Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Friday, February 20, 2015

Dalil Ulama tolak Tahlil adalah Khususiyat Nabi

Dalil Ulama tolak Tahlil

Tahlil dibuat berdasarkan hadis pacak pelepah tamar atas kubur riwayat Imam Bukhari. 

Berdasarkan hadis ini Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muhazzab menyatakan bahawa Imam Syafie dan anak-anak murid kanannya berpendapat sunat selepas dikebumikan mayat dibacakan al-Quran di Kubur. Kalau dikhatamkan 30 juzu al-Quran lagi afdhal. 

Berdasarkan hadis ini juga Majoriti ulama Hadis, di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalaani di dalam kitabnya Fathu al-Bari, Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim, Imam al-'Aini di dalam kitabnya Syarah Abi Daud dan al-Syeikh al-Mulla Ali al-Qari di dalam kitabnya Mirqatu al-Mafaateh Syarah Misykatu menyatakan : 

Sunat baca al-Quran di Kubur selepas dikebumikan mayat. Selain baca al-Quran semua bentuk zikir. Kalau baca al-Quran di Kubur tak payah niat sampai direct pahala dan manfaat kpd kubur tempat dibaca al-Quran dan zikir-zikir lain dan kpd semua penghuni kubur. 

Al-Syeikh al-Mulla Ali al-Qari dalam kitabnya Syarah Fiqhu al-Akbar menyatakan:

"Majoriti Ulama Salaf, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan sampai pahala bacaan al-Quran yg diniatkan kpd si mati."

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyebutkan dlm Fathu al-Bari bahawa Imam al-Thurtuusi, Qadhi Iyadh dan Imam al-Khatthobi menyatakan pacak pelepah tamar atas kubur riwayat Imam Muslim merupakan khususiyyat Rasulullah SAW. 

Bila ditafsirkan khususiyyat Rasulullah SAW akan membawa maksud Rasulullah SAW saja pacak benda atas kubur dapat mengurangkan azab orang dalam kubur. 
Sesiapa selain daripada Baginda kalau pacak tidak dapat mengurangkan azab org dalam kubur. 

Daripada sini juga hanya Rasulullah SAW saja yg baca al-Quran dan berzikir atas kubur dapat mengurangkan azab orang dalam kubur. Sesiapa saja yg baca al-Quran dan berzikir atas kubur tidak dapat membantu mengurangkan azab org dalam kubur. 

Daripada pentafsiran khususiyyat inilah lahirnya fatwa tidak sunat buat tahlil arwah, baca Yasin mlm Jumaat, Tunggu kubur dgn bacaan al-Quran dan berzikir dan yg sepertinya. 

Ini kerana tidak dapat membantu mengurangkan azab org dalam kubur kerana tidak sampai pahala. 

Inilah hujah yg digunapakai oleh ulama yg menolak bacaan Tahlil, bacaan Yasin mlm Jumaat dan tunggu kubur dgn membaca al-Quran, berzikir dan yg sepertinya.

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan bahawa pandangan Khususiyyat oleh ketiga-tiga ulama di atas adalah lemah. Sebabnya:

1. Hadis riwayat Imam Muslim menyatakan bahawa suatu ketika semasa Baginda SAW dan Jabir bin Abdillah berjalan di suatu kawasan padang pasir, tiba-tiba Baginda terdengar 2 orang sedang diazab dalam kubur. Lantas Baginda menyuruh pergi potong dua dahan kayu. Bila selesai dipotong oleh Jabir dan dibawa datang kpd Baginda SAW tiba-tiba Rasulullah SAW menyuruh Jabir yg pacak bukan Baginda sendiri yg pacak. 

Ini menjadi dalil pacak pelepah tamar oleh Baginda SAW dlm hadis Bukhari bukan merupakan khususiyyat Baginda. Buktinya dalam hadis Muslim Baginda suruh Jabir yg pacak

2. Disebut dalam hadis Bukhari, Ada seorang sahabat bernama Buraidah al-Aslami telah berwasiat kpd keluarganya supaya dipacak benda atas kuburnya.

Kalau pacak pelapah tamar dlm hadis Bukhari merupakan khususiyyat Baginda nescaya Buraidah tidak akan berwasiat. Berwasiat utk apa kalau tidak berfaedah. 
Justeru, pandangan Buraidah sahabat Rasulullah SAW, yg berpendapat bukan khususiyyat Baginda SAW mesti diutamakan berbanding dgn padangan Imam al-Turtusi, Qadhi Iyadh dan Imam al-Khatthobi yg berpendapat pacak pelapaj tamar dlm hadis Bukhari merupakan khususiyyat Baginda.

Kesimpulan hujah-hujah buat tahlil lebih kuat berbanding dgn hujah-hujah yg menolak tahlil.

Isu semasa :

TGNA mempunyai akhlak yg amat terpuji,tutur kata yg lemah lembut,zuhud,tegas dlm menegakkan yg haq,istiqamah dlm perjuangan,sungguh! sifat2 rasullulah  dicontohi nya.

sebab tu org bukan islam pun hormat dan syg pd beliau.itu lah islam yg sebenar,sampai ada kalangan kwn kita yg bukan islam pun sedih diatas pemergian nya,hanya org2 yg telah mati hati nya sja berckp  merapu

Tnga walaupun tidak membenarkan tahlil untuk dirinya tapi beliau meraikan perbezaan pendapat yang wujud. 

Beliau hadir dalam majlis tahlil di kampung apabila dijemput dan bertahlil bersama2. Cuma tidak untuk dirinya.

 Itulah yang membezakannya dengan salafi modern yang mengatakannya bid'ah sesat. Tidak Meraikan khilaf. 

Jika khilaf tersebut bukan muktabar haram menyertainya. Itu perbezaan antara salafi modern dan non-salafi modern. 

Bukan buat atau tidak. Itu belum dikira zikir lepas solat dan berdoa ramai2, takwil ayat sifat dll yang diamalkan oleh beliau. Orang yang mengaitkan masalah tahlil dengan beliau samada tak kenal beliau atau cuba mengambil kesempatan mempromosikan alirannya agar diterima ramai. Wallahualam

Monday, February 16, 2015

Harapan Pada Raja Salman, Terpadam



Sebelum ini kita berharap ada perubahan arah politik LN Saudi Arabia, sepeninggal Raja Abdullah. Namun nampaknya, suasana geopolitik di Timur Tengah tidak membenarkan Raja Salman untuk berbuat banyak.

1. Konsistensi EU dan AS sebagai bidan dan otak rampasan kuasa di Mesir, yang terus tutup mata pada kebiadaban Jeneral As-Sisi. 

Sebagai konpensasi, EU menjadikan Mesir perah susu kambing. Salah satunya Perancis mengaut 25 milion Dollar dari jualan 26 pesawat pejuang yang sudah tua. 

Kesatuan Eropah nampak tidak mahu rugi, kemiskinan yang melanda Eropah menjadikannya sangat bergantung dengan "kemurahan hati" Israel yang mempunyai banyak projek termasuk dari Iran, negera yang di media nampak bermusuhan.

2. Kemunculan ISIS di Iraq-Syria, kemudian pemberontak Syiah Hautsi di Yaman, serta tanzhim Al-Qaeda dengan baju ISIS di Libya, menjadikan As-Sisi memegang kad AS. 

Raja Salman dihadapkan pada fakta, tidak ada lagi negara Arab yang mempunyai askar dengan jumlah besar selain Mesir. 

Maka sokongan terhadap As-Sisi menjadi sebuah tawar menawar politik, demi meredam laju Syiah Hautsi di Yaman dan ISIS di Iraq-Syria yang tiada lain menjadi ancaman terdekat bagi Saudi Arabia.

Mesir di era As-Sisi benar-benar berubah 180 darjah. Dari pengimbang konflik Palestin-Israel, menjadi penyokong kuat Yahudi. 

Dari negera yang menjadi ibu bagi semua negara Arab. Kini malah menjadi ibu tiri kejam yang siap menyerang negara Arab manapun yang tidak sokong dengan tentera rampasan kuasa. 

Terbukti Mesir sejak era Sisi berani menyerang Libya, dengan pesawat-pesawat pejuang, melakukan pengeboman, hal yang tidak pernah dilakukan terhadap Israel pasca 1973.

3. Kestabilan di dalam negera Saudi Arabia sendiri, seiring dengan pemecatan para pegawai yang dipilih mendiang Raja Abdullah. 

Raja Salman nampak masih belum yakin, anasir-anasir pro-kudeta di Mesir benar-benar bersih. 

Terlebih tekanan AS-Inggeris yang diketahui bersama, bersama Iran-Israel berada di sebalik semua kehancuran negara Sunni di Timur Tengah.

Saat harapan itu pudar. Maka tidak ada pilihan selain menadah tangan memohon kepada Allah yang Maha Ghaffar. 

Semoga para penyokong rampasan kuasa di Mesir terutama dari kalangan yang mengaku paling Syariah dan paling berakidah lurus, benar-benar sedar. 

Sebagaimana sedarnya hati orang-orang yang sangat anti-demokrasi, atau lebih memilih peranan penafian aktif untuk segera bergerak, menjadi penguasa negera-negera Muslim.

Pandangan Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah

Soalan : Apakah pandangan Syaikh al-Islam, Sulthon al-Ulama, Imam al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap pembahagian bid'ah?

Jawapan : Beliau mengatakan :

 البدعة فعل ما لم يعهد في عصر رسول الله وهي منقسمة الى بدعة واجبة وبدعة محرمة وبدعة مندوبة وبدعة مكروهة وبدعة مباحة

Bid'ah itu adalah perbuatan yang tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w., dan ia terbahagi kepada bid'ah wajib, bid'ah haram, bid'ah mandub(sunat), bid'ah makruh dan bid'ah harus.

(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashahih al-Anam, ibn Abd as-Salam, Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyyah, cetakan pertama, 1420H/1999M, 2/133-134.)
(Lihat juga Al-Fatawa al-Maushiliyyah, Ibn Abd as-Salam, ms.129.)

Kemudian beliau menyambung :

فان دخلت في قواعد الايجاب فهي واجبة، وان دخلت في قواعد التحريم فهي محرمة، وان دخلت في قواعد المندوب فهي مندوبة، وان دخلت في قواعد المكروه فهي مكروهة، وان دخلت في قواعد المباح فهي مباحة

Dan jika ia termasuk dalam kaedah yang mewajibkan, maka ia adalah wajib. Dan sekiranya ia termasuk dalam kaedah yang menjadikannya haram, maka ia haram. Dan jika ia termasuk dalam kaedah sunat, maka sunat. Dan jika ia termasuk dalam kaedah makruh, maka ia makruh dan jika ia termasuk dalam kaedah harus, maka ia harus.

(Lihat Al-Qawa'id al-Kubra, Ibn Abd as-Salam, 2/337-339, Al-Azkar, An-Nawawi,ms.237, Al-I'tisham, Asy-Syatibi, 1/188).(Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani, 13/253-254, mukaddimah As-Sayuthi dalam Husn al-al-Maqsid dalam Al-Hawi li al-Fatawa, Fatawa Hadithiyyah, Al-Haitami, ms.150, Radd al-Mukhtar, Ibn Abidin, 1/376 dan lain-lain)

Pembahagian ini merujuk kepada bid'ah itu sendiri sebagai perkara baru, bukanlah sebagai hukum. Dalam erti kata lain, bid'ah bukanlah hukum. Ini adalah kerana hukum Taklifi itu cuma ada 5 sahaja (iaitu Wajib, Haram, Sunat, Makruh, dan Harus). Sebab itulah setiap perkara baru, hendaklah ditimbang di atas neraca hukum yang 5 ini.

Imam Izz ad-Din Abd as-Salam seterusnya memberikan contoh bid'ah itu mengikut bahagiannya iaitu :

1- Wajib : Mengkaji Ilmu Tatabahasa (Nahu) untuk memahami Al-Quran dan Hadith.
2-Haram : Mengikut fahaman Qadariyyah dan Jabariyyah.
3-Sunat : Mendirikan sekolah dan tempat pengajian.
4-Makruh : Menghias masjid dengan ukiran-ukiran.
5-Harus : Bersalaman setelah solat Subuh dan Asar dan membuat kelapangan dalam urusan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

(Lihat Qawa'id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/134)

Ulama menyokong pembahagian Imam Al-Izz Ibn Adb As-Salam

Soalan : Siapakah di kalangan para Ulama yang bersetuju dengan pembahagian Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam terhadap Bid'ah ini?

Jawapan :
 1- Ulama mazhab Hanafi : Al-Kirmani , Ibn Abidin, At-Turkimani, Al-Aini dan At-Tahanawi.

2- Ulama mazhab Maliki : At-Turtusyi, Ibn Al-Hajj, Al-Qarafi dan Az-Zurqani.

3- Sepakat(ijma') di kalangan semua ulama mazhab Syafie termasuk Imam Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata :

و قسم بعض العلماء البدعة إلى الأحكام الخمسة وهو واضح

Dan sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada hukum yang lima(wajib, sunat, haram, makruh dan harus) dan ia adalah jelas(begitu).

Imam Sayuti berkata :

أصل البدعة ما أحدث على غير مثال سابق وتطلق في الشرع على ما يقابل السنة أى ما لم يكن في عهد صلى الله عليه وسلم, ثم تنقسم إلى الأحكام الخمسة

Asal bid'ah itu ialah apa yang diadakan dengan tidak ada contoh sebelumnya. Dan diitlaqkan dalam Syara' iaitu apa-apa yang berlawanan dengan sunnah iaitu apa-apa yang tidak ada pada zaman Nabi. Kemudian ia(Bid'ah itu) terbahagi kepada hukum yang lima. 

Akan bersambung episode seterusnya

Ulama yang membahagikan bid'ah kepada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie

Soalan : Siapakah ulama lain yang membahagikan bid'ah kepada bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah selain Imam Syafie?

Jawapan : Mereka adalah ramai di antaranya :

1-Imam Ibn Hajar al-Haitami.(At-Tabyin fi syarh al-Arba'in,ms.32)
2-Qadhi Abu Bakar Ibn Al-Arabi.(Aridah al-Ahwazi,10/147)
3-Imam Al-Baihaqi.(Manaqib asy-Syafie.1/469)
4-Imam Al-Ghazzali.(Ihya Ulum Ad-Din,1/276)
5-Ibn Hazm Azh-Zhahiri[456H].(Al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam,1/47)
6-Ibn Al-Athir al-Jazari.(An-Nihayah,1/79)
7-Imam Abu Nu'aim.
8-Imam Al-Izz Ibn Abd as-Salam.(Lihat Thobaqat asy-Syafi'iyyah,5/80-107 dan Syazarat az-Zahab,5/330)
9-Imam Nawawi
10-Ibn Al-Amir ash-Shan'ani(Lihat Thathir al-I'tiqad an Adran asy-Syirk wa al-Ilhad)
11-Ibn Hajar al-asqalani.(pensyarah kitab Shahih Bukhari)
12-Al-Ubbi.(Pensyarah kitab Shahih Muslim)
13-Imam Sayuti.
14-Ibn Rajab Al-Hanbali.
15-Ibn Taimiyyah.
16-Ibn Al-Jauzi.
17-Asy-Syaukani.

Dan ulama lain yang ramai lagi termasuk : Syaikh Ali al-Qari dalam Syarh al-Misykat, Ibn al-Muluk dalam Mabariq al-Azhar Syarh Masyariq al-Anwar, Imam Al-Qasthillani dalam Irsyad as-Sari Syarh Shahih al-Bukhari, Az-Zarqani dalam Syarh al-Muwaththo', Al-Hafiz Abu Syamah dalam Al-Baith ala Inkar al-Bida' wa al-Hawadith, Al-Halabi dalam Insan Al-Uyun fi Sirah an-Nabiy al-Makmun dan Al-Baji dalam Al-Muntaqa Syarh al-Muwaththo'.

Kesepakatan Ulama

Para ulama telah bersepakat tentang pembahagian bid'ah kepada yang terpuji dan tercela. Sayyiduna Umar adalah orang pertama yang mengatakan demikian.

Para ulama juga sepakat mengatakan Hadith :

كل بدعة ضلالة

Setiap bid'ah itu sesat.

Perlu dikhususkan.

Hanya Imam Asy-Syatibi sahaja yang tidak bersama dalam kesepakatan ini. Beliau menolak pembahagian bid'ah seperti ini dan mendakwa bid'ah semuanya cela.

Walau bagaimanapun, Imam Asy-Syathibi mengakui ada di antara bid'ah tersebut yang dituntut sama ada dalam bentuk wajib atau sunat. Cuma, beliau tidak menamakannya bid'ah tetapi memasukkannya dalam kategori 'Maslahah al-Mursalah' (Kepentingan Umum).

Justeru, perbezaan pendapat beliau hanyalah dari segi menamakannya sahaja. Dengan kata lain, menurut beliau, bid'ah yang dituntut tidak boleh dinamakan bid'ah, tetapi dinamakan 'Maslahah').

(Lihat Al-I'tisham, Imam Asy-Syathibi, 1/35-40, 2/311-320)

Akan bersambung episode seterusnya.

Saturday, February 14, 2015

Perakuan Al-Quran tentang Bid'ah Hasanah

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?

Jawapan : Ya. Imam Ath-Thobrani meriwayatkan di dalam kitab Al-Ausath tentang satu athar dari Abu Umamah al-Bahili katanya :

Sesungguhnya Allah swt memfardhukan kepada kamu puasa Ramadhan. Dia tidak memfardhukan kepada kamu beribadat di malam harinya (dengan solat Tarawih berjemaah). Beribadat di malam hari itu adalah perkara baru yang kamu ada-adakan. Oleh itu hendaklah bertekun dan berterusan mengerjakan. Ini kerana ada manusia dari kalangan Bani Israel yang telah mencipta satu bid'ah. Lantaran itu Allah swt mencela mereka apabila mereka meninggalkannya. Firman Allah swt :

Dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya. Kami tidak mewajibkan atas mereka. (Mereka berbuat demikian) kerana mencari keredhaan Allah swt dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya
(Surah Al-Hadid: 27)
(Dalam sanad athar ini terdapat Zakaria bin Abu Maryam. Ibn Hibban menyenaraikan termasuk dalam perawi yang thiqah)

Imam Ad-Darquthni mengatakan :

Periwayatannya boleh diambil kira. Kefahaman yang dipetik oleh Abu Umamah berdasarkan ayat Al-Quran terbabit shahih. Ini kerana ayat terbabit bukan mencela golongan manusia itu (dari Bani Israel) kerana mereka mengadakan-adakan cara hidup kependetaan itu dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Tetapi Al-Quran mencela mereka disebabkan mereka tidak menunaikan dengan sebenar-benarnya cara kependetaan yang mereka ada-adakan. Ini menunjukan bid'ah yang baik disyariatkan (diperakui oleh syara').

Hujah Pembahagian bid'ah kepada dua bahagian

Soalan : Apakah hujah Imam Syafie dalam pembahagian bid'ah tersebut?

Jawapan : ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap hadith yang berkaitan, antaranya :

١. من احدث في امرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Sesiapa yang mengadakan sesuatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

٢. من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء،، ومن سن في الاسلام سنة سيىءة فعمل بها بعده كتب عليه مثل وزر من عمل بها ولا ينقص من اوزارهم شيء.

Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakan itu.
(Riwayat Muslim)

3. Hadith dari Abd ar-Rahman bin Abd Al-Qari tentang solat Tarawih di mana beliau (Abd ar-Rahman) keluar bersama Umar bin Al-Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjemaah. Umar mengatakan jika dia mengumpul mereka mengikut seorang qari (imam), maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka'ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam, Umar berkata :

نعمت البدعة هذه

 Ini adalah bid'ah yang baik.
(Riwayat Al-Bukhari)

Akan bersambung episode seterusnya

Soalan : Apakah ada di dalam Al-Quran yang memperakui bid'ah yang baik?


Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah

Soalan : adakah ada Bid'ah Dhalalah dan Bid'ah Hasanah?

Jawapan : Ada, berdasarkan pembahagian oleh Imam Syafie di atas dan disokong oleh para A'immah yang lain.

Ia juga berdasarkan hadith riwayat Imam At-Tirmizi dan ibn Majah.

من حديث كثير بن عبد الله المزني-وفيه ضعف-عن ابيه عن جده عن النبي (ص) قال : من ابتدع ضلال لا يرضاها الله ولا رسوله كان عليه مثل اثام من عمل بها لا ينقص ذلك من اوزارهم شيءا.

Daripada hadith Kathir bin Abdullah al-Muzani- di dalamnya ada dha'if-dari ayahnya dari datuknya dari Nabi bersabda  Sesiapa yang mengadakan sesuatu Bid'ah Dhalalah (sesat) yang tidak redhai Allah dan RasulNya, maka ke atasnya dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi 
sedikitpun daripada dosa mereka itu.

Imam Nawawi berkata :

البدعة في الشرع هي احداث ما لم يكن في عهد رسول الله وهي منقسة الى حسنة وقبيحة.

Bid'ah dari segi Syara' ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah saw. Dan ia terbahagi kepada hasanah (baik) dan qabihah 
(buruk).


(Tahzib al-Asma' wa al-Lughat, Abu Zakariya Yahya bin Syarf an-Nawawi, Taheran: Manthurat Maktabah al-Islami, t.t, 1/23.)

Imam Abd al-Dahlawi berkata :

اعلم ان كل ما ظهر بعد رسول الله بدعة، وكل ما وافق اصول السنة وقواعدها او قيس عليها، فهو بدعة حسنة، وكل ما خالفها فهو بدعة وضلالة.

Ketahuilah bahawa setiap yang lahir selepas (zaman) Rasulullah s.a.w. adalah bid'ah dan setiap yang bersamaan (sesuai) dengan ushul sunnah dan kaedah-kaedahnya atau yang diqiyaskan atasnya, maka iaitulah Bid'ah Hasanah (baik), dan setiap yang bertentangan dengannya (dengan ushlul sunnah dan kaedah-kaedahnya) maka itu Bid'ah Sayyi'ah (keji) dan Dhalalah (sesat).


(Al-Asas fi as-Sunnah wa Fiqhuha, Sa'id Hawa, Arab Saudi: Dar Al-Islam, Cetakan kedua, 1412H/1992M, ms. 360.


Al-Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq,  Zain al-Abidin bin Sumaith berkata di dalam kitabnya Al-Ajwibah al-Ghaliyah fi Aqidah al-Firqah an-Najiah :

فكل احسان لم يعهد في العهد النبوي فهو بدعة حسنة، يثاب عليها، بدليل قوله (ص) : (من سن في الاسلام سنة حسنة فعمل بها بعده كتب له مثل اجر من عمل بها ولا ينقص من اجورهم شيء)

Maka setiap perkara yang baik yang tidak ada pada zaman Nabi S.a.w.. maka ia adalah Bid'ah Hasanah, diberi ganjaran orang yang melakukannya, dengan dalil perkataan Nabi s.a.w : Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikit dari pahala orang 
yang mengerjakan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini