Soalan : Apakah pandangan Syaikh al-Islam, Sulthon al-Ulama, Imam al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah?
Jawapan : Beliau mengatakan :
البدعة فعل ما لم يعهد في عصر رسول الله وهي منقسمة الى بدعة واجبة وبدعة محرمة وبدعة مندوبة وبدعة مكروهة وبدعة مباحة
Bid'ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w., dan ia terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah mandub(sunat), bid'ah makruh dan bid'ah harus.
(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashahih al-Anam, ibn Abd as-Salam, Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyyah, cetakan pertama, 1420H/1999M, 2/133-134.)
(Lihat juga Al-Fatawa al-Maushiliyyah, Ibn Abd as-Salam, ms.129.)
Kemudian beliau menyambung :
فان دخلت في قواعد الايجاب فهي واجبة، وان دخلت في قواعد التحريم فهي محرمة، وان دخلت في قواعد المندوب فهي مندوبة، وان دخلت في قواعد المكروه فهي مكروهة، وان دخلت في قواعد المباح فهي مباحة
Dan jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus.
(Lihat Al-Qawa'id al-Kubra, Ibn Abd as-Salam, 2/337-339, Al-Azkar, An-Nawawi,ms.237, Al-I'tisham, Asy-Syatibi, 1/188).(Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani, 13/253-254, mukaddimah As-Sayuthi dalam Husn al-al-Maqsid dalam Al-Hawi li al-Fatawa, Fatawa Hadithiyyah, Al-Haitami, ms.150, Radd al-Mukhtar, Ibn Abidin, 1/376 dan lain-lain)
Pembahagian ini merujuk kepada bid'ah itu sendiri sebagai perkara baru, bukanlah sebagai hukum. Dalam erti kata lain, bid'ah bukanlah hukum. Ini adalah kerana hukum Taklifi itu cuma ada 5 sahaja (iaitu Wajib, Haram, Sunat, Makruh, dan Harus). Sebab itulah setiap perkara baru, hendaklah ditimbang di atas neraca hukum yang 5 ini.
Imam Izz ad-Din Abd as-Salam seterusnya memberikan contoh bid'ah itu mengikut bahagiannya iaitu :
1- Wajib : Mengkaji Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami Al-Quran dan Hadith.
2-Haram : Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
3-Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
4-Makruh : Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
5-Harus : Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.
(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/134)
Ulama menyokong pembahagian Imam Al-Izz Ibn Adb As-Salam
Soalan : Siapakah di kalangan para Ulama yang bersetuju dengan pembahagian Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap Bid'ah ini?
Jawapan :
Ulama menyokong pembahagian Imam Al-Izz Ibn Adb As-Salam
Soalan : Siapakah di kalangan para Ulama yang bersetuju dengan pembahagian Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap Bid'ah ini?
Jawapan :
1- Ulama mazhab Hanafi : Al-Kirmani , Ibn Abidin, At-Turkimani, Al-Aini dan At-Tahanawi.
2- Ulama mazhab Maliki : At-Turtusyi, Ibn Al-Hajj, Al-Qarafi dan Az-Zurqani.
3- Sepakat(ijma') di kalangan semua ulama mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata :
و قسم بعض العلماء البدعة إلى الأحكام الخمسة وهو واضح
Dan sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada hukum yang lima(wajib, sunat, haram, makruh dan harus) dan ia adalah jelas(begitu).
Imam Sayuti berkata :
أصل البدعة ما أحدث على غير مثال سابق وتطلق في الشرع على ما يقابل السنة أى ما لم يكن في عهد صلى الله عليه وسلم, ثم تنقسم إلى الأحكام الخمسة
Asal bid'ah itu ialah apa yang diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya. Dan diitlaqkan dalam Syara' iaitu apa-apa yang berlawanan dengan sunnah iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi. Kemudian ia(Bid'ah itu) terbahagi kepada hukum yang lima.
Akan bersambung episode seterusnya