Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Tuesday, February 22, 2011

'AL-INSAN ABIDUL EHSAN.' Ini pepatah arab yang membawa erti manusia ini sering menjadi abdi kepada budi

Firman ALLAH SWT ; Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(QS. 31:29)

Kewajaran

Persoalan pokok daripada ayat ini ialah soal nikmat daripada ALLAH. Sama ada kita nampak atau tidak, ini adalah soal maqam seseorang. mungkin bagi hamba tuhan yang tidak berapa kenal ALLAH SWT, dia tidak atau kurang merasakan demikian. Dia hanya memuji keesaan dan kemampuan atau keupayaan manusia sahaja sama ada ibu bapa, ketua kerajaan, parti-parti atau apa sahaja selain daripada ALLAH. Sepaling terpesonal, dia hanya memuja atau menyebut-nyebut keajaiban 'nature'  atau 'an act of nature.'  Dia cuma mengerti setakat itu sahaja. Akan tetapi, bagi orang yang sungguh-sungguh mngenali tuhan, nikmat yang paling besar ialah nikmat mengenali ALLAH. Ini termasuklah segala anugerah ciptaannya. Siang, malam, matahari, bulan, bintang dan seluruh perjalanan alam dari dunia mula di cipta hinggalah ia akhirnya di hancurkan.

    Dalam huraian lanjut, menjelaskan lagi bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua pecahan nikmat ALLAH yang perlu betul-betul dicermati iaitu;

   Ni'matul ijaadah:  Iaitu nikmat mengada, mewujud atau mencipta kita. ALLAH SWT yang buat kita semua dan bukan ibu bapa kita. Kalau ibu bapa yang buat kita semutlaknya, maka mereka boleh atur inginkan anak lelaki jadi lelaki, inginkan anak kaya maka jadi kaya, mahukan anak comel maka jadi comel. Akan tetapi, tetapi dalam banyak ketika benda ini tidak berlaku. Mahukan anak lelaki, dapat anak perempuan, impikan anak comel dapat anak cacat, hendak anak kaya tiba-tiba jadi miskin. Kesedaran tentang jenis nikmat ini, yang ada kena-mengena dengan ALLAH SWT.

  Nikmatul imjahar:  Selepas ALLAH SWT mencipta manusia, ALLAH pantau terus manusia itu sampai ke padang mahsyar. Ini satu lagi bentuk nikmat.

     Dalam hal ini, Imam Al-Ghazali RA ada menceritakan satu analogi kisah orang kaya yang membeli anjing tetapi tidak menjaga dan memelihara anjing itu. Dia suruh budak suruhannya memelihara anjing itu. Dalam jangka panjang anjing itu akhirnya tidak kenal tuannya. Ia cuma kenal orang yang memeliharanya sahaja. Ini kerana ia cuma lihat budak ini yang memberinya makan dan mandikannya setiap hari. Jadi apabila ia tidak kenal tuannya dan apabila tuannya itu mendatanginya sekali-sekala, ia akan salak, kejar dan terkam tuannya. ini kerana ia tidak kenal 'tuan sebenar'nya. ia tidak sedar yang tuan yang dia sayang itu cumalah kuli yang menjaganya sahaja. Disini, anjing itu tersalah kenal, siapa yang sebenarnya yang menjadi punca kepada budi.

     Manusia pun begitu juga. Manusia yang tidak mengenali tuhannya, tidak akan mempedulikan tuhannya. Tidak peduli apa-apa mengenai perkaitan dengan tuhan kerana dia melihat perkaitan nasi dalam perkaitan selapis sahaja. Padi, beras, dia dan pokok padi. Ikan, nelayan, peraih di pasar, dia dan isterinya yang menyediakan resipi. Apa yang dia tahu, dia dapat duit daripada upah yang di berikan oleh tokeh, majikan ataupun kerajaan. semuanya makhluk, orang dan tidak tuhan yang maha memiliki. Itu sahajalah yang dia kenal dan kerana itulah orang itu di hormati. Dalam keadaan serba tersasul memahami 'Tuhan Mutlak Pemilik Budi' iaitu ALLAH itulah 'manusia dunia' akan terus memuja manusia. ALLAH SWT yang membuat susu getah, kelapa sawit, ikan, daging, ayam dia tidak kenal. Inilah kejahilan. Rata-ratanya, inilah yang membelenggu fikiran manusia islam dan non-islam di akhir zaman ini.

    Kalau ada pensyarah mukmin yang bersyarah mengenai sains pula, dalam pertukaran siang malam itu ada terkandung nikmat Tuhan. Manusia tidak boleh hidup di siang hari sahaja tanpa kehadiran malam.

Manusia juga tidak boleh hidup dengan siang malam sahaja tnpa anugerah hujan, cahaya, oksigen dan matahari.Soalnya, siapa yang mencipta dan menyediakan semua ini? Hanya ahli sains yang mukmin sahajalah yang mampu memahami, merungkai dan menyelami. Oleh sebab itulah,nikmat paling besar yang sebenar ialah nikmat memahami kewujudan dan signifikan kehadiran. Disinilah pentingnya kita benar-benar memahami yang manusia hanya alat. Kepada orang mukmin, dia nampak ALLAH. Hanya ALLAH. Kepada orang yang tidak mukmin atau kurang mukmin,dia hanya nampak benda yang di depan dan manusia yang membawa benda itu ke hadapannya. Kefahaman ini,adalah sesuatu yang disebut ehsan. Kita perlu sentiasa berdoa ehsan daripada-nya. Ia hanya boleh didatangkan oleh ALLAH semata-mata. Itupun ke atas orang-orang yang kasihi dan di pilih oleh-Nya

     Inilah punca yang menyebabkan setiap mukmin sebelum dia bangun pagi cuci muka,dia disuruh membaca 'alhamdulilahahilazi ahyana ba'dama amatana wa ilaihinnusyuur.'

    Di sini, ulama sering mentafsir bahawa sungguhpun kita disuruh mensyukuri nikmat dihidupkan, nikmat wujud dan walaupun hari ini aku hidup, tetapi 'aku tetap akan mati.' Yang lepas pada mati itu,'wailaibinnusyuur'  selepas kita hidup semula. Tiap-tiap pagi,islam mengajar dan mengingati kita mengenai hidup yang akan menujuk kepada mati dan hari kiamat. 'Wa ilaihinnusyuur' -itulah kiamat.

    Ingatlah selalu kepada pesanan tuhan ini. Pesanan ini adalah nikmat yang paling besar. kalau tuhan tidak khabarkan mengenai hari kiamat, syurga dan neraka melalui wahyu kepada manusia, nescaya tidak ada seorang pun manusia yang akan masuk syurga. Kesemuaannya masuk neraka. Macam mana manusia hendak kenal ini semua sebab tidak ada perkhabaran mengenainya. Jadi, melalui nabi, ALLAH SWT beri tahu.

    Jadi, bergerak selapis lagi dalam ilmu menghargai budi nabi itu pula adalah sesuatu nikmat yang paling maha besar. Bukan nasi, bukan beras, bukan duit, bukan oksigen, bukan subsidi dan bukan jalan raya. Nabi itu merupakan salah satu daripada puncak tertinggi nikmat. Dalam hal ini, ALLAH SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud

Sesungguhnya Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.(QS. 3:164)

     Orang yang tidak tahu menghargai nikmat diturunkan Nabi samalah seperti orang kampung yang tidak tahu menghargai oksigen. Seperti juga anak kecil yang (katakan) baru berusia 7 tahun. Dia cuma faham nilai gula-gula ataupun coklat. Dia tidak akan nampak nilai tanah sebidang. Jika ayahnya pujuk hendak memberi tanah sebidang sekalipun,dia tetap akan pilih sebungkus coklat. Ini kerana dia tidak tahu atau dia belum tahu. Itu sahajalah tingkat maqamnya. Yang dia tahu hanya gula-gula itu sahaja. Jadi orang yang hanya nampak kebaikan orang sahaja atau fadhilat benda semata-mata,maka dia masih berada di maqam orang awam. Walaupun dia sudah dewasa dari segi umur,kaya dan berpangkat sekalipun; dia tetap masih budak kecil dan masih kebudakan dalam perangi dan pemikiran. Di peringkat inilah letaknya, betapa tinggi rendahnya nilai, maqam atau martabat diri seseorang itu di sisi seorang ahli ilmu mukasyyafah yang bergelar mursyid.

    Inilah barangkali puncanya, orang Melayu dahulukala mengatur pantun budi berbunyi:

    Pisang emas bawa berlari;
    Masak sebijik di atas peti;
    Hutang emas boleh dibayar;
    Hutang budi dibawa mati.

   Falsafah pantun klasik melayu ini boleh difahami lapis-lapis maknanya melalui kejenihan rohani.

 >>kebaikan hanya datang daripada ALLAH SWT, kelemahan hanya datang pada diri saya sendiri<<
Wallahu'alam.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini