Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Wednesday, August 28, 2013

Kamal At Tartuk Mesir "Jeneral Fatah Sisi," Saya Akan Menghapuskan Syariat Islam Dalam Rancangan Perlembagaan Mesir



Pindaan perlembagaan yang telah diperbaharui oleh jawatankuasa kecil terdiri daripada 10 orang yang di tunjuk langsung oleh Presiden sementara Adli Mansour telah selesai dibincangkan, perubahan tersebut meliputi 130 pasal dari 236 pasal yang ada.

Hasil pindaan perlembagaan baru tersebut, selanjutnya akan dibincangkan oleh ahli-ahli Majlis Syura sementara yang terdiri dari 50 orang, dalam masa beberapa hari kedepan.

Perubahan mendasar meliputi penghapusan Dewan Majlis Syura keputusan pilihan raya zaman Presiden Mursi, dan penghapusan peruntukan pekerja dan petani dalam setiap pilihan raya, yang sebelumnya ditetapkan sejak revolusi Julai 1952.

Pindaan perlembagaan juga merangkumi pembubaran kumpulan Ikhwanul Muslimin dan beberapa Parti Nasionalis, serta melarang pendirian parti politik berdasarkan asas agama.

Pasal-pasal mengenai Syariat Islam yang dijadikan rujukan dalam pembentukan undang-undang di Mesir juga turut dihapuskan oleh  jawatankuasa 10.

Selain itu, di antara perubahan yang paling menonjol adalah kekebalan undang-undang yang diberikan kepada Menteri Pertahanan dari pelucutan jabatan oleh Presiden Republik.

Perubahan yang dimaksudkan terkandung dalam Pasal 171, yang berbunyi bahawa angkatan bersenjata dan jabatan polis Mesir yang berhak menunjuk menteri pertahanan dari kalangan pegawai tentera selepas kelulusan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir [skynewsarabia/Zhd]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini