Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Saturday, February 14, 2015

Perakuan Al-Quran tentang Bid'ah Hasanah

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?

Jawapan : Ya. Imam Ath-Thobrani meriwayatkan di dalam kitab Al-Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al-Bahili katanya :

Sesungguhnya Allah swt memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfardhukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawih berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan. Oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakan. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu bid'ah. Lantaran itu Allah swt mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah swt :

Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya. Kami tidak mewajibkan atas mereka. (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah swt dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya
(Surah Al-Hadid: 27)
(Dalam sanad athar ini terdapat Zakaria bin Abu Maryam. Ibn Hibban menyenaraikan termasuk dalam perawi yang thiqah)

Imam Ad-Darquthni mengatakan :

Periwayatannya boleh diambil kira. Kefahaman yang dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat Al-Quran terbabit shahih. Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (dari Bani Israel) kerana mereka mengadakan-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Tetapi Al-Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnya cara kependetaan yang mereka ada-adakan. Ini menunjukan bid'ah yang baik disyariatkan (diperakui oleh syara').
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini