Soalan : Siapakah ulama lain yang membahagikan bid'ah kepada bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie?
Jawapan : Mereka adalah ramai di antaranya :
1-Imam Ibn Hajar al-Haitami.(At-Tabyin fi syarh al-Arba'in,ms.32)
2-Qadhi Abu Bakar Ibn Al-Arabi.(Aridah al-Ahwazi,10/147)
3-Imam Al-Baihaqi.(Manaqib asy-Syafie.1/469)
4-Imam Al-Ghazzali.(Ihya Ulum Ad-Din,1/276)
5-Ibn Hazm Azh-Zhahiri[456H].(Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam,1/47)
6-Ibn Al-Athir al-Jazari.(An-Nihayah,1/79)
7-Imam Abu Nu'aim.
8-Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam.(Lihat Thobaqat asy-Syafi'iyyah,5/80-107 dan Syazarat az-Zahab,5/330)
9-Imam Nawawi
10-Ibn Al-Amir ash-Shan'ani(Lihat Thathir al-I'tiqad an Adran asy-Syirk wa al-Ilhad)
11-Ibn Hajar al-asqalani.(pensyarah kitab Shahih Bukhari)
12-Al-Ubbi.(Pensyarah kitab Shahih Muslim)
13-Imam Sayuti.
14-Ibn Rajab Al-Hanbali.
15-Ibn Taimiyyah.
16-Ibn Al-Jauzi.
17-Asy-Syaukani.
Dan ulama lain yang ramai lagi termasuk : Syaikh Ali al-Qari dalam Syarh al-Misykat, Ibn al-Muluk dalam Mabariq al-Azhar Syarh Masyariq al-Anwar, Imam Al-Qasthillani dalam Irsyad as-Sari Syarh Shahih al-Bukhari, Az-Zarqani dalam Syarh al-Muwaththo', Al-Hafiz Abu Syamah dalam Al-Baith ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadith, Al-Halabi dalam Insan Al-Uyun fi Sirah an-Nabiy al-Makmun dan Al-Baji dalam Al-Muntaqa Syarh al-Muwaththo'.
Kesepakatan Ulama
Para ulama telah bersepakat tentang pembahagian bid'ah kepada yang terpuji dan tercela. Sayyiduna Umar adalah orang pertama yang mengatakan demikian.
Para ulama juga sepakat mengatakan Hadith :
كل بدعة ضلالة
Setiap bid'ah itu sesat.
Perlu dikhususkan.
Hanya Imam Asy-Syatibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid'ah seperti ini dan mendakwa bid'ah semuanya cela.
Walau bagaimanapun, Imam Asy-Syathibi mengakui ada di antara bid'ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya bid'ah tetapi memasukkannya dalam kategori 'Maslahah al-Mursalah' (Kepentingan Umum).
Justeru, perbezaan pendapat beliau hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau, bid'ah yang dituntut tidak boleh dinamakan bid'ah, tetapi dinamakan 'Maslahah').
(Lihat Al-I'tisham, Imam Asy-Syathibi, 1/35-40, 2/311-320)
Akan bersambung episode seterusnya.