Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Monday, November 5, 2012

Inilah Rencana Perluasan Masjid Nabawi, Bukan Pembongkaran Makam Nabi



Sebagaimana di beberapa media sekular yang mengambil maklumat dari agensi berita Syiah Fars mengenai pemusnahan makam Nabi Muhammad, maklumat-maklumat baru yang terungkap semakin menunjukkan kebohongan maklumat tersebut.

Diberitakan oleh Fars bahawa pemerintah Arab Saudi merancang untuk memperluaskan Masjid Nabawi di Madinah. Hal itu menimbulkan kebimbangan di banyak pihak jika makam Nabi Muhammad akan dihancurkan.

Menurut agensi berita itu, pemusnahan makam Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan Arab Saudi yang akan menghancurkan seluruh tapak bersejarah Islam, termasuk Masjid Nabawi dan 3 masjid lainnya yang merupakan masjid tertua di dunia. Sebagai gantinya, dikatakan, kerajaan Arab Saudi merancang pembangunan projek pengembangan yang bernilai multi bilion poundsterling.


"Berita tersebut sukar diterima kebenarannya. Berita yang sesungguhnya adalah rencana perluasan besar-besaran yang sudah termaktub Raja Abdullah pada bulan September lalu apabila berkunjung ke Madinah yang disebut-sebut sebagai rencana perluasan Masjid Nabawi yang terbesar dalam sejarah, kerana akan menjadikan Masjid Nabawi 3 kali lebih besar dari saiz yang ada sekarang dan dapat menampung 2.8 juta jemaah solat, "katanya.

Meski demikian, beliau juga menyatakan adanya kritik dari sejumlah ulama Saudi mengenai rancangan senibina Masjid Nabawi yang baru kerana adanya perubahan kedudukan mihrab Nabi dan Raudhah.

"Hanya saja memang ada kritik dan ketidak setujuan berkaitan kedudukan mihrab dan Raudhah nantinya. Kerana jika dibina berdasarkan maket yang ada, kedudukan Raudhah dan mihrab Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam tidak lagi berada di depan, tetapi menjadi di samping. Kerana perluasan diarahkan dibahagian kanan depan masjid (lihat maket). Beberapa ulama Saudi sendiri mengkritik rencana perluasan tersebut yang dianggap tidak meletakkan Mihrab Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam serta Raudhah dengan betul. "

"Jadi, isu pembongkaran makam Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam tidak benar sama sekali," jelasnya.

Atas pemberitaan Fars yang dikutip pelbagai media sekular tersebut, beberapa media Islam tanah air menyebutkan bahawa Fars sengaja melakukan pembohongan maklumat untuk mengadu domba antara kaum Suni Muslimin di berbagai belahan dunia dengan kaum Muslimin Arab Saudi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini