Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Tuesday, January 18, 2011

Adakah Wanita Cantik Seperti Bunga Cempaka????



"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...
Begitulah orang yang cantik jarang berbudi...

"Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata "Awak ni cantiklah",
Maka akan mengumtumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya,Tersipu-sipu ia,

Ah,siapa yang tidak seronok bila dikatakan dan lawa?? 
Begitulah resam manusia seronok bila dipuji,kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin dengan Tuhannya,terasa kerdil dengan pujian dan sanjungan manusia..

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'PERASAAN' kerana sedar dirinya punya kelebihan kata orang,

"Wanita cantik banyak mahunya",dirinya rasa bangga,seisi dunia mahu digenggamnya. 
kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.

Ada pepatah yang mengatakan "Hidup liar bak merpati,senang didekati dan di tangkap lari.
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan keindahannya maka suamilah yang menjadi mangsa.

Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya.
Lebih malang lagi jika si suami pula suka akan kecantikan isteri.
Ia menyanyangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
kemana diarah disitulah pergi.
Alanglah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandainya kemahuannya tidak tercapai,menggugut,merajuk hendak balik kampung atau minta cerai...

Alangkah indahnya jika si isteri tadi,kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahid.

Ketahuilah,keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suaminya,adalah ibarat bunga raya,cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita tidak cantik tetapi akhlaknya mulia taat kepada suaminya,sentiasa mencari keredhaannya,ibarat bunga cempaka.tiada rupa tetapi harumnya memikat hati.

Antara bunga raya dengan bunga cempaka pastilah bunga cempaka diminati orang.kan??.

Kasihan si bunga raya,tidak dijual atau dipakai orang.Ia ibarat gadis murahan yang mempernontonkan kecantikannya,kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata.
ibarat bunga tidak cantik dan tidak pula harum dan cantik,maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan pada manusia.

Seharusnya diri yang dikurnia Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya,bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya,bukan juga kerana takut ada yang iri hati dan mahu menganiaya atau menandingi kejelitaanya.

Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala yang tertinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke julang neraka,

Berfikir bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat kecantikannya yang di julang bagai mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan,cantik indah tetapi hina terdedah. menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukurlah nikmat Tuhan.baik.buruk,cantik dan hodoh itu adalah pemberianNYA yang berwajah cantik dan hodoh sama-sama perlukan persediaan.

Akan tiba saatnya jua dimana yang berwajah cantik indah akan kerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Sebelum segalanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitik mani yang hina,sehina itulah diri wanita.

Kenangilah nasib diri di hari penghisaban.

Segala pinjaman Tuhan itu untuk apa gunakan....

adakah enti bunga cempaka????hehehe....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini