Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Monday, February 16, 2015

Ulama yang membahagikan bid'ah kepada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie

Soalan : Siapakah ulama lain yang membahagikan bid'ah kepada bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie?

Jawapan : Mereka adalah ramai di antaranya :

1-Imam Ibn Hajar al-Haitami.(At-Tabyin fi syarh al-Arba'in,ms.32)
2-Qadhi Abu Bakar Ibn Al-Arabi.(Aridah al-Ahwazi,10/147)
3-Imam Al-Baihaqi.(Manaqib asy-Syafie.1/469)
4-Imam Al-Ghazzali.(Ihya Ulum Ad-Din,1/276)
5-Ibn Hazm Azh-Zhahiri[456H].(Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam,1/47)
6-Ibn Al-Athir al-Jazari.(An-Nihayah,1/79)
7-Imam Abu Nu'aim.
8-Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam.(Lihat Thobaqat asy-Syafi'iyyah,5/80-107 dan Syazarat az-Zahab,5/330)
9-Imam Nawawi
10-Ibn Al-Amir ash-Shan'ani(Lihat Thathir al-I'tiqad an Adran asy-Syirk wa al-Ilhad)
11-Ibn Hajar al-asqalani.(pensyarah kitab Shahih Bukhari)
12-Al-Ubbi.(Pensyarah kitab Shahih Muslim)
13-Imam Sayuti.
14-Ibn Rajab Al-Hanbali.
15-Ibn Taimiyyah.
16-Ibn Al-Jauzi.
17-Asy-Syaukani.

Dan ulama lain yang ramai lagi termasuk : Syaikh Ali al-Qari dalam Syarh al-Misykat, Ibn al-Muluk dalam Mabariq al-Azhar Syarh Masyariq al-Anwar, Imam Al-Qasthillani dalam Irsyad as-Sari Syarh Shahih al-Bukhari, Az-Zarqani dalam Syarh al-Muwaththo', Al-Hafiz Abu Syamah dalam Al-Baith ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadith, Al-Halabi dalam Insan Al-Uyun fi Sirah an-Nabiy al-Makmun dan Al-Baji dalam Al-Muntaqa Syarh al-Muwaththo'.

Kesepakatan Ulama

Para ulama telah bersepakat tentang pembahagian bid'ah kepada yang terpuji dan tercela. Sayyiduna Umar adalah orang pertama yang mengatakan demikian.

Para ulama juga sepakat mengatakan Hadith :

كل بدعة ضلالة

Setiap bid'ah itu sesat.

Perlu dikhususkan.

Hanya Imam Asy-Syatibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid'ah seperti ini dan mendakwa bid'ah semuanya cela.

Walau bagaimanapun, Imam Asy-Syathibi mengakui ada di antara bid'ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya bid'ah tetapi memasukkannya dalam kategori 'Maslahah al-Mursalah' (Kepentingan Umum).

Justeru, perbezaan pendapat beliau hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau, bid'ah yang dituntut tidak boleh dinamakan bid'ah, tetapi dinamakan 'Maslahah').

(Lihat Al-I'tisham, Imam Asy-Syathibi, 1/35-40, 2/311-320)

Akan bersambung episode seterusnya.

Saturday, February 14, 2015

Perakuan Al-Quran tentang Bid'ah Hasanah

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?

Jawapan : Ya. Imam Ath-Thobrani meriwayatkan di dalam kitab Al-Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al-Bahili katanya :

Sesungguhnya Allah swt memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfardhukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawih berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan. Oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakan. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu bid'ah. Lantaran itu Allah swt mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah swt :

Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya. Kami tidak mewajibkan atas mereka. (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah swt dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya
(Surah Al-Hadid: 27)
(Dalam sanad athar ini terdapat Zakaria bin Abu Maryam. Ibn Hibban menyenaraikan termasuk dalam perawi yang thiqah)

Imam Ad-Darquthni mengatakan :

Periwayatannya boleh diambil kira. Kefahaman yang dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat Al-Quran terbabit shahih. Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (dari Bani Israel) kerana mereka mengadakan-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Tetapi Al-Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnya cara kependetaan yang mereka ada-adakan. Ini menunjukan bid'ah yang baik disyariatkan (diperakui oleh syara').

Hujah Pembahagian bid'ah kepada dua bahagian

Soalan : Apakah hujah Imam Syafie dalam pembahagian bid'ah tersebut?

Jawapan : ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap hadith yang berkaitan, antaranya :

١. من احدث في امرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

٢. من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء،، ومن سن في الاسلام سنة سيىءة فعمل بها بعده كتب عليه مثل وزر من عمل بها ولا ينقص من اوزارهم شيء.

Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu.
(Riwayat Muslim)

3. Hadith dari Abd ar-Rahman bin Abd Al-Qari tentang solat Tarawih di mana beliau (Abd ar-Rahman) keluar bersama Umar bin Al-Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjemaah. Umar mengatakan jika dia mengumpul mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka'ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam, Umar berkata :

نعمت البدعة هذه

 Ini adalah bid'ah yang baik.
(Riwayat Al-Bukhari)

Akan bersambung episode seterusnya

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?


Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah

Soalan : adakah ada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah?

Jawapan : Ada, berdasarkan pembahagian oleh Imam Syafie di atas dan disokong oleh para A'immah yang lain.

Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam At-Tirmizi dan ibn Majah.

من حديث كثير بن عبد الله المزني-وفيه ضعف-عن ابيه عن جده عن النبي (ص) قال : من ابتدع ضلال لا يرضاها الله ولا رسوله كان عليه مثل اثام من عمل بها لا ينقص ذلك من اوزارهم شيءا.

Daripada hadith Kathir bin Abdullah al-Muzani- di dalamnya ada dha'if-dari ayahnya dari datuknya dari Nabi bersabda  Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid'ah Dhalalah (sesat) yang tidak redhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi 
sedikitpun daripada dosa mereka itu.

Imam Nawawi berkata :

البدعة في الشرع هي احداث ما لم يكن في عهد رسول الله وهي منقسة الى حسنة وقبيحة.

Bid'ah dari segi Syara' ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah saw. Dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah 
(buruk).


(Tahzib al-Asma' wa al-Lughat, Abu Zakariya Yahya bin Syarf an-Nawawi, Taheran: Manthurat Maktabah al-Islami, t.t, 1/23.)

Imam Abd al-Dahlawi berkata :

اعلم ان كل ما ظهر بعد رسول الله بدعة، وكل ما وافق اصول السنة وقواعدها او قيس عليها، فهو بدعة حسنة، وكل ما خالفها فهو بدعة وضلالة.

Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah s.a.w. adalah bid'ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan ushul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitulah Bid'ah Hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan ushlul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid'ah Sayyi'ah (keji) dan Dhalalah (sesat).


(Al-Asas fi as-Sunnah wa Fiqhuha, Sa'id Hawa, Arab Saudi: Dar Al-Islam, Cetakan kedua, 1412H/1992M, ms. 360.


Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq,  Zain al-Abidin bin Sumaith berkata di dalam kitabnya Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi Aqidah al-Firqah an-Najiah :

فكل احسان لم يعهد في العهد النبوي فهو بدعة حسنة، يثاب عليها، بدليل قوله (ص) : (من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء)

Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi S.a.w.. maka ia adalah Bid'ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukannya, dengan dalil perkataan Nabi s.a.w : Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikit dari pahala orang 
yang mengerjakan itu.

Makna Bid'ah

Soalan : Apakah makna bid'ah dari segi bahasa?


Jawapan : Di dalam Munjid :
ما احدث على غير مثال سابق
Apa-apa yang diciptakan tanpa ada contoh terdahulu.
(Munjid, ms. 27.)

Di dalam Mukhtar ash-Shihhah :

اختراعه لا على مثال
Mengadakan sesuatu tidak menurut contoh.
(Mukhtar ash-Shihah, Ar-Razi, ms.379.)

Di dalam Al-Mu'tamad :

اختراعه وانشاءه لا على مثال.
Mengadakan dan menciptakan sesuatu tidak menurut contoh.
(Al-Mu'tamad, ms. 28.)


Di dalam kamus Al-Muhith dinyatakan :


الامر الذي يكون اولا
Sesuatu perkara yang menjadi pertama.
(Al-Muhith, Asy-Syairazi, 3/3)

Semua takrif ini membawa kepada makna bid'ah dari segi bahasa iaitu :

Sesuatu perkara baru yang diciptakan/diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya.
(Lihat juga takrif bid'ah dari segi bahasa di dalam Mu'jam al-Maqayis fi al-Lughah, Abu Al-Hussain Ahmad bin Faris, Beirut: Dar al-Fikr, Cetakan Pertama, 1415H/1994M, ms. 119 dan Al-'Ain, Abu Abd ar-Rahman al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi, Iran: Mu'assasah Dar Al-Hijrah, Cetakan Kedua, 1409H, 2/54)

Soalan : Apakah makna bid'ah dari segi Syara'?

Jawapan : Perkara ini perlu dirujuk kepada pendapat para ulama Alim Quraisy, Al-Imam al-Jalil, Imam Syafie mengatakan :

 البدعة بدعتان : محمودة ومذمومة، فما وافق السنة فهو محمود، وما خالفها فهو مذموم

Bid'ah itu dua jenis : Bid'ah yang dipuji dan bid'ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.
(Diriwaratkan juga oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al-Bari,17/10).

Dalam riwayat lain, Imam Syafie mengatakan :

 المحدثات (من الامور) ضربان، ما احدث يخالف كتابا او سنة او اثر او اجماعا، فهذه بدعة الضلال، وما احدث من الخير لا يخالف شيءا من ذلك، فهي محدثة غير مذمومة

Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (Pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan Al-Quran atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijma', maka itulah Bid'ah Dhalalah (Sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan keji.
(Riwayat Al-Baihaqi dengan sanad yang Shahih di dalam kitabnya Manaqib Syafie, Lihat Fath al-bari,17/10)

Melalui riwayat-riwayat ini, Imam Syafie membahagikan bid'ah kepada :

1. Bid'ah Mahmudah (dipuji)/ Ghair Mazmumah (tidak dikeji)/ Hasanah (baik).
2. Bid'ah Mazmumah (dikeji)/ Dhalalah (Sesat).

Akan bersambung episode seterusnya....

Wednesday, February 11, 2015

Belajar Tolong Menolong dari Ikhwan Muslimin di Mesir



Di sebalik tragedi memilukan yang menimpa jemaah Ikhwanul Muslimin, tersirat jutaan hikmah yang boleh kita petik. Salah satunya spirit ta'awun (tolong menolong) antara ahli jemaah dan korban rampasan kuasa.

Boleh dibayangkan. Hitungan kasar menyebutkan, lebih daripada 40,000 anggota Ikhwan Muslimin dari level pusat hingga desa mengisi ruang-ruang seram penjara. Persoalannya, siapa yang menyara ahli keluarga dari jumlah sedemikian banyak itu?

Padahal seluruh asset Ikhwan disita. Tempat usaha orang yang terindikasi Ikhwan ditutup. Dana di akaun dibekukan. Bahkan kerajaan kudeta membuat dasar baru, sesiapa yang aktif menolak rampasan kuasa, maka akan dihapuskan hak perubatan dan hak mendapatkan jaminan sosial.

Siasat punya siasat, Hal yang membuat rakyat aksi anti rampasan kuasa adalah, jiwa tolong menolong yang kini tidak hanya dilakukan oleh organisasi inti Ikhwan Muslimin, tapi juga oleh simpati yang dahulu merasakan kebajikan dan ketulusan bakti anggota Ikhwan.

Seorang kaya Mesir misalnya, mengatur strategi untuk memberi sumbangan 1000 LE kepada mangsa-mangsa yang ditangkap tentera rampasan kuasa setiap bulan. Namun keluarga mangsa tidak menghabiskan wang sejumlah itu untuk keperluan sendiri. Ia menyumbangkan setengah dari wang sumbangan tersebut kepada keluarga korban syahid di bandar yang sama. Kisah-kisah lain teramat banyak, tidak cukup dikisahkan dalam blog ini.

'Alaa kulli haal. Kita akan selalu bertanya-tanya, apa yang menyebabkan demonstrasi antikudeta tidak pernah habis. 

Jelas jawapannya, di medan jihad seluruh anggota Ikhwanul Muslimin berperanan. Sesuai janji yang telah diteguhkan, berjuang menegakkan Kalimatullah dalam keadaan apapun: senang susah, suka duka, sedih gembira.

Republik Keldai



Dalam setiap kesempatan, negara-negara penjajah selalu mempersiapkan strategi perang jangka panjang dengan pengembangan ekonomi dan ketenteraan. 

Di antara strategi paling tepat adalah membentuk republik-republik Keldai atau menyiapkan pemimpin-pemimpin berjiwa keldai. 

Sasarannya jelas: menjadikan negara-negara keldai yang diserahkan secara percuma. Tanpa perlu serangan tentera yang menghabiskan bajet dan jiwa raga.

Ironinya, republik-republik keldai saat ini terjadi di dunia dengan penduduk majoriti muslim. Saat republik dipimpin keldai, maka gaya memimpin pun tidak jauh beza dengan keldai:

1. Memilih kumpulan dungu sebagai partner kerja, lalu menyingkirkan kumpulan terpelajar. Di salah satu negara Timur Tengah, malah orang-orang terhormat dipenjarakan. Lalu orang-orang berjiwa keldai dimuliakan.

2. Mengutamakan standard kotor dan busuk sebagai pilihan. Bayangkan kualiti para menteri yang nilainya D, bahkan ada beberapa yang DO dari kuliahnya. Atau menteri Lesbian, homo, plus tak peduli dengan agama boleh menjadi menteri. Di republik keldai, bos-bos judi diangkat menjadi penasihat.

3. Menjalankan dasar "Ikut suka hati aku lah". Dengar suara teriakan keldai. Suara syaitan pun kalah. Jangan harap suara rakyat diperhatikan. Pemimpin keldai hanya mendengar dirinya. Bagi keldai, suara burung adalah hinaan.

4. Keldai selalu mendengar suara pujian dan hobi pengimejan. Lihatlah media yang hobi menebar puja-puji. Ternyata pemilik media sama-sama berkualiti keldai. Demikian dengan para pemerhati yang mendadak buta mata buta hati.

Lebih parah lagi dari semua itu adalah, apabila penyokong keldai hanya diberi "kotoran", penyokongnya menganggap najis sebagai intan berlian. Semoga kita terhindar menjadi keldai-keldai tak berperikemanusiaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini