
sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat..
Kunjungan Tetamu
21394
OK TAK BLOG NI?
Pilih Tajuk Melarik
Followers
Friday, January 9, 2015
Senario Hentikan Islamisasi Eropah
39 tahun lagi, Perancis akan menjadi negera Muslim. Tahun 2027, 1 dari 5 orang Perancis adalah Muslim. Ada 1000 masjid di Perancis, majoritinya bekas Gereja. Perancis diramal akan menjadi pembuka penaklukan Eropah, tanpa perang, tanpa aksi keganasan, tanpa radikalisme. Bahkan lebih menakjubkan, tahun 2025, 1 daripada 3 warga Eropah ni adalah Muslim. Semua tak lepas dari keberkatan penghijrahan Muslim ke benua Eropah dan angka kelahiran yang tak mampu dibendung.
Oleh kerana itu, senario menggagalkan gerakan Islamisasi di Eropah direka. Mulai dari penghinaan kepada baginda Nabi saw., Sehingga pada pengharaman tudung dan purdah di beberapa negara Eropah. Namun demokrasi dan hak asasi manusia yang diagungkan Eropah, berbalik pada kebebasan warga Muslim Eropah untuk mengekspresikan hak ibadahnya.
Pilihan pun kembali pada "gerakan radikal" dan aksi keganasan. Inilah yang berlaku 3 hari lalu di bandar Paris, jantung ibu negara Perancis. Antara mengutip wawancara dengan Rocco Contento, jurucakap polis tempatan. Rocco juga menjelaskan bahawa penyerang berjumlah empat orang. Mereka memasuki pejabat "Charlie Hebdo" pada pukul 11.30 tengah hari waktu Paris, membawa pistol dan Kalashnikov.
Rekod majalah mingguan "Charlie Hebdo", sebagaimana dikutip dari The Guardian, laman utama dengan gambar karikatur Nabi Muhammad tertulis sebagai editor majalah "Charia Hebdo" dan berkata "hukum sebat 100 kali bila anda tidak mati tertawa".
Edisi istimewa yang dikeluarkan pada November 2011 ini memantik aksi bom api di pejabat majalah "Charlie Hebdo".
Bom dengan petrol itu merosakkan pejabat di Paris, laman rasmi majalah itu juga diretas, dan pekerja majalah diancam akan dibunuh.
Namun enam hari kemudian, seolah jauh dari kata majalah ini mengeluarkan gambar karikatur seorang kartunis "Charlie Hebdo" yang sangat bernafsu mencium seorang lelaki berjanggut di depan bangunan yang rosak akibat aksi bom.
Tajuk yang dipilih kali itu adalah "L'Amour plus fort que la haine" (Cinta lebih kuat daripada kebencian). Kurang dari setahun selepas insiden itu, "Charlie Hebdo" mempublikasi beberapa karikatur menghina Nabi Muhammad.
Akibat edisi "Charlie Hebdo" itu, Kerajaan Perancis sempat meminta agar redaksi tidak meneruskan penerbitan tersebut. Tapi permintaan itu ditolak, dan Perancis terpaksa menutup pejabat kedutaan serta sekolah-sekolah di 20 negara akibat bimbang dengan keselamatan warganya di luar negera.
Aksi keganasan itu pun bermula. Presiden Perancis, Francois Hollande, mengecam aksi penyerangan di majalah mingguan "Charlie Hebdo", Rabu lalu, dan menyebutnya sebagai serangan pengganas. Presiden Hollande kepada akhbar di Paris menyebutkan bahawa 11 orang terbunuh dan empat dalam keadaan kritikal, manakala 40 orang berjaya diselamatkan dari pejabat "Charlie Hebdo".
Saya meramalkan, senario 9/11 di WTC New York akan berulang. Sasarannya jelas, menghentikan kelajuan Islamisasi Eropah. Terlebih, 2 minggu lalu sudah berlaku pembakaran masjid di Eropah. Padahal sebelumnya, bekas-bekas gereja yang sepi pengunjung, dilelong dan dibeli komuniti muslim tempatan.