Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Wednesday, August 21, 2013

Syeikh Ali Jum’ah dari al-Azhar Bantah Sebut Ikhwan Adalah Khawarij dan Murtad




Beredarnya pernyataan bekas Mufti Syeikh Ali Jum'ah bahawa Ikhwanul Muslimin adalah khawarij dan sudah murtad, langsung dibantah sendiri oleh yang bersangkutan.

Kepada muridnya, Syeikh Habib Ali Al-Jifri mengatakan bahawa berita ini adalah "dusta".

Bantahan ini terdapat dalam video di youtube. Selain itu, ia juga langsung membantah hal itu langsung dalam akaun Twitter-nya. Sebelumnya Youm7 memberitakan bahawa Syeikh Habib Ali melawat markas tentera dan memfatwakan untuk membunuh IKhwanul Muslimin.

Sebaliknya, Point-point dalam video yang beredar tentang kenyataan Syeikh Habib Ali al-Jifri adalah:

1) Bahawa rujukan dalam masalah keislaman di Mesir adalah Al-Azhar Asy-Syarif, bukan Jama'ah Ikhwanul Muslimin, bukan pula Jama'ah Jihad yang melakukan kerosakan di muka bumi yang pernah disifati oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan Khawarij.

2) Perkataan Syeikh Habib itu bukanlah menghukum Ikhwanul Muslimin yang Khawarij, tapi yang beliau maksud dengan khawarij adalah jama'ah yang mengaku jihad namun malah berbuat kerosakan di muka bumi.

3) Kalau Jama'ah Jihad seperti itu, bukan hanya Syekh Ali Jum'ah yang mengatakan mereka Khawarij. Banyak juga ulama lain yang mengatakannya khawarij. Kalimat Syeikh Habib sama sekali tidak menghukum semuanya, tapi hanya yang melakukan kerosakan di muka bumi

Tuesday, August 20, 2013

Antara Prinsip, Venezuela dan Saudi




Jangan terpedaya dengan agama rasmi sebuah negara. Tidak perlu peduli dengan bahasa rasmi yang digunakan oleh sebuah kerajaan atau statemen-statemen. Tapi bertanyalah tentang prinsip dan nilai kemanusiaan yang mengendalikan sebuah pemerintahan dan sistem politiknya. Amati lah sikap-sikapnya terhadap segala peristiwa yang dilalui oleh negera-negera muslim.

Selama beberapa hari ini, bangsa Mesir mengalami aksi pembunuhan dan pembunuhan di tangan kumpulan kudeta. Terjadi perang terhadap kelompok awam yang menggugah nurani manusia di seluruh dunia. Peristiwa di Mesir telah memancing hampir seluruh kerajaan untuk mengambil sikap. Entah membela perlembagaan dan kemanusiaan serta demokrasi atau membela aksi pembunuhan pertumpahan darah dan perampasan terhadap pemerintahan yang sah secara paksa.

Sikap warga dunia terhadap peristiwa yang berlaku di Mesir berbeza-beza sesuai dengan pemikiran dan prinsipnya masing-masing yang menentukan sikap politiknya atau bahkan kecenderungan kejiwaan dan warisan budaya serta kepentingan mereka.

Sokongan terhadap kumpulan kudeta atau menolaknya tidak lagi ditentukan oleh agama atau bahasa. Boleh jadi anda mendapatkan warga Arab membela kudeta tapi boleh jadi anda juga mendapati warga Perancis yang membela dan menyokong perlembagaan. Dan boleh jadi anda juga mendapati kumpulan Kristian yang menentang rampasan kuasa tetapi juga anda dapat mencari seorang Muslim yang mati membela rampasan kuasa tentera di Mesir.

Apa yang terjadi di Mesir boleh jadi layak disebut sebagai sebuah skandal atau bahkan apa yang terjadi di Mesir menjadi pengungkap tentang kejiwaan manusia dan rejim-rejim penguasa, peristiwa itu telah menapis manusia dan penguasa ke mana lagi kesetiaan dan keberpihakan mereka.

Peristiwa di Mesir saat ini tidak memberikan kesempatan bagi seorang pun bersikap tidak jelas. Dia harus menentukan sikapnya membela perlembagaan dan demokrasi atau membela kudeta. Membela kekerasan atau membela kepentingan mereka yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan. Membela rejim Mubarak atau membela revolusi Mesir. Peristiwa di Mesir telah mengharuskan rejim Saudi menentukan sikapnya membenci demokrasi secara umum dan mengumumkan keberpihakannya terhadap pemerintahan "personal mutlak" (system kerajaan). Saya tidak ingin menyatakan rejim Saudi yang membenci gerakan Ikhwanul Muslimin atau setuju atau berbeza dengan gerakan ini baik dalam masalah politik ataupun keselamatan. Sikap rejim Saudi yang menentang perlembagaan di Mesir berdasarkan sistem pemerintahan Saudi sendiri dan cara diktator yang diterapkannya.

Kerana itu demokrasi yang dipegang oleh kerajaan Venezuela misalnya menjadi penyebab kerajaan ini melawan rampasan kuasa tentera di Mesir dan membela perlembagaan yang ada di negera ini. Perhatikan bagaimana sistem pemerintahan Saudi yang menggunakan bahasa rasminya Arab dan mengibarkan bendera Islam, menganjurkan solat lima waktu sehari semalam. Manakala kerajaan Venezuela tidak mengerti bahasa Arab dan tidak mengerti tentang kiblat secara geografi serta tidak meyakini kebenaran Islam sebagai agama untuk negara ini tapi mereka membela perlembagaan serta menentang rampasan kuasa tentera di Mesir.

Monday, August 19, 2013

Ekonomi Mesir Memburuk Pada Zaman Mursi?




Bulan Mei 2013, Alexandria menuai tuaian raya gandum. Seperti biasa, gandum Mesir di Alexandria selalu menghasilkan kualiti yang terbaik. Muhammad Mursi-ketika itu masih jadi Presiden-mengatakan bahawa negaranya sudah bersedia untuk memasuki era baru sara diri makanan.

Di salah satu ladang petani, ia berpidato. "Dalam empat tahun akan datang, Mesir akan menghentikan secara total import gandum dari luar dan lebih mengandalkan pengeluaran dalam negeri. Mesir bersedia untuk memasuki era sara diri makanan, "demikian Mursi.

Jangan tanyakan soal gandum di Mesir. Meski tercatat sebagai negara yang subur dan hijau serta banyaknya pengeluaran gandum, namun di zaman pemerintahan Husni Mubarak, Mesir justru tercatat sebagai negara pengimport gandum terbesar di kawasan Timur Tengah. Dari mana? Mesir membeli dan mengimport gandum dari Amerika dan Israel!

Tahun ini, pada kuota pertama saja, pengeluaran gandum Mesir mencapai angka 9.5 juta tan, meningkat 30 peratus daripada jumlah pengeluaran pada tahun sebelumnya.

"Dua tahun ke depan, Mesir mensasarkan kuota pengeluaran gandum sejumlah 12 juta tan! Ini sudah mencukupi 80 peratus keperluan gandum dalam negeri kita, "ujar Mursi seraya tersenyum. "Dan empat tahun ke depan, Mesir secara total akan menghentikan import gandum dari luar."

Mursi berhak yakin seperti itu. Dengan pencapaian angka pengeluaran gandum yang mencapai 9.5 juta tan tahun ini, Mesir bermakna hanya akan mengimport gandum kira-kira 4 juta tan hingga 5 juta tan saja, padahal sebelum-sebelumnya import gandum di Mesir mencapai 10 juta tan pertahun.

Tapi mungkin, tahun depan dan tahun-tahun berikutnya, Mesir akan tetap mengimport gandum dari Amerika dan Israel. Hanya, para petani Alexandria itu yang mungkin tak akan pernah melupakan pidato Mursi itu. Rampasan kuasa sudah menghabis Mursi di kerusi presiden.

Sejarah Pengharaman Ikhwanul Muslimin Berulang Kembali?





Kezaliman pemerintahan kudeta semakin terlihat nyata. Belum puas membantai ribuan jiwa rakyatnya sendiri, kerajaan kudeta merancang membubarkan gerakan Ikhwanul Muslimin yang telah terbentuk sejak 1928.

"Tidak akan ada perdamaian dengan mereka yang tangannya telah berlumuran darah dan yang berbalik senjata terhadap negara dan lembaga-lembaganya," ujar Beblawi, seperti dilansir Reuters, Sabtu (17/8/2013).

Di Mesir kini telah beredar berita Mesir tentang Ikhwanul Muslimin yang dikeluarkan tengah malam tadi dan berlaku aktif sejak tgl 17/8/2013; kembali pada UU No.73 thn 1956 yang berbunyi:

1. Ikhwanul Muslimin adalah organisasi pengganas / terlarang.

2. Anggota dan simpatisan Ikhwanul Muslimin akan disidang oleh mahkamah tentera.

3. Pembekuan semua sumber kewangan Ikhwanul Muslimin.

4. Keputusan ini akan dibuat di semua media rasmi pada tgl 17/8/2013.

Kementerian Dalam Negeri Mesir mendakwa, pihaknya telah membekuk lebih daripada 1,000 anggota Ikhwanul Muslimin. Sementara 250 di antaranya terancam dakwaan pembunuhan, percubaan pembunuhan, dan keganasan.

Ikhwanul Muslimin adalah organisasi yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna di bandar Ismailiyah, Mesir pada Mac 1928 sebagai respon atas kemusnahan moral yang terjadi pada umat Islam di Mesir akibat penjajahan.

Organisasi ini mampu cepat menyentuh hati umat muslim sehingga perkembangannya pun juga sangat cepat. Akibat peranan serta organisasi itu dalam perlawanan terhadap Israel tahun 1948, Amerika Syarikat menekan kerajaan Mesir untuk membekukan gerakan Ikhwanul Muslimin. Sejak itu organisasi ini mendapat perlakuan zalim.

Tahun 1949 Hasan Al-Banna syahid ditembak oleh orang tak dikenal. Ikhwanul Muslimin semakin tertekan di Mesir, namun semangat dan pemikirannya malah merebak dan berkembang ke seluruh dunia.

Sejarah Pengharaman


Ikhwan Muslimin diharamkan oleh kerajaan Mesir ia bukan perkara baru kerana mengulangi peristiwa lebih 60 tahun yang lalu atau lebih tepat pada tahun 1948, apabila kerajaan Mesir mengistiharkan "Perang Terbuka" terhadap Ikhwanul Muslimin. Ikhwan Muslimin dibubarkan dan kesemua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3,000 cawangan ditutup.

Seramai 4,000 ahli ikhwan Muslimin ditangkap dan dipenjarakan. Ibu pejabat Ikhwan Muslimin diserbu dan dimusnahkan. Semua harta Ikhwan Muslimin dibekukan. Kemuncaknya Hasan Al Banna ditembak dari jarak dekat.

Adakah selepas itu Ikhwan Muslimin berkubur?. Jawapannya tidak. Mereka terus bergerak secara rahsia. Para pemimpinnya dilantik silih berganti dan mereka terus bergerak sehingga zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasser.

Kemudian pada 1954, Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dalam pakatan mahu membunuh Jamal Nasser. Akibatnya beribu-ribu anggotanya ditangkap. Enam orang dihukum gantung. Mereka dituduh perubuhan pengganas.

Mereka terus bergerak sehingga pada tahun 1961, sekali lagi Ikhwan Muslimin dituduh sebagai penyebab kegagalan dan kemunduran Negara Mesir. Tekanan terus dikenakan pada tahun 1965 dan 1981. Ramai pemimpinnya ditangkap, di hukum penjara malah dihukum gantung.

Walaupun beberapa kali ditekan Ikhwan Muslimin terus bergerak sehingga pengaruhnya tersebar keseluruh pelusuk dunia. Cawangan Ikhwan Muslimin ditubuhkan Negara-negara Arab, Turki, India, Pakistan Bangladesh, di Malaysia, Indonesia, Palestin dan banyak Negara lagi.

Benih yang disemai oleh Hasan Al Banna itu sudah bercambah dan tidak dapat dihapuskan kerana doktrin Ikhwan Muslimin ialah:

"Allah adalah objektif kami. Nabi adalah pemimpin kami. Quran adalah undang-undang kami. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah adalah matlamat kami."

Hasan Al Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 bertujuan mempraktikkan prinsip-prinsip Islam dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.

Setiap ahli diminta melakukan baiah atau sumpah setia. Mereka bersumpah untuk melindungi saudara-saudara sekalipun dengan mengorbankan nyawa mereka sendiri, di samping meletakkan kepercayaan dan ketaatan dengan lapang dada terhadap pemimpin mereka, selama selaras dengan Al-Quran dan Sunnah.

Mereka diminta melaksanakan beberapa amalan termasuk hafalan Al-Quran, sembahyang berjamaah, serta berbagai pelajaran agama dan sebagainya.

Hasan Al Banna berkata, "Kami mengajak anda kepada ajaran Islam, undang-undang Islam dan petunjuk Islam. Kalau ini anda anggap politik, maka inilah politik yang kami perjuangkan. "

Syiah merancang ingin menyerang Mekah dan Madinah?




Pernahkah membayangkan bertemu dengan orang yang merancang ingin menyerang Mekah dan Madinah? Mungkin kita akan berfikir bahawa orang itu gila. Dajjal saja tidak akan boleh masuk ke Mekah dan Madinah (Sebagaimana dalam sebuah hadis riwayat Muslim). Mungkin kita akan membayangkan pasukan Gajah yang diserang burung yang diutus Allah.

Tapi ini benar terjadi. Seorang jurucakap Hizbullat (admin tak akan menyebutnya dengan Hizbullah yang artinya golongan Allah), dengan sombong mengancam akan menyerang Mekah dan Madinah bila sampai Damsyik diserang. Sangat menyinggung umat muslim sunni.

Faiz Syakir, salah seorang juru bicara Hizbusyaithan berbicara secara langsung dalam sebuah acara televisyen di OTV:

"Hizbullat tidak akan dapat dimusnahkan. Dia pasukan terkuat di kalangan negara-negara Arab. Lebih kuat dari seluruh peradaban di dunia dari segi ekonomi, kekuatan tentera dan sosial.

Apa lagi yang kalian fikirkan? Kami tidak takut pada ancaman Bandar bin Sultan (putera raja Qatar yang mengancam akan menyerang Basyar Al-Assad). Bahkan kami tidak takut pada Saudi, sekalipun dengan seluruh kekuatannya, dari raja hingga rakyat mereka yang terakhir. Mereka fikir, mereka siapa?

Jika mereka mengebom gunung Qasiun di Damsyik (pusat kekuatan tentera Basyar), maka kami akan menyerang Mekah di depan kepala mereka sendiri! "

Presenter: "Mekah ..? Bukankah itu tempat suci bagi mereka?"

Faiz Shakir: "Biarkan saya berbicara. Saya tidak peduli lagi semuanya. Ini fakta. Kami akan memusnahkan Mekah dan Madinah, juga Jeddah dan Riyadh, dengan semua yang ada di dalamnya, yang tinggal dalam bandar-bandar ini. Ini fakta dan strategi kami. keberadaan kami lebih penting dari 'batu-batu' dan 'bukit-bukit' mereka. "

Presenter (masih dalam keadaan terkejut): "Siapa yang akan memusnahkan Mekah? Iran? Syria? Hisbullah? Tempat itu adalah tempat suci bagi mereka!!!"

Faiz Shakir: "Saya tidak akan mengatakannya. Tapi jika mereka mengancam kami, kami tahu bagaimana membalas ancaman itu."

Luar biasa arogannya Hizbullat. Padahal menghadapi pasukan Mujahid Syria saja Hizbullat tak mampu berkutik. Hari demi hari pasukan muslim meraih kemenangan dan semakin merapat ke Damsyik.

Begitulah Syi'ah Hizbullat, yang perang sandiwaranya dengan Israel memakan banyak korban dari umat muslim suni.

Untuk lebih lengkapnya, simak dialog dalam bahasa Arab pada video berikut Sini

Saturday, August 17, 2013

Jihad Melalui Demontrasi




Abdullah bin ubai (bapa munafik) selalu menghasut para sahabat-sahabat Rasulullah SAW supaya meninggalkan medan peperangan dan mengesyorkan kehidupan duniawi harta benda dan juga memberikan lesen kepada pembesar mekah pada masa itu untuk menzalimi rakyatnya.

kait isu semasa di mesir

Orang2 sekarang yang bersifat seperti abdullah bin ubai selalu juga menghasut rakyat mesir supaya meninggalkan medan Raba'ah adawiyah dan memberikan lesen juga kepada ketua tentera abdul fattah as-sisi mencerobohi hak rakyat.

Jika kita cermati, persamaan kedua2nya berkaitan "NYAWA" manusia.

Ada manusia yang berada di mesir mengatakan : orang luar dari mesir tidak tahu apa masalah dalaman mesir, mereka (rujuk kepada puak as-sisi) boleh buat apa sahaja demi kepentingan mereka. sangup membunuh rakyat pro-mursi yang demontrasi di medan Raba'ah.

Jika begitu Abdullah bin ubai pun boleh juga mengatakan : Mereka (rujuk kepada puak2 pembesar mekah hendak menyerang kaum muslimin) boleh buat apa sahaja demi kepentingan mereka, sangup membunuh rakyatnya yang mengikut ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Jika ALLAH tidak syariat PEPERANGAN, kemungkinan agama Islam tidak terbela seperti mana zaman Nabi Isa AS.



Sebahagian orang menyerukan agar perang dihentikan dan ditiadakan selama-lamanya. Padahal, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa perang di jalan Allah (jihad) ini akan terus berlangsung hingga akhir dunia. Rasulullah saw. bersabda: -

Jihad itu berlangsung sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi Dajjal (HR Abu Dawud).

Ayat pertama yang diturunkan yang membolehkan kaum Mukmin berperang adalah Surat Al-Hajj ayat 39 yang turun dalam perjalanan hijrah Rasul dari Mekah ke Madinah. Allah S.W.T. berfirman:

Telah diizinkan berperang bagi mereka yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka (QS aI-Hajj [22]: 39).

Makna izin dalam ayat ini adalah ibâhah (boleh), lebih jauh, para fuqaha menjelaskan, jika kaum Muslim atau wilayah mereka diserang, mereka wajib berperang mempertahankan wilayah kaum Muslim dan mengusir musuh. Bahkan, Allah S.W.T. memerintahkan agar kita membalas setimpal dengan serangan mereka.

Berkaitan dengan isu semasa di mesir, Dustur (Pelembagaan) mesir telah di cerobohi oleh ketua tentera mesir. dari sini lah umat islam wajib demontrasi seperti mana wajib berperang zaman Rasulullah.

Timbul persoalan kenapa perlu Jihad melalui demontrasi? tidak angkat senjata? kita perlu tahu jalan cerita nya bahawa puak Tamarod mengguna alat demontrasi. begitu juga Ikhwanul Muslimin pun guna alat demontrasi juga, kerana telah berfirman ALLAH :

"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-Baqarah : 194)



Demontrasi adalah medan tempur yang di panggil jihad juga, ini kerana jihad bermakna menghabiskan segala usaha dan tenaga untuk meletakkan kalimah Allah yang paling tinggi.

Justeru itu, zaman Rasulullah s.a.w mengistiharkan jihad perang kerana pada zaman tersebut pihak musuh menyerang Islam dengan peperangan. Kalaulah pihak musuh tidak melawan dengan senjata, seperti berhujjah, logik atau sebagainya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak akan menyuruh umat Islam pada zaman tersebut mengangkat senjata.

Rasulullah s.a.w berperang angkat senjata pada zaman itu kerana pada zaman itu perang angkat senjata adalah satu-satunya cara yang paling relevan untuk melawan musuh.

Melihat kepada keadaan di Mesir sekarang, jihad perang tidak relevan tetapi jihad demontrasi yang relevan, maka hendaklah kita berjihad di Medan Raba'ah menggunakan demontrasi seperti mana puak Tamarod menjatuhkan pemerintah Dr.Mursi.

Muhammad Nazir Bin Mohd Noor
7:14 PM
17/8/2013

Thursday, August 15, 2013

Menakjubkan Senjata Pro-Mursi


Kekuatan Tentera memberangus para demosntrasi damai dilengkapi senjata mematikan. Bahkan Israel ikut membekalkan gas air mata beracun untuk menghentikan aksi para demostrasi di Rab'ah. Tentera itu memuntahkan senjatanya ke arah orang ramai penunjuk perasaan, memberondong tak tentu arah. Menumbangkan ribuan tubuh tersungkur bersimbah darah.

Bagaimana persenjataan para demostrasi? apakah seimbang dengan persenjataan tentera??

Selama aksi yang dilakukan sejak sebelum Ramadhan, para demonstrasi selalu akrab dengan Al-Qur'an. Interaksi dengan al-Qur'an selalu mereka bangun untuk menguatkan hati mereka di medan Rab'ah. Selain itu, para demonstrasi juga telah mempersiapkan diri menghadapi kematian dengan membawa kain kaffan masing-masing.



Tak nampak senjata pemusnah yang mereka miliki, kecuali batu-batu yang mereka temui disekitar mereka. Batu itulah senjata mereka. Batu-batu yang diharapkan boleh menjadi sijjil yang meruntuhkan kesombongan Abrahah.

Selain batu-batu sebagai senjata kaum muslimin di Mesir, mereka juga mempunyai senjata yang menambahkan kekuatan mereka berlipat-ganda. Inilah senjata yang dikhuatiri oleh pasukan tentera zalim yang haus darah. Oleh kerananya para polis dan tentera berusaha merebut senjata-senjata tersebut agar tidak dimilki oleh para penunjuk perasaan.


Senjata itu adalah Al-Qur'an. Inilah senjata sesungguhnya yang membuat para demonstrasi mampu bertahan hingga detik ini. Kedekatan mereka untuk terus "berdialog" dengan Allah melalui Al-Qur'an selalu mereka jaga. Beberapa gambar juga berjaya mengabadikan para demosntrasi yang sedang asyik tilawah. Bahkan ada jenazah yang meninggal dengan memeluk Al-Qur'an, yang kemudian diambil paksa Al-Qur'an tersebut oleh tentera yang berjaya membunuh demosntrasi itu dengan senapannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini