Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Sunday, August 25, 2013

Terbongka Rahsia Naib Mursydul Am Ikhwanul Muslimin Apabila Beliau Tertangkap





Engineer Muhammad Khairat Asy Syathir atau lebih di kenal dengan Eng. Khairat Asy Syathir, seorang pengusaha Mesir dan juga Naib Mursydul Am Ikhwanul Muslimin Mesir awal bulan lalu ditangkap oleh tentera dalam rangkaian operasi rampasan kuasa penjatuhan presiden terpilih DR Muhammad Mursi.

Saat penangkapannya, ditemukan sebuah hardisk yang setelah dibuka ternyata isinya adalah data 750 ribu keluarga miskin yang dibantunya selama ini.

Dalam sebuah video di Youtube Klik disini, dijelaskan kalau setiap keluarga terdiri daripada 4 orang maka jumlah semuanya menjadi 3 juta jiwa.

Bentuk bantuan berupa sembako dalam pakej kadbod bernilai 37 Junaih Mesir. Jadi, jika ditotal, maka tiap bulan Khairat Asy Syathir memberi sekitar 30 juta Junaih Mesir untuk membantu rakyat jelata.

Ustadz Anshari Taslim, Lc, pemerhati gerakan Islam sekaligus penterjemah kitab-kitab turats (klasik), menyebutkan bahawa perbuatan Khairat Asy Syathir ini mirip dengan Ali Zainal Abidin, salah satu Ahlul Bait keturunan Rasulullah.

"Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib atau yang lebih dikenali dengan nama Zainul Abidin. Syiah menganggapnya sebagai salah satu imamnya, padahal dia adalah Ahlus Sunnah. Zainul Abidin ini semasa hidup dikenali sebagai orang pelit (yang) tak pernah terlihat menyumbang. Tapi begitu dia meninggal dunia barulah mereka tahu bahawa selama ini tiap malam dia memberikan makan kepada seratus keluarga miskin di Madinah. Bahkan, di belakangnya masih terlihat bekas keranjang yang selalu dia bawa di malam hari untuk membawa makanan itu. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini