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.(QS. 21:35)

     Ertinya di sini, apa saja yang buruk atau baik adalah bala dan ujian yang datang ditentukan oleh ALLAH AWT.
Malang sekali, dalam kamus kehidupan orang Melayu, bala cuma dirujuk kepada kesusahan. sebut sahaja bala' ia hanya dikaitkan dengan malapetaka dan musibah. Mari kita lihat apa yang disebut di dalam buku-buku kamus Melayu. Bala bermakna:
kejadian buruk yang menimpa diri seseorang (seperti kemalangan dan sebagainya) atau sesuatu tempat (seperti gempa bumi, banjir besar, kemarau dan sebagainya), bencana dan melapetaka.
     Dari segi islam, bala ini bererti ujian, bukan kemusnahan. Ia satu tajuk besar. Dalam rezeki yang semakin bertambah dan pangkat yang semakin naik pun ada bala dan ujian. Dalam kaya, miskin, sakit, sembuh, berjaya atau gagal dalm peperiksaan-semuanya adalah ujian. Ia bertujuan untuk menguji keimanan dan kesabaran seseorang. Tahap ilmu dan istiqamah seseorang itu boleh diukur melalui pelbagai sikapnya ketika diuji oleh bala ALLAH SWT.

     Bagi orang kaya, bala kekayaan itu disusuli dengan membayar hutang atau mengerluarkan zakat ataupun tidak. Bagi orang miskin, bala kemiskinan itu akan menyebabkan dia mencuri atau merompak atau tidak?

     Untuk memperkayakan dimensi kefahaman kita mengenai bala, mari kita renung erti bala atau lebih tepat, ujian seperti yang dipandu oleh al-Quran dalam ayat-ayat yang lain:

  • Orang kaya diturunkan bala (diuji) dengan orang miskin. 
Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya) berkata:` Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka? ` (Allah berfirman):` Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)? `(QS. 6:53)

  • Bala (diuji) bagi orang yang ingi masuk Syurga. 
 Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: `Bilakah datangnya pertolongan Allah?` Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(QS. 2:214)

  • Kaya dan miskin sebagai bala yakni ujian.
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: `Tuhanku telah memuliakanku`.Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata: `Tuhanku menghinakanku`.Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,(QS. 89:15-17).

      Dari beberapa petikan ayat al-Quran seperti di atas, InsyaALLAH, kita akan menjadi semakin jelas hakikat bala yang sebenarnya. Ia lebih bersifat ujian.

      Bagi si kaya, bagaimana dia boleh menangani bala apabila rezeki perniagaannya semakin melimpah. Benar-benar sedarkah dia bahawa dia sedang diuji oleh ALLAH SWT. Bagi si miskin, bagaimana dia dapat sabar menangi bala apabila dia diuji dengan keadaan hidup semakin sempit. Atau bagaimana pula keadaannya apabila si kaya tadi ditimpa bala (yakni ujian sebenarnya) apabila dengan tiba-tiba jatuh bankrap?

    Begitu juga dengan kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda semua negara kini. Saham jatuh. Inflasi melambung. Nilai matawan merudum. Dengan tiba-tiba pula pengeluaran makanan berkurangan. Harga bahan api yang tidak menentu. Kepanasan global dan krisis moral yang cukup kritikal. Ini semua bala yang menguji keimanan dan kesabaran.

    Inilah yang saya selalu tekankan tentang kepentingan taqwa. Ia satu jenis brek yang dapat mewaraskan setiap manusia. baik dicuba dalam waktu aman atau krisis, orang beriman yang sentiasa dipupuk oleh kesedaran taqwa akan sentiasa yakin bahawa dalam keadaan miskin dia tidak akan menipu, mencari atau merompak. atau, dalam keadaan yang (katakan) dia menjadi kaya dia juga akan mengeluarkan zakat, membantu orang miskin, menubuhkan tabung-tabung dan yayasan-yayasan kebajikan segera. Orang yang memiliki taqwa tidak akan tergangu dengan bala yang ditakdirkan ke atas diri dan keluarganya.

     Bagi sesebuah negara pula, selain dari bersabar dan memahani punca dan fenomena bala, negara itu sendiri perlu menjalani proses muhasabah. Muhasabah boleh jadi wajar dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan ringkas seperti berikut:

  1. Tidak ada kena mengenakah negara ini dengan ALLAH SWT, selaku Tuhan yang menjadikan dan memiliki kerajaan langit dan bumi? Mustahil kita semua ini tidak ada kena-mengena dengan ALLAH SWT.
  2. Benarkah amalan negara ini yang memisah agama dari pemerintahan? Bila negara membuang agama dari pemerintahan, maka Islam yang telah dibuang itu mahu diganti dengan apa? Dengan isme cipta manusia? Dengan nafsu? Dengan agama lain?
  3. Tidakkah segala nikmat di atas langit yang diturungkan, disediakan di atas, di permukaan bumi dan di dalam perut bumi itu adalah dari anugerah ALLAH SWT?
  4. Tidakkah segala nikmat di atas mampu memberi akan juga turut mampu menghad, menyekat atau merampasnya?
  5. Apakah sekadar ikhtiar berupa meminjam duit KWSP untuk disuntik ke dalam pasaran saham dan hal-hal yang seumpamanya sahaja yang perlu dilakukan?

     Jika saya menyebut tentang taqwa sebagai 'brek' diperingkat individu, maka taqwa jugalah jawapannya untuk negara. Di atas nama taqwa, negara harus elakkan kerja-kerja membazirkan wang rakyat kerana membazirkan itu 'saudara kepada syaitan.' Hentikan salah guna wang rakyat. Lepaskan tahanan-tahanan yang dizalimi di bawah ISA. Hentikan serta merta amalan rasuah, tumbuk rusuk, dan pemberian tender yang tidak didasarkan kepada merit. Beri tempat yang sewajarnya kepada hukum dan peraturan ALLAH SWT. Perbanyakkan majlis-majis yang menyuburkan makruf, majlis-majlis ilmu, tazkirah dan tazkiyah. Jangan ditaja kerja-kerja mugkar.

     Yakinlah kepada kandungan ayat al-quran yang bermaksud: "sebanyak mana benda halal, semuanya akan mendatangkan guna kepada manusia. (Sebaliknya), tiap-tiap benda haram ia akan memudaratkan manusia."

     Inilah saja jalan penyelesaian yang boleh mengeluarkan individu atau negara daripada kegelapan kejahilan. Jika tidak, bala akan hanya menjadi kita semakin hanyut. tanpa mengambil iktibar dari panduan ayat-ayat ALLAH, kita dikhuatiri menjadi kebingungan. Lebih malang apabila kita tidak dapat memanfaatkan ujian dan bala daripada ALLAH itu secara orang yang berfikir. Ini mungkin:

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.(QS. 22:46)

     akhirnya orang yang malang ini akan terperangkap dalam penyakit 'penafian' (denial syndrome). setiap yang dilakukan oleh orang lain akan dipandang sebagai tidak betul.

        Nau'zubillah minta dijauhkan ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini