
sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat..
Kunjungan Tetamu
21394
OK TAK BLOG NI?
Pilih Tajuk Melarik
Followers
Sunday, August 25, 2013
Ikhwanul Muslimin Khawarij?
Tokoh pemikir Islam Mesir, Dr Muhammad 'Imarah memberikan tanggapan atas Video fatwa Syaikh Ali Jum'ah yang menyatakan bahawa orang yang keluar berdemonstrasi adalah Khawarij.
DR Muhammad Imarah mengatakan, Khawarij maksudnya ialah keluar menentang pemerintah yang sah dengan bersenjata. Mereka yang keluar berdemonstrasi secara aman menentang rampasan kuasa tentera tidaklah dihukumi sebagai Khawarij kerana mereka keluar untuk mempertahankan perlembagaan dan hak-hak mereka.
Seandainya mereka keluar bersenjata menyokong Dr Muhammad Mursi, itu tidaklah menjadikan mereka kafir tetapi disebut sebagai 'bughat' (ingkar) dan tidak mengeluarkan mereka dari agama. Tidak layak untuk seseorang menghukum seseorang yang berselisih dengannya sebagai orang yang keluar dari agama (kafir).
DR Muhammad Imarah menyatakan bahawa penunjuk perasaan damai menentang rampasan kuasa apabila dibunuh dianggap syahid.
Ia juga mengatakan tiada ketaatan pada makhluk yang menyuruh kepada maksiat pada Pencipta. Dan atas tentera dan pegawai yang tidak menuruti perintah membunuh penunjuk perasaan, walaupun mereka dibunuh kerana enggan mematuhi perintah, tentera yang dibunuh atasannya itu dianggap syahid.
Menurutnya, penentangan secara aman atas rampasan kuasa adalah wajib. Karana jika kita tidak menentang rampasan kuasa ini, pasti negara akan menjadi korban dari negara junta yang dibuat tentera Mesir.
Lihat videonya Disini
Presiden Persatuan Ulama 'Islam Sedunia, Syaikh DR. Yusuf Al Qaradhawi berkata bahwa Presiden Mesir yang sah adalah DR. Muhammad Mursi kerana dipilih berdasarkan suara majoriti rakyat dan "golongan Khawarij adalah mereka yang keluar menentang Mursi."
Dalam program "Syariat dan Kehidupan" melalui TV Al Jazeera semalam 25 Ogos 2013, beliau turut mengkritik pandangan bekas Mufti Mesir Syaikh DR. Ali Jum'ah yang sebelum ini mendakwa Ikhwanul Muslimin sebagai Khawarij, sedangkan menurut Syaikh Al Qaradhawi siapa yang keluar menentang pemimpin yang dipilih oleh rakyat maka dialah yang dihukumi sebagai Khawarij.
Beliau juga menasihati bekas Mufti Mesir itu yang disifatkan oleh Syaikh Al Qaradhawi sebagai "bukan Mufti tetapi hamba kerajaan dan polis". Ia menyeru agar ditujukannya fatwa Syaikh Ali Jum'ah itu kepada Menteri Pertahanan Abdul Fattah As Sisi kerana telah bersumpah dengan nama Allah akan mentaati presiden pilihan rakyat, namun nyatanya dia melanggar sumpah itu. [Sumber]
Klik disini lihat video