Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Sunday, November 4, 2012

Dosa yang lebih besar Dari zina..



Pada senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan 
kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......meninggal", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.


"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya nabi Musa .

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

"Jangan sesekali kita semua permudahkan solat, kerana terlalu besar nisbah dosa meninggalkan solat" kalau tertido atau terlupa khodo je solat tu.. jagan sesekali tidak berasa bersalah,, yg mana ade tetinggal masa muda2 atau saje2 tak nak solat.. jgangla putus asa.. sesungguhnya allah itu maha pengampung.. penbnyakkan "solat sunat" untuk menanpung semua solat yg kita tinggalkan insyaallah"

Buatmu Muslimah Solehah Ingin Tahu Rahsia Mata Lelaki


Friday, November 2, 2012

BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG



Senario pada hari ini memperlihatkan betapa ramainya diantara kita yang berusia 18tahun memakai pakaian budak berusia 8tahun.Berpakaian tetapi sendat,padat dan mantap ataupun menutup sebahagian aurat dan membuka sebahagian yang lain.Apakah ini yang dinamakan sebagai ‘fesyen’?.Anak muda kita hari ini telah keluar daripada adat kemelayuan dan kemalaysiaan.Berpakaian mencolok mata dan tidak senonoh menjadi kebanggaan.Sedihnya melihat gelagat anak melayu sekarang.Kesian,cukup kesian.Bagaikan Malaysia kekurangan kain.

Jadi, tidak hairanlah pada hari ini apabila kes rogol serta pengkhianatan terhadap wanita semakin menjadi-jadi dan tidak hairanlah juga apabila kebanyakan bayi-bayi yang dibuang bergelimpangan beribu bapakan seorang Islam.Dalam situasi seperi ini siapa yang hendak dipersalahkan?kepada siapa jari ingin ditudingkan?..Dimana silapnya kita,sehinggakan ramai anak muda sebangsa dan seagama kita gagal untuk berpaka

ian mengikut syariat?

Secara kasarnya kita melihat kesalahan ini dilakukan oleh anak-anak muda yang mungkin usianya masih mentah dalam mengenal erti kesopanan.Namun bagaimana pula dengan golongan yang berpendidikan?seperti pereka fesyan yang mendapat lulusan ijazah dari Institut Pendidikan Tinggi?.Saya pernah melihat sebuah pertunjukan fesyen(dalam tv je la) yang mengangkat batik Malaysia ke persada fesyen dunia.Idea yang sangat menarik,tetapi sebagai seseorang yang amat sayangkan nilai kemelayuan,terbit rasa kesal apabila batik kita dibuat baju yang tak serupa baju.Malunya apabila melihat model berpakaian batik yang bercarik-carik,terbelah sana,terbelah sini dan membuka lurah-lurah yang ada.Inikah yang dinamakan baju??apakah ini yang dikatakan berpakaian?
Persoalan kian bertambah apabila memikirkan ‘mak-mak Datin’dan gologan professional yang menaja pertunjukan fesyen ini.Bukankah mereka berpendidikan?mereka seharusnya memelihara nilai kemelayuan dan bukannya menjadi penjajah barat secara diam yang merosakkan pemikiran generasi kini dalam berpakaian.

Jika mereka,golongan dewasa dan berpendidikan tinggi boleh terlepas pandang akan hal yang berat ini,maka wajarlah jika anak muda kita pada hari ini berpakaian seperti telanjang,kerana golongan yang sepatutnya menegur mereka turut melakukan kesalahan yang sama.Jadi usahlah terkejut andai esok atau lusa,kita terjumpa dengan seorang nenek yang lagak pakainya ‘rugget’ atau anak muda yang obesiti turut sama tak sedar diri berpakain sendat sehingga menampakkan lebihan lemak yang menggelikkan dan usah terkejut andai 10 tahun akan datang masyarakat kita cuma ber’bikini’ untuk ke pasar kerana kita pada hari ini cuma melihat kesalahan yang ada tanpa menegur.

Salah masukkan email blog

Assalamualaikum wa rahmatulLAHi wabarakatuh.
Alhamdulullahirambil alamin, wassolatu wasalammu ala asyrahil ambiyak iwamursalim, wa ala alihi wasoh bihi ajma'in.

Syukur kepada ALLAH subhanahu wa taala kerana limbahnya kurnianya memberi nikmat sihat kepada kita hari ni, dan syukur juga sekali lagi kepadaNYA kerana memberi petunjuk kepada saya yang sangat dhoif ini sangat2 terlupa cara hendak membuka blog saya ini balik.

Merujuk perkara diatas saya mahu kongsi cerita saya tentang betapa susahnya saya mahu buka blog saya ini, kerana apa? kerana saya masukkan alamat blog http://islamboynazir.blogspot.com/ bukan masukkan emailnya.

Sejak tahun lepas lagi saya cuba membuka blog saya ini dengan alamat itu.  dalam hati saya mengatakan blog saya telah di hacker oleh manusia tidak bertanggungjawab (maklumlah ketika itu timbul cerita kumpulan2 hacker mencerohi blog2 kerajaan, kerana itu lah sangkaan saya yang sama mereka hack blog saya). Rupa2nya kesilapan saya sendiri memasukkan alamat email salah.

Ramai sahabat2 pencinta blog diluar sana selalu tanya saya "awak ada blog tak?" dengan serta merta saya jawab : ada. tapi dah lama tak update cerita dalam blog. mungkin blog saya telah dicerobohi kot. dengan serta merta saya sendiri sangka buruk pada orang lain. padahal setiap musibah datang pada diri kita sendiri. jangan mudah kita terlepas kata-kata atau sangkaan buruk pada hacker walaupun kita tahu hacker itu penceroboh blog2 kerajaan. koreksi diri kita sendiri sebelum kita mahu koreksi orang lain. kerana kata2 itu doa bagi kita. jaga lah kata2 kita sebelum Tuhan makbulkan kata2 kita itu.

Teringat satu kisah dalam Quran iaitu kisah peperangan Uhud bagaimana tentara2 kaum muslim kalah oleh pihak musuh ALLAH (kaum Quraisy) :

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali lipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata:` Dari mana datangnya (kekalahan) ini? `Katakanlah:` Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri `. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(QS. 3:165)

Umar bin Khattab dalam menerangkan sebab turun ayat ini berkata: "Tentara Islam mendapat kekalahan pada perang Uhud setelah kemenangan mereka pada perang Badar. Mereka banyak menderita kerugian di antaranya 70 orang mati syahid, sahabat-sahabat Nabi ada yang lari, gigi rahang Nabi pecah, topi besi yang ada pada kepala Nabi hancur dan mengalir darah dari kepala Nabi ke dahinya, lalu turunlah ayat ini. 


Ayat-ayat ini masih ada hubungannya dengan ayat tentang kisah perang Uhud. Pada waktu perang Uhud 70 orang tentara Islam terbunuh sebagai syuhada'. Di antara mereka, ada yang berkata dari manakah dan sebab apakah kita meng

alami kekalahan sedemikian besar? Sedangkan tentara Islam pada perang Badar telah memperoleh kemenangan besar dengan menjadikan musuh lari kocar-kacir dan dapat menewaskan 70 orang musuh dan menawan 70 orang lagi.

Terhadap pertanyaan itu Rasulullah dapat perintah untuk menjawab bahwa kekalahan itu adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Pasukan pemanah oleh Rasulullah diperintahkan bertahan di atas bukit dan tidak boleh meninggalkannya sebelum ada perintah dari beliau. Tetapi mereka telah melanggar perintah itu dan turun meninggalkan bukit untuk ikut mengambil barang ghanimah. Dari atas bukit yang di tinggalkan pasukan pemanah itulah musuh menyerbu tentara Islam, sehingga akhirnya mereka mengalami kekalahan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.



Terhadap pertanyaan itu Rasulullah dapat perintah untuk menjawab bahwa kekalahan itu adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Pasukan pemanah oleh Rasulullah diperintahkan bertahan di atas bukit dan tidak boleh meninggalkannya sebelum ada perintah dari beliau. Tetapi mereka telah melanggar perintah itu dan turun meninggalkan bukit untuk ikut mengambil barang ghanimah. Dari atas bukit yang di tinggalkan pasukan pemanah itulah musuh menyerbu tentara Islam, sehingga akhirnya mereka mengalami kekalahan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ambil lah pengajarang dari kisah2 dalam Quran, itulah perbezaan matang IQ umat islam dengan umat terdahulu jika mengambil pelajaran daripada Quran, kerana umat islam jika selalu merenung kisah2 dalam Quran. mereka akan berhati2 setiap langkah melakukan keputusan. Jika tidak? binasanya atas keputusan anda sendiri.

(Azab) yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan bahwasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Nya.(QS. 3:182)

Azab yang pedih yang berlaku atas mereka (kaum Yahudi) adalah kerana akibat perbuatan mereka sendiri di dunia. Mereka mengatakan, bahwa Allah fakir. Mereka membunuh Nabi-nabi, melakukan perbuatan-perbuatan fasik, maksiat dan lain-lain.
Allah sekali-kali tidak akan menganiaya hamba-hamba Nya. Allah memperlakukan hamba-hamba Nya sesuai amal perbuatannya. Sesuai dengan firman Allah: 

هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
Artinya:

"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula".
(Q.S Ar Rahman: 60)

Kalau perbuatannya baik dibalas dengan syurga, dan kalau perbuatannya buruk dibalas dengan neraka. Allah tidak akan memperlakukan orang-orang yang berbuat maksiat sama dengan orang-orang bertakwa, begitu juga orang-orang kafir tidak sama dengan orang-orang mukmin.

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ نَجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاءً مَحْيَاهُمْ وَمَمَاتُهُمْ سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ(21)
Artinya:

"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh yaitu sama antara kehidupan mereka dan kematian mereka. Amat buruklah apa yang mereka sangka itu"
(Q.S Al Jasiyah: 21)





Begitulah umat islam jika mengambil pelajaran dalam Quran akan bersifat hati2 dalam melakukan aktiviti harian kita. jika tidak? NERAKA lah jawabnya.


Berbalik kepada kisah blog saya, semalam saya telah sign up balik blog baru iaitu http://diarynazir.blogspot.com/. saya sign up blog baru ini sebelum blog lama dapat sign in. terus apa saya nak buat dengan blog baru ini? ada siapa2 boleh bagi candangan tak dengan blog baru ini?




Apa kebaikan datang dari ALLAH subhanahu wataala, dan apa keburukan datang dari diri saya sendiri. moga2 rahmat hidup kita tidak putus memperjuangankan islam walaupun dimana anda perada.




WaALLAHua'lam..........

Saturday, April 16, 2011

Kehairanan Orang Kafir Tentang Diutusnya Rasul Dari Kalangan Manusia Biasa

Firman ALLAH SWT:

Dan mereka berkata: `Mengapa rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama dengan dia?,(QS. 25:7)

Mereka mempersoalkan mengapa rasul ini memakan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat untuk sama-sama menyebarkan dakwah Islamiah. Juga mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan atau kebun untuk dimakan hasilnya? Malah orang-orang yang zalim itu berkata: "Kamu sekalian tidak lain hanyalah mengikut seorang lelaki yang kena sihir."

           Setelah orang-orang kafir itu mencabar ALLAH SWT dengan mempersendakan Al-Quran, mereka tidak terhenti setakat itu. Mereka menyambung serangan kejam terhadap Nabi Muhammad SAW pula. Apa yang diharapkan ialah agar Muhammad kehilangan pengaruh dan pengikutnya. Manakala risalahnya terbantut dan tidak akan tersebar luas.

          Mereka mempersoalkan mengapakah rasul ini makan makanan dan berkalan di pasar-pasar seperti orang kebanyakan? Apakah bezanya orang yang dipanggil rasul jika dia menjalani kehidupan sepertimana mereka juga? Kalau begitu sudah tidak ada apa-apa lagi keistimewaan seorang rasul utusan ALLAH SWT pada mata mereka.

          Seungguhnya rasul yang diutus ALLAH SWT kepada khalayak manusia mesti dari kalangan manusia sendiri. Guru sewajarnya menjadi model dan contoh ikutan yang boleh diguna pakai. Jika guru dipilih daripada kalangan Malaikat ia tidak sesuai kerana Malaikat memiliki sifat yang asing. Ia tidak makan, minum, tidur, berkahwin atau beranak. Bagaimanakah manusia hendak mencontohi kehidupan Malaikat yang sempurna? Pasti tidak akan ada keselarasannya.

           Sama ertinya dengan keadaan di mana sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada kalangan orang miskin. Sedangkan pemimpin mereka terdiri daripada kalangan orang yang tidak pernah mengenal erti kesempitan hidup. bagaimana mereka hendak berkongsi penderitaan rakyat sedangkan pemimpin itu sejak kecil hingga akhir hayat bergelumang dengan kemewahan? Walaupun mereka boleh membantu membasmi kemiskinan namun dia sesekali tidak dapat menyamatarafkan diri dan jiwanya dengan kehidupan rakyat bawahan.

             Sedangkan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang miskin, tapi baginda sedia menyamatarafkan dirinya dengan cara hidup orang yang kurang bernasib baik Nabi SAW boleh duduk sehidang bersama golongan fuqara atau ahli suffan yang tidak ada tempat tinggal melainkan di Masjid Mabawi. Dengan demikian, hubungan Nabi SAW dengan umat pimpinannya sentiasa erat dan mesra serta amat serasi.

            Apakah motif orang-orang kuffar itu memusuhi Nabi SAW? Pernah baginda menyakiti mereka atau kemiskinan yang menjadikan sebahagian hidup Nabi SAW menimpakan kesukaran kepada orang-orang kafir itu? Walhal kemiskinan hidup Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyebabkan baginda meminta-minta. Justeru itu daripada manakah orang-orang kafir itu boleh melahirkan fahaman bahawa para nabi langsung tidak boleh makan minum seperti orang lain? Tidak boleh keluar ke pasar membeli barangan keperluan harian dan bergaul dengan masyarakat setempat.

           Fahaman yang menganggap bahawa seseorang itu apabila dianggap pemimpin agama dan umat mestilah mempunyai sifat-sifat seakan-akan Malaikat, mereka itulah pula sebenarnya golongan sesat. Fahman yang tidak munasabah itu pula turut diikuti segelintir orang-orang yang menganut agama cipta manusia yang mengharamkan perkahwinan. Kononya seks itu keji bagi golongan pemimpin agama.

           Ada pula di kalangan orang-orang kafir yang kononya berjuang untuk membersihkan jiwa dengan menyeksa diri, hidup berkelana tanpa tempat tinggal, berpakaian lusuh tanpa ganti, tidur di tepi-tepi jalan malah ada yang tidur di atas lantai yang dipenuhi hujung-hujung paku yang tajam. Kononnya semakin terseksa dan menderita tubuh badan, akan bertambah lagi kemurnian jiwanya. Sesungguhnya tidak ada manusia yang mampu membersihkan jiwa dan rohani secara total selain daripada manusia yang bergelar nabi, anbia' dan para ulamak. Tidak ada cara pintas yang boleh dilakukan untuk membersihkan jiwa dan rohani melainkan mengikut apa sahaja yang telah digariskan oleh Islam.

         Sebagaimana firman ALLAH SWT melalui Surah Asy-Syams ayat 9-10:

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,(QS. 91:9)
 Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.(QS. 91:10)
Demikianlah caranya orang-orang kafir menyerang peribadi Nabi SAW, kononnya tidak layak buat seorang bergelar rasul makan, minum dan berjalan ke pasar-pasar. Perbuatan itu sama seperti perbuatan orang awam. Menurut mereka, tiada apa yang luar biasa. Begitulah caranya mereka berkempen untuk memburuk-burukkan dan memperlekeh Nabi SAW pada kaca mata rakyat setempat. Setelah orang-orang kafir puas mencerca kekurangan yang ada pada Muhammad SAW, lalu mereka berkata bahawa lebih munasabah kalau diturunkan Malaikat sebagai utusanALLAH SWT.

            Golongan kuffar sengaja menimbulkan isu Malaikat untuk mempertikaikan kelayakan Muhammad SAW. Boleh jadi pada fikiran mereka bahawa Tuhan dan manusia mempuyai perbezaan yang amat jauh. Mereka sekali-kali tidak dapat mencari logiknya bahawa  manusia itu boleh bersama dengan Tuhan sekalian alam dalam satu saf fahaman yang sama. Amat sukar bagi orang-orang kafir itu untuk menerima makhluk jenis manusia menjadi rasul ALLAH SWT. Mereka menganggap bahawa para Malaikat lebih layak memikul tugas rasul berbanding dengan manusia. Sukurang-kurangnya Malaikat tidak makan minum, tidak tidur dan tidak berkahwin seperti manusia. Pada fikiran mereka sudah pasti Malaikat lebih layak menjadi rasul terakhir yang akan menyebarkan lembaran suci buat umat sepanjang zaman hingga kiamat.

           Sesungguhnya orang-orang kafir tidak faham atau rela untuk memahami. Sesungguhnya di dalam diri manusia ini telah diletakkan oleh-Nya suatu benda yang sangat bernilai yang tidak ada pada makhluk yang lain.

Friday, April 8, 2011

Dia Sahajalah Mengetahui Sistem Alam Ini

Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.(QS. 25:2)
Ayat tersebut merupakan lanjutan daripada ayat pertama yang menjelaskan bahawa Maha Suci ALLAH yang menurukan Al-Furqaan (al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad). Maka Dialah juga Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Segala pengurusan dan pengedalian cakerawala yang di dalamnya terdapat berbilion bintang dan planet yang tetap beredar dalam ketetapannya. Demikian jugalah planet bumi yang terdapat di dalamnya pelbagai unsur. Semuanya berjalan gengan selaras tanpa sebarang percanggahan. Jelas nyata di bawah kendalian kuasa ALLAH SWT.

          Ayat tersebut memberi penekanan tentang tauhid iaitu mengesakan ALLAH SWT. Dialah Tuhan yang menurunkan Al-Quran dan Dialah juga yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Bila disebut tauhid bukan semata-mata hendak mengatakan bahawa Tuhan Esa, Tetapi hendak memberikan kefahaman dan keyakinan bahawa begitu banyak kejadian alam ini semata-mata hendak menunjukkan ketuhanan ALLAH SWT.
  

         Ibarat tubuh manusia sejak dari hujung rambut sampai hujung kaki terdiri dari anggota lahiriah, pancaindera, otak yang terhimpun segala urat saraf, hormon, darah, daging, tulang dan seterusnya. Kesemuanya itu menjelaskan bahawa kesatuan dari semua jenis dan unsur dalam tubuh itu hakikatnya menjadi satu iaitu seorang insan.

         Apabila ALLAH SWT menyatakan bahawa Dialah yang menurunkan Al-Furqaan (Al-Quran) sebagai kemuncak rahmat ALLAH SWT terhadap hamba-Nya. Sedangkan umat terdahulu tidak pernah menerima kitab dari langit selengkap Al-Quran. Segala hukum dan peraturan yang terkandung di dalam Al-Quran bersesuaian dengan naluri dan tabiat manusia. Oleh itu, bagi yang membaca dan memahami Al-Quran pasti mereka tidak mampu menolak ketauhidan ALLAH SWT.

        Walau bagaimana pun apabila ALLAH SWT menyatakan bahawa Dialah juga yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Maka jika manusia tidak berkesempatan membaca Al-Quran, mereka tetap dapat mengandaikan bukti ketuhanan ALLAH SWT terhadap alam ini. Ke mana saja manusia melemparkan pandangannya sama ada ke langit atau ke bumi, pasti mereka akan terpandang keagungan kerejaan-Nya. Lapisan demi lapisan langit dan bumi serta apa-apa yang terdapat di dalamnya adalah lukisan indah daripada ayat-ayat ALLAH SWT yang 'manzurah' (tanda-tanda ALLAH SWT yang dapat dilihat).

        Manusia di muka bumi berada di bawah kerajaan ALLAH SWT, mempunyai peranan untuk mentadbir, keluarga, masyarakat, lebih-lebih lagi negara dan tanah air tempat bermastautin. Manusia mesti sedar bahawa kita sekarang sedang hidup di bawah ihsan kerajaan ALLAH SWT. Segala bentuk pentadbiran atau kerajaan yang mereka dirikan di dunia ini wajiblah selaras dengan hukum peraturan ALLAH SWT. Landasan perjalanannya terus terarah menuju Al-Quran dan Hadis.

        ALLAH SWT memiliki kerajaan langit lengkap dengan sistem dan peraturannya. Sebab itulah, walaupun di langit terdapat berbilion bintang dan planet yang saling bergerak dan beredar pada orbitnya. Namun tidak pernah ada pertembungan antara satu planet dengan planet yang lain, lantaran sistem kerajaan ALLAH SWT yang sangat sempurna dan saling melengkapi.

        Manusia hanyalah makhluk yang menghuni bumi dan menjadi sebahagian daripada rantaian ekologi makhluk ciptaan ALLAH SWT. Mereka tidak berhak untuk mencipta sistem dan peraturan sendiri di sini atau di mana jua pun! ALLAH SWT telah menutunkan Al-Furqaan (Al-Quran) kepada hamba-Nya (Muhammad). Di dalamnya mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap. Justeru itu manusia wajib mengikuti dan mematuhi apa sahaja yang terkandung di dalam Al-Furqaan supaya tidak berlaku percanggahan dengan sistem ALLAH SWT. Apa-apa percanggahan bakal mengundang bala bencana kepada manusia itu sendiri.

         Antara ayat yang menggambarkan keesaan-Nya ialah melalui Surah Al-Ikhlas, ayat 3-4:

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.(QS. 112:2)
 Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,(QS. 112:3)

Inilah tauhid yang ditekankan oleh Al-Furqaan bahawa ALLAH SWT sekali-kali tidak mempunyai anak seperti yang didakwa oleh orang Nasrani. Malah Dia juga tidak mempunyai sekutu dalam tampuk kekuasaan-Nya sama ada di langit atau bumi. Manusia ditegah mengadakan apa-apa sekutu sama ada terhadap hukum-hakam atau peraturan-Nya ketika manusia mentadbir diri, keluraga, masyarakat dan lebih-lebih lagi negaranya.
         Ini disebabkan ALLAH SWT sendiri telah menetapkan ukuran-ukuran yang serapi-rapinya dalam setiap pencipta-Nya.

          Firman ALLAH SWT:

Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.(QS. 25:2)

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia tidak boleh meragui ciptaan ALLAH SWT. Memandangkan segala telah ditetapkan dalam sistem yang lengkap sempurna. Mampu memenuhi segenap keperluan hidup manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, mikroorganisma, planet-planet dan seluruh alam semesta. Adalah tidak munasabah apabila manusia cuba mendatangkan sebuah peraturan lain yang dianggap lengkap. Sedangkan hanya ALLAH SWT mampu melengkapkan sistem dan peraturan dalam setiap ciptaan-nya menurut kadar ukuran yang lengkap.

          Seorang penulis bukan Islam manyatakan dalam bukunya yang diterjemahkan ke dalam bahasa arab tajuk Al-Insan Yaqumu Wahdah, bahawa manusia tidak boleh berdiri sendiri. Penulisnya telah menerangkan tentang keajaiban alam yang mengandungi banyak rahsia di sebaliknya. Menurutnya, lapisan permukaan bumi terdapat unsur oksigen. Sekiranya keadaannya lebih tebal daripada biasa, nescaya karbon akan habis ditelan oleh oksigen. Apabila salah satu dari unsur itu hapus, maka tumbuhan-tumbuhan tidak akan hidup. Akibatnya sudah pasti ia akan memberi kesan kepada manusia jika tumbuhan-tumbuhan tidak lagi wujud di dunia. Ini kerana sebahagian besar daripada keperluan makanan dan pernafasan manusia bergantung kepeda tumbuhan-tumbuhan.


         Yang keduanya; penulis tersebut juga menerangkan kejadian planet bumi yang sangat mengkagumkan ini. Keadaan muka bumi yang mempunyai ukurannya yang tersendiri telah serba cukup rapi dan sempurna. Menurutnya, jika lapisan udara di permukaan bumi ini nipis sedikit daripada yang sedia ada, nescaya permukaan bumi akan dihujani jutaan tahi-tahi bintang dari angkasa lepas. Secara automatik bumi akan menjadi tempat yang paling tidak selamat untuk kediaman manusia. Dengan bantuan oksigen di lapis luar bumilah telah menyebabkan tahi-tahi bintang akan terbakar dan menjadi debu sebaik sahaja sampai ke ruang angkasa bumi yang beroksigen.

          Perhatikanlah sejenak bagaimana keadaannya permukaan bulan yang tiada oksigen. Rontok dipenuhi kawah dan tasik-tasik akibat tahi bintang yang pernah gugur di permukaan tanpa halangan. Tahi bintang yang berbekalkan impaknya yang kuat, mampu menghancurkan apa sahaja. Subhanallah, Maha Suci ALLAH SWT.

          Penulis itu juga menjelaskan tentang serangan yang bernama Nyamuk. Pembawa penyakit malaria dan demam denggi. Menurutnya, unggas yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Ia bernafas hanya melalui rongga seni yang terdapat pada pipinya. Lantaran itu, nyamuk memiliki jangka hayat yang terlalu singkat iaitu kira-kira satu minggu.

          Apa akan jadi jika nyamuk malaria dan aedes mempunyai paru-paru dan hidup lebih lama? jika dilihat, dalam keadaan jangka hayatnya yang pendek itu pun, statistik tetap menujukkan bahawa bahaya demam malaria dan denggi masih membimbangkan.

          Ahli sains sentiasa membuat penyelidikan tentang rahsia alam ini, sewajarnya telah menemui bukti ayat-ayat ALLAH SWT yang manzurah. Segala contoh hasil penelitian penulis yang bukan Islam itu apabila ditelitii, ia sangat selaras dengan firman ALLAH SWT yang menjelaskan bahawa segala ciptaan-Nya telah diperlengkap dengan ukuran yang sangat tepat dan rapi.

          Akhirnya manusia tidak mempunyai ruang untuk tidak beriman dengan ALLAH SWT sekalipun mereka tidak membaca ayat-Nya yang maqru-ah (Al-Quran). Apatah lagi pada zaman ilmu yang begitu meluas dengan infrasruktur dan alat komunikasi canggih seperti hari ini.Manusia bukan sahaja telah menyelongkar rahsia di perut bumi dan dasar laut, malah telah meneroka angkasa lepas dan telah menemui sebahagian kecil daripada rahsia-Nya.

          Meskipun ALLAH SWT telah menyatakan dan membuktikan bahawa Dialah yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dialah juga yang menciptakan segala sesuatu dengan menetapkan ukuran yang serapi-rapinya. Dari abad ke abad, manusia telah semakin bijak namun semakin ramai pula yang berani mencabar keesaan ALLAH SWT sebagaiamana firman-Nya:

Kemudian mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apapun, bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) sesuatu kemanfaatanpun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak (pula) membangkitkan.(QS. 25:3)

sungguh menghairankan bagaimana manusia yang mempuyai akal dan ilmu pengetahuan yang tinggi, masih lagi mengiktiraf tuhan-tuhan lain. Tuhan pada mereka terbentuk dalam rupa berhala, matahati, bulan, kuburan lama, pokok, malah sesama manusia. Padahal semua itu tidak langsung terdaya mencipta sesuatu apa pun. Bahkan segala elemen tersebut itu pun ada yang membuatnya.

          Tuhan-tuhan palsu yang terdiri daripada benda-benda beku itu sudah tentu tidak dapat menolak sebarang kemudaratan yang bakal menimpa sesiapa. Jika burung-burung hinggap dan melepaskan najisnya di atas batang hiding sekalipun, ia tidak mampu menghalangnya. Jauh sekali daripada memberikan sebarang kemanfaatan. Lebih-lebih lagi dirinya sendiri yang merupakan benda yang bakal rosak binasa. Apatah lagi untuk menghidupkan dan membangkitkan manusia di Padang Mahsyar kelak.

          Mengapa masih ada manusia yang sanggup bersusah payah memerah tenaga, fikiran dan mengorbankan harta benda untuk mencipta patung-patung berhala dan sesuatu benda sebagai tuhan-tuhan mereka? sedangkan mereka tahu bahawa ia tidak layak sama sekali untuk disembah. Sebab itulah ALLAH SWT mendedahkan kelemahan tuhan-tuhan palsu itu untuk memberi pelang kepada para penyembahnya agar berfikir semula terhadap tindakannya yang dangkal dan bodoh itu.

Thursday, March 31, 2011

Hamba atau kuli


Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,(QS. 25:1)

melalui Surah Al-Furqaan ayat satu itu, dapat kita lihat perkataan 'hamba' telah digunakan. Siapakah yang dimaksudkan sebagai hamba oleh ayat tersebut? Tidak lain tidak bukan, Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Dalam ayat itu menggunakan perkataan hamba dari segi pengertiannya ialah manusia yang tidak memiliki kemerdekaan, hamba itu lebih rendah tarafnya jika dibandingkan dengan kuli. Seseorang kuli itu masih mempunyai kebebasan kecuali beberapa syarat yang dikenakan oleh majikan yang mesti dipatuhi.

            Sesetengah orang bertanya ; wajarkah Nabi SAW itu dikatakan hamba atau kuli? mengikuti pemikiran orang Melayu, sangatlah tidak manis bagi Nabi Muhammad SAW untuk dikatakan kuli.

            ALLAH SWT yang Maha Bijaksana itu menghendaki setiap makhluk patuh kepada segala arahan-Nya. Orang yang patuh adalah hamba atau kuli kepada tuannya. Lantaran kepatuhannya itulah yang menyebabkan majikan sayang kepadanya. Jika seorang hamba atau kuli tidak patuh, bertangguh-tangguh, atau mempersoalkan arahan itu dinamakan 'kuli melawan tauke'.

           Antara begitu ramai kuli atau hamba ALLAH SWT, hanya Nabi Muhammad SAWlah yang sangat patuh atas apa jua arahan-Nya. Maka ALLAH SWT amat menyayangi hamba-Nya insan yang lemah, namun ALLAH SWT memberikan keutamaan kepadanya. Sehingga dijemput dan diperjalankannya menghadap ke singgahsana ALLAH SWT dalam peristiwa Israk Mikraj.
Firman ALLAH SWT:
 Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(QS. 17:1)

Nabi Muhammad SWT merupakan manusia pertama yang diperjalankan oleh ALLAH SWT ke langit dalam suatu peristiwa yang dinamakan Israk Mikraj. Baginda telah selamat kembali semula ke bumi ada lagi manusia dibawa hingga ke Sidratul Muntaha dalam satu malam, kecuali Nabi Muhammad SAW yang dimuliakan-Nya.

Sedang dia berada di ufuk yang tinggi.(QS. 53:7)
 Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi,(QS. 53:8)
 Maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).(QS. 53:9)
 Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan.(QS. 53:10)
Demikian penghargaan ALLAH SWT kepada seorang manusia bertaraf hamba yang bernama Muhammad SAW. Baginda dibawa ke ufuk yang tinggi untuk menghadiri satu majlis pertemuan yang sungguh akrab. Jaraknya amat dekat iaitu kira-kira dua hujung anak panah. Jika itulah kedudukan seorang hamba yang taat di sisi ALLAH SWT, maka apakah hina sebenarnya gelaran hamba bagi nabi akhir zaman itu? sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bukanlah sekali-kali kuli kepada manusia, tetapi hanya menjadi hamba khas kepada ALLAH SWT, sama sperti kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini