sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat..
Kunjungan Tetamu
OK TAK BLOG NI?
Pilih Tajuk Melarik
Followers
Monday, February 9, 2015
Tungu Raja Salman Tumbangnya Rejim As-Sisi di Mesir
DR. Mahmoud Khaffagi menegaskan, "Kamu semua melihat sendiri banyak kebaikan dari Ikhwan Muslimin. Hanya perlu sabar sedikit saja!" Ya. Seminggu selepas meninggalnya Raja Abdullah, harapan kembali viral di seluruh Timur Tengah. Peranan Raja Abdullah dalam rampasan kuasa di Mesir yang menyebabkan 10,000 orang lebih meninggal dunia, 100,000 orang dihalau dari Mesir, 20,000 orang tercedera, 45,000 orang dipenjara, merupakan dosa teramat berat yang dipikul Raja Abdullah.
Kini di era Raja Salman bin Abdul Aziz, babak baru Saudi Arabia bermula. Empat hari selepas rasmi berkuasa, Raja Salman terus mengguna pernjanjian industri dengan Turki yang dibekukan sejak rampasan kuasa di Mesir. Bahkan Raja Salman melakukan hubungan, atas kedatangan kapal pejuang baru yang dihasilkan Turki. Maka Saudi-Turki kembali berbaik.
Hal yang sama dilakukan Kuwait. Duta Kuwait di Kaherah menegaskan, Kuwait tidak akan lagi memberi tambahan bantuan untuk pemerintahan As-Sisi. Perlu diketahui, bantuan Kuwait untuk rampasan kuasa di Mesir berada di urutan ketiga setelah Saudi Arabia, UAE.
Rakyat Mesir kini cemas. Kawalan kuasa di Mesir sebenarnya berada di tangan Panglima AB dan Menteri Pertahanan, Jeneral Shidqi Shubhi. Maka seorang Ahmad Mansour, wartawan senior Almujtama 'berharap, Shidqi Shubhi terketuk hati untuk menebus segala dosa dan kesalahan di masa lalu dengan melakukan rampasan kuasa senyap terhadap As-Sisi. Lalu dilakukan perdamaian, pembebasan tahanan politik, pengembalian hak-hak WN Mesir yang dirampas, dan tidak membiarkan Mesir seperti Syria atau Iraq.
Sikap negara-negara Teluk penyokong rampasan kuasa, tidak terlepas dari merosotnya harga minyak dunia. Dimana Dewan Kerjasama Teluk mengalami kerugian hampir 215 Juta Dollar dalam enam bulan terakhir. Selain sikap rakyat di negara-negara Teluk yang seperti "burung kakak tua" atas raja-raja dan emir-emir mereka yang lebih memperhatikan Mesir dengan kudetanya, daripada mensejahterakan rakyatnya. Hal ini pula yang mendorong Raja Salman, menyuntik bonus 2 bulan gaji dengan jumlah 30 bilion Riyal untuk rakyat Saudi Arabia.
Jadi, kunci berakhir tidaknya rampasan kuasa di Mesir bergantung daya tekanan Saudi Arabia terhadap AS. Tekanan akan semakin kuat apabila Turki dan Qatar ikut menekan AS. Tentunya dengan tawar menawar, salah satunya Turki mengendurkan sokongan kepada Ikhwan Muslimin. Mari terus kita cermati!
Sunday, February 8, 2015
Mengkaji Daya Tahan Diri Generasi Ketiga Ikhwanul Muslimin
185 tokoh pusat Ikhwan terancam hukuman mati. Orang-orang hebat Mesir mulai daripada murabbi terhebat hingga penyumbang pingat dunia kini disumbat dalam penjara rampasan kuasa. Dituduh pengganas, dihukum mati, dipecat dari kampus, pekerjaan, bahkan status kewarganegaraan. Ribuan orang mati, dibantai tanpa peduli tua muda atau anak belum dewasa. Bahkan seorang pahlawan perang 1973, beberapa pegawai tentera yang pernah memenangi anugerah bintang, digerus hingga mampus.
Tidak seperti Salafy An-Nur yang bangga dipuja-puji As-Sisi, bahkan membuka diri untuk menerima calaon-calon ex-parti NDP Mubarak. Generasi muda IM terus mengobarkan semangat menentang tanpa berhenti. kereta kebal dan helikopter Apache yang dikerahkan, tak membuat melemah semangat generasi ketiga Ikhwan. Darah syuhada menjadi tenaga tak tertanggung. Berkobar semangat juang tak kenal patah arang.
Pantas saja, tentera rampasan kuasa mulai kelam kabut. Pihak kudeta semakin kejam. Tapi dunia Barat baru sedar pembunuhan penunjuk perasaan, apabila polis membunuh aktivis Sosialis kiri Syima As-Shabbag. Maka senjata paling ampuh adalah menggerakkan orang-orang agamawan, yang tak segan lagi memutarbelitkan dalil demi meraih restu tentera rampasan kuasa. Tentang hal ini akan dibuat tulisan khusus.
Apa yang menjadi pendorong kekukuhan organisasi muda Ikhwan?
1. Ruh al-hurriyyah. Jiwa merdeka. Enggan menjadi budak yang menghambakan diri pada penguasa yang pengecut. Ini masalah militan. Komitmen dengan cita-cita dasar manusia: meraih merdeka dan menghambakan diri sepenuhnya pada Allah Taala.
2. Ruh at-tamkin. Jiwa prestatif. Mereka adalah generasi yang sudah teruji di setiap aksi. Sejak lama terlatih menjadi pelayan umat dan pengabdi masyarakat. Transaksi dengan Allah tidak lagi sekadar teori. Namun dilakukan sepenuh hati, tanpa peduli yang diperjualbelikan adalah harta dan jiwa.
3. Ruh al-qudwah. Jiwa keteladanan. Mereka meneladani sepak terajang baginda Nabi, sahabat, tabiin, salafus soleh. Tidak hanya dalam ritual, namun hingga pada pengorbanan. Keteladanan ini mereka dapatkan dari mutiara tarbiyah. Mulai dari Mursyid Aam Ikhwanul Muslimun, anggota Maktab Irsyad, hingga kepemimpinan terkecil.
4. Ruh al-'isyq. Jiwa rindu meraih syahid. Menentang Yahudi dan agen-agennya, tak boleh dilakukan hanya dengan menyebarkan buletin, seminar, apalagi lambang di kain rentang. Menentang kejahatan perlu keberanian. Pelaksanaannya, syahid di medan jihad melawan penguasa zalim. Ikhwan menahan diri untuk angkat senjata. Bukan tidak bersedia dan tidak mampu. Aksi damai ternyata membongkar tabir lebih dalam: membersihkan anasir jahat di dalam tubuh umat. Anasir jahat yang hingga kini membuat umat Islam tersekat dan terus mati. Wallahu A'lam.
Raja Salman dan Masa Depan Ikhwan Muslimin
Tentu masa depan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Harapan terbaik adalah yang disandarkan kepada Allah semata. Hanya saja, jika Allah menghendaki kebaikan, maka Allah akan memilih manusia-manusia yang menjadi khalifahnya. Tidak ada salahnya kita berharap perubahan ketara terhadap Raja baru Saudi Arabia. Walaupun saat ini, tak satupun penguasa, melainkan perlu mendapat restu dari Amerika dan Inggeris.
Namun perubahan yang memunculkan harapan baru, sangat terasa. Terutama dasar Raja Saudi mengenai hubungannya dengan Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam terancang dan terbesar di dunia. Banyak yang meramalkan, Saudi akan lebih berpihak kepada Ikhwan. Alasannya ada dua:
1. Dasar Saudi yang sangat membenci Ikhwan, telah disingkirkan Raja Salman hanya dalam 2 jam selepas Raja Abdullah diumumkan meninggal dunia. 6 Titah Raja dikeluarkan dan 30 titah raja selanjutnya diterbitkan hanya dalam masa kurang dari 7 hari setelah dibaiat menjadi raja.
2. Raja baru Saudi lebih menampung institusi-institusi keIslaman berbanding Raja Abdullah yang lebih menampung institusi-institusi sekular dan liberal. Raja Salman diramalkan akan lebih mengapresiasi peranan dan sumbangan Ikhwan yang diakui sejak lama turut mengghairahkan dunia pendidikan di Saudi Arabia.
Peranan Raja Salman yang kita tunggu-tunggu adalah, dasar Saudi Arabia khususnya terhadap negara-negara yang anti-Ikhwan. Sebut sebagai contoh Mesir, Emirates Arab, Kuwait. Kedekatan Raja Salman dengan Presiden Turki Erdogan berikut Emir Qatar, menjadi isyarat penting perubahan KSA yang di masa Raja Abdullah disebut-sebut membentuk aci pakatan syaitan yang dekat dengan Yahudi Israel. Membenci Ikhwan tapi membiarkan Syiah menguasai laman depan dan dapur Saudi Arabia.
Petunjuk terkuat, Aljazeera kembali "galak" dan berani menyerang Agung rampasan kuasa As-Sisi dengan lontaran berita yang lebih garang berbanding sebelumnya. Kembalinya Qatar menjadi penyokong IM, terindikasi kuat berkat dari meninggalnya Raja Abdullah yang beberapa bulan lalu mengukut Qatar dengan ancaman-ancaman menakutkan: penutupan duta, penutupan jalan darat Saudi-Qatar, bahkan penamatan keahlian Kerjasama Teluk.
Pantas saja belum apa-apa Raja Salman sudah diserang organisasi-organisasi masyarakat tertentu. Salah satunya yang paling heboh adalah pendapat Amir HT, sikap Emir Dubai, media rampasan kuasa Mesir yang sangat negatif soal Raja Salman. Kita hanya boleh berdoa, semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayahnya untuk raja-raja dan para pemimpin dunia Islam. Allaahumma qad ballaghtu. Fasyhad.
Saturday, February 7, 2015
Jeneral As-Sisi Segera Gigit Jari
Subhanallah. Walhamdulillah. Walaa Ilaaha Illallah. Wallaahu Akbar. Saya tak henti-henti bertasbih, meyakini bahawa Allah tidak akan pernah menyusahkan keluarganya hamba-hamba-Nya yang berjuang membela agama Allah. Terutama pejuang-pejuang di Palestin (Gaza) yang diwakili HAMAS-Jihad Islam, di Mesir yang diarah Ikhwan Muslimin, di Saudi Arabia dengan Raja Salman, juga AKP di Turki yang dipimpin Erdogan serta Emir Qatar.
Selepas revolusi di lingkungan istana Saudi, Raja Salman kembali melakukan perubahan baru. Di antaranya:
1. Menunjuk kembali Dr. Syaikh Syuraim, sebagai imam dan khatib tetap Masjidil Haram.
2. Membebaskan ratusan tawanan politik dari penjara-penjara Saudi Arabia.
3. Fokus pembaharuan ekonomi dengan memperhatikan faedah sosial, pemberian rumah percuma untuk warga Saudi, dan tentunya menutup bantuan untuk rejim-rejim diktator.
4. Membatalkan ancaman terhadap Qatar, yang di era Raja Abdullah Saudi mengencam akan mengasingkan Qatar dan mengeluarkan dari keanggotaan Majlis Kerjasama Teluk.
5. Meletakkan pangeran-pangeran Saudi yang mempunyai kedekatan dengan Turki. Di antaranya menunjuk Pangeran Muhammad bin Naif, sebagai penanggungjawab kerjasama dengan Turki untuk membendung arus Syiah yang membentang dari Iraq, Yaman, Lubnan, dan Syria.
Pangeran Sa'ud Saifun Nashr Al-Saud, cucu dari Raja Suud bin Abdul Aziz walaupun terang-terangan menyeru untuk segera mengadili para penyokong rampasan kuasa. Di antaranya Ketua Pejabat Kerajaan Saudi, Khalid At-Tuwajiri serta melakukan penyelidikan atas penggunaan wang 20 bilion dollar AS yang dihantar kepada tentera rampasan kuasa di Mesir.
Pangeran Su'ud menegaskan, "20 bilion dollar benar-benar telah dicuri dan sama sekali tidak menyentuh rakyat Mesir kebanyakan. Buktinya, tidak ada satupun perubahan positif yang dialami rakyat Mesir, bahkan semakin hari makin menderita."
"Kita perlu menyiasat pembaziran wang rakyat Saudi yang dibahagikan-bahagikan kepada jeneral-jeneral rampasan kuasa di Mesir. Tanyalah, 20 bilion dollar itu statusnya sebagai apa: pinjaman hutang, geran, menderma, atau memang rompakan? Bayangkan, mengapa 20 bilion dollar tidak mengubah apa-apa kehidupan rakyat Mesir. Krisis elektrik, gas, bahan makanan pokok terus berlanjut. Sangat jelas, siapa yang menjadi para pecinta utama bilion dollar wang rakyat Saudi. Siapa lagi kalau bukan mafia rampasan kuasa di Saudi dan para jeneral di Mesir. "
Demikian. Allah swt. membiarkan rampasan kuasa berlaku di Mesir dan Ikhwan Muslimin menolak mengangkat senjata. Ternyata Allah bukakan hikmah-hikmah mendalam. Membuka tabir juru-juru dakwah yang mengajak pada neraka Jahannam, dengan menghalalkan pembunuhan dan memutarbelitkan dalil demi kepentingan rampasan kuasa.
Thursday, January 15, 2015
Penyerangan Charlie Hebdo: Kini Derita Umat Islam Sempurna
Kejadian penembakan di pejabat Charlie Hebdo, umat Islam Perancis dan beberapa negara Eropah seperti Jerman, Inggeris, Greek mengalami masa kritikal.
DR. Abdul Karim Bakkar, dalam wawancara Aljazeera Arab menegaskan, "Pembela kejahatan adalah orang jahat. Pembela kedunguan adalah orang dungu. Membunuh 12 orang editor majalah yang menulis atau membuat karikatur dungu, namun kesannya dahsyat: mengencam umat Islam di Eropah. Setiap hari umat Islam semakin sukar di Eropah.
Para pelaku keganasan telah membuka peluang seluas-luasnya untuk Yahudi dan seluruh kaum konservatif Eropah. Mereka menanti-nanti kesempatan, bagaimana boleh meyakinkan bangsa Eropah bahawa setiap Muslim tak lebih dari bom waktu.
Ketahuilah. Sejak lama Eropah membuka pintu rumahnya, sekolahnya, dan lingkup sosialnya kepada umat Islam yang lari menyelamatkan diri dari kebengisan rejim penguasa -konon katanya- negeri Islam. Susah payah diterima dan membayar cukai standard Eropah.
Namun sekumpulan manusia esktrimis, radikalis, dan bodoh, malangnya telah menutup celah. Mereka tidak mewakili Islam. Mereka tak lebih dari wabak yang mematikan Islam dan penganutnya.
Jika kita benar-benar mencintai Rasul. Apakah kartun atau filem yang terindikasi menghina Rasul, mengurangkan kemuliaan baginda? Sama sekali tidak.
Selain itu dibuat oleh manusia-manusia hina, namun masih menerima dakwah tersebut dengan bilhikmah walmauizhah alhasanah.
Sedarkah kita, penghina Rasul sebenarnya ada di jazirah Arabia, di negeri-negeri Muslim yang membantai ribuan umat Islam di Rab'ah Al-Adawiyah, Ittihadiyah Mesir, dan yang memenjarakan ulama-ulama yang mengkritik kuasa mutlak melebihi kuasa Allah Taala.
Walaupun sedikit jujur, kita akan faham, bahawa penghina Rasul hakiki adalah kita sendiri. Lebih cinta maksiat daripada taat. Lebih asyik menjadi durjana, daripada menjadi Muslim berakhlak mulia.
So saudaraku, apa yang berlaku di Perancis, sasarannya sudah tercapai. Yang bertepuk tangan adalah Yahudi Israel. Kes Perancis membuat donatur Palestin di wilayah Eropah, dibekukan.
Tempat yang menjadi tujuan kaum Muslimin Sunni yang lari dari kekejaman Syiah di Iran, Iraq, Syria, Lubnan. Juga dari kebengisan penguasa di Mesir, Saudi Arabia, Teluk, Maghribi, Algeria, kembali tertutup.
Lengkap sudah. Di negera minoriti Muslim, dibunuh. Di negera Muslim sendiri dibantai dan dibunuh di penjara.
Di negera demokrasi, penguasanya dikuasai manusia tak berhati nurani. Hijrah ke Eropah dituduh biang pengganas.
Tentu sebagai umat Islam kita tidak harus meminta maaf kepada Perancis. Kerana pada dasarnya, Perancis, Inggeris, Amerika Syarikat, Russia, Itali, Sepanyol, adalah mereka yang "memelihara" kaum radikalis.

Siapa Pencetus Keganasan Sebenar?
PEPATAH Arab menyatakan: “Dia yang zalim terhadap saya, dia pula yang mengadu. Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis”. Inilah yang terkini dialami oleh Islam dan penganutnya.
Islam dituduh membawa keganasan, maka penganutnya seringkali dikaitkan dengan pengganas apabila berlaku sesuatu tragedi yang secara kebetulannya dikaitkan dengan penganut Islam. Maka diperbesarkanlah, laksana titik kecil dibesarkan menjadi kubah hitam yang besar.
Walaupun ianya menjadi catatan sejarah dilakukan oleh pihak bukan Islam berkali ganda banyak dan besarnya di sepanjang zaman, khususnya apabila penganut Islam menjadi mangsa di seluruh pelusuk dunia. Senjata pemusnah yang digunakan oleh negara maju telah mengorban manusia tanpa dosa lebih ramai daripada jumlah mangsa binatang paling buas, disembunyikan dan dikebalkan pelakunya oleh undang-undang ciptaan manusia yang berkuasa besar dan berkuasa veto di PBB.
Lihat sahajalah Projek Manhattan oleh US Army Corps of Engineersyang mula mengeluarkan bom atom yang pertama, yang akhirnya mengorbankan tidak kurang daripada 200,000 penduduk Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Rakyat Palestin pula dibunuh dalam masjid, di jalan raya dan dalam rumah kediaman hampir setiap minggu; selain dari itu juga pembunuhan muslim Rohingya, Kashmir, Afrika Tengah dan lain-lainnya. Siapa yang mengenangkan nasib mereka ini?
Sumbangan Islam kepada Barat
Sepatutnya hal ini dilihat secara kajian adil terhadap ajaran Islam daripada sumbernya yang asal, iatu kitab suci al-Quran dan Sunnah ajaran Rasulullah S.A.W. Catatan sejarah awal penganut Islam telah berjaya mengislahkan tamadun manusia yang dirasai sedikit serpihannya oleh tamadun barat yang dibanggakan pada awalnya, tiba-tiba terserlah tanda merudumnya di zaman mutakhir, kerana salah ciplaknya mengambil ilmu tanpa iman dan akhlaknya.
Barat bukan sahaja mengambil sains dan teknologi daripada ilmu Islam bahkan demokrasi moden yang boleh menukar kerajaan tanpa senjata seperti sebelumnya. Semua ini adalah hasil kajian para orientalis daripada kitab-kitab para ulama Islam daripada semua mazhab.
Kaedah panduan al-Quran
Al-Quran menetapkan uslub dakwah dan pelaksanaan Islam secara bijak tanpa paksaan, kerana paksaan melahirkan munafik. Islam mewajibkan berlaku adil terhadap semua tanpa mengira agama dan kaum, kawan dan musuh. Islam mengharamkan melampau dalam amalan agama sendiri dan terhadap pihak lain. Walaupun dipaksa berperang, adalah haram bertindak melampau walaupun terhadap musuh yang melampau.
Wajib percaya adanya balasan selepas mati, wajib bersabar terhadap musuh yang melampau, kalau melampau berdosa jadinya, walau pun terhadap penganut bukan Islam. Semuanya diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan generasi awal yang berjaya menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia tanpa paksaan.
Bagi penganut Islam juga, kita diwajibkan beriman kepada semua para Rasul, dilarang memaki Tuhan yang dilantik oleh penganut berbagai agama, walaupun tidak percaya kepada tuhan-tuhan yang lain daripada Allah. Sangat berbeza dengan pihak lain yang boleh memaki hamun dan menghina Allah dan Rasulullah S.A.W.
Islam mewajibkan undang-undang yang keras, seperti qisas dan hudud terhadap penjenayah melampau dalam perkara maruah, zuriat keturunan dan harta, tetapi syarat pelaksanaan dipayahkan pelaksanaanya bagi mendidik masyarakat dengan undang-undang yang digeruni hukumannya. Islam mewajibkan berperang terhadap musuh yang melampau, namun diharamkan melampau dan membalas dendam, serta wajib berlaku adil walaupun terhadap musuh yang paling kejam.
Islam sebagai penyelamat
Maka kedatangan Islam disambut oleh penduduk negeri yang zalim terhadap rakyatnya, sehingga kedatangan Islam dinamakan Futhuhaat (membuka negeri) kepada kebebasan yang sebenar. Ianya sangat berbeza dengan perkataan “penjajahan” yang mengabdikan rakyat, merompak dan mencuri hasil negerinya. Islam sangat menghormati para ilmuan dan orang yang bijak, walaupun tidak menganut Islam.
Islam berjaya menghapuskan perhambaan manusia secara damai. Berbeza dengan negara yang membunuh orang yang bijak dan ilmuan kerana dianggap membahayakan takhta kerajaan. Maka Islam mencipta tamadunnya daripada semua kebijaksaan dengan petunjuk al-Quran yang menolak jahiliyyah walaupun dilahirkan di Makkah dan menerima ilmu yang baik walaupun dari negeri China yang jauh dan bukan Islam.
Negara Barat yang mencapai kemajuan teknologi sangat tidak berterima kasih terhadap Islam dan penganutnya. Kelemahan yang dialami oleh umat Islam diambil peluang untuk menjajah. Mereka memaksa dan menipu umat Islam setelah menakluk tanahairnya. Raja ditipu, rakyat diperhambakan untuk ekonomi dan politik negara penjajah. Hasil bumi diperah habis-habisan, rakyat tanah jajahan digunakan daripada menjadi tenaga yang diperas ugut untuk mengangkut kekayaan sehinggalah berperang dengan musuh kepada penjajah itu.
Dua perang dunia yang besar banyak mengorbankan bala tentera yang sebahagian besar anggotanya daripada umat Islam yang diletakkan dibarisan hadapan. Apabila menang bala tentera penjajah yang berada di barisan belakang selamat mendapat hasil yang lumayan. Walaupun banyak tanahair umat Islam diberi kemerdekaan tetapi mengikut acuan penjajah, mengekalkan pemimpin yang terus menerus menjaga kepentingan penjajah itu, yang tidak mengikut telunjuknya mesti diturunkan dengan apa cara sahaja.
Ukuran kebebasan yang berat sebelah
Kalau demokrasi boleh memberi peluang kepada Islam untuk dilaksanakan semula maka kemenangan secara demokrasi ini dibatalkan, seperti yang pernah berlaku di Algeria (1991) dan Mesir (2013). Berbeza pula dengan revolusi seperti Revolusi Perancis (1889-1899) dan Revolusi Amerika (1765-1783); bahkan termasuk juga Revolusi Komunis di Rusia (1917-1918) dan Revolusi China (1911) atau tindakan merompak seperti menegakkan negara haram Zionis Israel boleh pula diiktiraf, tetapi revolusi yang bernama Islam tanpa mengira mazhabnya seperti di Iran dianggap ganas dan wajib diganyang habis-habisan, termasuk kemenangan Mujahidin menghalau Soviet di Afghanistan dikacau supaya gagal dengan berbagai cara.
Kebebasan hanya boleh kepada Barat, walau pun bertelanjang tanpa pakaian dan bergaul seperti binatang. Bagi penganut Islam pula tidak boleh memakai hijab dan melaksanakan ajaran agamanya walaupun di atas nama kebebasan. Berpoligami dengan hukum wajib berlaku adil terhadap keluarga dianggap tidak sesuai kepada penganut Islam, sebaliknya menyimpan wanita tanpa nikah seberapa banyak dan melahirkan anak luar nikah sebanyak-banyaknya, termasuk kahwin atau bergaul sejenis, dipanggil pula sebagai hak kebebasan.
Pelaksanaan syariat yang kesalahan jenayah beratnya dikira kejam tidak bertamadun, sebaliknya hukuman bunuh dijerut leher dengan tali seperti zaman purbakala dan merotan sehingga memecahkan jasad adalah tamadun barat yang maju, wajib diterima oleh penganut Islam. Itulah hipokritnya kuasa besar Barat terhadap umat Islam!
Di atas nama kebebasan media, sehingga Allah dan Rasul boleh dihina. Ada pun kerajaan dan ketuanya tidak boleh dikritik. Edaran lucah terbocor kerana kurang pemantauan supaya tidak melampau, sebaliknya dikira melampau kalau mengajar agama dan khutbah Jumaat, wajib dipantau habis-habisan termasuk di Masjid Makkah dan Madinah. Ada negara Eropah yang mengagungkan “kebebasan bersuara” ini pula mengharamkan pemakaian tanda agama di sekolah, hijab di tempat awam.
Islam menolak keganasan
Kalau semua yang tersebut adalah saranan Barat terhadap umat Islam, maka fikirlah pula apa perasaan umat Islam yang menghadapinya, apatah lagi setengahnya pula merasa sangat terguris. Kalangan umat Islam pula ada yang sederhana, ada tercorot ke belakang ditinggalkan oleh Islam dan ada yang melampau sehingga terjerumus.
Sepatutnya boleh difahami takrif keganasan secara waras dan siapa yang sebenarnya memulakan keganasan. Islam tidak mengizinkan penganutnya melampau dalam beribadat, makan, minum, memakai pakaian dan hidup mewah, maka sudah tentu lebih mengharamkan penganutnya melampau sehingga membunuh atau dendam.
Dalam masa yang sama siapa yang boleh menahan seorang yang jahil, khususnya individu yang tidak diizinkan mendapat pendidikan oleh penjajahnya sendiri, tetapi kecintaannya kepada Islam, Allah dan Rasul tetap membara bersama kejahilannya, tiba-tiba menyerang orang yang menghina Tuhannya, Rasul dan agamanya yang sangat dicintai.
Kita bersimpati dengan sesiapa sahaja yang dibunuh tanpa hak dan keadilan. Dalam masa yang sama sila bandingkan dengan tujuh belas orang rakyat Perancis yang dibunuh mendapat simpati seluruh dunia kerana laporan medianya menghina Islam dan Rasulnya, dengan lebih sejuta rakyat Algeria yang dibunuh tentera Perancis di zaman penjajahanya dan dilupakan tanpa simpati.
Saya mengangkat tabik hormat kepada mantan seorang Perdana Menteri sebuah negara di Eropah yang dikatakan pernah menyebut: “Kesilapan politik barat juga terlibat melahirkan keganasan”.
Kita sama-sama dapat lihat, bahawa di antaranya ialah provokasi dengan niat menjaga kepentingan mereka sahaja tanpa konsep masyarakat madani yang sebenarnya yang wajib bersatu untuk kepentingan bersama dan menghormati perbezaan dan percanggahan. Islam menjadikan manusia seluruhnya adalah keluarga besar daripada Adam dan Hawa. Kalau satu keluarga berperang kerana harta pusaka kalau yang gila harta, maka ada pemimpin yang bijak membunuh dan berperang kerana kawasan sumber tenaga dan tanah yang subur tanpa kewarasan.
Perlu disiasat semuanya, dan perlu dikaji sejarah silam, termasuklah peristiwa pembunuhan orang asal di Amerika, Australia, Afrika dan Asia. Siasatlah siapa sebenarnya pencetus keganasan di Asia Barat, Afghanistan, dan peniaga senjata dan melakukan provokasi untuk keganasan. Begitu juga tuduhan sejarah adanya senjata biologi yang dibawa ke Sudan kerana tindak balas terhadap kumpulan al-Mahdi yang membunuh General Gordon, begitu juga daripada mana datang wabak Ebola yang melanda negara Afrika yang diratah harta dan dibunuh rakyatnya kerana barat yang datang berebut harta kekayaan di benua Afrika.
Peranan kumpulan zionis yang menggunakan pengaruh politik, ekonomi dan media, mencipta berbagai teori karut dan sesat, terlibat mencetuskan peperangan agama dan kaum demi kepentingan fanatik zionisme juga perlu disiasat dan dikaji secara jujur, jangan dilupakan.
Al Quran menyebut firman Allah yang maksudnya:
“Setiap kali mereka menyalakan api peperangan nescaya Allah memadamkannya dan mereka melakukan kejahatan merata bumi dan Allah tidak mengasihi orang-orang yang melakukan kejahatan”.
Yahudi Zionis yang nenek moyang mereka pernah diselamatkan oleh kerajaan Uthmaniyyah dengan penempatan yang aman mengikut ajaran Islam dibalas budinya dengan merosak dan menjatuhkan kerajaan ini dan merompak bumi Palestin dengan membunuh, merampas kediaman dan harta bendanya, tiba-tiba dijulang oleh barat dan dipertahankan habis-habisan.
PAS mengutuk semua keganasan dan pelampau walaupun daripada orang Islam, sama ada individu, kumpulan dan kerajaan kuasa besar dan kecil, terhadap semua, Islam dan bukan Islam yang berlaku di mana sahaja termasuklah di Makkah, Madinah, Tehran, Kuala Lumpur, Jakarta, Singapura, London, New York, Paris, Moscow dan Beijing.
Kita bersimpati terhadap mangsa keganasan di seluruh pelosok dunia dan menasihati semua pihak supaya jangan melampau terhadap semua, serta berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah daripada Al Quran, maksudnya: "Wahai Tuhan kami!, janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami dan kurniakanlah limpah rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Melimpah kurniaannya. Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dan sikap melampau kami dalam urusan kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang melawan Tuhan kami”.

Friday, January 9, 2015
Senario Hentikan Islamisasi Eropah
39 tahun lagi, Perancis akan menjadi negera Muslim. Tahun 2027, 1 dari 5 orang Perancis adalah Muslim. Ada 1000 masjid di Perancis, majoritinya bekas Gereja. Perancis diramal akan menjadi pembuka penaklukan Eropah, tanpa perang, tanpa aksi keganasan, tanpa radikalisme. Bahkan lebih menakjubkan, tahun 2025, 1 daripada 3 warga Eropah ni adalah Muslim. Semua tak lepas dari keberkatan penghijrahan Muslim ke benua Eropah dan angka kelahiran yang tak mampu dibendung.
Oleh kerana itu, senario menggagalkan gerakan Islamisasi di Eropah direka. Mulai dari penghinaan kepada baginda Nabi saw., Sehingga pada pengharaman tudung dan purdah di beberapa negara Eropah. Namun demokrasi dan hak asasi manusia yang diagungkan Eropah, berbalik pada kebebasan warga Muslim Eropah untuk mengekspresikan hak ibadahnya.
Pilihan pun kembali pada "gerakan radikal" dan aksi keganasan. Inilah yang berlaku 3 hari lalu di bandar Paris, jantung ibu negara Perancis. Antara mengutip wawancara dengan Rocco Contento, jurucakap polis tempatan. Rocco juga menjelaskan bahawa penyerang berjumlah empat orang. Mereka memasuki pejabat "Charlie Hebdo" pada pukul 11.30 tengah hari waktu Paris, membawa pistol dan Kalashnikov.
Rekod majalah mingguan "Charlie Hebdo", sebagaimana dikutip dari The Guardian, laman utama dengan gambar karikatur Nabi Muhammad tertulis sebagai editor majalah "Charia Hebdo" dan berkata "hukum sebat 100 kali bila anda tidak mati tertawa".
Edisi istimewa yang dikeluarkan pada November 2011 ini memantik aksi bom api di pejabat majalah "Charlie Hebdo".
Bom dengan petrol itu merosakkan pejabat di Paris, laman rasmi majalah itu juga diretas, dan pekerja majalah diancam akan dibunuh.
Namun enam hari kemudian, seolah jauh dari kata majalah ini mengeluarkan gambar karikatur seorang kartunis "Charlie Hebdo" yang sangat bernafsu mencium seorang lelaki berjanggut di depan bangunan yang rosak akibat aksi bom.
Tajuk yang dipilih kali itu adalah "L'Amour plus fort que la haine" (Cinta lebih kuat daripada kebencian). Kurang dari setahun selepas insiden itu, "Charlie Hebdo" mempublikasi beberapa karikatur menghina Nabi Muhammad.
Akibat edisi "Charlie Hebdo" itu, Kerajaan Perancis sempat meminta agar redaksi tidak meneruskan penerbitan tersebut. Tapi permintaan itu ditolak, dan Perancis terpaksa menutup pejabat kedutaan serta sekolah-sekolah di 20 negara akibat bimbang dengan keselamatan warganya di luar negera.
Aksi keganasan itu pun bermula. Presiden Perancis, Francois Hollande, mengecam aksi penyerangan di majalah mingguan "Charlie Hebdo", Rabu lalu, dan menyebutnya sebagai serangan pengganas. Presiden Hollande kepada akhbar di Paris menyebutkan bahawa 11 orang terbunuh dan empat dalam keadaan kritikal, manakala 40 orang berjaya diselamatkan dari pejabat "Charlie Hebdo".
Saya meramalkan, senario 9/11 di WTC New York akan berulang. Sasarannya jelas, menghentikan kelajuan Islamisasi Eropah. Terlebih, 2 minggu lalu sudah berlaku pembakaran masjid di Eropah. Padahal sebelumnya, bekas-bekas gereja yang sepi pengunjung, dilelong dan dibeli komuniti muslim tempatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)