Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Monday, August 19, 2013

Sejarah Pengharaman Ikhwanul Muslimin Berulang Kembali?





Kezaliman pemerintahan kudeta semakin terlihat nyata. Belum puas membantai ribuan jiwa rakyatnya sendiri, kerajaan kudeta merancang membubarkan gerakan Ikhwanul Muslimin yang telah terbentuk sejak 1928.

"Tidak akan ada perdamaian dengan mereka yang tangannya telah berlumuran darah dan yang berbalik senjata terhadap negara dan lembaga-lembaganya," ujar Beblawi, seperti dilansir Reuters, Sabtu (17/8/2013).

Di Mesir kini telah beredar berita Mesir tentang Ikhwanul Muslimin yang dikeluarkan tengah malam tadi dan berlaku aktif sejak tgl 17/8/2013; kembali pada UU No.73 thn 1956 yang berbunyi:

1. Ikhwanul Muslimin adalah organisasi pengganas / terlarang.

2. Anggota dan simpatisan Ikhwanul Muslimin akan disidang oleh mahkamah tentera.

3. Pembekuan semua sumber kewangan Ikhwanul Muslimin.

4. Keputusan ini akan dibuat di semua media rasmi pada tgl 17/8/2013.

Kementerian Dalam Negeri Mesir mendakwa, pihaknya telah membekuk lebih daripada 1,000 anggota Ikhwanul Muslimin. Sementara 250 di antaranya terancam dakwaan pembunuhan, percubaan pembunuhan, dan keganasan.

Ikhwanul Muslimin adalah organisasi yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna di bandar Ismailiyah, Mesir pada Mac 1928 sebagai respon atas kemusnahan moral yang terjadi pada umat Islam di Mesir akibat penjajahan.

Organisasi ini mampu cepat menyentuh hati umat muslim sehingga perkembangannya pun juga sangat cepat. Akibat peranan serta organisasi itu dalam perlawanan terhadap Israel tahun 1948, Amerika Syarikat menekan kerajaan Mesir untuk membekukan gerakan Ikhwanul Muslimin. Sejak itu organisasi ini mendapat perlakuan zalim.

Tahun 1949 Hasan Al-Banna syahid ditembak oleh orang tak dikenal. Ikhwanul Muslimin semakin tertekan di Mesir, namun semangat dan pemikirannya malah merebak dan berkembang ke seluruh dunia.

Sejarah Pengharaman


Ikhwan Muslimin diharamkan oleh kerajaan Mesir ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu atau lebih tepat pada tahun 1948, apabila kerajaan Mesir mengistiharkan "Perang Terbuka" terhadap Ikhwanul Muslimin. Ikhwan Muslimin dibubarkan dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan ditutup.

Seramai 4,000 ahli ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Kemuncaknya Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat.

Adakah selepas itu Ikhwan Muslimin berkubur?. Jawapannya tidak. Mereka terus bergerak secara rahsia. Para pemimpinnya dilantik silih berganti dan mereka terus bergerak sehingga zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser.

Kemudian pada 1954, Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dalam pakatan mahu membunuh Jamal Nasser. Akibatnya beribu-ribu anggotanya ditangkap. Enam orang dihukum gantung. Mereka dituduh perubuhan pengganas.

Mereka terus bergerak sehingga pada tahun 1961, sekali lagi Ikhwan Muslimin dituduh sebagai penyebab kegagalan dan kemunduran Negara Mesir. Tekanan terus dikenakan pada tahun 1965 dan 1981. Ramai pemimpinnya ditangkap, di hukum penjara malah dihukum gantung.

Walaupun beberapa kali ditekan Ikhwan Muslimin terus bergerak sehingga pengaruhnya tersebar keseluruh pelusuk dunia. Cawangan Ikhwan Muslimin ditubuhkan Negara-negara Arab, Turki, India, Pakistan Bangladesh, di Malaysia, Indonesia, Palestin dan banyak Negara lagi.

Benih yang disemai oleh Hasan Al Banna itu sudah bercambah dan tidak dapat dihapuskan kerana doktrin Ikhwan Muslimin ialah:

"Allah adalah objektif kami. Nabi adalah pemimpin kami. Quran adalah undang-undang kami. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah adalah matlamat kami."

Hasan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 bertujuan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Setiap ahli diminta melakukan baiah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara sekalipun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, di samping meletakkan kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap pemimpin mereka, selama selaras dengan Al-Quran dan Sunnah.

Mereka diminta melaksanakan beberapa amalan termasuk hafalan Al-Quran, sembahyang berjamaah, serta berbagai pelajaran agama dan sebagainya.

Hasan Al Banna berkata, "Kami mengajak anda kepada ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini anda anggap politik, maka inilah politik yang kami perjuangkan. "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini