
sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat..
Kunjungan Tetamu
21394
OK TAK BLOG NI?
Pilih Tajuk Melarik
Followers
Wednesday, August 21, 2013
Syeikh Ali Jum’ah dari al-Azhar Bantah Sebut Ikhwan Adalah Khawarij dan Murtad
Beredarnya pernyataan bekas Mufti Syeikh Ali Jum'ah bahawa Ikhwanul Muslimin adalah khawarij dan sudah murtad, langsung dibantah sendiri oleh yang bersangkutan.
Kepada muridnya, Syeikh Habib Ali Al-Jifri mengatakan bahawa berita ini adalah "dusta".
Bantahan ini terdapat dalam video di youtube. Selain itu, ia juga langsung membantah hal itu langsung dalam akaun Twitter-nya. Sebelumnya Youm7 memberitakan bahawa Syeikh Habib Ali melawat markas tentera dan memfatwakan untuk membunuh IKhwanul Muslimin.
Sebaliknya, Point-point dalam video yang beredar tentang kenyataan Syeikh Habib Ali al-Jifri adalah:
1) Bahawa rujukan dalam masalah keislaman di Mesir adalah Al-Azhar Asy-Syarif, bukan Jama'ah Ikhwanul Muslimin, bukan pula Jama'ah Jihad yang melakukan kerosakan di muka bumi yang pernah disifati oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan Khawarij.
2) Perkataan Syeikh Habib itu bukanlah menghukum Ikhwanul Muslimin yang Khawarij, tapi yang beliau maksud dengan khawarij adalah jama'ah yang mengaku jihad namun malah berbuat kerosakan di muka bumi.
3) Kalau Jama'ah Jihad seperti itu, bukan hanya Syekh Ali Jum'ah yang mengatakan mereka Khawarij. Banyak juga ulama lain yang mengatakannya khawarij. Kalimat Syeikh Habib sama sekali tidak menghukum semuanya, tapi hanya yang melakukan kerosakan di muka bumi