Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Tuesday, August 20, 2013

Antara Prinsip, Venezuela dan Saudi




Jangan terpedaya dengan agama rasmi sebuah negara. Tidak perlu peduli dengan bahasa rasmi yang digunakan oleh sebuah kerajaan atau statemen-statemen. Tapi bertanyalah tentang prinsip dan nilai kemanusiaan yang mengendalikan sebuah pemerintahan dan sistem politiknya. Amati lah sikap-sikapnya terhadap segala peristiwa yang dilalui oleh negera-negera muslim.

Selama beberapa hari ini, bangsa Mesir mengalami aksi pembunuhan dan pembunuhan di tangan kumpulan kudeta. Terjadi perang terhadap kelompok awam yang menggugah nurani manusia di seluruh dunia. Peristiwa di Mesir telah memancing hampir seluruh kerajaan untuk mengambil sikap. Entah membela perlembagaan dan kemanusiaan serta demokrasi atau membela aksi pembunuhan pertumpahan darah dan perampasan terhadap pemerintahan yang sah secara paksa.

Sikap warga dunia terhadap peristiwa yang berlaku di Mesir berbeza-beza sesuai dengan pemikiran dan prinsipnya masing-masing yang menentukan sikap politiknya atau bahkan kecenderungan kejiwaan dan warisan budaya serta kepentingan mereka.

Sokongan terhadap kumpulan kudeta atau menolaknya tidak lagi ditentukan oleh agama atau bahasa. Boleh jadi anda mendapatkan warga Arab membela kudeta tapi boleh jadi anda juga mendapati warga Perancis yang membela dan menyokong perlembagaan. Dan boleh jadi anda juga mendapati kumpulan Kristian yang menentang rampasan kuasa tetapi juga anda dapat mencari seorang Muslim yang mati membela rampasan kuasa tentera di Mesir.

Apa yang terjadi di Mesir boleh jadi layak disebut sebagai sebuah skandal atau bahkan apa yang terjadi di Mesir menjadi pengungkap tentang kejiwaan manusia dan rejim-rejim penguasa, peristiwa itu telah menapis manusia dan penguasa ke mana lagi kesetiaan dan keberpihakan mereka.

Peristiwa di Mesir saat ini tidak memberikan kesempatan bagi seorang pun bersikap tidak jelas. Dia harus menentukan sikapnya membela perlembagaan dan demokrasi atau membela kudeta. Membela kekerasan atau membela kepentingan mereka yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Membela rejim Mubarak atau membela revolusi Mesir. Peristiwa di Mesir telah mengharuskan rejim Saudi menentukan sikapnya membenci demokrasi secara umum dan mengumumkan keberpihakannya terhadap pemerintahan "personal mutlak" (system kerajaan). Saya tidak ingin menyatakan rejim Saudi yang membenci gerakan Ikhwanul Muslimin atau setuju atau berbeza dengan gerakan ini baik dalam masalah politik ataupun keselamatan. Sikap rejim Saudi yang menentang perlembagaan di Mesir berdasarkan sistem pemerintahan Saudi sendiri dan cara diktator yang diterapkannya.

Kerana itu demokrasi yang dipegang oleh kerajaan Venezuela misalnya menjadi penyebab kerajaan ini melawan rampasan kuasa tentera di Mesir dan membela perlembagaan yang ada di negera ini. Perhatikan bagaimana sistem pemerintahan Saudi yang menggunakan bahasa rasminya Arab dan mengibarkan bendera Islam, menganjurkan solat lima waktu sehari semalam. Manakala kerajaan Venezuela tidak mengerti bahasa Arab dan tidak mengerti tentang kiblat secara geografi serta tidak meyakini kebenaran Islam sebagai agama untuk negara ini tapi mereka membela perlembagaan serta menentang rampasan kuasa tentera di Mesir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini