Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Tuesday, February 22, 2011

Kita Semua Daripada Keturunan Yang Satu

"Kita semua Melayu, Cina, India, orang Amerika, orang putih, orang Asli dan lain-lain adalah adik-beradik. Kita datang daripada keturunan yang satu, iaitu ayah kita bernama adam dan ibu kita bernam hawa. Soal soal berapa ribu pupu kita ini biarlah. Jika tuan-tuan kata datuk nenek kita bukan adam dan hawa, maka cuba beri tahu saya, Jika tidak jumpa jawapan, maka terima dulu, terima yang ini dahulu"

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.(QS. 4:1)

Kewajaran

      Berdasarkan ayat-ayat di atas, kita dapat ertikan bawaha ALLAH mengajak umat Islam supaya bersatu dan terus menghormati saudara-maranya walaupun daripada kaum bangsa yan berbeza keturunannya. Kita semua berasal daripada keturunan yang satu iaitu manusia cipta ALLAH yang pertama yang bernama Adam serta teman kesunyiannya di syurga iaitu, Hawa dan baka asal kejadian kita adalah daripada tanah. Bermula awalan manusia inilah ALLAH mengembangbiakkan zuriat manusia yang ramai di muka bumi ini.Jadi bertaburan manusia yang pelbagai lapisan kelompak adalah pada hakikatnya bermula daripada kewujudan seorang manusia. Betapa Maha Suci ALLAH yang menjadikan manusia di muka bumi ini tanpa putus-putus keturunan sejak diturunkan manusia pertama di dunia bersama pasangannya sehinggalah berakhirnya alam fana ini. manusia berkembang melalui masa yang panjang. Manusia bergerak bertebaran ke seluruh pelosok alam menjangkau faktor geografi, iklim, susana tempat sehimgga melahirkan pelbagai bangsa, rupa, warna kulit, budaya, bahasa dan agama. Semua itu membuktikan tanda-tanda kekuasaan ALLAH sebagaimana kalam-Nya:

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.(QS. 30:22)

       Di sinilah Islam menyedarkan kita betapa kita diikatkan dengan tali persaudaraan. ALLAH sendiri yang mengikat hati-hati manusia daripada keturunan yang satu walaupun mereka berada beribu-ribu batu jauhnya di antara satu sama lain. Menurut sebahagian daripada ayat satu surah an-Nisa' yang di paparkan tadi, dapatlah kita fahami bahawa Islam bersifat global (al-'almiyah). Diingatkan bahawa Islam bukan hanya tertumpu dalam kelompak Muslim sahaja tetapi Islam mempuyai hubungan yang lebih jauh daripada itu. Sebab itulah Islam bersifat Universal. Ia merangkumi hubungan umat Islam sesama Islam dan hubungan Islam dengan orang bukan Islam. Jika Islam tidak bersifat al-'alamiyah, maka sudah pasti dakwah Islam tidak akan kesampaian kepada umat Muhammad yang hidup pada hari ini serta tiada udaha dakwah kepada non-Muslim yang kita sasarkan. Ini dapat dibuktikan bahawa di per mulaan dakwah Islam baginda Nabi Muhammada SAW adalah mengajak orang bukan Islam kepada mengenal dan mengesakan ALLAH. Lantaran Islam adalah agama persaudaraan sejagat maka baginda berpegang teguh kepada konsep ini di man Islam telah diterjemahkan sebagai agama perpaduan, agama yang menjanjikan kedamaian dan persaudaraan. Di atas dasar inilah Islam mengatur hubungan mesra antara sesama manusia, hubungan baik di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

      ketahuilah bahawa ALLAH menjadikan manusia yang pelbagai agama, jantina, warna kulit, bangsa, rupa dan keturunan bukanlah suatu agenda yang sia-sia. Ia untuk mengajak manusia supaya saling mengenali serta berkasih sayang sesama manusia dalam konteks hubungan kemanusiaan. ini termaktub dengan jelas dalam kalam ALLAH yang cantik melalui firman-Nya dalam surah al-Hujurat ayat 13:

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal(QS. 49:13)

       Jelas Islam mengajar kepada umatnya bahawa manusia perlu kepada taaruf (kenal-mengenal) untuk menghubungkan hati-hati persaudara sesam manusia agar kita saling dihormati, mampu menghakiskan sikap curiga-mencurigai antara satu sama lain dan memupuk rasa sayang-menyayangi. Sikap keakuan (ananiyah) ataupun berpuak-puak (a'sabiyyah), wajib dijauhi kerana ia mencetus perbalahan dan perpecahan sesama saudara sepertimana berlaku dalam sejarah pada zaman Arab Jahiyyah yang mengagung-agungkan sistem kabilah sehingga mewujudkan kesan perpecahan yang amat buruk. kita dapati dalam situasi tersebut banyak berlaku penindasan, kezaliman, kucar-kacir serta perbalahan yang melampaui batas norma-norma kemanusiaan. Tetapi, kedatangan Islam telah memadamkan api perkauman dan permusuhan dan digantikan dengan jalinan persaudaraan yang menjamin keharmonian, keadilan, kesamarataan. Bahkan Islam menghormati agama-agama lain.

       Dlam Islam, kemuliaan sesuatu bangsa bukan berdasarkan keturunan ataupun warna kulit, tetapi dinilai sejauh mana ketaatan mereka kepada ALLAH dan sejauh mana keimanan dan ketaqwaan seseorang hamba. Inilah yang membezakan nilai seseorang sebagaimana ayat 13 tadi iaitu:

Maksudnya : sesungguhnya semulia-mulia di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa.

      Kekayaan, tahata, pangkat, kebijaksanaan dan kemampuan yang luar biasa dalam apa jua bidang tidak menjamin kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat bahkan tidak memberi apa-apa nilai di sisi ALLAH. ALLAH memandang seseorang hamba-Nya denga taqwa yang ada padanya; itulah yang akan menjadikan kita mulia atau hina di sisi-Nya. Dasar taqwa yang tertanam jauh dalam jiwa umat Islam inilah yang menjadi tunjang kepada kesatuan hati-hati persaudaraan sehingga mewujudkan hubungan yang erat antara satu sama lain. Daripada titik-tolak ini agama Islam menghormati agam anutan bangsa lain dan tidak ada unsur-unsur paksaan dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup kepada golongan non-Muslim. Umat Islam perlu menjaga hati, adat dan budaya yang diamalkan oleh agama lain bagi mewujudkan hubungan mesra antara satu sama lain. Ini penting dalam konteks metod dakwah agar matlamat dakwah tercapai.

       Dalam membicara mengenai persaudaraan dan perpaduan ini, wajarlah kita memandang situasi yang berlaku di sekeliling kita. Kita bukan hanya hidup dengan satu agama dan satu bangsa tetapi kita mempuyai hubungan dengan orang bukan Islam. Saya tinggalkan soalan untuk kita fikirkan bersama, apakah tanggapan kita terhadap golongan seumpama ini dan pap pula pandangan mereka terhadap diri kita yang mengaku sebagai orang Islam dan bangsa Melayu ini? adakah di fikiran kita mempuyai satu perasaan curiga bahawa golongan ini perlu kita jauhi sedangkan Islam itu agama persaudaraan. Ia bukan agama permusuhan. Kita perlu menunjukkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama. Cabarannya, bagaimanakah kita dapat memecahkan tembok perkauman yang tebal ini sehinggakan ia menjadi dasar pejuang kebanyakan parti-perti politik kebangsaan di negara ini. Setakat ini mereka bergerak dalam jalur-jalur kepuakan yang berasingan sehingga mencetuskan perlumbaan dan perbalahan yang tidak produktif. Ia tidak membawa kita kemana-mana.

        Di sinilah kita perlu menginsafi dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Hanya dasar inilah sahaja yang akan menjamin kemaslahatan umat Islam selurauh akan dapat doperbetulkan. Ia bermula daripada individu itu sendiri untuk memulakan langkah bagi mengatasi permasalahan umat di dunia ini. Hal ini tidak akan tercapai sekiranya pemimpin Islam memainkan peranan dalam mencari titk persamaan untuk menangani perkara tersebut. Seorang pemimpin Islam hendaklah menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak membeza-bezakan status agama lain bahkan berpeluang untuk duduk semeja bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kemajuan dan kebajikan bersama. Pemimpin harus bermula dari prinsip asas yang bermula dari persamaan keturunan yakni Adam. Ini dapat kita susuri menerusi perjalanan sirah nabawiyyah ketika Nabi Muhammad SAW sampai ke Madinah. Antara perkara yang dilakukan oleh baginda ketika berada di Madinah adalah menubuhkan Piagam Madinah iaitu perlembagaan negara yang menjadi panduan dalam membetuk sebuah negara Islam. Dalam Piadam Madinah ini, terhadap kaum bukan Islam bukan hanya setakat merangkumi hak-hak terhadap orang Islam sahaja.

        Jadi, pemimpin sekarang handaklah mencontohi akhlak dan dasgar-dasar yang dilaksanakan oleh baginda SAW dalam urusan pentadbiran sesebuah negara. Suatu usaha murni yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan dalam menjaga hubungan baik antara kaum minoriti yang terdapat di negari Kelantan boleh dijadikan contoh. Di sana ada kifalah, ladang rakyat, penghulu bukan Islam dan pelbagai program non diskriminasi yang lain. Beliau sentiasa mengadakan pertemuan dengan pembesar-pembesar kaum minoriti ini dalam sesuatu majlis untuk memberi penjelasan yang berkaitan dengan dasar dan pelaksaan kerajaan negeri. Hal ini jelasa menunjukkan ia adalah antara agenda dakwah kepada golongan mad'u ini degan menunjukkan tingkah laku baik serta tanggungjawab pemimpin terhadap masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Akhlak yang dipamerkan oleh seorang pemipin Islam seumpama ini boleh menyebabkan kaum lain tertarik dengan ajaran Islam. Melalui tingkah laku dan tindakan yang mengutamakan dasar Islam, ia satu-satunya wasilah dapat kita laksanakan supaya perpaduan antara kaum dipupuk dan disemai. Seperti contoh, subjek Melayu dalam sukatan pelajaran. Di suatu ketika pernah ia digunakan tetapi sekarang?

        Islam agama persaudaraan. Alangkah baik dan manisnya jika kita dapat berbanding bahu memikul agenda yang membawa kepada kemajuan, kebajikan serta kekuatan sesebuah negara tanpa mengira bangsa dan agama. Namun begitu, lebih indah lagilah kiranya kita dapat mengambil manfaat akan kelebihan Islam untuk mengungguli transformasi. Bak kata-kata Menteri Besar Kelantan yang berbunyi begini:

"orang Cina, saya sebut lebih cerdik daripada orang Melayu.
kesihatan orang Cina lebih baik daripada orang Melayu,
kekayaan orang Cina lebih tinggi daripada orang Melayu.
Orang yang begini kalau boleh bimbing Islam saya kata lebih baik."

"Biar orang Cina (islam) memimpin Islam di Malaysia ini,
biar orang Melayu ikut. Bagi sya tidak mengapa. Bagi saya,
orang Cina, orang Melayu adik-beradik semuanya, anak
(nabi) Adam semuanya. Tidak ada dalam kepala saya Cina,
Melayu. Saya jalan tengok Islam, Masyarakat Cina, Melayu.
 Cina yang mempunyai pengalaman lebih baik, kekayaan dia lebih
tinggi, pengalaman dia lebih luas, Cina Muslimlah yang memimpin Islam."

          Denagan menolak sentimen bangsa sejauh-jauh buat sementara waktu, mari kita renungi kata-kata ini secara terperinci. Reninginya dengan mendalam, menyluruh dan kunyah sewarasnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini