Fatwa Dar al-Ifta', Mesir
Hukum berhimpun di sisi keluarga si mati utk berzikir, berdoa dan jamuan.
Soalan: Apabila seorang manusia mati, keluarga si mati menjemput para ulama & org awam ke rumah selepas bbrpa hari kematiannya. Mereka berkumpul, berselawat dan berdoa utk si mati dan juga utk seluruh muslimin yg masih hidup @ telah mati. Dlm majlis tersebut, keluarga si mati menyediakan jamuan utk para hadirin yg telah menerima jemputan dan mengembirakan keluarga si mati.
Adakah terdapat apa2 larangan syara' terhadap majlis spt ini? Adakah harus memakan jamuan tersebut?
Jawapan (oleh YgMulia Prof Dr. Aliy Jum'ah Muhammad):
TIADA tegahan syara' pada yg sedemikian; dgn syarat tidak memperbaharui kesedihan dan perbelanjaan bukan dr harta al-qussar (ie anak yatim).
Jika majlis tersebut menyusahkan keluarga si mati @ memperbaharui kesedihan maka hukumnya MAKRUH.
Jika perbelanjaannya diambil drpd harta al-qussar (ie anak yatim) maka hukumnya haram. Walaupun sbhgn dr klngn ulama muta'akhkhirin Hanafiyyah berpendapat bahawa majlis spt itu MAKRUH
Tetapi al-'Allamah al-Tahawiy al-Hanafiy telah mentahqiq bahawa majlis tersebut adalah HARUS dan tiada apa2 padanya.
Telah dinaqalkan drpd para pentahqiq Mazhab Hanafi, maka berkata pengarang dlm kitab "Hashiyah 'ala Maraqiy al-Falah sharh al-Idah" (ms 339-340):
Katanya: "Dimakruhkan mengadakan majlis jamuan oleh keluarga si mati.....", berkatalah pengarang al-Bazzaziyyah: "Dimakruhkan menyediakan jamuan pd hari pertama, ke-2 dan slps seminggu, dimakruhkan juga memindahkan jamuan ke kubur secara bermusim, jemputan bacaan Al-Quran, menghimpunkan org salih dan para qari utk khatam al-Quran @ membaca surah al-An'am dan surah al-Ikhlas".
Berkatalah Burhan al-Halabiy: "Tidak sunyilah pandangan tersebut drpd kritikan, kerana tiadalah dalil yg menunjukkan hukum MAKRUH itu melainkan Hadis Jarir (RA) yg (telah dinyatakan) sebelum ini iaitu hadis yg telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Ibn Majah dgn sanad yg sahih drpd Jarir bin Abdullah: "Kami menganggap berkumpul kpd keluarga si mati dan penyediaan jamuan oleh mereka sbhgn drpd ratapan" iaitu perbuatan jahiliyyah.
Sesungguhnya hadis ini hanya menunjukkan makruhnya (perhimpunan & penyediaan jamuan) ketika matinya sahaja (jenazah masih ada).
Dalam masa yg sama hadis tersebut adalah bertentangan dgn hadis lain yg diriwayatkan juga oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dgn sanad yg sahih drpd 'Asim bin Kulayb drpd bapanya drpd seorang lelaki kaum Ansar (sahabat) katanya: "Kami telah keluar bersama Rasulullah SAW menghadiri (pengkebumian) jenazah. Ketika (dlm perjalanan) balik, Baginda SAW telah dijemput oleh wakil isteri si mati dan Baginda menerima jemputan lalu dihidangkan jamuan, lalu Baginda SAW menjamah jamuan tersebut dan kamipun sama2 menjamah dan memakan jamuan tersebut sedangkan Baginda SAW memasukkan makanan ke dalam mulut Baginda..... (hingga akhir hadis).
Hadis ini telah menunjukkan KEHARUSAN menyediakan jamuan oleh keluarga si mati dan menjemput org utk memakannya. Bahkan pengarang al-Bazzaziyyah menyatakan di bwh tajuk al-Istihsan: "Jika disediakan jamuan utk org miskin maka ia adalah amalan baik". Dan dlm Istihsan al-Khaniyah: "Jika wali si mati menyediakan jamuan utk org miskin, ia adalah amalan baik, melainkan jika terdapat ahli waris yg masih kecil, maka jgnlah diambil (perbelanjaannya) dr harta peninggalan si mati". Dan kamu telah mengetahui pendapat yg telah dinyatakan oleh pengarang kitab 'al-Shir'ah' yg telah mengisyaratkan kpd pendapat yg dinukilkan sebelumnya (ms 339) dr pengarang kitab Shir'at al-Islam wa al-Sunnah dr katanya:
"Dan yg SUNNAH nya ialah wali si mati bersedeqah dgn sesuatu atas kemampuan sebelum berlalunya mlm yg pertama, jika dia tidak mampu, maka dia boleh mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat, kemudian mensedeqahkan pahalanya kpd si mati" sehingga katanya: "Disunatkan wali si mati bersedeqah selepas jenazah dikuburkan sehingga 7 hari atas kemampuan".
(Sambungan kata Prof Dr. Ali Jum'ah) Oleh yg demikian maka TIADA lah tegahan utk mengadakan majlis spt itu dan tiada dosa utk memakan jamuan yg disediakan. Dan Allah SWT terlebih mengetahui.
(Fatwa ini telah dikeluarkan pd 10 April 2008)