Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Monday, February 9, 2015

Tungu Raja Salman Tumbangnya Rejim As-Sisi di Mesir



DR. Mahmoud Khaffagi menegaskan, "Kamu semua melihat sendiri banyak kebaikan dari Ikhwan Muslimin. Hanya perlu sabar sedikit saja!" Ya. Seminggu selepas meninggalnya Raja Abdullah, harapan kembali viral di seluruh Timur Tengah. Peranan Raja Abdullah dalam rampasan kuasa di Mesir yang menyebabkan 10,000 orang lebih meninggal dunia, 100,000 orang dihalau dari Mesir, 20,000 orang tercedera, 45,000 orang dipenjara, merupakan dosa teramat berat yang dipikul Raja Abdullah.

Kini di era Raja Salman bin Abdul Aziz, babak baru Saudi Arabia bermula. Empat hari selepas rasmi berkuasa, Raja Salman terus mengguna pernjanjian industri dengan Turki yang dibekukan sejak rampasan kuasa di Mesir. Bahkan Raja Salman melakukan hubungan, atas kedatangan kapal pejuang baru yang dihasilkan Turki. Maka Saudi-Turki kembali berbaik.

Hal yang sama dilakukan Kuwait. Duta Kuwait di Kaherah menegaskan, Kuwait tidak akan lagi memberi tambahan bantuan untuk pemerintahan As-Sisi. Perlu diketahui, bantuan Kuwait untuk rampasan kuasa di Mesir berada di urutan ketiga setelah Saudi Arabia, UAE.

Rakyat Mesir kini cemas. Kawalan kuasa di Mesir sebenarnya berada di tangan Panglima AB dan Menteri Pertahanan, Jeneral Shidqi Shubhi. Maka seorang Ahmad Mansour, wartawan senior Almujtama 'berharap, Shidqi Shubhi terketuk hati untuk menebus segala dosa dan kesalahan di masa lalu dengan melakukan rampasan kuasa senyap terhadap As-Sisi. Lalu dilakukan perdamaian, pembebasan tahanan politik, pengembalian hak-hak WN Mesir yang dirampas, dan tidak membiarkan Mesir seperti Syria atau Iraq.

Sikap negara-negara Teluk penyokong rampasan kuasa, tidak terlepas dari merosotnya harga minyak dunia. Dimana Dewan Kerjasama Teluk mengalami kerugian hampir 215 Juta Dollar dalam enam bulan terakhir. Selain sikap rakyat di negara-negara Teluk yang seperti "burung kakak tua" atas raja-raja dan emir-emir mereka yang lebih memperhatikan Mesir dengan kudetanya, daripada mensejahterakan rakyatnya. Hal ini pula yang mendorong Raja Salman, menyuntik bonus 2 bulan gaji dengan jumlah 30 bilion Riyal untuk rakyat Saudi Arabia.

Jadi, kunci berakhir tidaknya rampasan kuasa di Mesir bergantung daya tekanan Saudi Arabia terhadap AS. Tekanan akan semakin kuat apabila Turki dan Qatar ikut menekan AS. Tentunya dengan tawar menawar, salah satunya Turki mengendurkan sokongan kepada Ikhwan Muslimin. Mari terus kita cermati!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini