Soalan : adakah ada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah?
Jawapan : Ada, berdasarkan pembahagian oleh Imam Syafie di atas dan disokong oleh para A'immah yang lain.
Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam At-Tirmizi dan ibn Majah.
من حديث كثير بن عبد الله المزني-وفيه ضعف-عن ابيه عن جده عن النبي (ص) قال : من ابتدع ضلال لا يرضاها الله ولا رسوله كان عليه مثل اثام من عمل بها لا ينقص ذلك من اوزارهم شيءا.
Daripada hadith Kathir bin Abdullah al-Muzani- di dalamnya ada dha'if-dari ayahnya dari datuknya dari Nabi bersabda Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid'ah Dhalalah (sesat) yang tidak redhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi
sedikitpun daripada dosa mereka itu.
Imam Nawawi berkata :
البدعة في الشرع هي احداث ما لم يكن في عهد رسول الله وهي منقسة الى حسنة وقبيحة.
Bid'ah dari segi Syara' ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah saw. Dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah
(buruk).
(Tahzib al-Asma' wa al-Lughat, Abu Zakariya Yahya bin Syarf an-Nawawi, Taheran: Manthurat Maktabah al-Islami, t.t, 1/23.)
Imam Abd al-Dahlawi berkata :
اعلم ان كل ما ظهر بعد رسول الله بدعة، وكل ما وافق اصول السنة وقواعدها او قيس عليها، فهو بدعة حسنة، وكل ما خالفها فهو بدعة وضلالة.
Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah s.a.w. adalah bid'ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan ushul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitulah Bid'ah Hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan ushlul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid'ah Sayyi'ah (keji) dan Dhalalah (sesat).
(Al-Asas fi as-Sunnah wa Fiqhuha, Sa'id Hawa, Arab Saudi: Dar Al-Islam, Cetakan kedua, 1412H/1992M, ms. 360.
Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq, Zain al-Abidin bin Sumaith berkata di dalam kitabnya Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi Aqidah al-Firqah an-Najiah :
فكل احسان لم يعهد في العهد النبوي فهو بدعة حسنة، يثاب عليها، بدليل قوله (ص) : (من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء)
Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi S.a.w.. maka ia adalah Bid'ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukannya, dengan dalil perkataan Nabi s.a.w : Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikit dari pahala orang
yang mengerjakan itu.
Akan bersambung episode seterusnya
Soalan : Apakah hujah Imam Syafie dalam pembahagian bid'ah tersebut?