Kunjungan Tetamu

OK TAK BLOG NI?

Pilih Tajuk Melarik

get this widget here

Followers

Saudara/ri jelajah dari penjuru dunia

Flag Counter

Wednesday, August 14, 2013

Masih Ramai Lagi Orang Tidak Kenal Mursi




“Demi ALLAH, saya bersumpah tidak akan meninggalkan dataran ini sehingga Mursi kembali atau mereka membunuh saya. Saya bukan ahli Ikwanul Muslimin tetapi saya datang ke sini bagi menyampaikan suara saya kepada dunia supaya mereka tahu siapa Mursi sebenarnya,” kata seorang penyokong tegar Presiden yang digulingkan Muhammed Mursi di Dataran An-Nahdhah, Giza, Kaherah, Mesir.

Hajjah Ilham Abdul Hadi, 65, berkata, beliau bersama jutaan penyokong yang lain sebulat suara menolak rampasan kuasa yang tercetus sejak 3 Julai lalu.


Bagi Hajah Ilham, jasa Mursi terhadapnya tidak ternilai apabila beliau pernah diselamatkan dari hidup gelandangan hingga berpeluang tinggal di sebuah rumah secara percuma.


“Pada kejadian tahun lalu, rumah kami di kawasan Buluq Dukrur runtuh. Kejadian itu turut mengorbankan suami dan anak saya. Mulai dari itu, saya hanya mampu berteduh di bawah jambatan dan tidur di tepi jalan,“ katanya.


Menurutnya, pada Disember tahun lalu, ketika sedang tidur di tepi jalan, dia didatangi tiga lelaki dan alangkah terkejutnya salah seorang daripada mereka adalah Mursi.


“Sukar untuk saya mempercayainya ketika itu. Presiden bertanya kepada saya, mengapa saya tidur di jalanan, selepas saya menceritakan nasib yang melanda saya melihat beliau bergenang,” katanya.


Hajjah Ilham berkata, keesokannya,dua wakil Mursi datang kepadanya dengan membawa surat perjanjian rumah sewa di bandar Al Nujum berserta sampul surat berisi wang EGP500 (RM230).


“Wakil Presiden turut berpesan kepada saya supaya tidak tidur lagi di tepi jalan dan sedia menambah jumlah wang tersebut sekiranya tidak mencukupi,” katanya.


Beliau berkata, sejak tinggal di rumah sewa itu, setiap bulan wakil Mursi menyampaikan wang EGP500 (RM230) dengan resit pembayaran sewa yang telah dijelaskan.


“Kini segalanya berubah, selepas rampasan kuasa berlaku, saya dihalau dari rumah itu dan kini saya kembali hidup gelandangan bersama ratusan penduduk Mesir yang lain,” katanya dipetik dari Ikwan Online.


Tuesday, August 13, 2013

Kebohongan, Propaganda dan Manipulasi di Mesir



Sangat berbahaya menjadi kawan dari AS di Timur Tengah. Adalah sebuah fakta bahawa kerajaan AS mengetahui lebih baik daripada pemain politik manapun di dunia Arab, bermula dari kawan terbaik Amerika! Strateginya sangat mudah: Tutupi jejak, lupakan sejarah, jangan sampai fakta objektif mencari jalannya.

Untuk 60 tahun terakhir, AS telah menyokong Tentera Mesir dan berikut rejim-rejim diktatornya (Nasser, meski ada beberapa ketegangan, kemudian Sadat dan Mubarak) yang kemudian melindungi kepentingan geostrategis mereka, mempromosikan keselamatan serantau dan, tentu saja, mempertahankan Israel.

Tidak ada yang berubah: Kerajaan Amerika secara kasat mata berada di belakang rampasan kuasa tentera 30 Jun, yang telah dirancang dengan baik sebelumnya oleh komander tertinggi tentera dan sekutu awam nya, termasuk Muhammad El-Baradei. Di awal 2008-2009 El-Baradei, salah satu aset kunci AS, telah maju secara sembunyi-sembunyi.

Di dalam buku "Islam and the Arab Awakening" (Islam dan Kebangkitan Arab) saya menerbitkan komentar dari pejabat Amerika tentang dia (el-Baradai) dan penglibatannya dalam gerakan 6 April .

Pada hari rampasan kuasa, AS menolak untuk menjelaskan hal ini sebagai rampasan kuasa dalam rangka tidak menghindari hal-hal yang dapat mengganggu sokongan pada kawan militernya dan tatanan kekuasaan yang baru. John Kerry hanya mengesahkan apa yang diketahui oleh penganalisis serius, ketika dia menyatakan beberapa hari kemudian bahawa pada tarikh 30 Jun tentera telah "mengembalikan proses demokrasi". Dari sana diyakinkan bahawa AS menyokong sepenuhnya tentera mesir. Perikatan regional secepatkilat beraksi: kucuran berjuta-juta dolar dari Arab Saudi, Arab dan Kuwait.

Menutupi jejak adalah strategi yang dipilih. Secara domestik, mesin propaganda yang panas-panasnya berputar: As telah campurtangan dalam urusan Mesir dengan menyokong Ikhwanul Muslimin. Pihak berkuasa politik baru (Presiden interim, Perdana menteri dan, tentu saja El-Baradai) memainkan bahagian mereka untuk menyempurnakan: Mereka menyatakan "kecewa" kerana minimnya sokongan Amerika. Di Washington Post dan bukan di akhbar Mesir, Jeneral Al-Sisi bahkan secara menghairankan menuduh kerajaan AS meninggalkannya: "Kalian berbalik arah dari rakyat Mesir, dan mereka tidak akan melupakannya" Washington Post 3 Ogos 2013, ini adalah langkah pertama yang pintar , Seseorang telah menetapkan pembodohan terhadap sebahagian rakyat Mesir.

Hal tersebut akan membuat angkatan bersenjata dan kerajaan awam peralihan dikesankan seolah-olah sebagai patriot yang berani dan bebas, sementara itu agen Amerika dan kekuatan luar negera dikesankan telah lama menyokong Ikhwanul Muslimin. Orang Amerika tahu kekuatan dari propaganda seperti demikian, dan bahasa tubuh simbolik yang dibuat sangat meyakinkan. Akan tetapi hal tersebut dusta, dari awal hingga akhir.

Fakta dan gambaran yang diciptakan merupakan kebohongan besar: 30 juta rakyat Mesir turun ke jalan mereka mengkhabarkan kami, dan 16 juta yang menandatangani petisyen anti-kerajaan. Kemana gambaran ini, dilagukan seperti dimainkan oleh media, dari mana? Dengan membandingkan gambaran dari Haji ke Mekah dengan yang dihasilkan pada 30 Jun (oleh Tentera Mesir, yang disebarkan ke agen media seleuruh dunia: Google menyatakan untuk tidak menyiarkannya), Para ahli menganggarkan jumlah kumpulan tidak lebih daripada empat atau lima juta. Faktanya, gambaran 30 juta sangat menakjubkan, sebagaimana 16 juta tandatangan, khususnya bagi sesiapa yang familiar dengan keadaan sosial Mesir di lapangan. Propaganda baru: Dusta Baru.

Jelas bahawa sejumlah orang Mesir kecewa dengan situasi seperti ini. Diburukkan dengan gangguan kuasa dan kekurangan BBM sebelum 30 Jun, yang mengejutkan berakhir pada hari rampasan kuasa. Akan tetapi luasnya gerakan protest diekspose diluar batas kewajaran. Hampir seluruh rakyat Mesir sepakat menyatakan sokongannya untuk pahlawan pembebas mereka, Jeneral Al-Sisi, sosok demokrat yang secara penuhnya terputus hubungannya dengan AS. Hal ini terjadi ketika The International Herald Tribune mengungkap beberapa hari selepas itu, hubungan dekatnya dengan AS dan Israel .

Dalam kaca yang sudah diputarbelitkan oleh propaganda seperti demikian, sangat penting untuk menampilkan para demonstran sebagai hanya pengikut dari presiden terguling Muhammad Mursi, atau sebagai anggota dari Ikhwanul Muslimin. Akan tetapi rakyat Mesir tidak lah bodoh, "demokrat" yang menyokong angkatan bersenjata atau "islamist" yang menyokong Ikhwan.

Dusta ini, dijejalkan ke tekak kita oleh Media Mesir dan Media barat, direka untuk merancukan dimensi ideologi dari demonstrasi yang menolak Kudeta. Di semua bandar dan kampung di Mesir, masyarakat yang turun ke jalan adalah ahli dan penyokong Ikhwanul Muslimin. Mereka termasuk Perempuan dan Laki-laki, Kaum sekular dan juga Islamis, Koptik dan juga Muslim, Anak muda dan orang dewasa yang menolak manipulasi dan kembalinya peraturan tentera dalam kedok "demokrasi".

Beberapa anak muda tetap kritis terhadap Mursi dan dasar Ikhwan, akan tetapi tidak ada kenaifan didalam pemahaman mereka atas apa yang menjadi pertaruhan politik. Faktanya, protes masa yang masih berterusan terlihat tidak diharapkan didalam strategi yang dijalankan oleh Tentera Mesir, Pemerintahan interim dan sekutu Amerikanya. Aksi masa anti-kekerasan melawan rampasan kuasa tentera "demokratik" yang dilakukan atas nama orang-orang tersebut telah meninggalkan banyak wajah berlumuran telur.

Tapi Tunggu! tambah dusta yang lain, dan tuntutan bahawa rakyat di jalan bukan hanya anggota Ikhwan, akan tetapi ekstrimis bekerja di balik selubung dengan "pengganas" Hamas (sebuah propaganda helah yang tidak pernah gagal di Barat) siapa yang akan ragu untuk menggunakan kekerasan. Menteri Luar Negera Nabil Fahmy mendapatkan kepercayaan awam atas fabrikasi maklumat ketika ia mendakwa bahawa Amnesty International telah mencatat bahawa demonstran ternyata bersenjata atau mencuri senjata.

Pengampunan kemudian bersegera menerbitkan sebuah communique yang menolak mentah-mentah tuntutan tersebut . Pihak berkuasa Mesir baru sekarang berusaha untuk criminalizes demonstran anti-kekerasan di jalan; pada pembunuhan 8 Julai, apabila polis menembak senjata ke arah orang ramai orang tanpa senjata atas dengan dalih pertahanan. Sebuah kempen baru sekarang mulai dilancarkan; Jika kerajaan ingin membersihkan jalan dari para demonstran - sebagaimana dituntut - demonstran harus dicitrakan sebagai berbahaya dan melakukan kekerasan, sebagai "pengganas".

Media barat sayangnya cukup bahagia bermain bersama tentera Mesir dan pihak berkuasa awam. Apapun boleh terjadi di hari-hari depan. Aksi kekerasan oleh sekumpulan kecil, "ekstrimis" yang tidak dikenalpasti atau kumpulan "pengganas" (Intelejen Mesir di masa lalu mempunyai kepakaran dalam meracik sebuah penyegerakan "pertembungan" ataupun "serangan") akan digunakan untuk membenarkan tindakan polis dan tentera secara masive (sambil cuba untuk mengepung dan mengasingkan demonstran). Pembohongan besar selanjutnya: Angkatan bersenjata hanya mempertahankan diri

Saya kembali tekankan, Islamis tidak boleh dilepaskan dari kritik. Keadaan di timur tengah bagaikan kuburan; masa depan sangat suram. Sebagaimana jika projek untuk membawa demokrasi ke kawasan tersebut yang di proklamasikan oleh Presiden Goerge W. Bush pada tahun 2003 tersedia, yang faktanya, sebuah model besar ketidakstabilan pada "pembebasan" Iraq. Sistem politik dan rejim akan porak peranda, minyak dan sumber mineral akan diamankan, dan negara israel diam-diam dan dalam episod "proses-keamanan" yang lain akan meneruskan strategi sedarnya dalam penjajahan. Iraq, Syria, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman (dan bahkan Sudan) akan terperangkap dalam sebuah peristiwa yang sangat cepat. Negara-negara teluk akan beroperasi dalam rantai yang sangat pendek.

Harapan sangat tinggi ketika Barack Obama akan menjadi presiden dari pembaharuan dan keterbukaan. Dia tidak melakukan kebaikan apapun. Sungguh catatan yang menyedihkan! Seperti dinyatakan oleh Noam Chomsky, Tuan Obama melakukan bahkan lebih sedikit dari apa yang dilakukan presiden sebelumnya dalam hal menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Faktanya, dia tidak menyelesaikan apa-apa. Imejnya adalah sebagai seorang Presiden dari golongan African-American yang sangat menarik, ahli pidato berbakat yang telah membuktikan dirinya ternyata seburuk presiden yang dia gantikan.

Sementara itu, dusta terus berlanjut; Rakyat Mesir, sebagaimana rakyat Iraq, Syria dan Palestin harus terus mengingat bahawa kerajaan AS berbicara jujur ​​ketika mereka menyatakan bahawa aksi mereka tidak lain dan tidak bukan dilandaskan atas cintanya terhadap demokrasi.

Dalam menghadapi Rangkaian Dusta ini, penunjuk perasaan anti-kekerasan - perempuan dan laki-laki, sekularis dan islamis, Koptik dan Muslim, Agnostik dan Atheis - adalah wajah paling jujur ​​dari kebangkitan Mesir.

Mereka harus berdiri secara benar, tanpa senjata, menolak dusta, propaganda dan manipulasi; mereka harus benar-benar mengendalikan nasibnya sendiri.

Tariq Ramadhan

Monday, August 12, 2013

Strategi Ikhwan Muslimin Di Mesir



Strategi sesebuah organisasi atau gerakan Islam itu diputuskan dengan mengambil kira pelbagai faktor, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.

Dalam suasana yang dihadapi oleh Ikhwan Muslimin di Mesir kini, ramai juga yang membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan strategi dan pendekatan yang diambil oleh Presiden Mursi semasa beliau memerintah. Ada yang menyatakan bahawa beliau terlalu mempamerkan sifat dan sikap yang terlalu Islami. Sebaliknya pandangan ini menyarankan agar Presiden Mursi harus mengambil pendekatan yang lebih bertahap seperti yang dilakukan di Turki dan Tunisia.

Satu perkara yang pasti adalah keadaan di Mesir adalah berbeza dengan keadaan di Turki dan Tunisia. Sekularisme amat mencengkam Turki dan Tunisia sementara di Mesir Islam mempunyai akar yang lebih kukuh. Justeru itu tidak semestinya semua strategi yang berjaya di Turki dan Tunisia (itu pun sudah ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menggagalkannya) akan juga berjaya di Mesir jika formula yang sama diguna pakai.

Malah tidak mustahil, kerana pendekatan Mursi yang jelas ingin membawa agenda Islam dan keadilan semasa memerintah Mesir, maka ia menjadi antara faktor penting mengapa sokongan kepada gerakan pro-Morsi dan pro-demokrasi mendapat sambutan yang begitu luar biasa dari kalangan rakyat Mesir yang turun ke jalanraya pada masa ini.

Kini Mesir terus bergolak. Ikhwan Muslimin kali ini mengambil pendekatan yang lebih tegas dan berprinsip. Mereka tidak berkompromi dengan prinsip bahawa sebarang penyelesaian kepada krisis ini adalah dengan mengembalikan Presiden Mursi ke kedudukan asalnya sebagai presiden yang dipilih rakyat dalam pilihanraya yang adil dan bersih serta mengembalikan demokrasi di negara Mesir.

Ikuti pandangan Dr Daud Abdullah tentang strategi yang diambil oleh Ikhwan ini. Penulisan ini asalnya telah diterbitkan oleh Middle East Monitor pada 6 Ogos 2013.

Penulis telah mengambil inisiatif untuk menterjemah penulisan beliau ini kerana berpendapat bahawa penulisan ini harus diteliti oleh seramai mungkin rakyat Malaysia bagi memahami pandangan beliau tentang strategi dan pendekatan terkini Ikhwan.

Dr Daud Abdullah merupakan Pengarah Middle East Monitor (MEMO) yang berpengkalan di London. Beliau adalah juga mantan Timbalan Setiausaha Agung Muslim Council of Britain.

Berikut disertakan terjemahan penulisan beliau.
Semoga para pembaca mendapat manfaat.

[Dr Daud Abdullah : Perubahan strategi Ikhwan, mungkin yang terbaik buat masa ini]

Ikhwan Muslimin Mesir bukan hanya mempertahankan kepentingan negara Mesir semata-mata tetapi sebenarnya ia sedang mempertahankan usaha atau projek kebangkitan Islam dan seluruh manifestasi kebangkitan Islam di Timur Tengah.

Ramai pemerhati berpendapat bahawa, krisis di Mesir pada hari ini mempunyai persamaan yang amat ketara dengan apa yang berlaku pada tahun 1954. Pelakon-pelakon utamanya adalah sama. Begitu juga dengan isu-isunya.

Pada masa itu, terdapat pergelutan politik yang ganas di antara pemimpin rampasan kuasa, Mejar Jeneral Muhammad Naguib, dan rakannya dalam Majlis Pemerintah Revolusi (Revolution Command Council - RCC), Kolonel Gamal Abdel Nasser. Perselisihan ini sampai ke kemuncak pada 25 Februari 1954 dengan pengumuman dari RCC bahawa Naguib telah meletak jawatan. Ini menyebabkan puluhan ribu hadir ke jalanraya di Kaherah, suatu peristiwa yang tidak pernah berlaku di Kaherah sebelumnya. Seperti apa yang berlaku pada hari ini, tuntutan rakyat adalah agar presiden dan pemerintahan berparlimen dikembalikan tanpa syarat.

Asy Syahid Dr Abdul Qadir Audah

Apabila benteng bagi menyuarakan bantahan ini terbuka, hampir mustahil ia dapat ditutup kembali. Malah dengan mengembalikan Naguib sebagai Presiden serta rayuan daripada beliau secara peribadi dari balkoni Istana Abdin, tidak mampu untuk memujuk para penunjuk perasaan yang sedang marah, untuk kembali ke rumah mereka. Akhirnya, yang berjaya memujuk mereka untuk bersurai adalah melalui rayuan oleh seorang ahli Ikhwan Muslimin yang terkemuka, Abdul Qadir Audah. Pengaruh dan populariti Abdul Qadir Audah telah menggetarkan pimpinan rampasan kuasa dan ini telah mengorbankan nyawa beliau ; beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh tidak lama selepas itu. Almarhum Farid Abdul Khaliq, yang melalui hari-hari yang penuh huru-hara itu menulis, ketika berjalan ke tali gantung, Audah sendiri tidak percaya bahawa dia akan dibunuh.

Pada hari ini, seolah-olah tidak ada yang mampu atau bersedia untuk membantu menamatkan protes dan duduk bantah yang telah menyemarak dengan begitu cepat sekali ke seluruh negara Mesir sejak rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu.

Seperti apa yang dilakukan pada tahun 1954, kepimpinan rampasan kuasa hari ini memang terfikir untuk menangkap pimpinan Ikhwan Muslimin. Namun pada kali ini mereka berhadapan dengan lebih banyak kesukaran berbanding dengan apa yang berlaku pada tahun 1954. Kepimpinan Islam pada hari ini lebih tegas dan kurang bertolak ansur dan tidak mudah dipengaruhi. General Abdul Fattah As Sisi dan gerombolan ahli politik yang cuba menyembunyikan hakikat bahawa ini adalah rampasan kuasa tentera, seolah-olah tidak menjangkakan tindakbalas yang seperti ini daripada pergerakan tersebut.

Bukan sahaja tentera Mesir yang merasakan perkara ini. Broker kuasa serantau dan antarabangsa telah selama beberapa dekad terbiasa dengan sikap Ikhwan yang jinak dan malu-malu; yang sedia menerima sebarang penganiayaan dan tekanan dengan penyerahan dan pasrah yang hampir sepenuhnya.

Dr Khairat al-Shater

Ikhwan Muslimin telah seperti yang tergambar, mengambil satu strategi baru seperti yang ditunjukkan dengan pendirian Naib Murshidul Am, Khairat al-Shater, yang enggan berunding dengan delegasi antarabangsa pimpinan Amerika Syarikat yang berusaha untuk berjumpa dengannya di dalam penjara tempat beliau ditahan. Tindakan ini selari dengan dengan pendirian Presiden Muhammad Mursi yang tegas dan komited dengan prinsip yang menolak rampasan kuasa daripada Presiden yang sah yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan yang dilantik oleh beliau.

Beberapa faktor telah mempengaruhi perubahan dalam strategi ini. Hari ini Ikhwan Muslimin mempunyai legitimasi dan hak politik dan mandat. Ia telah memenangi lima pilihan raya sejak penggulingan rejim Mubarak pada Januari 2011. Dalam keadaan ini, Ikhwan mempertahankan kehendak demokrasi dan pilihan majoriti rakyat Mesir, sesuatu yang pihak lawannya sukar untuk mengakui dan menerimanya.

Dalam pada itu, terdapat kepercayaan yang mendalam dari kalangan ahli-ahli Ikhwan bahawa jika berlaku kompromi pada masa ini, ia akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada Ikhwan tetapi juga kepada pergerakan yang telah ia beri inspirasi di seluruh rantau tersebut. Satu gelombang kuasa-kuasa anti-Islam telah berlaku di beberapa buah negara. Kempen ini sedang mengumpul momentum, dari UAE di mana ramai yang telah dipenjara dan diseksa, hinggalah ke Tunisia di mana rejim lama sedang cuba untuk kembali mendapatkan kuasa semula. Manakala di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza Palestin, permusuhan dan ancaman terhadap Hamas semakin bertambah hari demi hari.

Oleh itu, Ikhwan Muslimin Mesir bukan hanya mempertahankan kepentingan negara Mesir semata-mata tetapi yang dipertahankannya adalah projek dan usaha kebangkitan Islam dan seluruh manifestasi kebangkitan Islam di Timur Tengah. Sebarang tanda kompromi pada hari ini akan memberi peluang kepada pesaingnya, “pergerakan jihad”, untuk bermegah dan merasa puas untuk menempelak Ikhwan bahawa amaran mereka kepada Ikhwan yang jalan demokrasi yang dianjurkan oleh Ikhwan merupakan satu penyelesaian yang dipenuhi dengan khayalan dan mitos; bahawa harapan yang dijanjikan pada awal Kebangkitan Arab (Arab Spring) sememangnya adalah palsu dengan berdasarkan asas dan premis yang salah, yakni premis yang dinamakan demokrasi.

Pertempuran hari ini bukan pertempuran hidup dan mati kerana kepercayaan dan doktrin tidak akan mati. Namun ini adalah ancaman yang besar dan hebat yang dihadapi oleh Ikhwan pada masa ini.

Jika pihak yang melakukan rampasan kuasa tidak bertolak ansur, rantau ini akan menyaksikan pertempuran yang panjang hasil daripada pergeseran seperti yang pernah disaksikan di Iran pada hari-hari terakhir rejim Shah. Revolusi Iran tidak berlaku di sana dalam masa satu hari. Ia bermula dengan demonstrasi jalanan yang agak kecil pada tahun 1977 yang kemudiannya membesar menjadi kuasa yang tidak dapat dihalang menjelang tahun 1979.

Akhirnya, kesan protes mereka menjadi semakin meluas sehingga menggoncang pihak tentera. Ini boleh berlaku di Mesir di mana bukan sahaja kita akan melihat penyingkiran As Sisi dan penyokong-penyokongnya tetapi juga doktrin kukuh bahawa peranan tentera - "ketaatan kepada kehendak Amerika dan Israel", akan tersingkir, seperti mana yang berlaku kepada tentera Iran pada tahun 1979 . Seperti di Iran, telah muncul di Mesir, tentera yang berasaskan ideologi bagi menggantkan bentuk tentera yang rela diperalat oleh mereka yang memberi upah yang paling tinggi.

Dalam keadaan sekarang, Ikhwan Muslimin tidak mempunyai pilihan lain selain daripada tetap teguh dengan penuh kesabaran dan istiqamah. Yang menggembirakan adalah angin sedang bertiup kuat memihak kepada mereka. Jumlah rakyat Mesir yang malakukan protes semakin bertambah dan penyokong rampasan kuasa semakin berkurangan. Kemungkinan strategi baru ini adalah strategi yang terbaik buat masa ini.


Sunday, August 11, 2013

Pengakuan Ketua Perisikan Israel

Pengakuan Ketua Perisikan Israel: Penghancuran Mursi Kerana Pemikiran Ikhwanul Muslimin Dan Penerapan Syariah dan Khilafah

Ketua perisikan Israel menyebutkan diantara sebab utama pelengseran Mursi adalah kerana ia membawa pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah; di Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dll. Kini mereka berupaya untuk membina kekuatan di Syria dan Jorden.

Kekuatan Ikhwanul Muslimin ada di pelbagai bidang, tak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.

Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan;

Pertama: Mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat. Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem Syura .. sebuah merupakan konsep mermusyawaratan yang diakui dalam Islam.

Kedua: Strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim non demokratik pada masa demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza.

Masjid Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syari'at. Tapi ini akan menyusul, supaya fokus kepada pengukuhan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.

Dua misi besar tadi akan menguatkan Ikhwanul Muslimin di kawasan. Maka parti-parti Ikhwan yang baru-baru ini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju kursi kepemimpinan yang kemudian akan menjadikan mereka sebagai penanggung jawab. Tanggung jawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh.

Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya Daulah Islamiyah di Mesir. Penggulingan atas Mursi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya


Monday, April 22, 2013

Tempoh haid paling pendek adalah 24 jam.




Tempoh haid paling pendek terbahagi kepada dua :-

24 jam bersambung dan 24 jam tidak bersambung..
1) 24 jam bersambung bermaksud darah keluar dari faraj perempuan tidak berputuh-putuh 24 jam sehari semalam seperti :-
Contoh 24 jam bersambung :
Keluar darah haid jam 8 am hingga jam 8 am pagi esok
Tempoh ini selalu kebiasaan kita dengar.
2) 24 jam tidak bersambung pula bermaksud darah keluar dari faraj perempuan berputus-putus seperti ;-
contoh 24 jam tidak sambung :
Keluar darah haid : 
Hari pertama 10 jam 
Hari kedua 10 jam 
Hari ketiga 4 jam.
#10+10+4= 24 jam.
so, hukum darah disini adalah hukum darah haid 24 jam tidak bersambung.
Disini 3 hari tempoh darah keluar, dicelah-celah darah berhenti itu juga dihukum darah haid seperti hari pertama 10 jam keluar darah dan berhenti darah dan hari kedua 10 jam keluar darah dan berhenti darah dan keluar 4 jam haid.
So,tempoh untuk mencukup haid ini adalah 3 hari 3 malam.
Tapi syarat jangan lebih tempoh 15 hari 15 malam,
Jika melebihi tempoh 15 hari 15 malam dihukum darah istihadhah.
contoh permasalahan lain lagi jika haid keluar :
Hari pertama 2 jam
Hari kedua 1 jam
hari ketiga 1 jam
hari keempat 3 jam
Hari kelima 4 jam
Hari keenam 1 jam
Hari ketujuh 2 jam
Hari kelapan hingga ke hari empat belas 1 jam setiap hari
Sampai hari kelima belas darah keluar 2 jam
2+1+1+3+4+1+2+7+2=23
Tempoh haid paling pendek adalah 24 jam.
So, dalam masalah ini 23 jam tidak sampai tempoh 24 jam, hukumnya adalah bukan darah haid tetapi dara istihadhah.
Jika datang permasalahan perempuan pertama kali datang darah umur 9 tahun haram solat seperti ;-
Keluar darah :
Hari pertama 15 jam, henti solat dan dicelah-celah ini wajib solat
Hari kedua 8 jam, henti solat dan dicelah-celah wajib solat
Hari ketiga 0 jam, wajib solat
Hari keempat 10 jam, henti solat dan dicelah2nya wajib solat
15+8+0+10=33 jam
So,dihukum darah ini adalah darah haid kerana melebihi 24 jam darah haid tetapi mengambil masa 4 hari.
Maka budak ini harus ikut 4 hari tempoh haid untuk bulan kedua, 
jika bulan kedua datang haid 1 hari sahaja maka dia kena tungu 3 hari lagi untuk cukup 4 hari ikut adat bulan pertama. 
jika tidak datang dalam tempoh 3 hari itu maka dia wajib Qadha solat dalam tempoh 3 hari itu.
Jika bulan ketiga datang darah 5 hari, maka bulan seterusnya iaitu bulan keempat perlu ikut adat bulan ketiga iaitu 5 hari.tidak boleh ikut adat bulan pertama 4 hari dan begitulah bulan-bulan seterusnya.

beginilah disyarah oleh syeikh-syeikh talaqqi saya dalam kitab-kitab fiqk syafie'.
Semoga dapat manfaat..

Tuesday, January 15, 2013

Air Tidak Bercampur di Dua Lautan Membuat Cousteau Beralih ke Islam




Di Perancis, Islam tersebar dengan cepat sekali di kalangan orang-orang terkenal di pelbagai bidang. Jumlah mereka yang meninggalkan kristian dan memilih Islam sudah mencapai sekitar seratus ribu orang Angka itu sudah disahkan Dewan Paderi Paris sebagai institusi Katolik tertinggi di Perancis.

Penting untuk diperhatikan, orang-orang yang memilih Islam itu bukan hanya dari kalangan pekerja dan pembantu rumah tangga, melainkan orang-orang terkenal dari pelbagai bidang. Diantara mereka inilah Captain Jacques Cousteau yang dunianya penuh dengan penjelajahan dunia bawah air

Sebagai sosok peneroka yang cukup ternama yang memulakan era banyaknya orang Perancis kembali ke pangkuan Islam, Cousteau mengakui bahawa dirinya telah membuat keputusan terbaik bagi hidupnya dengan memilih Islam. Alasan yang mendorongnya memilih Islam ini adalah petualanganan dan penemuannya bahawa antara Lautan atlantika dan Laut Tengah (Mediteraneean) tidak saling bercampur. Fenomena itu tertulis dalam Al-Quran, padahal Al-Quran sudah ada sejak 1400an tahun lalu. Ini peristiwa yang mendorong Cousteau memilih Islam;




Pada Tahun 1962, para ilmuwan dari Jerman menyebutkan bahawa perairan Laut Merah dan Lautan Hindi tidak bercampur di sekitar Selat Bab Al Mandab, wilayah pertemuan Teluk Aden dan Laut Merah. Dengan dasar itu, kami memulakan penjelajahan untuk memastikan bercampur tidak nya perairan lautan Atlantik dan Laut Tengah.

Pertama-tama, kami selidiki dulu kandungan garam dan tekanan serta ragam kehidupan yang ada di perairan Laut Tengah. Kami mengulangi cara penyelidikan yang sama terhadap Lautan Atlantik. Massa air laut di kedua-dua perairan itu telah bertemu (bukan bercampur) di selat Gibraltar selama beribu-ribu tahun. Seharusnya, massa air laut di kedua-dua perairan itu bercampur dan mempunyai kesamaan sifat atau sekurang-kurangnya sifat kandungan garam dan tekanannya sama.

Namun, kenyataannya tidak demikian. Bahkan pada wilayah-wilayah yang menunjukkan jarak yang paling dekat di antara kedua-dua perairan itu seolah ada sekatan yang menghalang percampuran kedua perairan itu.

Saya memberitahu Prof. Maurice Bucaille tentang fenomena itu. Ia mengatakan bahawa hal itu bukan lagi sebuah kejutan kerana sudah tertulis dalam Kitab Suci umat Islam, Al-Qur'anul Karim. Sungguh, fenomena itu benar-benar sudah tertulis dalam di dalam Al-Quran.

Saat saya menyedari hal itu, saya pun yakin dengan kebenaran yang disampaikan Al-Quran dan Kitab Suci itu adalah perkataan Allah SWT yang sebenarnya. Oleh kerana itu, saya memilih Islam sebagai agama yang paling benar. Hal itu belum termasuk kekuatan spiritual yang ada di dalam ajarannya yang semakin menguatkan saya dalam melewati masa-masa kesedihan yang harus saya lalui selepas kematian putera saya. "(" Mereka yang Kembali ", 2003)


Monday, January 14, 2013

Gerakan Islam akan Selalu Difitnah, Maka Kenalilah Mereka di Wilayahmu


Sebenarnyalah pergerakan Islam moden adalah pelopor utama dalam pelbagai lapangan, terutama dalam medan perang dalam mengusir musuh musuh Islam dari luar dan menghalang musuh dari dalam.

Dalam masa satu abad terakhir ini telah menyumbangkan kafilah panjang para Syuhada dari putra putri pilihan. Kiranya sejarah akan memelihara kecemerlangannya dan kemurnian perjuangan dan pengorbanannya dari tangan tangan jahil yang hendak mengaburkannya dengan tulisan dan ucapan yang mengandungi pembohongan, pemutarbalikan fakta dan pencemaran.

Umat ​​Islam sedang menghadapi masa-masa gelap pekat kerana musuh-musuh Islam yang mempunyai alat propaganda dan komunikasi, berjaya mengelabui masyarakat dan menyesatkan pendapat umum. Mereka berjaya memburuk burukkan kaum mukminin yang tidak bersalah dan berdosa dengan pelbagai fitnah dan pencemaran nama baik para mujahidin yang takwa dan patriotik. Mereka berjaya merosakkan nama baik para mujahidin dengan cerita sensasi, tanpa mengenal etika dan tanpa takut terhadap pembalasan Allah Yang Maha Pembalas dan Maha Perkasa.

Musuh-musuh Islam, baik di barat mahupun di timur, baik di luar negeri mahupun di dalam negeri, baik secara berasingan, anda sendiri mahupun secara bersama sama telah memerangi Islam dan para Dai Islam dengan ganas. Mereka diperangi oleh semua kaum penjajah, mereka diperangi oleh gerombolan orang-orang feudal, mereka diperangi oleh komplot kaum kapitalis dengan zalim, mereka diperangi oleh kefasikan, oleh kejahatan, oleh kezaliman di mana-mana.

Maka, menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk mengenali pergerakan Islam yang sebenarnya, agar jangan sampai termakan propaganda jahat dan fitnah dengki musuh Islam.

Akhir kata, hendaknyalah kaum muslimin di mana sahaja mereka berada, menyedari benar bahawa peperangan terhadap pergerakan Islam pada hakikatnya adalah peperangan terhadap Islam itu sendiri, bahawa musuh musuh Islam, baik dari kumpulan atheis, komunis, barat dan para agen dan pendukungnya, berniat membuat cerita palsu sebagai alasan untuk memukul hancur pergerakan Islam untuk pada akhirnya menghancurkan agama Islam sebagai sasaran utamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Komen Disini