Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Monday, September 30, 2013

10 AMALAN T E R B A L I K YG TIDAK DISEDAR


Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia. 
hagia .


Thursday, September 5, 2013

Pandangan Tokoh Salafi Mesir Terhadap Jamaah Ikhwanul Muslimin



Syaikh DR Ihab Syaihah , pemimpin Parti Ashalah Mesir yang juga bergabung pada komuniti Salafi selain Parti An Nur, menyampaikan pernyataan dan pandangannya tentang Ikhwanul Muslimin Mesir. Ia mengaku mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dengan Ikhwanul Muslimin, namun juga mengakui kelebihan Ikhwanul Muslimin.

"Aku tidak pernah melihat anak-anak dibina dengan doktrin bahawa menolong agama Allah adalah menjadi falsafah dan tujuan hidup mereka seperti anak- anak didik Ikhwanul Muslimin. Walaupun harus ku akui aku berbeza pendapat dalam beberapa hal dengan mereka. Kekagumanku pada Ikhwan ini sampai-sampai menggiringku dan isteriku berniat untuk menggabungkan anak-anak kami agar dibina ditengah-tengah tarbiyah ( pendidikan) pembinaan Ikhwanul Muslimin. Hal ini kerana kami kaum Salafi merasa telah kehilangan manhaj tarbiyah (pedoman pendidikan) dalam pembinaan yang selama ini hanya kami hadkan dalam kesalafian saja, " ujarnya.

Selain itu, ia juga kagum pada keperibadian DR Muhammad Al Baltaji , jurucakap Ikhwanul Muslimin yang keras dan tegas terhadap rejim tentera Mesir.

" Sering ku katakan kepada saudaraku tercinta al akh DR Muhammad Al Baltaji dari Ikhwanul Muslimin bahawa jika seandainya jamah Ikhwan punya sepuluh orang saja seperti beliau pasti keadaan Ikhwan akan jauh lebih baik lagi tentunya dari sekarang. Itu menurutku . Pasti arus suara Ikhwan yang revolusionis akan melengkapi suara -suara yang bertahan dan pasif, "kata anggota Nasional untuk Legitimasi ini .

"Akhi Al Baltaji , engkau memang orang yang luar biasa! " Pujinya kepada tokoh Ikhwan yang puterinya ditembak sniper rejim tentera dan kini ia sendiri berada di penjara rejim.

Syaikh DR Ihab Syihah juga menyatakan penyesalannya di masa lalu yang selalu mengkritik keras kepimpinan presiden terpilih DR Muhammad Mursi .

"Dulu aku sering mengkritik keputusan- keputusan presiden Mursi dengan sangat pedas , mudah- mudahan Allah segera membebaskan beliau ,, akan tetapi beliau selalu merangkul kami menerima kami , walaupun kata- kata kasar selalu terlontar terhadap beliau. Sekarang setelah segala pengkhianatan tentera ini dan semakin jelasnya kenyataan bahawa kejadian ini semua telah dirancangkan jauh- jauh hari atas beliau (setelah pelengseran husni Mubarak ) , maka wajib hukumnya atasku untuk memohon maaf kepada presiden Mursi atas semua sikapku pada beliau, "katanya.

Ia juga memuji keteguhan Ikhwan dalam menghadapi rayuan rejim tentera sekaligus kezaliman mereka atas jamaah Ikhwan.

" Sejak dibentuknya Pakatan Nasional Untuk Menyokong Pemerintahan Perlembagaan (pro Mursi ), semua anggotanya - aku termasuk salah satunya - sempat merasa sangat bimbang bahawa Ikhwanul Muslimin akan memilih sikap bersetuju atau bersedia berunding dan menerima perjanjian dengan kaum pengkudeta , walapun kesepakatan tersebut mungkin dibawah standard tuntutan -tuntutan kami . Kami pernah berkeras untuk duduk bersama memastikan bahawa tidak berhak satu pihak pun dalam Pakatan Nasional untuk melakukan kesepakatan atau melakukan pertemuan dengan mana-mana pihak kecuali dengan kesepakatan ahli Pakatan ini . Namun setelah semua kejadian ini nampak dengan nyata bagi kami bahawa Ikhwanul Muslimin tidak berganjak dan menyalahi sejengkal kesepakatan yang sudah kami buat bersama , walaupun kami tahu bahawa merekalah yang paling merasakan kepedihan dan intimidasi selepas rampasan kuasa berlaku, dengan banyaknya para syuhada, orang -orang yang terluka dan yang tertangkap yang berasal dari kalangan mereka. "

Surat Khabar Mesir Akui Prestasi Pemerintahan Mursi




HAMPIR dua bulan selepas rampasan kuasa tentera yang menggulingkan presiden terpilih Muhammad Mursi, surat khabar yang dikendalikan negara sekarang mengakui Mursi dan prestasi pemerintahannya, lapor Middle East Monitor.

Surat khabar Al-Ahram menerbitkan sebuah laporan ekonomi pada hari Ahad lalu yang mendedahkan Mesir telah mencapai lebihan perdagangan untuk pertama kalinya dalam 50 tahun pada semester pertama tahun 2013.

Menurut laporan itu, Mesir mempunyai lebihan perdagangan bernilai kira-kira 15 bilion pound, dengan jumlah eksport naik menjadi 90,5 bilion pounds, manakala jumlah import tidak melebihi 75 bilion pound.

Hatem Saleh, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, mengulas mengenai laporan tersebut dengan mengatakan: "Lebihan dagangan yang berjumlah 15 bilion pound adalah prestasi besar bagi Hisyam Qandil dan Dr Muhammad Mursi. Ini adalah prestasi pertama bagi Mesir di perdagangan dalam 50 tahun terakhir.

Saleh menambah kenyataan di Facebook: "Pencapaian ini merupakan hasil dari usaha bersama dari Kementerian Perdagangan, Bank Sentral dan beberapa agensi lain di tengah keadaan ekonomi dan politik yang sangat sukar. Allah telah berjanji untuk menghargai mereka yang bekerja keras. Lebihan perdagangan adalah hasil alami dari peningkatan Mesir dalam eksport selama enam bulan pertama dari tahun 2013 sampai 90,5 bilion pound sementara import tidak melebihi 75 bilion sebelum kudeta tentera pada 3 Julai. "

Inilah Nasihat Syaikh Al Qaradhawi pada Syaikh Al Azhar yang Mendukung Tentera Mesir




Presiden Persatuan Ulama Se-Dunia, Syaikh DR Yusuf Al Qaradhawi menyeru kepada Syaikh Al Azhar, DR Ahmad Ath Thayib, agar berani mengambil pendirian yang bebas dan tegas dalam berhadapan dengan tentera dan pihak rejim rampasan kuasa di Mesir.

Teguran terbaru ini dilakukan setelah beliau mengkritik tindakan bekas Mufti Mesir, Syaikh DR Ali Jum'ah berkenaan pendiriannya yang menyokong tindakan tentera dan fatwa yang 'berbahaya' tentang status Khawarij-nya Ikhwanul Muslimin.

Diantara teguran Syaikh DR Yusuf Al Qaradhawi, yang juga anggota Hai'ah Kibar Ulama Al Azhar ini, sebagaimana diterbitkan qaradawi.net  adalah:


1-Aku berharap sangat agar Syaikh Al Azhar berani melantangkan suaranya di hadapan tentera untuk mengatakan "TIDAK". Akan tetapi setiap pendirian yang dikeluarkan hanya menyebut "YA .. YA .. YA .." Kelantangan yang diharapkan adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Syaikh Abdus Salim dan Syaikh Khudari Husain di zaman mereka.

2-Jabatan Syaikh Al Azhar merupakan tanggungjawab yang diamanahkan, bukan acara menjadi kebanggaan, maka kewajipan bagi kamu menjadi Syaikh bagi semua umat Islam dan semua rakyat Mesir bukan ke atas sebahagian kelompok saja.

3-Campur tangan dalam urusan politik dan pentadbiran negara mestilah berlandaskan syara 'dan ilmu. Jika engkau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu, maka kamu boleh merujuk pada ahlinya dan menilai persidangan parti-parti politik. Jangan terburu-buru sehingga menyebabkan engkau melanggar kesetiaan dan ketaata yang dilakukan di hadapan Presiden.

4-Jangan kamu mencemarkan syiar yang terdapat pada serban Syaikh Al Azhar dan janggut kealiman.

5-Aku menasihati dan mengingatkan kamu wahai Syaikh Al Azhar, bahawa berdosa perbuatan menolong ke atas pembunuhan Muslim walau dengan sepatah perkataan.

6-Jangan mengeluarkan pendirian secara peribadi tanpa melibatkan musyawarah dengan ahli yang layak, dalam Majlis Ulama Mu'tabar dan akademik kajian Islam serta para ulama yang lain.

Thursday, August 29, 2013

Kemenangan Datang Terlambat




Sayid Quthb *

Kadang -kadang kemenangan itu terlambat datangnya terhadap orang -orang yang dizalimi dan diusir dari negerinya tanpa dasar kebenaran selain mereka berkata " Tuhan kami adalah Allah". Kelewatan ini disebabkan oleh suatu hikmah yang dikehendaki Allah ...

Kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan kerana struktur umat Islam belum cukup matang , belum cukup sempurna, belum berhimpun semua kekuatannya, belum terancang baik dan bersatu seluruh rangkaian, supaya diketahui seberapa puncak kekuatan peluru dan kesediaan yang dimilikinya . Kalau ia mendapatkan kemenangan pada saat itu ia akan mudah gugur kerana tidak mempunyai kemampuan menjaganya dalam waktu lama.

Kadang -kadang kemenangan terlambat datang hingga seluruh pejuang mencurahkan sagala kemampuan yang ia miliki, dan mengeluarkan apa saja yang ia punya. Maka tidak ada lagi yang tersisa dari barang yang mahal dan berharga kecuali sudah ia sumbangkan . Dia tidak hanya mencurahkan hal yang ringan lagi murahan di jalan Allah.

Kadang -kadang kemenangan itu terlambat datangnya supaya para pengusung kebenaran mencubakan seluruh kekuatan dan kemampuannya, hingga pada akhirnya ia sedar bahawa seluruh kekuatan itu tidak ada ertinya tanpa sokongan dari Allah dan tidak akan mencukupi untuk memperoleh kemenangan. Kemenangan itu hanya akan turun bila seluruh kemampuan sudah dicurahkan kemudian menyerahkan hasilnya kepada Allah.

Kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan supaya semakin bertambah kedekatan orang- orang beriman dengan Allah ketika mereka menanggung kesulitan, kepedihan dan pengorbanan. Saat itu mereka tidak mencari sandaran selain Allah. Dan mereka tidak menghadapkan segalanya kecuali kepada Allah satu- satunya di dalam kesusahan itu. Hubungan ini menjadi jaminan keistiqamahan mereka nanti setelah Allah memberikan kemenangan. Hingga mereka tidak akan membangkang dan melenceng dari kebenaran , keadilan dan kebaikan di saat kejayaan menyapa mereka.

Kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan kerana umat yang beriman belumlah betul- betul melepaskan segalanya dalam berjuang dan mencurahkan apapun demi Allah dan demi dakwahnya. Ia berperang untuk mendapatkan harta rampasan perang , atau kerana martabat kehormatanya , atau supaya disebut pemberani di depan musuhnya. Allah menghendaki supaya jihad untuk -Nya satu -satunya. Bebas dari segala bentuk perasaan yang menyamarkannya .

Kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan kerana di dalam kejahatan yang ditentang oleh umat yang beriman masih terdapat sisa -sisa kebaikan. Allah menghendaki ia betul -betul bersih dari kejahatan supaya dia betul -betul murni. Dan kejahatan itu menyingkir dengan sendirinya dalam keadaan hancur. Tidak ada sedikitpun dari kebaikan yang ikut binasa bersamanya.

Kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan kerana kebatilan yang diperangi umat yang beriman belum tersingkap kepalsuannya dihadapan manusia dengan sempurna. Andaikan orang beriman mengalahkannya pada waktu itu , pasti akan ada pembantu dari orang -orang yang tertipu olehnya , yang belum yakin dengan kerosakanya dan belum yakin kalau dia mesti lenyap. Maka nanti ia akan tetap mengakar dalam jiwa - jiwa orang awam yang belum dapat menyingkap hakikat mereka. Sehingga Allah membiarkan kebatilan sampai betul -betul terbuka di depan manusia dan mereka tidak akan merasa kecewa dengan kehilangannya.

Kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan kerana persekitaran belum sesuai untuk menerima kebenaran , kebaikan dan keadilan yang dilakonkan umat yang beriman. Andai diberi kemenangan pada waktu itu pasti ia mendapatkan penentangan dari lingkungannya sendiri , dan ia tidak akan boleh tenteram bersamanya.

Senantiasa pertarungan berlanjut hingga jiwa - jiwa betul -betul bersedia untuk menerima kebenaran dan meyakini bahawa kebenaran itu mesti berjaya ..

Kerana semua ini, dan demi yang lain dari hal -hal yang hanya diketahui Allah , kadang -kadang terlambat datangnya kemenangan. Maka saat itu akan berlipat ganda jumlah pengorbanan, dan akan berlipat -lipat rasa pedih , pilu dan sakit, bersamaan dengan datangnya pembelaan Allah terhadap orang -orang beriman dan terwujudnya pertolongan bagi mereka pada akhirnya.

Allahumma ' ajjil lana bin nashr .

Wednesday, August 28, 2013

Beblawi: Pembubaran Ikhwanul Muslimin Bukanlah Solusi



Beblawi: Pembubaran Ikhwanul Muslimin Bukanlah Penyelesaian

Perdana Menteri hasil rampasan kuasa Mesir Hazem el-Beblawi mulai melunak terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin. Jika sebelum Beblawi menyeru pembubaran organisasi Islam tersebut, sekarang ia berubah fikiran.

Dalam satu temu bual dengan media tempatan, Beblawi mengatakan bahawa pembubaran organisasi Islam tertua di Arab tersebut bukanlah penyelesaian atas konflik yang terjadi saat ini.

"Membubarkan kumpulan itu bukanlah penyelesaian dan adalah sebuah kesalahan membuat keputusan semacam itu di masa pergolakan," ujar Beblawi seperti dikutip dari Reuters, Rabu (28/8).

Pada tarikh 17 Ogos lalu, Beblawi mengeluarkan kenyataan tegas bahawa Ikhwanul Muslimin harus dibubarkan. Menurutnya, saat itu kerajaan hasil rampasan kuasa telah melakukan kajian atas rencana pembubaran Ikhwanul Muslimin.

Kini Beblawi mulai meragukan ucapannya tersebut, ia lebih memilih melakukan pengawasan ketat terhadap organisasi tersebut beserta sayap-sayapnya. Ia telah membicarakan hal ini dengan menteri urusan sosial yang mengurusi perizinan organisasi bukan kerajaan di Mesir.

"Kami merasa pengawasan dalam rangka politik lebih baik daripada membubarkan atau membuat mereka terpaksa merahsiakan gerakan mereka," ujar Beblawi.

Sikap lembut kerajaan hasil rampasan kuasa Mesir dianggap sejumlah pihak sebagai isyarat konflik Mesir bergerak ke arah positif. Diharapkan, dalam waktu dekat kerajaan hasil rampasan kuasa akan mengambil langkah-langkah kompromis untuk menamatkan konflik.

Seperti diketahui Ikhwanul Muslimin adalah penyokong Presiden Muhamad Mursi yang pasti ahli organisasi tersebut. Sejak Mursi dikudeta oleh tentera, Ikhwanul Muslimin tidak henti-henti melakukan demonstrasi menolak aksi rampasan kuasa tersebut.

Protes Ikhwanul Muslimin ditanggapi dengan peluru tajam oleh pihak tentera. Akibatnya, ribuan orang telah menjadi korban sejak Mursi di kudeta.

Tamarrud, Zionis dan Upaya Kudeta Atas Hamas




Berjaya melengserkan gerakan Islam dan presiden Muhammad Mursi dari pemerintahan di Mesir, populariti gerakan Tamarrud kian meningkat. Pengaruh gerakan pemberontakan ini tak hanya dirasakan di Mesir. Namun telah merambah ke negara Arab Spring lain seperti Tunisia.

Di jalur Gaza Palestin gerakan ini juga muncul sebagai upaya perlawanan menjatuhkan pemerintahan Hamas. Beberapa waktu lalu beredar sebuah video yang mengandungi kenyataan Tamarrud Gaza berkaitan penentangannya terhadap Hamas. Mereka memberikan batas waktu 11 November kepada Hamas untuk melepaskan kuasa kerana dituding telah melakukan kekerasan dan penyiksaan.

Namun dalam masa yang cukup singkat kedok gerakan yang mengaku berasaskan rakyat awam Gaza ini terungkap. Baru-baru ini perisikan Hamas berhasil membongkar penglibatan Zionis yang mendalangi gerakan pemberontakan ini. Keselamatan Gaza dilaporkan telah berjaya menangkap sejumlah orang yang menamai diri mereka sebagai Tamarrud Gaza yang akhirnya diketahui mereka ternyata binaan Mossad.

Seperti dilansir Info Palestin, mereka yang tertangkap mengaku bekerja sebagai mata-mata penjajah Zionis dan bekerja atas arahan langsung dari agensi perisikan Zionis di samping dari agensi perisikan Ramallah.

Terbongkarnya gembong pemberontakan ini merupakan kegagalan usaha pihak-pihak Zionis yang ingin memporak perandakan kekuatan dan kestabilan Gaza. Sekaligus menunjukkan bahawa kedudukan dan peranan Hamas sebagai ujung tombak kedaulatan Palestin di Gaza masih sangat kuat.

Akhbar "New York Times" Amerika edisi Minggu (25/8) mengupas situasi terkini yang berlaku di Timur Tengah, terutama Mesir dan Syria serta kesannya terhadap Jalur Gaza. New York Times mengungkap bahawa Hamas merupakan gerakan yang kuat di Gaza dan tidak boleh dijatuhkan, berbeza dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Diantara sebab tidak mampunya kekuatan-kekuatan lain menggeser kedudukan Hamas adalah kerana kuatnya populariti gerakan Islam ini di kalangan rakyat Palestin di Jalur Gaza. Hamas juga mempunyai kawalan keselamatan yang kuat dan handal untuk melindungi Gaza, disamping itu juga mempunyai banyak institusi perkhidmatan sehingga kehadirannya benar-benar dirasakan dalam realiti kehidupan rakyat Gaza.

Pengaruh Hamas-menurut surat khabar ini-mula kelihatan di kawasan sejak meletusnya konflik di Syria, yang akhirnya menyebabkan terputusnya hubungan Hamas dengan 2 sekutu kuatnya di masa lampau, Iran dan Syria. Namun Hamas semakin mendiri dan kuat, ini terbukti dengan kejayaannya memenangi perang November lalu dan membuat Israel bertekuk lutut.

Semakin teruk keadaan Mesir pasca rampasan kuasa tentera akhirnya ikut membawa kesan negatif terhadap ekonomi dan kestabilan politik di Jalur Gaza. Namun kerajaan Gaza telah membentuk sebuah jawatankuasa menteri untuk menangani krisis ekonomi yang berlaku baru-baru ini sebagai rentetan kesan rampasan kuasa tentera di Mesir dan penutupan ratusan terowong yang merupakan salah satu nadi kehidupan rakyat Gaza pasca sekatan Israel sejak 2007 lalu.

Kemusnahan terowong ini menyebabkan timbulnya krisis baru di Jalur Gaza kerana terhentinya bekalan barang-barang mencapai 90%. Hal ini menimbulkan kekurangan bahan binaan dan bahan bakar dari Mesir. Akhirnya mereka harus membekalkan dari Israel dengan harga yang lebih tinggi mencapai dua kali ganda.

Di sisi lain penutupan perlintasan Rafah yang merupakan satu-satunya akses keluar masuk rakyat Gaza menyebabkan beribu-ribu pelajar, pengusaha, pesakit, warga asing dan rakyat Gaza yang ada di luar negeri terdampat di sempadan. Hal ini menjadi tekanan bagi Hamas sebagai pemegang kendali pemerintahan di Gaza sejak beberapa tahun belakangan di tengah upaya pengasingan antarabangsa. Namun Hamas telah membuktikan kejayaannya mengatasi keadaan beberapa tahun terakhir hingga keluar dari tekanan, bahkan mengatasi situasi yang sangat rumit.

Sementara itu pimpinan Pihak Berkuasa Palestin yang merupakan perwakilan gerakan Fatah berupaya memanfaatkan tekanan antarabangsa terhadap Hamas dengan ikut menekan dengan isu "wilayah pemberontak" dan mengurangkan pembiayaan atas pelbagai aktiviti di Gaza.

Akan tetapi keadaan di jalur Gaza akan bergantung pada perkembangan Mesir. Sehingga para pemimpin Hamas mula bimbang dan terus mengupayakan jangkaan serta melakukan langkah-langkah penanggulangan yang diperlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini