Jawapan : Di dalam Munjid :
ما احدث على غير مثال سابق
Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.
(Munjid, ms. 27.)
Di dalam Mukhtar ash-Shihhah :
اختراعه لا على مثال
Mengadakan sesuatu tidak menurut contoh.
(Mukhtar ash-Shihah, Ar-Razi, ms.379.)
Di dalam Al-Mu'tamad :
اختراعه وانشاءه لا على مثال.
Mengadakan dan menciptakan sesuatu tidak menurut contoh.
(Al-Mu'tamad, ms. 28.)
Di dalam kamus Al-Muhith dinyatakan :
الامر الذي يكون اولا
Sesuatu perkara yang menjadi pertama.
(Al-Muhith, Asy-Syairazi, 3/3)
Semua takrif ini membawa kepada makna bid'ah dari segi bahasa iaitu :
Sesuatu perkara baru yang diciptakan/diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya.
(Lihat juga takrif bid'ah dari segi bahasa di dalam Mu'jam al-Maqayis fi al-Lughah, Abu Al-Hussain Ahmad bin Faris, Beirut: Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 1415H/1994M, ms. 119 dan Al-'Ain, Abu Abd ar-Rahman al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, Iran: Mu'assasah Dar Al-Hijrah, Cetakan Kedua, 1409H, 2/54)
Soalan : Apakah makna bid'ah dari segi Syara'?
Jawapan : Perkara ini perlu dirujuk kepada pendapat para ulama Alim Quraisy, Al-Imam al-Jalil, Imam Syafie mengatakan :
البدعة بدعتان : محمودة ومذمومة، فما وافق السنة فهو محمود، وما خالفها فهو مذموم
Bid'ah itu dua jenis : Bid'ah yang dipuji dan bid'ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.
(Diriwaratkan juga oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al-Bari,17/10).
Dalam riwayat lain, Imam Syafie mengatakan :
المحدثات (من الامور) ضربان، ما احدث يخالف كتابا او سنة او اثر او اجماعا، فهذه بدعة الضلال، وما احدث من الخير لا يخالف شيءا من ذلك، فهي محدثة غير مذمومة
Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (Pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan Al-Quran atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijma', maka itulah Bid'ah Dhalalah (Sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan keji.
(Riwayat Al-Baihaqi dengan sanad yang Shahih di dalam kitabnya Manaqib Syafie, Lihat Fath al-bari,17/10)
Melalui riwayat-riwayat ini, Imam Syafie membahagikan bid'ah kepada :
1. Bid'ah Mahmudah (dipuji)/ Ghair Mazmumah (tidak dikeji)/ Hasanah (baik).
2. Bid'ah Mazmumah (dikeji)/ Dhalalah (Sesat).
Akan bersambung episode seterusnya....