Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Saturday, August 17, 2013

Jihad Melalui Demontrasi




Abdullah bin ubai (bapa munafik) selalu menghasut para sahabat-sahabat Rasulullah SAW supaya meninggalkan medan peperangan dan mengesyorkan kehidupan duniawi harta benda dan juga memberikan lesen kepada pembesar mekah pada masa itu untuk menzalimi rakyatnya.

kait isu semasa di mesir

Orang2 sekarang yang bersifat seperti abdullah bin ubai selalu juga menghasut rakyat mesir supaya meninggalkan medan Raba'ah adawiyah dan memberikan lesen juga kepada ketua tentera abdul fattah as-sisi mencerobohi hak rakyat.

Jika kita cermati, persamaan kedua2nya berkaitan "NYAWA" manusia.

Ada manusia yang berada di mesir mengatakan : orang luar dari mesir tidak tahu apa masalah dalaman mesir, mereka (rujuk kepada puak as-sisi) boleh buat apa sahaja demi kepentingan mereka. sangup membunuh rakyat pro-mursi yang demontrasi di medan Raba'ah.

Jika begitu Abdullah bin ubai pun boleh juga mengatakan : Mereka (rujuk kepada puak2 pembesar mekah hendak menyerang kaum muslimin) boleh buat apa sahaja demi kepentingan mereka, sangup membunuh rakyatnya yang mengikut ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Jika ALLAH tidak syariat PEPERANGAN, kemungkinan agama Islam tidak terbela seperti mana zaman Nabi Isa AS.



Sebahagian orang menyerukan agar perang dihentikan dan ditiadakan selama-lamanya. Padahal, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa perang di jalan Allah (jihad) ini akan terus berlangsung hingga akhir dunia. Rasulullah saw. bersabda: -

Jihad itu berlangsung sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi Dajjal (HR Abu Dawud).

Ayat pertama yang diturunkan yang membolehkan kaum Mukmin berperang adalah Surat Al-Hajj ayat 39 yang turun dalam perjalanan hijrah Rasul dari Mekah ke Madinah. Allah S.W.T. berfirman:

Telah diizinkan berperang bagi mereka yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka (QS aI-Hajj [22]: 39).

Makna izin dalam ayat ini adalah ibâhah (boleh), lebih jauh, para fuqaha menjelaskan, jika kaum Muslim atau wilayah mereka diserang, mereka wajib berperang mempertahankan wilayah kaum Muslim dan mengusir musuh. Bahkan, Allah S.W.T. memerintahkan agar kita membalas setimpal dengan serangan mereka.

Berkaitan dengan isu semasa di mesir, Dustur (Pelembagaan) mesir telah di cerobohi oleh ketua tentera mesir. dari sini lah umat islam wajib demontrasi seperti mana wajib berperang zaman Rasulullah.

Timbul persoalan kenapa perlu Jihad melalui demontrasi? tidak angkat senjata? kita perlu tahu jalan cerita nya bahawa puak Tamarod mengguna alat demontrasi. begitu juga Ikhwanul Muslimin pun guna alat demontrasi juga, kerana telah berfirman ALLAH :

"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-Baqarah : 194)



Demontrasi adalah medan tempur yang di panggil jihad juga, ini kerana jihad bermakna menghabiskan segala usaha dan tenaga untuk meletakkan kalimah Allah yang paling tinggi.

Justeru itu, zaman Rasulullah s.a.w mengistiharkan jihad perang kerana pada zaman tersebut pihak musuh menyerang Islam dengan peperangan. Kalaulah pihak musuh tidak melawan dengan senjata, seperti berhujjah, logik atau sebagainya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak akan menyuruh umat Islam pada zaman tersebut mengangkat senjata.

Rasulullah s.a.w berperang angkat senjata pada zaman itu kerana pada zaman itu perang angkat senjata adalah satu-satunya cara yang paling relevan untuk melawan musuh.

Melihat kepada keadaan di Mesir sekarang, jihad perang tidak relevan tetapi jihad demontrasi yang relevan, maka hendaklah kita berjihad di Medan Raba'ah menggunakan demontrasi seperti mana puak Tamarod menjatuhkan pemerintah Dr.Mursi.

Muhammad Nazir Bin Mohd Noor
7:14 PM
17/8/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini